Bab 1
Sudah 3 bulan Rafael
membantu ayahnya di pejabat setelah bergraduasi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam bidang pendidikan Sukan. Ayahnya Dato Mahfuz pemilik syarikat
pembinaan Mahfuz dan Chong Sendirian Berhad, salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka
di Negara ini beribu pejabat di Shah Alam. Walaupun ayahnya lebih suka Rafael
mengambil bidang pengurusan perniagaan mahupun perakaunan tetapi akhirnya
terpaksa mengalah juga dengan minat Rafael yang hendak menjadi Guru. Selama 3 bulan ini Rafael telah diberi jawatan
sebagai pembantu pengurusan bagi menggantikan Kak Hasimah yang bercuti tanpa
gaji selama 6 bulan kerana menjaga anaknya yang menghidap Leukimia. Rafael
senang hati ditempatkan di posisi tersebut… sekurang-kurangnya tidaklah bosan
duduk di rumah menunggu surat penempatan. Gaji yang diterimanya bolehlah dibuat
belanja keluar bersama kawan-kawan.
Walaupun dia anak
kepada tuan punya syarikat, Rafael tetap dianggap oleh ayahnya sebagai pekerja
syarikat. Malah Rafael pernah dimarahi oleh bapanya seminggu bekerja di dalam
mesyuarat pengurusan projek apabila gagal mengemukakan bil pembelian barangan
yang sebenar. Rafael yang masih baru terpinga-pinga apabila bapanya menuntut
dokumen yang diperlukan. Dengan muka yang sebal, dia terpaksa keluar mesyuarat
dan ke mejanya untuk mengambil dokumen yang diperlukan. Lamunannya terhenti
apabila Rafael ditegur seseorang ;
“Hai Encik Rafael.
Termenung nampak? Ingatkan makwe yer?” tegur seseorang perempuan lembut. Rafael
memandang Siti yang kini berdiri di hadapannya.
“Oh Siti. Tiada
apa-apa… cuma memikirkan sesuatu” Rafael tersenyum… macamana aku boleh mengelamun tengahari buta ni di pejabat.
“Kalau nampak dengan
Dato. Kena marah lagi Encik Rafael” Siti tersenyum. Senyuman yang bisa
mencairkan hati mana-mana lelaki. Walaupun Siti berusia lebih tua 2 tahun
daripada Rafael yang berumur 23 tahun… tetapi Siti tetap memanggilnya Encik
Rafael.
“Kak Siti, berapakali
saya hendak cakap. Saya ini kuli sahaja di syarikat ni. Walaupun syarikat ini
bapa saya yang punya, tetapi jawatan saya hanyalah sebagai penolong eksekutif
projek. Kak Siti lagi tinggi dari saya sebab kak Siti Pegawai Sumber Manusia.
Tak payahlah berencik-encik.” Rafael kurang selesa jika dia dipanggil begitu.
“Hmmmm. Susahlah nak
panggil nama sahaja.”
“Takpe kak. Mula-mula
kekok… lama-lama oklah tu. Tolong kak yer” pinta Rafael. Siti mengangguk.
“Ada apa kak yang boleh
saya tolong?”
“Takde. Nak ajak Rafael
makan… kan dah lunch time sekarang. Tak lapar ker” Rafael melihat jam
tangannya. Jarum jam jenama Adidas pemberian emaknya Datin Rosiah menunjukkan
pukul 1.10 petang.
“Yelah. Dah waktu
makan”
“Tulah… larut dalam
dunia termenung” perli Siti. Rafael hanya tersenyum.
“Bukan akak selalu
keluar dengan abang Jibam ker?” Rafael hendak membalas kembali kata-kata Siti.
“Ish! Taknaklah akak
dengan Mat Rempit tu.” Rafael tergelak. Dia tahu Siti kurang senang jika
disebut nama Jibam. Jibam adalah pembantu pejabat yang begitu kemaruk dan cuba
memikat Siti. Tetapi Siti tidak melayannya.
“Hahahaha. Relakslah kak.
Saya tengok Abang Jibam tu betul-betul obsess dengan akak. Gambar akak saya
tengok ada di mejanya.
“Dahlah. Jangan sebut
pasal dia. Dia tu yang perasan. Rafael nak ikut akak pergi makan ke tidak ni?”
“Akak belanja”
“Amboi. Akak pula yang
kena belanja”
“Hahahahaha. Saya berguraulah
kak. Jom” Rafael bangun dari kerusinya dan mengikuti Siti keluar makan.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 2 petang Rafael
masuk semula ke pejabat. Sampai di mejanya, Rafael membuka komputer dan
menyambung kerjanya. Baru 2-3 minit duduk telefon bimbitnya berbunyi. Rafael
mengangkat telefonnya.
“Waalaikumussalam ibu.
Ya… ada apa? Surat? Cuba ibu buka surat apa. Saya tunggu” mungkin surat posting
kot. Rafael memegang telefon bimbitnya sambil tangannya masih ligat menaip sambil
menanti emaknya membaca kandungan surat yang sampai di rumah.
“Hello. Ya ibu. Surat
posting? Di mana ibu? Perak? Gerik. Pendalaman P2? Takpe ibu. Nanti saya balik
kita bincang. Terimakasih ibu. Assalaimualaikum” Rafael menamatkan panggilan.
Walaupun hatinya gembira kerana akhirnya dia telah mendapat surat yang sangat
ditungu-tunggu tetapi hatinya resah. Resah kerana dia bakal ditugaskan di Grik,
pendalaman P2 dimana dia sangat yakin bahawa ayahnya memang tidak akan
bersetuju. Rafael menekan tetikus untuk melihat dimana kedudukan Kampung Pulau
Manis yang disebut oleh emaknya itu tadi. Dalam masa beberapa saat keluarlah
peta Kampung Pulau Manis menggunakan aplikasi Google Map. Menurut keterangan,
Kampung itu dihubungkan ke pecan Grik melalui jalan kecil dan terletak jauh di
pendalaman. Satu jam dari Pekan Gerik dimana jalan masuk ke kampong hanyalah
melalui jalan kecil. Berjiranan dengan 2 kampung orang asli. SK Kampung Pulau
Manis adalah sekolah kategori B dimana pelajarnya kurang dari 100 orang. Rafael
suka suasana menghijau yang terdapat di Kampung Pulau Manis. Dia berdoa agar
kedua orang tuanya boleh menerima tempat dia akan bertugas kelak.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Sampai di rumah
banglonya ayahnya di Seksyen 15 Rafael terus mendapatkan ibunya yang sedang
ralit berkebun di taman kecil berhampiran kolam renang. Taman kecil itu
dipenuhi dengan pohon bunga yang ditanam ibunya.
“Assalaimualaikum bu”
Rafael memeberi salam. Ibunya yang ralit mengembur tanah salah satu bunganya
menoleh kea rah Rafael dan tersenyum. Ibunya segera membuka sarung tangan
kerana tahu Rafael akan bersalam dengannya.
“Tangan ibu kotor”
Rafael hanya tersenyum dan mendapatkan tangan ibunya dan bersalam serta mencium
tangan ibunya.
“Tangan inilah dahulu
yang membesarkan saya ibu” ibunya membalas senyuman Rafael.
“Surat kamu tu ada atas
meja kopi tepi kolam. Ibu ada buat jemput-jemput sikit. Ayah kamu suruh buat.
Ayah kamu belum keluar pejabat ke tadi?”
“Belum lagi ibu” Rafael
berlalu pergi menuju ke meja kopi di tepi kolam. Tempat di mana ayahnya suka duduk
minum di kala petang sambil menghisap paip. Ibunya suri rumah sepenuh masa dan
ayah tidak mengajikan orang gaji kerana lebih suka jika isterinya yang memasak
dan berada di rumah. Bagi menghilangkan kebosanan isterinya, bapa Rafael
membeli tanah rumah yang luas bagi membolehkan isterinya berkebun dan menternak
ikan hiasan. Pelbagai ikan yang diternak selain ikan kap berwarna warni. Malah
sepasang kura-kura hiasan turut ada di dalam kolam. Rafael duduk dan terus
mengambil surat bersampul besar berwarna coklat. Isinyadikeluarkan dan Rafael
membaca kandungannya. Memang sah Rafael akan bertugas di Sk Kampung Pulau
Manis.
“Ibu tidak kisah kamu
hendak pergi kemana sahaja Rafael. Sebab ibu tahu memang itu minat kamu. Tapi
ayah kamu ibu tidak tahulah” ibu Rafael seperti tahu apa yang bermain di
fikiran Rafael ketika ini.
“Ibu rasa macamana?”
Rafael meminta pandangan ayahnya.
“Ibu rasa ayah kamu
mesti akan minta tolong kawannya di Kementerian supaya kami dapat dekat-dekat
rumah.”
“Alamak. Sudah 23 tahun
saya duduk dengan ibubapa. Dulu di UKM bapa tak bagi saya duduk kolej. Saya
ulang alik Bangi Shah Alam setiap hari. Takkanlah kali inipun nak mengajar di
sini juga. Tak boleh ke saya jauh sikit.”
“Entahlah. Kamu itu
anak bongsu. Anak kesayangannya. Mana boleh duduk jauh-jauh. Lagi sunyilah
rumah ni nanti. Sudahlah akak-akak kamu mengikut suami masing-masing. Abang
kamu yang sulung pula jadi juruterbang… selalu tiada di rumah” ada nada merajuk
kata-kata ibu Rafael. Rafael anak bongsu daripada 4 beradik. Abangnya yang sulung
seorang juruterbang berumur 38 tahun dan masih bujang. Abangnya dipanggil abang
long tinggal bersama dengan keluarga tetapi sangat jarang berada di rumah
kerana abangnya seorang juruterbang MAS sektor antarabangsa. Kakaknya yang
kedua dipanggil Kak Ngah sudah berkahwin dengan lelaki warga Australia dan
tinggal serta bekerja di sana. Manakala Kak Lang pula tinggal bersama suaminya
di Johor.