Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 12

BAB 12: Jiwa muda


Sebulan berlalu…


Daniel melambai-lambai kepada Rais dengan teruja memandangkan mereka dapat melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama. Kini mereka bergelar sebagai mahasiswa Asasi Sains Pertanian di UPM Serdang. Mak Esah dan Nadirah turut membantu Daniel mengemaskan barang asrama Daniel.


“Hah Rais… nanti tolong tengok-tengokkan anak makcik ya. Kalian belajar bersungguh-sungguh”,beritahu Puan Mak Esah.


“Jangan risau Kak Nad dan Mak Esah… Daniel ni bersungguh-sungguh orangnya”, balas Rais.


Daniel menyalami dan memeluk maknya. Mak Esah juga menepuk belakang Daniel serta memberi beberapa nasihat. Daniel akur.


Lalu Daniel pergi ke arah Nadirah pula.


“Belajar elok-elok sayang. Banggakan mak dan saya. Belajar tinggi-tinggi supaya dapat kalahkan saya”, senyum Nadirah.


“Ya… awak pun jaga diri. Saya akan jaga cincin ni”, kata Daniel sambil mengetatkan lagi cincin pernikahan dijarinya.


Daniel dan Nadirah berpelukan. Nadirah hendak melepaskan pelukan Daniel, tetapi pelukan Daniel sukar dilepaskan. Daniel tersengih memeluk Nadirah.


“Hoii dahlah tu!”, panggil Rais diikuti dengan wajahnya yang seakan menyampah.


Daniel ketawa lalu kembali memeluk maknya untuk mengucapkan selamat tinggal.


“Jangan risau mak… nanti Daniel selalu balik”.


Setelah kenderaan yang dibawa Nadirah hilang dari penglihatan, Daniel dan Rais langsung mendaftarkan diri di asrama.


“Esok kan Wan dengan Amar masuk matrikulasi?”, tanya Daniel.


Rais hanya diam.Matanya meliar melihat gadis-gadis sebaya mereka yang turut sama mendaftar.


“Kau ni Rais!”,Daniel menyedarkan Rais dengan menepuk bahu rakannya.


Rais terkejut,“kau ni Danny! Terkejut aku”.


“Aku tanya… tapimata kau tak berkedip pandang perempuan”, kata Daniel.


“Ya ya Amar masuk matrikulasi Wan aku tak pasti sebab dia berbelah bahagi nak masuk matrikulasi atau nak sambung Tingkatan 6”, jawab Rais acuh tak acuh. Matanya masih lagi memerhati gadis-gadis.


“Eh… kalau sudah dapat matrikulasi bukan dah tak boleh dapat Tingkatan 6 ke? Salah satu kan?”, tanya Daniel lagi.


“Hishh kau ni!Manalah aku tahu!”, kata Rais dengan nada agak tertekan.


“Ya ya…janganlah marah tanya saja”, Daniel ketawa kecil apabila Rais seakan terganggu. Maklumlah rakannya sedang sibuk memerhati gadis-gadis.


**


“Nad… termenung saja?”, tanya Liza.


“Ohh Liza kenapa?”. Liza memecahkan lamunan Nadirah.


“Aku tanya kau…kenapa termenung? Ada apa? Ceritalah”, kata Liza.


“Tak ada apalah…kerja ni hah berlambak”.


“Nad…”, Liza merenung tajam.


“Tak adalah… aku rasa life aku macam tak ada… hmm tak tahulah”, Nadirah sukar untuk menjelaskan perasaannya.


“Tak ada apa?”,Liza tidak memahami.


“Yalah… aku sudah bekerjaya, harta pun dalam proses nak mengumpul, suami dah ada. Nak kata susah pun tak, senang sangat pun tak. Tapi apa yang aku perlu pun dah cukup…Cuma jiwa aku”, Nadirah mengeluh. 


“Sunyi ya sejak Daniel sambung belajar”, Liza sengih mengusik.


“Tak juga… aku kan sebelum ni memang dah biasa duduk seorang. Cuma bila suami aku tiada lebih ringan sikit kerja aku”, kata Nadirah tanpa berfikir.


“Apa maksud kau?Kenapa cakap macam itu?”, Liza berkerut.


Nadirah ketawa kecil melihat kegusaran wajah Liza.

Don’t get me wrong… maksud aku bila berkahwin kita kena uruskan suami. Baju dia, rumah kena kemas lebih sebab suami aku suka ambil barang lepas itu tak letak dekat tempat asal. Sekarang, nak buat apa-apa tak payah fikir pasal orang lain dah. Kiranya aku balik rumah berehat sajalah macam masa aku bujang dulu”.


“Ohh tapi mak mertua kau ada kan?”.


“Ahh… mak mertua aku ada. Okay saja, aku suka tolong mak mertua aku. Tak adalah sunyi dekat rumah. Kadang-kadang mak mertua datang rumah aku ajak makan sama-sama”.


“Kau memang in a good term dengan mak mertua kau kan?”, senyum Liza.


Nadirah juga tersenyum, “dah lama aku berjiran dengan mak mertua aku. Aku pun dah anggap mak mertua aku macam mak aku sendiri”.


“Nad…”, Farid mencelah perbualan Nadirah dan Liza. Farid seakan memanggil Nadirah untuk berbicara sebentar.


Nadirah kembali memandang Liza. Jelas wajah Nadirah yang kembali murung seakan datang beban.


Nadirah bangun lalu pergi mengikuti Farid ke sebuah tempat duduk.


“Ya Encik Farid?”, tanya Nadirah.


“Nad… saya nak minta maaf atas layanan saya selama ini”, Farid memandang bawah.


Mata Nadirah membulat.


‘Aku tak salah dengar ke?’.

“Encik Farid okay? Kenapa ni?”, Nadirah pula terasa risau.


“Saya minta maaf sebab layan Nad macam tu… Sebenarnya sebelum ini saya berdendam dengan Nad”,kata Farid.


Nadirah berkerut, “dendam? Tapi apa salah saya?”.


“Saya ada kekasih yang nak bekerja dan memandangkan jawatan pembantu auditor kosong, saya nak recommend kan nama dia kepada pihak atasan. Lagipula, kekasih sayapun bukan calang-calang orangnya. Dia baru habis ijazah di luar negara. Dia juga berharap untuk dapat jawatan di syarikat ini. Tetapi Nad pula yang dapat atas nama naik pangkat. Sejak itu, layanan kekasih saya dekat saya berubah. Dia asyik marah-marah saja. Dia sudah tak percaya saya dan asyik nak minta putus. Dia kata saya permainkan perasaan dia. Tapi saya masih sayangkan dia dan minta untuk kekal lagi. Bila nampak Nad saja saya rasa geram sebab saya rasa Nad lah punca keretakan hubungan saya. Saya selalu rasa yang Nad hanya ada Diploma tetapi dapat juga naik pangkat”, cerita Farid panjang lebar.


Nadirah tercengang.

Like seriously?’.


“Tak apa Encik Farid… saya faham. Jadi kekasih encik macam mana sekarang?”, Nadirah cuba untuk bersikap prihatin.


“Saya dah putus sebab dia sudah ada lelaki lain. Hal itu buat saya sedar yang dia hanya inginkan kesenangan. Saya minta maaf sekali lagi. Nad memang layak untuk naik pangkat, lagipun reputasi Nad di syarikat ini baik”.


“Terima kasih Encik Farid”.


“Jadi… Nadirah. Selepas ini, saya harap kita boleh bekerja bersama dengan lebih selesa”, senyum Farid.


Nadirah turut mengangguk senyum.


“Lagi satu…Selamat Pengantin Baru. Saya minta maaf sebab tak hadir ke majlis Nad. Baru sekarang nak wish”, kata Farid.


“Eh tak apa”,Nadirah menggaru kepalanya yang tidak gatal.



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.