BAB 72 (b): Akhirnya Rais kahwin :)
8 tahun kemudian…
“Yah yah yah!! Yah!”, bunyi kecoh di belakang kereta kedengaran.
“Ya adik dah nak sampai dah…”, kata Daniel sambil memandu.
“Kakak…abang… tengok adik Ismail dekat belakang tu. Kasi botol susu tu”, kata Nadirah sambil mengusap perutnya yang memboyot.
Kelihatannya Ilya dan Ilyas melihat adik mereka sementara Ilyasa’ khusyuk bermain telefon.
“Ilyasa’ janganlah asyik main telefon tu. Tolong tengokkan Ismail tu. Ibu ambil telefon tu mari sini”, Nadirah mengambil telefon yang dipegang Ilyasa’.
Daniel tumpu saja pada pemanduan sambil memegang misainya yang tebal itu.
“Ayah…ibu rasa macam tak percaya pula kawan ayah, Rais tu dah nak kahwin. Hahaha lewat kan dia?”, tanya Nadirah.
“Orang lelaki ni umur 30 kahwin tak adalah lewat pun. Tapi betullah… dalam banyak-banyak kawan ayah… Si Rais ni lah yang paling lambat. Tahulah perangai dia macam mana dulu. Gatal tak bertempat, manalah perempuan nak. Perempuan takut kot nak dengan dia. Tapi tulah alhamdulillah… sampai juga jodoh dia di umur 30 hahaha”, ketawa Daniel.
Nadirah turut terhibur.
Tidak lama kemudian, akhirnya mereka sampai di majlis perkahwinan Rais.
“Kakak…abang-abang jom turun”, kata Daniel.
“Awak tolong dukungkan Ismail…”, pinta Nadirah kepada Daniel. Daniel langsung mengambil anaknya yang paling bongsu itu buat masa ini.
Suasana majlis perkahwinan sememangnya meriah. Nadirah bersembang bersama tetamu yang semeja dengannya. Sementara Daniel kelihatannya melepak dengan rakan-rakan. Disitu ada rakan sekolah menengahnya, Amar dan Wan bersama juga rakan universitinya, Jai dan Zali. Mereka yang tidak pernah mengenali saling berkenalan dan bersembang.
“Tebal sungguh misai kau… kalah janggut. Dah macam Sarjan Misai cerita Gerak Khas”, kata Wan.
“Tulah…misai aku lagi lebat dari janggutnya. Lagipun anak-anak aku lagi selesa aku macam ni. Kalau aku cukur habis… nanti anak-anak aku macam tak biasa dengan aku”, jawab Daniel.
“Bini kau?”, tanya Jai.
“Jangan tanyalah pasal bini… kalau tak takkan mengandung lagi anak ke berapa?”, usik Amar.
HAHAHAHA!!
Mereka semua di situ ketawa.
“Apa soalan macam tu hahaha…. Bini aku pun lagi suka aku macam ni. Entah aku tak tahu kenapa. Kadang-kadang aku rasa nak cukur habis… tapi bini aku macam lagi suka aku bermisai janggut ni semua, ditambah lagi dengan anak-anak. Tak terdorong aku nak mencukur selalu. Asal pandai jaga kebersihan katanya”, jawab Daniel.
“Hahahha…Aku rasa bini kau tu takut perempuan lain cekau kau. Yalah kau kan lagi muda. Takut ada perempuan ingat kau single”, kata Zali.
“Ehh tapi kan tak tahulah… aku ni dah kenal Danny dah lama dari sekolah kan. Pernah jugalah nampak bini dia masa bujang-bujang dulu. Rasanya macam tak ada yang berubah pun bini dia ni. Aku tengok Danny je yang dah makin macam yalah… Nampak lagi tua, yalah dah bapak kan”, kata Wan kepada yang ada disitu.
“Ohh haah bini aku lagi awet muda daripada aku. Sejak berhenti company besar dan bertukar tempat kerja jadi akauntan sekolah, ringan sikit kerja dia. Sekarang aku pula kerja macam penat letih apa semua. Lagi-lagi sejak aku pindah tempat kerja lagi jauh dekat Bangi. Nak fikir belanja duit, anak, rumah apa semua kan. Bini kita ni kena kurang sikit kerja daripada kita… supaya dia tak penat tak serabut. Kasi dia happy, jaga baik-baik… Aku rasa itu rahsia dia nampak lagi muda kot. Hahahha”.
“Fuyoooo tak sangka Danny ni suami mithali… Hahaha”.
“Eh mestilah! Bila isteri kita nampak awet muda… atau makin berisi ke… itu namanya dia bahagia. Bila dia bahagia, dia nampak cantik. Bila dia nampak cantik, mata kita juga yang sedap memandang ya tak”, kata Daniel.
“Betul-betul”,angguk Amar.
“Lagipun kalau nak cakap pasal perempuan lain ni kan… entahlah. Aku sumpah tak terfikir. Tak terlintas di fikiran. Kau tahu anak-anak aku yang pertama kembar tiga. Kalau belanja sekolah tu kau kena darab tiga tau. Lagi-lagi masa awal-awal masuk sekolah… fuhh banyak kena fikir. Ini baru darjah dua kembar tiga anak aku tu. Kalau masing-masing dah besar… bertambah lagi kosnya. Aku utamakan anak-anaklah”, kata Daniel lagi.
“Anak kau yang kembar seiras tu kan… macam mana kau bezakan diorang? Aku sampai sekarang masih tak boleh bezakan Si Ilyas dan Ilyasa’. Hari itu aku cakaplah dengan Ilyas, rupa-rupanya Ilyasa’… cakap-cakap ingatkan Ilyasa’ rupanya Ilyas… ahaha segan dah aku. Rasa macam dah tua sangat bila asyik salah”, kata Jai.
“Aku pun macam kau mula-mula. Tapi cara aku bezakan tu, diorang punya stail… Anak aku yang Ilyas tu dia macam gaya smart smart… sikat rambut lurus kemas macamtu. Kalau Ilyasa’ ni macam stail bakal playboy sikit ahaha… gaya macam relaks ke malas ke rambut kerinting tak sikat macam tu… tapi kadang-kadang dia kemas tu memang aku tak boleh beza juga. Tapi sekarang aku dah boleh beza jugalah…sebab instinct bapa macam tu. Tapi aku pun tak tahulah kalau diorang tukar identiti nak mengusik mak ayahnya kan hahaha”, beritahu Daniel.
“Haa yang ini anak nombor empat ni alalala. Siapa nama dia lagi pakcik lupa dah”,kata Zali sambil mengagah Ismail yang didukung Daniel.
“Haa cakaplah Mail… Nama siapa? Haa”, agah Daniel juga kepada anaknya.
HMMPH…HRKK HUEKK
“Ehhh alololo sayang anak ayah”, pujuk Daniel menggoyang-goyangkan anaknya yang mula hendak merengek itu.
“Alololo…sorry sorry. Pakcik kacau dia ya”, kata Zali lagi.
“Alaaa tak ada apa-apalah Zali. Sejak tahu nak dapat adik baru ni, Si Mail ni sensitif lain macam. Faham jelah kan”, sengih Daniel.
Rakan-rakan lain terhibur.
“Bini kau nak bersalin bila tu? Itu yang kelima lah kan?”, tanya Amar.
“Haah yang kelima. Nak bersalin lagi tiga bulan… Kata doktor, baby girl. Yang terakhirlah tu kiranya”, kata Daniel.
“Yang terakhir maksudnya? Kau nak sampai lima orang anak je ke?”, tanya Jai.
“Lastlah weh… aku tak larat hahaha”, ketawa Daniel.
Mereka ketawa.
“Eh? Bini kau yang nak bersalin, kau pula tak larat? Hahaha macam-macam”, ketawa Wan.
“Hahaha tak adalah… Sebenarnya kalau ikut aku… yang Ismail ni last. Tapi Nad dia nak baby lagi… last katanya. Itu yang aku macam hmm… yalah kalau dia dah kata macamtu. Aku bukan apa… aku risau bini aku tu. Dia masa bersalin Si Ilya tu dah operate, tepat lepas bersalin normal Si Ilyas dengan Ilyasa’ pula tu. Sakit weh aku tengok bini aku. Nak jaga pantang dia… tak sama macam orang bersalin normal. Bila dah start bersalin operate, sampai habis bersalin operate. Ismail operate… yang sekarang Nad mengandung ni pun operate nanti masa bersalin. Tak sanggup aku tengok bini aku sakit-sakit macam tu. Aku cakap dekat Nad... ni yang mengandung kali ni last. Habis bersalin aku minta doktor ikat”, kata Daniel.
“Ish…sengsara bunyinya. Bini aku alhamdulillah semua anak-anak bersalin normal”,kata Zali.
“Yalah tu. Tapi kan orang perempuan ni kita tak tahu kan macam mana… bersalin apa semua. Dioranglah paling rasa… tapi tulah, perempuan ni kan ada sifat keibuan tu kan. Sayanglah tengok anak, baby comel-comel. Rasa mengandung tu macam seronok ke apa kita tak tahulah. Kita seronok juga untuk anak kita yang dalam perut tu, tapi risau juga dekat bini kan”. Kata Wan.
“Hmm betullah tu”, angguk semua.
“So, kita sekarang 30… bini kau 35 kan? Nanti masa bini kau bersalin…itu yang last…masa tu kau umur 31… bini kau 36 tahun lah kan. Lepas tu dah memang tak rancang untuk ada anak kecil lah kan?”, tanya Wan.
Daniel menjawab sambil mengangguk, “ haah… aku ingat lepas ni besarkan anak-anak yang ada ni… kasi masuk asrama semua. Bolehlah aku berdua je dengan bini dekat rumah. Hahaha… bercuti berdua… pergi dating berdua kan. Hahaha masa muda-muda tak dapat nak selalu dating sebab anak kecil-kecil. Bila anak dah besar-besar masa tulah kita fe feeling dengan bini kita”. Angan Daniel.
“Ohhh betul juga tu”.
“Yalahkan”.
“Tak terfikir pula”.
HEKKKHUEKKK
“Anak aku merengek dah…”, kelam kabut Daniel.
“Mail tak nak masuk asrama tu ahahahhahha”, ketawa Jai.
Semua juga ketawa.
“Hahaha kejap eh aku pergi dekat bini aku”, Daniel meminta diri. Saat hendak mencari isterinya, dia terlihat Ilya sedang mengambil air di meja lauk.
“Kakak sini kakak tolong bawa adik ni jalan sampai ke ibu”, pinta Daniel.
“Okay ayah”, angguk Ilya lalu memegang tangan Ismail dan berjalan menuju ke isterinya. Daniel perhati saja anaknya yang berjalan sehinggalah sampai ke isterinya. Nadirah memandang belakang.
‘Dia nak awak tu…’, Daniel berbahasa isyarat.
‘Yalah yalah’, jawab Nadirah lalu melayan Ismail.
Daniel kembali ke kumpulan rakan-rakannya dan mereka sambung bersembang kisah lain pula. Wan, Jai, Zali dan Amar juga bercerita tentang kisah masing-masing. Anak-anak mereka, isteri mereka dan perancangan mereka masa hadapan. Sedang rancak bersembang, bunyi kompang sudah berbunyi.
“Haa korang! Dah sampai pengantin lelaki kita. Siapa dia punya pengapit? Yalah kita semua kan dah kahwin… biasanya pengapit ni orang bujang”, teruja Daniel.
“Itu anak buah dia tak silap”, kata Jai.
Rais dari jauh juga perasan akan kehadiran rakan-rakan baiknya dan melambai dari jauh.
“Lain dah sekarang Si Rais kan? Berapa umur bini dia? Muda lagi kan?”, tanya Wan.
“Muda biasa-biasalah umur standard perempuan kahwin. 26 ke 25 aku tak sure”, jawab Zali.
“Sumpah Rais lain… alhamdulillah kahwin juga kawan kita ni”, senyum Jai.
“Hahaha yalah katanya 99 rejection daripada perempuan sepanjang hidup dia. Nak fed up dah cari jodoh Rais tu… tapi akhirnya yang ke 100 ni datang sendiri”, ketawa Daniel.
“Macam mana macam mana? Rais cerita”, Amar tertanya.
“Rais cakap hari tu aku tak sure… lupa-lupa dah. Tapi lebih kurang macam tu lah…Semua perempuan yang Rais nak mengorat… ayat manis geli-geli tu semua, skill pick up line dia, semua perempuan takut dan reject dia. Rais tu nak kahwin tapi tulah cara dia macam, perempuan rasa takut kan. Hahhaha. Lepastu bila umur dia dah 30 masa awal tahun hari itu… dia beritahu aku dia dah fed up nak cari isteri. Lepas itu dia stop jadi mamat pickup line semua. Jadi lagi gentlemanlah di mata aku hahahha. Masa tu lah ada perempuan melekat dengan dia… dan alhamdulillah kahwin sekarang”, cerita Daniel panjang lebar.
“Hahaha tak apa skill dia boleh pakai dengan bini dia lepas ni….”, kata Jai.
“Ehh cakap pasal Rais… dulu-dulu kalau Zali dan Jai nak tahu, dari sekolah lagi Rais cakap nak kahwin.. Macam mana Danny?”, tanya Wan.
“Kejap…macam mana Amar… Aku pun ingat-ingat lupa dah”, kata Daniel.
“Dia kata macam ni… lepas SPM aku nak terus kahwin hewhew… dah siap dah semua, duit dah ada, tinggal calon je tak ada hewhew. Macam tulah lebih kurang”, ajuk Amar.
HAHAHAHAHA
“Over hewhew tu hahah”, ketawa mereka.
“Tak sangka hahaha Rais yang paling nak kahwin… dia paling last kan. Biasanya apa yang kita paling nak, kadang-kadang diberi lambat… tapi tulah alhamdulillah Allah beri jodoh kepada Rais saat dia betul-betul dah matang apa semua. Pickupline apa dah tak buat dah sekarang… kalau nak berpickup line pun dengan bini dia je… Halal dah”, kata Wan.
“Itulah alhamdulillah… doakan yang terbaik untuk Rais”, kata mereka semua.
Rais yang berada di atas pelamin terbatuk-batuk. Dia dapat merasakan ada orang berbicara tentangnya.
Daniel, Jai, Zali, Wan dan Amar senyum melihat Rais yang sedang makan beradab bersama pengantin perempuan dan keluarga.
Saat mereka memerhatikan Rais, Daniel dapat merasakan ada orang menarik-narik seluarnya.
“Ayah!”,panggil Ilyasa’.
“Ohh kenapa ni?”.
“Ibu panggil”, jawab Ilyasa’.
“Okaylah korang… aku pergi dulu bini aku panggil dah tu”, sengih Daniel lalu bersalaman dengan rakan-rakannya.
“Haa ya ya…”, senyum rakan-rakanyya yang lain.
Daniel pun menuju ke arah isterinya. Nadirah turut melambai-lambai tangan memanggil suaminya datang kepadanya segera.
“Ya…kejap sayang”, Daniel mempercepatkan langkahnya kepada Nadirah.
Suasana di majlis perkahwinan Rais begitu meriah sekali. Meriah dengan saudara mara serta rakan-rakan. Keluarga Daniel sempat bersua muka dengan Rais. Nadirah juga bersembang sebentar dengan pengantin perempuan. Rais sempat berborak kecil dengan anak-anak Daniel setelah bersalam-salaman. Hari itu hari bahagia Rais dan pasangannya. Namun, bukan mereka sahaja yang bahagia. Ramai orang gembira dan bahagia, begitu juga Daniel dan Nadirah. Wajah masing-masing terukir senyuman.
-TAMAT II-
-BETUL-BETUL TAMAT DAH!-
;)