Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 17

AKU asyik memikirkan tentang perbualan aku dengan Nora siang tadi. Betulkah apa yang aku rasakan itu benar? Atau ia hanya perasaan aku sahaja. Awal pertunangan semuanya ok. Hubungan aku dengan Shafiq seperti waktu bercinta dahulu. Tapi sejak kebelakangan ini hubungan kami sedikit renggang. Aku selalu sahaja bergaduh dengan Shafiq. Ada sahaja perkara yang kami tidak boleh bersepakat. Mana silapnya? Adakah ini merupakan dugaan yang terpaksa kami tempoh sebelum menjejakkan kaki ke alam rumahtangga. Aku sayangkan Shafiq.


Aku mencapai cordless phone lalu mendial nombor Shafiq.


“Hi sayang, tak tidur lagi dah pukul berapa ni?,” ujar Shafiq bila dia menerima pangilan telefon dari tunangnya jauh-jauh malam begini.


“I can’t sleep, you pun tak tidur lagi dear,” tanyaku tersenyum bila Shafiq memanggilku sayang. Terubat rasa rindu bila mendengar suara Shafiq. 


“I belum mengantuk lagi,” jawab Shafiq mendatar lalu menyandarkan badannya di sofa.


“You tak sihat ke dear?” ujarku berbaur risau. 


“I sihat kenapa you tanya?”


“Tak ada apa-apa saja je, besok kita jumpa ok, dah lama kita tak keluar date,” cadangku. 


Lama aku tidak berjumpa, itu tidaklah lama sangat baru 3 hari lepas aku bertemu dengan Shafiq di rumahnya. Aku tertiba merasa rindu dan hendak bertemu dengan Shafiq kerana kita sudah lama tidak meluangkan masa bersama sejak kami sudah bertunang kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kami sudah jarang bertemu seperti waktu bercinta dahulu. 


“Ok sayang, kita jumpa esok ok, you better sleep dah lewat dah ni,” 


“Ok, good nite dear,” 


“Good nite, Luv,” jawab Shafiq lalu mematikan talian. 


Mia menoleh kearah sofa yang di duduki Shafiq. Fikiran lelaki itu kelihatan terganggu sebaik sahaja dia mematikan talian.


“Malam-malam telefon kenapa?,” ujar Mia lalu bangun dari katil dan menuju kearah Shafiq yang sedang duduk bersendirian di sofa. Dia memeluk Shafiq mesra dari belakang.


“She’s my fiancée,” jawab Shafiq menjeling kearah Mia. 


Tidak senang bila Mia mengata tentang Farah.


“She might be your fiancée but I’m the only one that you love,” cebik Mia seraya tersenyum. 


Dia sengaja berbuat demikian agar Shafiq merasa tertekan. Dia tahu Shafiq hanya cintakan dia seorang. Tujuan Shafiq bertunang dengan Farah pun kerana hendak membuatkannya cemburu. Shafiq bukan benar-benar cinta dan sayangkan Farah, jika benar Shafiq cintakan Farah kenapa Shafiq masih berhubungan dan tidak dapat melupakannya.


“Please leave Farah out of this, this is between Farah and me, jika you benar-benar cintakan I sepertimana yang you had always said, you tidak akan menyusahkan Farah,” ujar Shafiq tegas mengingatkan Mia.


Kerana Mia hidupnya di dalam dilemma sekarang. Dia menyangka dia dapat melepaskan diri dari cengkaman Mia setelah mereka berpisah. Ternyata tidak. Mia masih lagi mahu menganggu hidupnya. Ketika mereka berpisah dahulu Mia mengatakan dia tidak memerlukannya sebagai teman hidupnya. Shafiq pegang akan kata-kata Mia dan mengenali Farah, jatuh cinta padanya dan bertunang dengan Farah. Semuanya elok belaka sehingga Mia kembali menganggunya lagi. Mia tidak senang melihat dia bahagia dan sekarang Mia sengaja hendak membuat onar terhadap hubungannya dengan Farah. 


“Apa yang istimewanya sangat Farah tu dari I, in terms of looks I’m better,” ujar Mia menjeling kearah Shafiq lagi. Shafiq hendak sangat menjaga hati Farah kenapa? 


“I don’t have to discuss about Farah with you, it’s none of your business,” ujar Shafiq marah lalu bangkit dari sofa. 


Shafiq mencapai kunci keretanya dari meja kecil lalu keluar dari bilik Mia. Dia tidak tahu kenapa dia berada di rumah Mia in the first place melayan semua kehendak Mia sedangkan mereka tidak bersama lagi. Wanita itu selalu mencari kelemahannya. Shafiq merasa rimas dengan cara Mia yang suka mengawasi gerak gerinya dan mengongkong hidupnya. Dia bukan lagi kekasih Mia. Dia adalah tunang Farah. Teman baik Mia sendiri.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.