BAB 38: First Impression II
Rais berasa teruja apabila melihat Lina dari jauh. Lalu memandang wajah Daniel. Daniel memandang sahaja Lina dari jauh mereka berjalan. Wajah Daniel seakan terkesima.
‘Aku dah kata Lina tu lawa’, getus hati Rais memandang bawah.
Daniel melihat seorang perempuan yang bertudung labuh berjalan menuju ke arah mereka. Daniel terdiam. Perempuan itu sememangnya kelihatan seperti perempuan baik-baik.Tudungnya labuh berwarna lembut. Wajahnya bersih seakan tidak memakai sebarang alat solek. Memang muka suci seakan ada Nur.
Apabila Lina terpandang Daniel, mata mereka bertaut. Lina berasa terkejut dengan keadaan itu. Dia rasa berdebar sedikit lalu pantas mengalihkan pandangan.
Apabila Daniel melihat keadaan perempuan itu yang melarikan pandangan ke arah lain, senyuman kecil Daniel terukir.
‘Memang perempuan baik-baik…’, getus hati Daniel.
Saat Rais melihat situasi pandangan Daniel dan Lina bertaut, Rais sedikit cemburu. Wajahnya sedih. Tetapi, dia lebih suka orang yang disayangi bahagia berbanding dirinya.Rais sudah mengalah sepenuhnya jika mereka ditakdirkan untuk bertemu sebegini.
‘Macam scene Ketika Cinta Bertasbih je aku tengok diorang dua ni’, getus hati Rais sedih.
Saat Lina berselisih dengan mereka, Rais menahan.
“Lina…”, tegur Rais.
Lina langsung berhenti memandang Rais dan juga sedikit mencuri-curi pandang Daniel.
Daniel terganggu sebentar saat nama Lina itu disebut. Dia terasa seperti selalu mendengar nama itu, tetapi di mana?
“Lina stay sini dulu. Biar Rais yang bawa masuk dokumen ni untuk jumpa ustaz”, Rais pantas mengambil dokumen-dokumen yang dipegang Lina.
“Ehh Rais?!”, Lina terkejut dengan tindakan Rais.
“Tak apa Lina…tadi saya baru lepas jumpa ustaz. Ustaz kata ambil dokumen ni semua daripada awak, lepastu beri kepada ustaz. Tapi Lina tolong tunggu sini sebab lepas jumpa ustaz saya ada nak cakap sikit pasal aktiviti biro surau”, kata Rais lagi.
Lina terdiam lalu mengangguk. Jika Rais sudah berkata begitu. Baiklah… Dia hanya menuruti. Fikir Lina.
“Hah Danny! Kau tunggu aku dekat sini sekejap… Jagakan barang aku ni. Aku nak pergi jumpa ustaz balik”, kata Rais sambil membuka beg galasnya untuk diberi kepada Daniel.
“Eh??...”, Daniel terpinga-pinga menyambut beg Rais. Daniel menahan Rais seraya berkata, “kau kenapa nak tinggalkan aku dengan perempuan ni?”.
“Kau ambillah peluang ni untuk kenal-kenal dengan peminat kau?”, kata Rais dengan wajah tenang lalu menepuk-nepuk bahu Daniel.
“What?!”, kata Daniel dengan nada kebingungan. Kalau ya sekalipun gadis di hadapannya ini meminatinya… apa yang perlu dibicarakan? Sudahlah dia tidak pernah kenal gadis di hadapannya ini. Fikir Daniel.
Rais pula sudah laju berjalan ke hadapan meninggalkan Daniel dan Lina di situ.
Apabila tersedar Daniel dan Lina di situ hanya berdua, mereka mula berasa janggal. Bagi memecahkan keadaan janggal itu, Daniel memulakan perbualan.
“Si Rais tu laju betul dia berjalan kan? Haha…”, sengih Daniel kepada Lina.
Lina hanya tersenyum mengangguk lalu memandang ke arah lain.
“Kau kos Bahasa Arab sama Zali ya? Nama kau Lina kan? Sebab tadi Rais panggil kau Lina”, kata Daniel sambil menggaru-garu kepala. Dia juga sebenarnya tidak menyedari apayang diperkatakannya.
“Haah… nama kami Lina. Kami sama biro dengan Rais”, Lina juga hanya menjawab.
“Ooh…”, Daniel mengangguk.
“Hang kawan Rais dah lama ka? Kadang tu nampak juga hang teman Rais datang perjumpaan biro-biro dekat surau”, kata Lina mula ramah.
“Ohh hah… dah lama dah kenal Rais. Kitorang sama-sama dari sekolah menengah lagi.Tengok-tengokkanlah Si Rais tu dekat dalam organisasi biro ya. Kadang-kadang dia tu over sikit, tapi hati dia baik”.
Lina mengangguk senyum.
“Itu… cincin lahkan? Yang hang pakai tu?”, sengaja Lina bertanya walaupun dia sudah mengetahui hal sebenar.
“Oh ni… haah. Cincin kahwin… mesti tak percaya kan?”, Daniel tersenyum memandang jarinya yang tersarung cincin itu. Dia berasa agak seronok jika ada yang tertarik dengan cincin kahwinnya. Dia rasa berbangga dengan cincin yang disarungnya.
“Kami percaya ja…Tiada yang mustahil dekat dunia ni kan?... Memang bagus kahwin awal”, Lina hanya berbicara mengikut rentak.
Daniel terdiam dengan kata-kata Lina. Orang luar mungkin beranggapan kahwin awal ini sesuatu yang bagus. Tetapi jika tidak cukup ilmu dan tiada kematangan, mungkin perkahwinan itu tidaklah sebagus mana. Lina tidak tahu apa yang terjadi dengan perkahwinannya. Indah khabar dari rupa. Fikir Daniel.
“Hmm…”, Daniel hanya senyum.
“Mesti isteri hang lawa kan… Kalau tak, takkanlah sampai nikah ya dak”, tanya Lina lagi.
Daniel senyum lagi memandang bawah lalu berkata, “mestilah haha… Kalau dia tak lawa pun, aku kahwin dengan dia juga. Cuma…”.
“Cuma?...”, Lina tertanya-tanya.
“Emm tak ada apalah…”, Daniel menggeleng kepalanya.
“Oh… maaflah kalau kami tanya lebih-lebih pula”, Lina berasa dia sudah berlebihan dalam menyentuh hal peribadi Daniel.
“It’s okay... tak apa. By the way, Zali macam mana dalam kelas? Dia kawan aku juga tu… lama tak jumpa dia sejak akhir-akhir ni”, kata Daniel. Dia sudah agak selesa untuk bersembang dengan gadis yang bernama Lina ini.
“Ohh Zali! Dia class rep kami. Dia okay…”, ceria Lina.Dia juga sudah mula selesa untuk berbicara dengan Daniel apabila Daniel membuka topik tentang ahli kelasnya.
**
Nadirah turut berasa perasaan yang sama seperti Daniel. Perasaannya rasa tidak sedap dek kerana masalah hubungan mereka yang tiada penyelesaian. Rasa tidak kena. Rasa berhutang. Perasaan seperti ini hanya dapat diselesaikan jika mereka bersemuka dan meluahkan secara baik.
Walaupun dia dan suaminya ada kesalahan masing-masing, Nadirah tetap merasakan pertikaman lidah yang dasyat hari itu terjadi kerana ketajaman kata-katanya sendiri. Andai sahaja dia tidak mengungkit. Andai sahaja dirinya dapat bersabar sedikit saja lagi. Pasti keadaan tidak akan janggal sebegini. Nadirah tidak boleh menunggu lama. Dia sememangnya tidak suka dengan perasaan tidak tenang yang baru lepas berbalah. Dia mahu segera meredakan perasaannya.
Jika perlu, dia boleh sahaja meminta maaf dahulu. Lagipula Nadirah akui yang ada juga kesalahannya dalam berkata-kata. Jadi wajar sahaja dia ingin meminta maaf kepada suaminya. Perasaan tidak tenangnya ini tidak dapat bertahan. Di pejabat,terasa lama sahaja. Dia ingin cepat pulang bertemu Daniel.
Itupun kalau Daniel pulang. Kalau Daniel tidak pulang bagaimana? Maklumlah suaminya itu senang sahaja nak tidur rumah Mak Esahlah… nak tidur di asrama bersama rakanlah… Nadirah khuatir.
‘Tak boleh jadi ni…’, getus hati Nadirah. Dia berasa dia sendiri yang perlu ke kampus Daniel untuk bertemu. Jika tidak, hal ini tidak dapat diselesaikan. Dan hatinya pula akan semakin berat menanggung beban rasa tidak kena ini. Dia tidak mahu membiarkan lama hal ini.
Kebetulan Nadirah dapat pulang dari kerjanya lebih awal. Nadirah terus memandu kenderaannya sehingga sampai ke kampus Daniel. Saat lalu di luar kampus, Nadirah dapat mengecam nombor plat motosikal suaminya yang diparkir di luar bangunan. Nadirah memberi signal lalu memakirkan keretanya.
‘Alhamdulillah…’,getus hati Nadirah lega apabila urusannya dipermudahkan. Masuk-masuk saja kawasan UPM, matanya terus dapat tertancap ke motosikal suaminya. Tidak perlulah dia mencari-cari lagi.
Nadirah masuk kedalam bangunan itu. Kelihatannya tidak ramai orang yang lalu lalang. Hanya ada beberapa saja yang lagaknya seperti pensyarah. Teka Nadirah. Mungkin sesi kelas sudah selesai. Jadi sudah tidak ramai pelajar. Pasti suaminya hendak berjumpa pensyarah. Fikir Nadirah.
Saat melangkah, mata Nadirah terpandang satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Suaminya kelihatan sedang berbual dengan disertai senyuman bersama seorang perempuan yang bertudung labuh.
Nadirah hanya memerhati Daniel dan gadis itu. Dia masih tidak terfikir apa-apa. Biasalah pelajar memerlukan banyak komunikasi bersama rakan-rakan untuk membuat kerja kursus atau berbincang mengenai pelajaran.
“Eh? Kak Nad…”,sapa seseorang dari belakang.
Nadirah berpaling lalu melihat keberadaan Rais.
Rais melihat Nadirah lalu melihat Daniel dan Lina yang sedang berbual jauh di hadapan mereka.
‘Mesti Kak Nad nampak diorang…’, getus hati Rais.
“Rais baru lepas jumpa pensyarah?”, ramah Nadirah bertanya.
“Haah”, angguk Rais.
“Ohh..”, Nadirah hanya senyum mengangguk.
“Kak Nad datang nak jumpa Danny?”, tanya Rais.
Nadirah mengangguk.
“Kat situ Danny…”,tunjuk Rais.
“Tahu…”, balas Nadirah senyum memandang Rais. Baru sahaja Nadirah hendak melangkah, Rais berkata-kata lagi.
“Kak Nad tahu tak perempuan yang sembang dengan Danny tu?”, tanya Rais saja.
Nadirah mengerutkan kening dan langkahnya terhenti memandang Rais, “tak… kenapa?”.
Rais tersengih lalu berbicara perlahan, “perempuan tu kan suka Danny… baik”. Rais belum sempat menghabiskan kata-katanya.
“Hah?! Kejap!...”,Nadirah terkejut lalu memotong kata-kata Rais yang tak sempat dihabiskan.
“Perempuan tu suka Danny?!”, tanya Nadirah lagi menginginkan kepastian. Keningnya makin berkerut.
Rais terdiam dan agak terkejut dengan reaksi muka Nadirah yang tidak disangka-sangkanya. Reaksi wajah Nadirah yang terkejut, bingung, kening berkerut dan sedikit marah.
‘Oh… sayang juga dekat Danny’, getus hati Rais.
Apabila melihat Rais yang masih terdiam, jadi hal itu benar. Fikir Nadirah. Jadi betullah Daniel sedang berbicara dengan gadis yang meminatinya.
Satu kata-kata terlalu di ingatan.
‘ “Macam mana lah orang lelaki tak cari perempuan lain?!! Dah perangai awak asyik macam ni saja!! Kalau awak berterusan perangai macam ni!! Tak nak layan saya sebaiknya… baik saya kahwin lain lagilah!!...Dekat ‘U’ tu ada saja yang nak dekat saya tau, cuma saya berkawan saja dengan dia!! Sebab sikap awak macam ni!! Baik saya kahwin dengan dia!”.’
‘Jadi itulah perempuannya… Perempuan yang nak dekat Danny… Itu ke perempuan yang Danny rasa…lebih baik kahwin dengan dia…’, getus hati Nadirah kecewa.
Nadirah memandang perempuan itu dari jauh. Sememangnya nampak baik, bertudung labuh. Wajahnya bersih. Memang macam perempuan baik-baik. Fikir Nadirah. Nadirah mula rasa rendah diri. Rasa rendah diri yang amat sangat.
Nadirah memandang bawah lalu beredar pergi.
“Eh? Kak Nad!...”,panggil Rais tatkala Nadirah hendak beredar.
Nadirah sudah tidak dapat mendengarkan apa-apa walaupun Rais memanggilnya. Keadaan sekeliling terasa asing. Jiwa terasa sedih, terasa kecewa. Ada juga rasa putus harapan. Dia sering meminta ketetapan yang jelas dalam perkahwinannya. Namun, sekarang sudah ditunjukkan segala-galanya depan matanya. Mungkin memang inilah ketetapan untuk perkahwinannya. Fikir Nadirah.
“Lah?... Pergi dah?...”, bingung Rais melihat reaksi Nadirah yang sudah pergi. Rais menggaru-garu kepalanya.
‘Baru je nak cakap macam ni…. perempuan tu kan suka Danny… baik Kak Nad jaga Danny betul-betul, kalau tak nanti ada yang ambil’, getus hati Rais.
Rais menggeleng kepala. Usai bermonolog, Rais menghampiri Daniel dan Lina. Rais sememangnya tidak merasakan hal tadi akan membawa kepada sesuatu yang besar. Dia sememangnya tidak peka dengan apa yang telah dilakukannya.