Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 39

WHAT are we doing here?,” tanyaku bila Mia memberhentikan keretanya di parkir Mahkamah Tinggi Sivil. Mataku terarah kepada pintu gerbang mahkamah tinggi dimana terdapat beberapa wartawan dan jurugambar sedang menunggu di pintu gerbang seperti menantikan seseorang. Ada kes besar? Jika tidak masakan punya wartawan dan jurugambar yang menunggu.


“We are late, the hearing already started,” ujar Mia tergesa-gesa keluar dari kereta tanpa menjawab soalan Farah. 


Dia berjalan pantas menuju kearah pintu.


“Hearing?,” ujarku lalu mempercepatkan langkahku mengejar Mia yang berjalan pantas meninggalkanku.


Pintu dibuka dari dalam. Wartawan dan para jurugambar meluru kearah lelaki yang baru keluar dari mahkamah diiringi beberapa orang peguam dan pegawai polis. Mataku tertancap kearah lelaki yang memakai kemeja lengan panjang berwarna coklat gelap. Jaket hitamnya di sangkut ke tangannya. Aku dapat melihat di sebalik jaket tersebut terdapat gari di tangannya.


“Ya Allah, Mikhail!,” ujarku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. 


Aku berjalan pantas kearah pintu di mana terdapat ramai wartawan dan jurugambar sibuk ingin membuat liputan mengenai kes Mikhail. Mia sudah bersama dengan mamanya yang kelihatan sedih dan menangis melihat keadaan Mikhail. Aku cuba meloloskan diri dari puluhan wartawan yang berada disitu agar aku dapat hampir kepada Mikhail. 


“Farah..,” ujar Mikhail terperanjat sebaik sahaja terpandang akan wajah Farah yang berada di antara wartawan yang sibuk membuat ulasan mengenai kesnya.


“Tolong bersurai, tiada apa komen yang dapat kami berikan! sila hormati privasi anak guam kami,” ujar peguam Mikhail kepada Farah kerana menyangka Farah adalah seorang wartawan yang meliputi kes Mikhail.


“Farah it’s my friend..,” ujar Mikhail perlahan cuba tersenyum. 


Walaupun dia merasa terperanjat bila Farah menemuinya di sini. Namun begitu dia merasa gembira dapat bertemu dengan Farah walaupun hanya seketika waktu.


Aku berdiri di hadapan Mikhail. Wajah kacak Mikhail aku pandang sayu. Aku tidak tahu mengapa Mikhail di dakwa dan di atas kesalahan apa kerana aku tidak berpeluang bertanya kepada Mia semasa perjalanan kami ke mari. Kami hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. 


Dan aku mendapat kejutan yang besar bila mendapati lelaki yang digari itu adalah Mikhail. Apa kesalahan yang telah di lakukan Mikhail? Aku benar-benar ingin tahu. Mikhail seorang lelaki yang baik. Aku merasa kesal kerana tidak berpeluang untuk mengenali Mikhail. Sekarang semuanya sudah terlambat. Perasaan sedih menyelubungi hatiku. Tanpa aku sedari aku mendakap tubuh Mikhail dan memeluknya erat tanpa mempedulikan mata yang memandang. Mikhail turut terperanjat bila Farah tiba-tiba memeluknya. Namun dia merasa sedikit terkilan kerana Farah bertemunya dalam keadaan sedemikian. Dia tidak mahu melihat wanita itu bersedih. 


“I hate seeing you like this Farah, please don’t be sad Farah, I’ll be fine,” jawab Mikhail perlahan. Dia tahu Farah bersedih.


Aku merasa sayu bila Mikhail berkata demikian. Kenapa hanya Mikhail yang faham dan mengerti perasaan aku. Kenapa? Dia hanya teman watsapp aku namun dia lebih memahami aku. 


“We have to go Mikhail,” ujar salah seorang peguam yang bersama Mikhail. Aku meleraikan pelukan bila peguam Mikhail berkata demikian. 


“Take care Farah,” ujar Mikhail perlahan sebelum dia dibawa pergi.


Aku tidak dapat menahan rasa sebak lalu menitiskan airmata bila Mikhail berkata demikian. Hatiku benar-benar tersentuh melihat wajahnya tadi. Aku hanya mampu mengiringi Mikhail ke kereta polis dengan pandangan sayu. Mikhail sempat menoleh ke arahku sebelum dia masuk ke dalam perut kereta, lirikan matanya memberitahu aku agar jangan bersedih. Sebaik sahaja bayang Mikhail hilang dari pandangan aku berjalan menuju ke arah kereta Mia. Mia berada di sisi keretanya seolah-olah menanti aku kembali ke keretanya. Auntie Zainab kelihatan menaiki kereta bersama dengan pasangan lelaki dan wanita yang berusia lebih kurang dengannya. 


“I want to know more about Mikhail,” ujarku tanpa memandang kearah Mia. Dia mengenakan sunglassesnya cuba menyembunyikan matanya yang kelihatan sembab kerana banyak menangis tadi.


Mia membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta. Diikuti dengan aku. 


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.