Home Novel Seram/Misteri Roh rumah sewa
Prolog dan sinopsis

Rafael tiba-tiba terjaga dari lenanya… tidurnya terganggu dek tangisan bayi yang semakin jelas kedengaran. Rafeal lantas bangun dan membuka lampu meja yang terdapat di sisi katil. Jarum jam menunjukkan pukul 2 pagi.

“Aduh. Anak siapa yang menangis memalam buta ini? memekak sahaja aku hendak tidur” Rafael mengeliat. Tangisan bayi semakin kedengaran nyaring.

“Dengar macam dari rumah ini sahaja bunyinya” Rafael mengamati bunyi tangisan itu semula. Benar, tangisan itu bunyinya terlalu dekat. seah-olah bunyinya dari bawah.

 “Bunyi bayi menangis tu macam dari bawah” Rafael bangun dari katilnya lalu turun ke lantai dan menekup telingannya. Kedengaran bunyi menangis di bawah kolong.

“Lah ada orang buang bayi ker?” tangisan bayi semakin jelas kedengaran. Rafeal bangun semula dan lantas membuka pintu biliknya. Niatnya mahu mengambil bayi itu segera takut bayi itu menangis kerana dihurungi semut. Memang semut api banyak di bawah kerana adanya busut. Di ruang tamu Rafeal membuka lampu dan mengambil lampu suluh yang memang berada di atas meja TV. Rafeal segera ke pintu rumahnya dan membuka. Bunyi berkeriuk pintu dibuka kedengaran… Rafeal jelas menjenguk ke luar… hanya kegelapan malam yang kedengaran dipecahkan dengan suara tangisan bayi. Rafael menuruni tangga batu ke bawah kolong. Lampu suluh dihidupkan. Angin malam menerpa tubuh badan Rafael tidak dipedulikannya. Sampai di kolong Rafael menyuluh di sekitar kolong untuk mencari cari arah tangisan bayi. Di satu sudut di tengah-tengah bawah rumah kelihatan sekujur tubuh bayi bergerak-gerak semakin menangis berhampiran busut. Rafael segera mendapatkan bayi tersebut dan dipangku. Kain putih yang menyalut bayi itu diselak, kelihatan bayi yang comel ralat menangis.

“Siapalah manusia yang tergamak membuang bayi kat rumah aku ni? Comel budaknya” Rafael segera menguis-guis habuk yang menguliti tubuh bayi tersebut. Fikiran ligat berfikir apakah hendak dibuat dengan bayi itu yang semakin ligat menangis.

“Nak susu agaknya budak ni. Rumah aku mana ada susu. Susu penuh krim lemak berkrim disukai ramai adalah. Siapa bolah tolong aku ni? Takkan nak ketuk rumah cikgu Razib tengah malam buta ni? Baik aku pergi rumah tok penghulu dahulu. Lagipun rumah tok penghulu yang paling dekat… jalan kaki dalam 15 minit. Malas aku naik kereta. Mungkin dia ada solusi” Rafael bangun dan keluar dari bawah rumah lantas berjalan pantas menuju ke rumah tok penghulu. Di sepanjang perjalanan bayi tidak henti menangis.

“Shhhhhh. Alahai, kenapalah kau menangis nak. Aku ni bujang tak tahu hendak buat apa. Lapar yer? Nanti rumah penghulu mungkin ada susu yer. Sabar ye nak” Rafael memujuk bayi itu seolah-olah bayi iu tahu apa yang dikatakannya. Sepanjang perjalanan angin sepoi-sepoi bahasa. Rafael tidak sedar langkahnya diikuti oleh satu entity yang berterbangan dari satu pokok ke satu pokok. Tiba-tiba Rafael terdengar nyanyian diiringi dengan alunan muzik dari gitar kapok.

“Sah budak-budak muda ni merambu hingga ke jauh malam. Aku ingat di KL sahaja ada kutu-kutu malam. Kampung ini pun ada juga merambu tengah-tengah malam. Ini mesti Mail keding dengan kawan-kawannya. Tapi elok juga… boleh minta tolong teman aku ke rumah penghulu” Rafael mempercepatkan langkahnya. Bayi comel itu dikendongnya kemas seolah-olah bayi tidak mahu dijatuhkan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

“Rozana kau gadis idamanku, bila kita bertemu dalam cinta… Rozana” Mail Keding menyanyi sambil diiringi oleh Osman yang bermain gitar kapoknya. Nyanyian Mail keding terhenti apabila dia melihat kelibat seseorang lelaki yang sedang mengendong sesuatu yang bersalut kain putih menuju ke arah tembok persimpangan dimana dia dan kawan-kawannya sedang melepak.

“Os. Siapa yang datang tu?” Os yang sedang memegang gitar melihat ke arah yang ditunjukkan Mail.

“Eh! Tu Cikgu Rafaelkan? Dia buat apa malam-malam buta ni? Apa yang dikendongkan tu? Berbalut pulak.”

“Entah” jawab Syafiq yang turut bersama-sama dengan mereka.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Dalam jarak-kira 30 meter di mana Mail dan kawan-kawannya lepak Rafael memberi salam.

“Assalaimualaikum Mail”laung Rafael.

“Waalaikummussalam. Ada apa Cikgu?” Mail bangun dan menjawab salam diikuti 2 orang kawannya yang lain.

“Ni ada budak buang bayi kat bawah rumah saya. Saya hendak ke rumah tok ketua ni. Budak ni asyik melalak jer… lapar agaknya. Kebetulan kamu semua dah ada di sini bolehlah tolong saya teman ke rumah Tok Ketua.”

“Bayi? Melalak? Saya tak dengar apapun Cikgu” benar… Mail tidak mendengar tangisan bayi. Mail menoleh kea rah Syafiq dan Osman yang kini mengapitnya.

“Punyalah kuat budak ini menangis awak tak dengar?” Rafael kehairanan. Dipandangnya bayi itu pada pandangannya masih lagi menangis.

“Betul Cikgu. Mana ada budak menangis? Apa yang Cikgu kendong tu?” tanya Osman ingin tahu apakah benda berbungkus dengan kain putih yang dikendong oleh Rafael.

“Bayi dalam dakapan akulah yang menangis” jawab Rafael.

“Bayi?” pemuda bertiga kehairanan kerana apa yang dikendong oleh Rafael keras seperti batu. Tidak bergerak-gerak.

“Tunjukkan kami cikgu” Rafael menggangguk lantas membuka balutan kain yang menutup bayi tersebut daripada kesejukkan. Apabila isi di dalam kain putih itu diperlihatkan, lantas pemuda bertiga itu terkejut

“Hantu!!!!!” lintang pukang pemuda bertiga itu berlari.

“Oi!!! Kamu semua hendak pergi mana?” Rafael terkejut apabila melihat ketiga-tiga pemuda itu berlari bagaikan tidak cukup tanah. Tiba-tiba bayi di dalam dakapannya senyap. Malah tangannya yang mengendong bayi terasa amat sejuk sekali. Rafael memandang kea rah bayi itu tadi. Matanya terbeliak dan terkejut apabila melihat apa yang dikendonganya adalah batu nisan… tangannya mengigil. Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran bunyi perempuan menangis. Rafael menoleh ke arah wanita menangis tersebut. Di arah kiri dia atas pokok Ara yang menjulang tinggi sesusuk tubuh berambut panjang sedang tersedu sedang menangis. Rafael menggelatar kakinya… dia memandang semula apa yang dikendongkan. Batu nisan putih masih ada di tangannya. Tanpa membuang masa Rafeal mencampakkan batu tersebut ke tepi jalan dan mengambil langkah seribu kerumah penghulu.. Dia tidak memandang ke belakang lagi kerana yang kedengaran kini hanyalah ketawa yang mengilai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.