ERYNA mengetap bibir, menahan geram dengan kata-kata
Shahmi yang membantah cadangannya. Faiq pula memerhatikan tingkah laku keduanya
dengan penuh minat di bilik mesyuarat itu.
“Lagi
satu, I rasa pelamin macam ni dah ketinggalan zaman. Tak modenlah kalau you
tetap nak pakai kerusi kayu ni sebagai ganti untuk sofa! Dahlah majlis ni penuh
protokol,” tingkah Shahmi lagi.
Eryna
mencerlung anak matanya ke arah Shahmi. Baju jubah panjang berwarna biru laut
yang nampak
begitu lembut itu seakan tidak selari dengan raut wajahnya yang mula berubah
menjadi garang.
“Eh,
dia klien I. Suka hati I lah. Bukan you yang nak kahwin.” Eryna berkata sambil
menyilangkan tangan.
Faiq
mengambil dokumen berisi proposal majlis perkahwinan klien mereka yang
akan berlangsung bulan Mei nanti, seminggu selepas majlis kenduri Rayyan.
Pada
firasat Faiq, tindakan menyatukan Eryna dan Shahmi untuk mengendalikan majlis
yang sama hanya menambahkan huru-hara. Susah
kalau masing-masing tidak profesional di dalam soal kerja, keluhnya di dalam
hati.
“Klien
you tu, klien I juga. Yang you tu tak cakap dengan I you pergi meetingdengan
dia, kenapa? I bukan dalam team you ke?” perli Shahmi.
Wajahnya
tenang walaupun nada suaranya keras. Faiq menjeling mereka berdua silih
berganti. Dia tertekan tetapi dia mahu lihat sampai bila mereka berdua akan
bertelagah.
“You
sibuk.”
“Excuse
me, all this while I’m busy also but still we can managed our time, right?”
Shahmi berkata sepatah demi sepatah.
Eryna
mendiamkan diri sambil cuba
mencari jalan untuk menutup kesalahannya. Dia akui, dia membuat appointment
dengan klien mereka tanpa pengetahuan Shahmi yang sepatutnya ada bersama.
“Apapun I tak setuju. You
rombak balik semula cadangan ni sebelum jumpa klien.”
Eryna
membulatkan matanya. “Mana boleh! I nak jumpa dia lusa nanti. Mana sempat I nak
buat research konsep baru! Lagipun dia mahukan gabungan moden dan
tradisional. You nak buat macam mana lagi?”
“Tak
semestinya you perlu tukar semua perabot atau interior dewan dengan
perabot tradisional. Semua tu costing tahu tak. You boleh mainkan
suasana pentas ataupun background stage dengan penukaran fabrik atau
warna yang menampakkan ciri klasik, which is a bit cheaper!” Shahmi
masih cuba
mempertahankan pendapatnya.
Faiq
yang duduk di tengah-tengah meja mesyuarat itu terangguk-angguk mendengarkan perbalahan
mereka. Sebetulnya dia sangat setuju dengan pandangan Shahmi. Dia bukan
membangkang idea Eryna tetapi proposal yang dibentangkan itu akan
menelan belanja yang agak besar.
“Dia
kata dia tak kisah soal duit.” Eryna berkata deras.
Shahmi
ketawa sinis. “Sejak bila you jadi mak turut ni? Dalam soal ni, kita cuba memenuhi
kehendak klien tapi dalam masa yang sama, kita kena pandai tackle hati
mereka. Kalau you bagi tawaran mahal, tak mustahil dia cari lain walaupun dia
tak kisah. Kalau you bagi solution terutama soal duit, mereka akan lebih
berbesar hati kerana nampak
you juga fikirkan tentang perasaan mereka.”
“Sepertimana
you yang senang-senang saja cari pengganti lepas kita tamatkan hubungan ni?”
soal Eryna dengan serius lalu membuatkan Shahmi terperanjat besar.
Faiq
pula tergamam apabila Eryna cuba
meletakkan soal peribadi mereka berdua ke dalam kancah
perbincangan kerja ini. Hatinya mula mendidih.
“Eryna!”
Shahmi seakan berbisik sambil membuat isyarat mata ke arah Faiq yang tunduk
memerhatikan kertas cadangan.
Eryna
masih memandang tajam. “Jadi, you
mengaku?”
Tanpa
menunggu lebih lama, Faiq menghentak meja mesyuarat yang terdiri daripada kaca
tebal itu dengan kedua-dua belah tangannya sehingga menyebabkan Shahmi yang
mahu bercakap, terus menutup mulutnya.
Faiq
berdiri dan memandang mereka berdua silih berganti lagi. “You tahukan prinsip
I? You tahukan prinsip pejabat ni? You tahukan yang I tak suka campur adukkan
soal kerja dan perasaan?”
Eryna
dan Shahmi mendiamkan diri. Gadis itu menelan air liur. Dia seperti baru
tersedar bahawa Faiq ada di situ semenjak tadi. Manakala Shahmi pula mengetap
bibir menahan geramnya
terhadap Eryna yang terlepas kata.
“I
tak kira you berdua nak selesaikan macam mana, yang I tahu esok jam dua belas
tengah hari, I nak proposal yang baru! Bentangkan pada I apabila
kepincangan antara you berdua sudah settle. Bukannya seperti yang
berlaku sekarang!” Faiq berkata dengan kuat lalu mendengus sambil mencampakkan kertas tadi di
atas meja mesyuarat.
Faiq
segera berlalu keluar dari bilik tersebut dan dia perasan kebanyakan pekerjanya
di luar sedar tentang apa yang berlaku berdasarkan riak wajah masing-masing
yang terus menyembunyikan muka di sebalik komputer sebaik saja perasan Faiq
sudah berada di luar pintu.
Lelaki
itu dengan pantas masuk ke dalam bilik pejabatnya lalu mencapai beg sandang.
Faiq kemudiannya segera keluar dan menuju ke arah meja ketua pentadbirannya.
“I
dah nak balik. Tolong telefon supplier yang ada I buat temujanji esok dan
batalkan semuanya. Postponeke hari lain atau hari yang mereka free.
Esok I off,okey,” ujar Faiq dengan pantas.
Ketua
pentadbirannya yang tercengang-cengang dengan situasi sebentar tadi mengangguk.
Tak berani dia mahu bertanya kenapa semua mesyuarat yang patut berlangsung esok
itu dibatalkan.
Dia
pasti perkara ini melibatkan Shahmi dan Eryna berdasarkan ketegangan yang
berlaku tadi. Terperanjat besar apabila dia mendengar suara kuat Faiq yang
jarang marah itu.
Dia tahu kenapa. Sebentar
lagi pastilah pejabat ini akan meriah dengan gosip terbaru terutama apabila
bos-bos mereka, Eryna dan Shahmi keluar dari pejabat.
************************************************
LETIHNYA! Aku berjalan menuju ke
arah perhentian bas di seberang jalan dengan langkah malas. Hari ini aku rasa
macam duduk satu jam saja sejak pagi. Kelam-kabut sungguh studio dengan
pelbagai assignments.
Aku
berhenti di hadapan Bistro Ria sambil berkira-kira sama ada aku perlu
bungkus makanan untuk dibawa balik ataupun aku pulang saja dan masak.
Ergh!
Masak? Dah letih macam ni pun ada hati nak masak? Aku terus memprotes cadangan
diri sendiri. Baru saja aku nak melangkah ke dalam bistro, aku mendengar suara seorang lelaki sayup-sayup memanggil
nama aku.
“Faiq?”
“Awak
nak pergi mana?” soal Faiq. Wajahnya nampak begitu tegang.
Sepantas
kilat aku tahu dirinya dilanda masalah. Namun,
siapalah aku untuk bertanya, kan?
Nanti dia ingat aku ni nujum pak belalang
sebab boleh menilik.
“Jangan
tengok saya macam tu. Saya tak ada masalah berat untuk difikirkan,” kata Faiq
sambil tergelak.
Aku
terkesima. Tengok tu! Siapa yang nujum pak belalang sekarang ni? Aku ke dia?
Kenapa dia boleh fikir apa yang aku fikir?
“Saya
nak bungkus makanan. Lepas tu balik.” Aku berkata.
“Awak
balik dengan apa?”
“Emm,
bas. Lepas tu LRT. Lepas tu bas. Baru sampai rumah,” seloroh aku.
Faiq
memandang aku dengan wajah kurang percaya. Lah, betullah aku cakap, kan? Aku mana ada
kereta. Yang ada pun, kereta Myvi kepunyaan mama yang aku malas nak bawa ke
tempat kerja. Dahlah nak cari parking pun satu hal. Baiklah aku bersenam
pergi balik naik kenderaan awam aje.
“Jom
saya hantar balik.” Faiq berkata tiba-tiba.
“Hah?
Eh, tak payahlah. Rumah awakkan bertentangan hala dengan saya.” Aku
menggelengkan kepala.
Wajah
Faiq berubah. Aku pasti ada hal yang mengganggu dirinya. Nampaknya terpaksalah
aku setuju. “Okeylah.”
Lelaki
itu tersenyum lalu membuatkan aku menggelengkan kepala lagi. Akhirnya aku
mengikut langkah Faiq ke kereta Vios putih miliknya yang diparkir tidak jauh
dari situ.
“Awak
teman saya malam ni boleh tak?” soal Faiq sebaik saja aku selesai memakai tali
pinggang keledar.
“Hah?
Teman apa?” Aku membulatkan mata. Hisy, macam pelik sungguh cadangannya!
“Makan.
Tengok wayang. Jalan-jalan.”
Aku
mengangkat kening. Apa pula masalah lelaki ni? Macam orang lepas putus cinta aje aku tengok. Aku
memikirkan hal tersebut dengan pantas. Ah, mama pun bukan ada di rumah. Tak
apalah kalau aku balik lambat pun. Tak ada sesiapa yang akan membebel.
“Okey,
ikut awaklah.” Aku berkata ringkas sambil memerhatikan jalan raya yang mula
sesak.
“Betul
ni?” Faiq bertanya dengan suara yang girang.
Aku
mengangguk perlahan walaupun dalam hati mencebik kehairanan dengan tingkah
lakunya yang pelik. Selalunya air muka Faiq nampak tenang tapi ni macam ada
1001 masalah.
“Juju,
awak bengang tak kalau di office ada orang yang tak profesional? Masalah rumah
atau perasaannya dibawa ke tempat kerja,” tanya Faiq dengan perlahan. Kepalanya
disandarkan ke kerusi semasa kereta berhenti di lampu isyarat.
Aku
dah agak! Kan
betul aku kata dia ada masalah? Lagi mahu menafikan. Hisy. Tampar karang! Aku menyilangkan tangan sambil
memikirkan jawapan yang tepat.
“Benganglah
tapi kita tak bolehlah marahkan mereka sebab perasaan kita ni sukar dikawal.
Kalau benda tu jadi, awak kena sabar dan nasihat mereka. Jangan marah
depan-depan. Manusia ni ada ego. Kalau ego tercalar, perasaan mereka lagi
bertambah sakit.” Aku berkata dengan panjang lebar.
“Kalau
dah selalu sangat?”
Aku
memalingkan sedikit tubuh aku yang dilapisi blaus dan seluar jeans biru tua itu
ke arahnya. Hmm, memang sah Faiq tengah pening. Nampak segala aura gelap di sekelilingnya kini.
“Saya
rasa awak kena face to face dengan mereka. Cakap baik-baik. Bagi amaran.
Hmm, siapa yang buat awak jadi macam ni? Biar saya pergi rotan dia orang!” Aku berkata
dengan gurauan.
“Shahmi
dengan Erynalah! Dah putus tunang tu, putus ajelah. Ni nak bawa isu ke pejabat.
Manalah saya tak bengang.”
Shahmi
dan Eryna? Aku terus melopong seorang diri. Eryna bekas sahabat baik akukah
itu? Benarkah apa yang aku dengar? Mereka masih bersama? Mereka sudah putus
tunang? Segala persoalan mula membuatkan aku semakin pening dan resah!
“Ju!
Eh, la… Zulaikha! Yang awak pula macam dilanda masalah ni kenapa? Cukuplah saya
seorang aje! Eh, Ju! Juju….”
Aku
tak percaya. No! No! Noooo!