Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 5

CINCIN zamrud itu berpindah tangan dari Tasha kepada Lisa. Lisa membelek-belek cincin pertunangan Farah lalu tersenyum. Dia turut akui akan kecantikan cincin tunang zamrud pemberian Shafiq. Jarang sekali orang memberi cincin tunang milik turun temurun keluarga lelaki tersebut. Inilah kali pertama dia melihatnya. Cincin itu memang cantik dan klassik. Mereka mengucapkan tahniah dan merasa gembira Farah akan berumahtangga tidak lama lagi. Bolehlah join married women club. Lama benar Farah tidak bertemu dengan Lisa, Mia dan Tasha teman sekolah dahulu. Kebetulan juga Mia itu adalah sepupu kepada Shafiq dan agak rapat dengan keluarganya. 


“Show me! Show me the ring…!!,” ujar Mia tidak sabar-sabar lagi meminta Farah agar menunjukkan kepadanya cincin pertunangan sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Bag Miu Miunya di campak di atas peha Tasha tanpa memberi Tasha amaran terlebih dahulu. Terperanjat beruk Tasha dibuatnya. Mia memang begitu excited tidak menempat. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat Mia yang over excited. Cincin zamrud itu aku serahkan kepada Mia. Mia menyarungkan cincin tunangku ke jari manisnya dengan wajah selamba. Sambil membelek cincin itu.


“Gorgeous ring, tak sangka jari kau dengan aku lebih kurang eh Farah?,” ujar Mia masih lagi membelek-belek cincin tersebut. 


Aku membiarkan sahaja Mia mencuba cincin tersebut. 


Tasha dan Lisa menjeling sesama sendiri, bila Mia berkata demikian. Mereka tidak berapa berkenan dengan perangai Mia yang sentiasa nak “up” sahaja dan tidak mahu kalah. Hanya dia sahaja yang mampu mendapat yang terbaik. Tasha dan Lisa tidak faham kenapa Farah masih lagi mahu berkawan dengan Mia sedangkan Mia selalu memandang rendah pada Farah ada sahaja komennya. 


“Betul ke si Shafiq ni nak kahwin dengan kau? Kau tahu kan perangai Shafiq bagaimana, playboy tak sudah..,” ujar Mia lalu mencapai jus oren Farah lalu menyedutnya dengan wajah selamba. Mia melambai tangannya ke arah pelayan restoren yang berada tidak jauh dari meja mereka.


“Insha Allah Shafiq akan berubah nanti, betul tak Farah??,” celah Lisa lalu menjeling Mia. 


Tidakkah Mia tahu dengan perbuatannya itu membuatkan Farah merasa sakit hati. Dan Farah tidak pernah pula melawan atau membidas balik akan kata-kata pedas dari mulut Mia.


“Hmm aku tak rasa…, aku lebih kenal sangat perangai sepupu aku tu, we can only hope for the best,” jawab Mia sambil lewa. 


Dia membelek-belek menu untuk membuat pesanan.


“Beri I satu smoke salmon caesar salad dengan orange carrot juice, thanks,” 


Pelayan tersebut mencatat pesanan yang dibuat oleh Mia dan berlalu pergi.


“Kenapa lambat datang Mia? Lama kita tunggu dah hampir 45 minit,” aku mengubah tajuk kerana aku tahu Lisa dan Tasha mula rasa tidak kerasan sebaik sahaja Mia join sama. 


Walaupun kami bertujuan untuk makan tengahari berempat mood yang gembira akan bertukar tense bila kehadiran Mia. 


“Eh Mia tak pernah lambat, kau orang yang cepat sangat sampai, eh korang tak tahu hendak berdiet eh, makan yang bergoreng dan berminyak-minyak ni, tak tahu jaga badan eh, nanti tunang dan suami kau orang lari baru tahu nasib..,” ujarnya tersenyum menyindir, matanya melirik kearah pinggan bekas nasi goreng paprik Farah dan claypot chicken rice Tasha dan Lisa. Kalau dialah tidak pernah sentuh makanan bergoreng dan berlemak. Penampilan harus di jaga.


Panas telinga Lisa dan Tasha bila Mia memberi komen sedemikian. Ikutkan hati hendak sahaja di cili-cili mulut Mia yang tak berinsuran tu. Tapi demi Farah mereka cuba sedaya upaya berlagak cool kerana tidak mahu Farah kecewa dengan sikap mereka. Kalau tidak dah lama mereka ikat Mia dan cilikan mulutnya yang celupar tu.


“Lari kita kejar,” jawab Tasha lalu tersenyum sinis. 


Lisa dan Farah turut tersenyum mendengar komen spontan Tasha. Lisa tahu Tasha cuba beralas kerana tidak mahu bergaduh dengan Mia pulak nanti. Dia sudah berjanji dengan Farah tidak akan membuat hal bila Mia ada. Tapi Mia seakan tidak reti makan saman masih hendak berbuat demikian. Seronok barangkali.


“Kau bila lagi nak kahwin Mia, tak kan nak stay ‘single’ je?,” ujar Lisa yang berdiam sedari tadi. 


Bukan dia pendiam. Tapi dia malas hendak berbual banyak bila Mia ada. Perempuan itu lebih suka orang menumpukan perhatian kepadanya. 


“Aku belum bersedia nak kahwin, malas lah nak layan suami dan rasa terikat rimas, tengok ah nanti kalau ada jutawan yang datang meminang aku, mungkin aku terima kot, aku nak jadi tai-tai aje, orang hot macam aku kan in demand..,” ujar Mia lalu tersenyum bangga. 


Tasha dan Lisa menjeling meluat bila Mia berkata demikian. 


Makanan pesanan Mia sampai ke meja. Tasha dan Lisa sudah memberi isyarat kepadaku mengatakan mereka hendak pergi. Lagipun Mia lambat sampai bukannya mereka. Mia tidak penting kerana mereka semua hanya mahu bertemu dengan Farah mengucapkan tahniah kerana baru bertunang dan mereka merancang untuk membuat “hen party” buat Farah dimana Mia tidak tersenarai dalam ‘hen party’ list mereka.


“We have to go, we will need to fetch our children back from school, see you Farah, Mia later!,” ujar Tasha lalu menyerahkan kembali bag tangan MiuMiu Mia yang dicampakkan di atas pehanya tadi.


“What dah nak pergi??? Tulah sebabnya I tak suka berkahwin dan ada anak, tengok dah sibuk nak pulang jemput anak balik sekolah, oklah see you later gals or aunties..,” ujar Mia lalu melambaikan tangannya kepada Tasha dan Lisa.


Hendak sahaja Lisa menjahit mulut Mia bila dia berkata demikian. Memang cari nahas si Mia ni? Tasha menarik lengan Lisa agar dia tidak meroyan bila Mia terus menerus dengan sikap mengadanya tak bertempat. Dia memandang kearah Farah dengan perasaan simpati kerana Farah terpaksa melayan Mia yang mulut laser tu.


“See you later ladies, apa-apa nanti call,” ujarku lalu bangun dari kerusi dan memeluk Tasha dan Lisa sebelum mereka pergi. 


Mereka tidak pula datang ke tempat Mia untuk berbuat demikian. Mia pula seperti tidak heran kerana dia lebih berminat memotong Caesar saladnya dari memeluk teman-temannya. 


“Later..,” ujar Mia tersenyum sinis sambil melambai kearah Tasha dan Lisa. Dia tahu mereka tidak berapa menyukainya sejak di bangku sekolah tapi dia tidak pernah ambil pusing. 


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.