Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 30


MIA menuruni anak tangga ingin menuju ke ruang tamu bila dia melihat Shafiq sedang duduk menantinya di verandah. Mamanya tidak kelihatan bersama Shafiq. Selalunya bila Shafiq datang berkunjung mama akan menemani Shafiq berbual sehingga Mia datang turun bertemu dengannya. Hari ini Shafiq hanya duduk sendirian. 


“Kenapa tak call cakap dah sampai,” ujar Mia lalu memeluk Shafiq dari belakang mesra lalu mencium pipi Shafiq.


“I baru sampai,” jawab Shafiq menjeling kearah Mia bila Mia memeluknya tanpa melihat kearah kiri kanan seolah-olah tiada apa yang perlu di sembunyikan. 


Dia tidak mahu auntie Zainab mengesyaki apa-apa mengenai hubungan mereka. Di mata auntie Zainab hubungan mereka sekarang hanya sepupu sahaja tidak lebih dari itu. Auntie Zainab tidak tahu bahawa Shafiq masih lagi sayangkan anaknya begitu juga Mia.


Mia tersenyum bila Shafiq menjelingnya. Dia tahu Shafiq tidak suka bila dia berbuat demikian lebih-lebih lagi di rumahnya kerana khuatir mamanya tahu. 


“So you dah beritahu Farah?,” tanya Mia lalu duduk di kerusi dihadapan Shafiq.


“Beritahu Farah apa Mia?,” jawab Shafiq kurang senang bila Mia mula menaikkan kemarahannya. 


Tujuannya bertemu dengan Mia kerana dia rindukannya. Mia sudah mula hendak merosakkan moodnya dengan bertanya soalan yang tidak menyenangkan hatinya. Apa yang hendak dia beritahu Farah. Mengenai apa?


“About us?,” ujar Mia ringkas sambil memeriksa kukunya yang cantik di manicure.


“Mia, please don’t start again, we have gone through this issues many times, I’m tired of your games,” ujar Shafiq lalu bangkit dari kerusi. 


Fikirannya benar-benar kusut bila Mia mula dengan permainannya. Jika dia tidak turutkan kehendak Mia, Mia tidak akan habis-habis mengugutnya. Dia benar-benar letih dengan cara hidup begini.


Mia mengerutkan dahinya bila Shafiq berkata demikian. He’s tired. Really? Atau seronok? Dicintai dua wanita dalam masa yang sama. Bosan dengan yang satu ada lagi satu melayannya.


“Are you telling me that you are not gonna do something about it?,” 


“Do what Mia? I akan bernikah dengan Farah, I sayangkan Farah, there’s no more us ok!,” ujar Shafiq tegas. 


Sudah berkali-kali dia terangkan kepada Mia. Dia serious hendak bernikah dengan Farah. Dia tahu Mia akan cuba mengagalkannya.


“Sayang???? Hanya sayang bukannya cinta? You cintakan siapa sebenarnya? Dan you benar-benar yakin Farah cintakan you?,” soal Mia bertubi-tubi. 


Dia tidak yakin dengan ketulusan hati Shafiq mengenai cintanya terhadap Farah. She may a bitch but she know’s when a man is lying.


“I know Farah loves me,” jawab Shafiq lalu menoleh kearah Mia yang sedang duduk memerhatikannya di kerusi verandah.


Mia menjungkitkan keningnya bila Shafiq berkata demikian. Dia bermain-main dengan cincin di jarinya. Mia bangkit dari kerusi dan berdiri di sebelah Shafiq.


“Farah boleh membahagiakan you?,” ujar Mia lalu menjeling kearah Shafiq.


“Yes!,” jawab Shafiq ringkas lalu menoleh kearah Mia.


“Apa keistimewaan Farah?,” soal Mia lalu tersenyum sinis. Dia berjalan kearah kerusi lalu duduk semula.


“Farah she’s kind lady, she not manipulative and malicious person, she’s honest,” jawab Shafiq memberitahu Mia akan kualiti yang ada pada Farah tunangnya.


“HONEST!!! Really?? Are you sure about that?,” ujar Mia lalu tersenyum lebar bila Shafiq mengatakan teman baiknya, Farah jujur dalam perhubungan mereka.


Shafiq merasa bengang dan berang bila Mia mempertikaikan kenyataan mengenai Farah.


“Opps sorry Farah tak macam tu. Dia seorang wanita yang baik dan jujur sehingga dia lupa hendak memberitahu you yang cincin pertunangan turun termurun keluarga you hilang selama 6 bulan,” ujar Mia lalu tersenyum mengejek.


Shafiq tersentak bila Mia berkata demikian. 


“Apa maksud you cincin tunang hilang?,” ujar Shafiq menarik tangan Mia. 


Mia tidak menjawab pertanyaan Shafiq. Dia menghulurkan tangan kanannya lalu menayangkannya cincin zamrud di jari kanannya.


“It’s impossible! I saw her wore the ring since our engagement,”


“Terserah! Kalau you tak nak percaya. Oh I have an idea, why don’t you ask her yourself, I’m sure she has better explanation about the missing ring?,” ujar Mia mengejek.



Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.