AKU menjeling kearah handphone Shafiq bila kedengaran bunyi notification dari watsappnya. Handphone Shafiq ku capai. Shafiq tidak pernah meletak password di handphonenya. Katanya dia tidak ada apa-apa yang hendak di sembunyikan dari aku. Memang dia tidak sembunyikan apa-apa dari aku mengenai tabiat buruknya yang suka berkawan. Terutama sekali kawan wanita.
Aku mengetap bibir menahan geram tatkala membaca message yang diterima. ‘I miss U darl’. Dari Nelly. Aku tidak tahu siapa Nelly kerana Shafiq terlalu ramai kenalan wanita. Katanya pekerjaannya memang sering di kelilingi dengan wanita. Katanya tiada sebab untuk aku merasa cemburu kerana mereka semua adalah rakan sekerjanya. Cabin crewnya. Rakan sekerja tidak akan memberi pesanan seperti ‘I miss u Darl’ rindu, sayang pelbagai. Aku tahu Shafiq seorang lelaki player. Hanya Shafiq tidak mahu mengaku.
Aku bukan seorang wanita yang cemburu buta. Jika sebelum bertunang dahulu perangai Shafiq begitu aku tidak berapa kisah sangat. Tapi setelah aku menjadi tunangan Shafiq, aku mahu dia memberhentikan tabiatnya yang suka berpoya-poya. Seminggu yang lalu Shafiq sudah berjanji akan meninggalkan tabiat buruknya. Malah aku hampir tidak meneruskan majlis pertunangan kami dahulu kerana khuatir Shafiq tidak akan dapat menghentikan hobinya.
Bila aku meminta agar hubungan kami di putuskan. Shafiq pandai memujuk dan merayu, agar aku tidak berbuat demikian kerana Shafiq mengatakan bahawa dia hanya cintakan aku seorang dan bukan wanita-wanita itu. Dan Shafiq juga berjanji akan memutuskan hubungan dengan mereka sebaik sahaja dia bertunang. Janji hanya tinggal janji, kerana aku baharu sahaja ternampak pop up notification dari salah seorang kenalan wanita Shafiq dengan pesanan yang berbaur romantic. Apa tujuan Shafiq berbuat demikian. Hanya suka-suka atau tidak cukup dengan satu.
“Hi dear..!,” tegur Shafiq lalu tersenyum. Dia mencapai handphone dari meja lalu menyimpannya ke dalam saku seluarnya tanpa mengesyaki apa-apa.
Aku tidak menjawab bila Shafiq menegurku, kerana hati aku panas membara bila mendapat tahu Shafiq masih tidak meninggalkan tabiat buruknya.
“Kenapa ni sayang?? Sayang tak sihat ke?,” pujuk Shafiq lagi bila Farah tidak menjawab tegurannya, dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dari riak wajah Farah yang tiba-tiba masam mencuka.
Dia out-station selama seminggu lamanya di London. Sepulangnya dari London, rindu ingin bertemu dengan tunang tersayang. Tunangnya pula memasamkan muka.
“Jangan hendak ber-sayang-sayang dengan I lah!!!,” ujarku lalu menarik tanganku yang di pegang Shafiq ketika memujukku tadi.
Shafiq terperanjat bila Farah tiba-tiba naik angin. Apa salah yang telah dia lakukan hingga membuatkan Farah meradang tiba-tiba. Tadi Farah kelihatan elok sahaja, bila dia pulang dari tandas wajah Farah berubah masam, adakah kerana dia ke tandas tadi membuatkan Farah marah? Mustahil!
“You tunang I, siapa lagi yang nak I sayang-sayang kalau bukan you dear?,” pujuk Shafiq lagi.
“You kan banyak sayang-sayang selain I..,” ujarku lalu menjeling Shafiq.
“Ok…you nampak message I?,” ujar Shafiq baru kini mengerti kenapa tunangnya tiba-tiba naik angin padanya.
“Bila you hendak stop all this?? Kita hendak langsung akhir tahun ni and you still hendak main-main lagi??,” ujarku lalu memeluk tubuh benar-benar marah pada Shafiq. Tidak kisah lagi jika orang yang berada di sekeliling memandang kearah kami.
“Sayang…you know I tak serious dengan mereka, it just for fun only,” jawab Shafiq lalu tersenyum.
Dia tidak mengerti mengapa Farah masih tidak dapat faham akan keadaan yang sebenar. Dia sayangkan Farah. Dia berkawan dengan wanita-wanita itu semua hanya untuk suka-suka dan tidak lebih dari itu.
“Just for fun!, lama-lama jadi serious!, Don’t play with fire if you can’t take the heat..!,” ujarku lalu bangun dari kerusi.
Aku mencapai bag tanganku dan berjalan meninggalkan Shafiq sendirian. Malas hendak mendengar alasan dari Shafiq. Alasan yang sama setiap kali aku bangkitkan rasa tidak puashatiku kepadanya. Just for fun! Hilang mood aku hendak keluar bersama dengan Shafiq bila setiap kali kami bertemu, pertemuan kami pasti berakhir dengan bertegang urat. Awal pertemuan selalunya baik-baik sahaja tapi bila Shafiq sudah mula sibuk dengan telefon bimbitnya hatiku akan menjadi panas semula.