“Ala ibu… saya hendak cari pengalaman
baru pula. Takkan dunia saya hanya di Shah Alam sahaja”
“Ibu tak kisah sebenarnya. Dari dulu
lagikan ibu menyokong anak-anak ibu selagi tak melangar batas. Ibu pujuk ayah
kamu supaya abang kamu masuk akademi penerbangan. Insya Allah ibu akan cuba
pujuk ayah kamu yer” Rafael tersenyum… dia tahu ibunya akan membantunya
menyakinkan ayahnya untuk membenarkan dia bertugas di Gerik kelak.
“Bila kamu mula posting?” ibu Rafael
duduk di kerusi bersebelahan Rafael.
“3 minggu lagi ibu” Rafael menuang air
ke cawan ibunya.
“Cepatnya” Rafael hanya tersenyum.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Semasa makan malam,
“Ayah dengar kamu bertugas di Gerikkan?”
ayah memecah kesunyian apabila mereka sekeluarga makan malam. Rafael yang
sedang makan menoleh ke arah ayahnya.
“Ya ayah” jawab Rafael jujur.
“Apa kamu tidak beritahu ayah? Ayah
boleh minta tolong kawan-kawan ayah dekat Kementerian. Ibu kamu pula beritahu
ayah. Pandai kamu gunakan ibu kamu hendak pujuk ayah ya” ada nada ketidakpuasan
dalam kata-kata ayahnya.
“Bolehlah ya ayah?”
“Sukahati kamulah. Kamupun sudah besar.
Kamu hendak rasa hidup susahkan… hidup tempat jin bertendang. Kalau susah
besok… pandai-pandailah kamu hidup” ayah Rafael membasuh tangannya dan berlalu
pergi ke tingkat atas ke bilik utama. Ternyata ayahnya kecewa dengan keputusan
Rafael. Rafael memandang emaknya yang duduk berhadapan.
“Ayah kamu tu merajuk sekejap jer. Macam
keputusan kamu hendak ambik kursus guru dahulu. 3 harikan dia merajuk tidak
bercakap dengan kamu. Ala, lama-lama angin dia sejuklah tu” Ibu Rafael memujuk
Rafael. Rafael hanya mengangguk.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
2 hari kemudian notis pemberhentian
kerja Rafael diluluskan oleh bapanya. Ada 2 minggu lagi sebelum Rafael mula
bertugas. Masa yang ada digunakan oleh Rafael membeli barangan keperluan dan
mendapatkan maklumat tempat dia bertugas. Rafael mendapati bahawa sekolahnya
tidak mempunyai rumah guru. Terpaksalah Rafael datang awal seminggu sebelum
sesi persekolahan bermula kerana perlu mencari rumah sewa. Jika mahu berulang
alik dari pecan Gerik mahu makan sejam pula. Sedangkan Rafael takut kalau dia
terbangun lambat. Sehari sebelum bertolak… Rafael berjumpa dengan kawan-kawan
di LCCT kerana kebanyakan kawan-kawannya mendapat tawaran bertugas di Sabah dan
Sarawak. Di LCCT mereka berbual di Tea Leaf yang agak lengang ;
“Untunglah kau Rafael, dapat posting
dekat Perak. 4 jam perjalanan sahaja. Macam kami ni… kena naik flight. Banyak
belanjanya” kata Irfan yang akan bertugas di Bario.
“Poodahlah kau. Duit tiketpun bukan
pakai duit kau. Duit kerajaankan” tingkah Rafael.
“Aku ingat nak kahwin cepatlah. Boleh
jadi alasan hendak balik semenanjung cepat” kata Esmalia. Kawan perempuan
Rafael yang bertugas di Sandakan. Dia cuba membuat rayuan tetapi gagal.
“Kau suruhlah tunang kau tu buat majlis
cepat-cepat” sampuk Darus.
“Banyaklah kau. Kau ingat buat majlis
kahwin ni majlis kahwin koboi? Macam cerita Ahmad Albab. Mengamuk mak bapak aku
nanti. Kita ni ada adab. Ada budaya. Mestilah panggil saudara mara. Rakan
taulan. Sedangkan tunang aku Harry tu baru kerja. Kurang-kurang 30 ribu kena
ada di dalam tangan tau” Rafael hanya tersenyum.
“Aku sebenarnya pelik dengan nama tunang
kau. Bukan nama tunang kau Haris Katiman Bin Mohd Sujarno ke? Mana datang
Harry tu. Kita semua panggil dia Katiman jer… takpun Man” tingkah Darus. Esmalia
memandang Darus dengan panggilan jelik.
“Kau nikan. Adalah benda nak mengusik
aku. Kan aku kata nama Harry tu dari Haris”
“Dah tu panggil jelah Haris”
“Haris tu tak maskulin ok. Harry tu
macam orang putih ok.”
“Orang putih? Aku tengok takdelah putih
mana Haris tu. Gelap macam mamak jer. Eloklah tu dia dapat posting sekolah
Tamil ajar Bahasa Melayu. Hahahahahahahaha.”
“Kau nikan” Esmalia bangun hendak
menampar bahu Darus.
“Dahla tu. Darus tu bergurau jetu”
sampuk Rafael.
“Kamu berdua ini patut yang kena berkahwin. Selalu
bergaduh” sampuk Irfan.
“Taknak aku de” jawab Darus sambil
menyedut minumannya.
“Macam aku nak sangat. Dahlah tak
matang… suka membebel” jawab Esmalia pula.
“Kihkihkih. Dahlah tu… nasib baik kamu
berdua bukan ditempatkan sekolah yang sama. Kalau tidak. Tunggang terbalik
sekolah tu” Rafael meleraikan persengkataan mereka.
“Macamana Rafael. Kau dah dapat ke rumah
hendak disewakan?” tanya Darus
“Dah. Aku minta tolong tok penghulu. Dia
kata ada rumah kosong. Rumah sepupu dia juga yang tinggal di Ipoh. Rumah papan.
Kejap yer… ada gambar rumah dia bagi” Rafael mengambil telefon bimbitnya di
poket seluar.
“Perghhh. Penghulu MMS gambar rumah.
Dashyat… kau tak minta gambar anak perempuan dia ker?” tanya Irfan.
“Kau ingat tempat aku bertugas kolot
sangat ker? Sekolah dia siap ada satelit parabola tu. Nah ni gambar rumah yang
disewakan tu” Rafael menunjukkan gambar rumah yang bakal disewakannya itu
kepada mereka bertiga. Ada kerutan di wajah Darus dan Irfan.
“Kau takde pilihan yang lain ker?”
“Ini sahaja pilihan yang aku ada. Ada tu
rumah macam nak roboh… ada pula yang sebelah kubur. Tak mahu aku duduk sebelah
kubur seseorang. Bagi aku yang terbaik kalau duduk hujung” jelas Rafael. Memang
itunya sahaja rumah yang ada dan dia tidak ada pilihan yang lain.
“Macam pelik je rumah ni. Ada menara di
sebelah kanan. Macam rumah pengamal ilmu hitam” jawab Darus.
“Ish kamu ni Darus. Janganlah takutkan
si Rafael ni” tingkah Esmalia.
“Takpe. Zaman sekarang ni mana ada hantu
lagi. Lagipun InsyaAllah tiada apa-apa. Kalau kita solat… selalu mengaji.
Lama-lama hantupun panas. Aku ingat sebelum masuk rumah nak buat bacaan Yassin
dahulu. Minta dijauhkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan”
“Eloklah begitu. Insya Allah tiada
apa-apa” mereka terus berbual sambil menunggu penerbangan.