Sesuatu sedang berlaku di Kluang.
Ketika menghadiri Persidangan Inovasi Pelajar Kebangsaan 2008, lima orang pelajar kolej terseret ke dalam misteri yang jauh lebih besar daripada projek rekaan ciptaan mereka. Pokok-pokok tumbang tanpa sebab, gangguan elektrik melanda kawasan bandar, dan cahaya aneh memancar dari Gunung Lambak waktu malam.
Aiman, wartawan pelajar yang bijak tetapi skeptikal. Zara, si berani yang pantas bertindak. Liam, pakar teknologi separa gila. Nico, si kaki ayat yang sentiasa selamba. Risa, pemerhati senyap yang tahu lebih dari yangdisangka.
Mereka menyiasat, menyusup masuk ke laluan rahsia, dan menemui sebuah makmal tinggal yang menyimpan eksperimen saintifik paling berbahaya di negara ini. Apabila seorang daripada mereka ditangkap, semuanya menjadi peribadi.
Masa semakin suntuk. Bandar Kluang di ambang bencana tenaga. Dan merekahanya ada tujuh hari untuk menghentikannya.
----------
Pengarang: Kid Haider
Editor: Khidir Mohamed Yazir / Khidir M. Yazir
Penterjemah : Khidir Mohamed Yazir / Khidir M. Yazir
Terbitan Saga Sastra Resources