Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 6

AKU menyelongkar almari bilik, habis kesemua baju dan kotak-kotak barang peribadi aku bertaburan di atas lantai. Barang yang di cari tidak aku temui. Dahi aku disiraminya peluh-peluh kecil. Cemas! Mana perginya? Macamana aku boleh tidak terperasan benda itu tidak ada? Ah mungkin aku simpan di ruang tamu. Aku bangun dari katil lalu menuju kearah ruang tamu. Bekas-bekas kecil yang aku beli dari Bali aku buka satu persatu berharap benda itu ada aku simpan di dalamnya. Aku mengeluh hampa. Tak ada? Mana lagi tempat aku simpan? Buntu aku di buatnya. Bagaimana aku boleh lalai dan cuai sekali. 


Aku mencapai handphone lalu menaip sesuatu.


I ada tinggalkan barang kat rumah you tak semalam?


Aku mencampak handphone di atas katil. Aku membuka laci di dalam almari dan cuba mencari lagi.


Ting!..Aku segera mencapai handphone lalu membaca watapps message dari Shafiq.


Tak ada barang you yang tertinggal di rumah I semalam. U cari apa?


Aku mengeluh berat sah cincin pertunangan aku hilang. Matilah aku macam ni! Apa yang hendak aku katakan jika mama Shafiq bertanya kan aku tentang cincin pertunangan. Minggu depan aku harus ke rumah family Shafiq kerana mereka mengadakan kenduri kesyukuran. Mama hendak memperkenalkan aku kepada saudara mara mereka yang terdekat. 


Tak ada apa2? Talk to you later.


Handphone aku letak di atas meja sisi. Aku merebahkan diri di atas katil. Kepalaku terasa sakit tiba-tiba. Sakit kepala kerana memikirkan di mana perginya cincin pertunangan aku? How can I be so careless??? Mana hendak aku cari ganti cincin zamrud cincin pusaka keluarga Shafiq? Jika aku beritahu Shafiq cincin itu hilang entah apa reaksinya nanti. Pengsan barangkali.  Aku urut dahiku perlahan untuk mengurangkan denyutan di kepalaku. Aku mesti cari jalan bagaimana untuk mendapatkan cincin tiruan sama seperti cincin zamrud pusaka Shafiq. Tapi di mana hendak aku cari cincin tiruan? Kalau ada jual pun tidak akan sama bentuk dan rupa cincin zamrud aku. Haiz! Pening kepala aku semakin menjadi-jadi bila memikirkannya. Aku memejamkan mata seketika.


Mikhail!! Aku bangkit dari katil tiba-tiba. Nama Mikhail tiba-tiba singgah di kotak fikiranku. Aku yakin Mikhail ada jalan penyelesaian untuk aku. Bukankah dia consultant? Consultant sama dengan advisor bukan? Hmm walaupun aku tidak tahu Mikhail consultant apa dan aku pasti ianya tidak ada kena mengena dengan masalah cincin aku. Tapi aku yakin dan dapat merasakan Mikhail dapat membantu menyelesaikan masalah aku. 


Aku mencapai handphone lalu menaip sesuatu.


Hi I’m in deep trouble. Really need your advice! 


Aku meletak handphoneku kembali di atas katil lalu merebahkan diri semula. Aku benar-benar berharap Mikhail dapat membantu aku. Ting! Cepat-cepat aku mencapai handphone yang berada di sebelahku. 


Sure if I can help, I will help. Masalah apa pula kali ni.  


Aku mengeluh lega kerana Mikhail sudi membantu aku. Aku menaip pantas membalas message dari Mikhail.


I’ve lost my engagement ring.  I could not find it anywhere. I’m doomed.


Aku menanti penuh debaran bila Mikhail menaip sesuatu benar-benar berharap Mikhail ada jalan penyelesaiannya.


Oh dear! Beli sahaja yang baru di tempat tunang you beli.


Aku mengeluh kecil bila Mikhail berkata demikian. Jika boleh di beli, tak ada lah aku mengelacat sebegini. Tak adalah aku migraine memikirkan jalan penyelesaiannya. Masalahnya aku tidak boleh beli di kedai moyang Shafiq beli kerana tak rasa kedai emas itu wujud lagi. Dan mana ada kedai emas biasa sekarang buat cincin permata berbatu zamrud lagi.


The thing is, it’s his family heirloom ring. It’s priceless. I don’t think the shop even exists. 


Aku menanti jawapan dari Mikhail mungkin dia dapat memberi idea lain yang lebih baik dari idea sebelumnya. 


I see. Can u send me the pic of the ring?


Aku mengerutkan dahi bila Mikhail memintaku menghantar gambar cincinku. Hmm!! Patut ke aku beri dia tengok. Aku membuka gallery mencari gambar cincin pertunangan aku. Nasib baik gambar cincin itu aku simpan. Aku menghantar kepada Mikhail seperti yang di minta.


Mikhail tidak online. Mungkin dia sibuk dengan kerja. Aku tidak boleh mendesak Mikhail untuk membantuku. Aku bukannya kawan mahupun kenalannya. Sudah bagus tu dia masih lagi mahu melayan message dan karenahku. Tapi kenapa Mikhail begitu baik dan sabar dengan aku. Sesetengah orang tak akan layan dengan orang yang tidak dikenali. 


Ting! Aku mencapai telefon bila watsapp aku berbunyi lagi.


I have a friend who has jewelry shop, if you are keen, I can bring you to his shop which is in town. I’m quite free this afternoon. If you want to go let me know soon.


Allhamdullilah. Aku memanjatkan syukur. Allah mengerakkan hatiku untuk menghubungi Mikhail tadi. Jika tidak aku boleh mati kering memikirkan masalah ini. Walaupun aku bersedih kerana tidak mendapatkan kembali cincin turun temurun Shafiq dan merasa amat bersalah kerana terpaksa menipu keluarga Shafiq akan ketulenan cincin moyang mereka. Aku terpaksa dan bukan sengaja hendak menipu mereka. Terima kasih Mikhail.


Aku menaip pantas membalas message Mikhail.


Thanks so much. I really owe you one. Where do I meet you?


Aku menanti Mikhail menaip sesuatu. Aku tersenyum sebaik sahaja menerima address dan waktu untuk bertemu dengan Mikhail. Sebaik sahaja aku menaip terima kasih kepadanya. Aku bergegas menuju kearah bilik air. Aku hendak bertemu dengan Mikhail petang nanti dan tidak mahu Mikhail terpaksa menunggu aku sekiranya aku terlambat.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.