Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Bab 14 A

Bab 14

Rafael memandu keretanya ke pekan tidak terlalu laju Sepanjang pemanduan hatinya tertanya-tanya adakah kemalangan yang terjadi ke atas diri Romei disebabkan olehnya? Ini kerana pagi tadi Romei begitu celupar hendak membunuh Endai. Endai yang selalu berdamping dengannya terdengar lalu berdendam dengan Cikgu Romei. Rafael memandang cermin pandang belakang. Berderau darahnya apabila melihat Endai duduk di tempat duduk belakang. Walaubagaimanapun Rafael berlagak tenang. Dia meneruskan pemanduannya ;

“Kenapa kau selalu datang mengangguku? Bukan sahaja di dalam alam mimpi… tetapi juga di alam nyata,” tanya Rafael tenang.

“Saya adalah khadam tuan, maka saya akan sentiasa muncul di mana-mana,” jawab Endai.
“Mengenai kemalangan yang menimpa kawanku itu, adakah kamu puncanya?” tanya Rafael.

“Iya, dia menyuruh tuan membunuhku. Aku tidak boleh menerimanya,” jawab Endai tegas.

“Aku arahkan kau jangan apa-apakan dia dan keluarganya lagi,” arah Rafael dengan harapan Endai akur dengan arahannya.

“Baiklah. Aku ikut sahaja kemahuan tuan,”

“Dan aku tidak mahu kamu kacau sesiapapun. Samada kawan aku, saudara mara mahupun orang kampung. Faham!” Rafael meninggikan suaranya.

“Baik tuan. Tuan… hamba terpaksa balik ke rumah tuan. Buragas memanggil,” sekelip mata buragas menghilangkan diri. Rafael mengambil CD Al-Quran dan memasangnya. Tidak mahu lagi diganggu oleh Endai. Sakit hati dibuatnya nanti. Kalau di bandar tentu dia akan dicop mengalami halusinasi. Atau bahsa kasarnya mengalami sakit gila.

((((((((((((((((((((((((((((

Tok Penghulu membuka pintu kayu berukir. Bau hapak menerjah ke deria baunya. Tok Penghulu segera ke almari kayu di mana pintu besi ditempatkan. Almari dibuka dan Tok Penghulu segera mengeluarkan peti besi emas itu dari almari dan meletakkannya di atas lantai. Tok Penghulu membuka peti tersebut… nyata peti itu boleh dibuka dan tidak lagi berkunci. Isinya dikeluarkan, bermula dengan persalinan dan keris. Kemudian Tok Penghulu mengeluarkan mahkota milik permaisuri.

“Hahaha. Inilah aku cari-cari selama ini. Dari muda sehinggalah ke tua. Aku cuba membukanya… tapi hari ini aku dapat tahu isinya. Harta karun milik Sultan Amirul Rashid. Terima kasih Rafael… harta ini semua kini milik aku. Aku kaya. Hahaha,” Tok Penghulu ketawa mengekah. Nafsu sudah menguasai diri tanpa mempedulikan bahawa harta tersebut hak milik keluarga Rafael. Mahkota di letakkan di atas lantai. Tok Penghulu mengambil satu uncang yang terdapat di dalam peti. Ikatan uncang itu dileraikan lalu diperlihatkan isi di dalam uncang tersebut.

“Wang emas… wang emas. Teman kaya yeop… hahaha. Teman kaya,” Tok Penghulu mencium uncang tersebut.

“Letakkan kembali uncang wang itu orang tua!” tempik satu suara di muka pintu. Tok Penghulu menoleh. Terkejut dia melihat seorang pemuda yang lagaknya seperti pendekar. Pakaiannya juga seperti pendekar.

“Kau siapa? Kau hendak ambil harta ini?” tanya Tok Penghulu takut-takut. Uncang diletakkan di atas lantai lantas diambilnya keris Dendam Tak Sudah. Dikeluarkannya keris dari sarungnya. Pada pemikiran Tok penghulu ketika ini orang yang menempiknya tadi ingin mencuri emasnya. Sekurang-kurangnya ada senjata untuk mempertahankan dirinya.

“Hahaha! Akulah Endai wahai manusia berketurunan Panglima Badar,” Tok Penghulu ternganga.

“En… Endai,” Tok Penghulu tergagap. Peluh mula terbit di dahinya. Tangannya yang memegang keris terketar-ketar.

“Ya. Aku Endai… pendamping yang dipasung oleh moyangmu. Harta itu bukan milikmu. Milik tuan aku dan keluarganya. Kau tidak berhak!” bentak Endai.

“Aku sudah jumpa. Ini hak aku! Akupun sudah lama cuba membuka peti ini… hari ini aku sudah berjaya membukanya… kamu pula datang memerintah aku menyimpannya. Aku tidak akan menyerahkannya kepadamu!” Tok Penghulu bangun dan berdiri lalu membuka kekudanya. Keturunannya yang bersusur galurkan Panglima Badar menyebabkan masa mudanya pernah menuntut ilmu silat.

“Tuan hamba menjual hamba membeli,” Endai terkumat kumit membacakan sesuatu. Lantas senjata yang berada di tangan Penghulu terlepas dan terbang ke arah tangan kanan Endai. Kini keris Dendam Tak Sudah berada di tangan Endai. Endai menghilang dan merasuk Tok Penghulu. Penghulu jatuh pengsan dengan serta merta. Seketika kemudian Tok Penghulu bangun dan berdiri ;

“Hmmmmm. Buragas, aku tidak boleh membunuhnya kerana aku sudah berjanji tuanku Rafael tidak membunuh sesiapa. Tetapi bonda kita telah bertitah bahawa Rafael itu akan membawa seseorang untuk berkelahi denganku malam ini. Aku merasuk supaya aku dapat bertentangan dengannya. Ayuh Buragas kita persiapkan diri untuk menghadapai perlawanan malam ini,”

“Hehehehe,” kedengaran suara Buragas memecah kesunyian malam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.