BAB 18: Jarak Antara Kita
Nadirah lambat bersiap. Dia sememangnya tiada mood untuk pergi kerja pada hari ini. Malu dia hendak menghadap Farid. Saat Nadirah bersiap, satu panggilan masuk.
“Assalamualaikum Nadirah?”, telefon Farid.
“Waalaikumsalam Encik Farid…”, Nadirah segan.
“Hari ini kita rehat okay? Tak payah turun audit… saya dah cakap dengan bos”, kata Farid.
“Ehh betul kah Encik Farid?”, tanya Nadirah. Dia masih rasa bersalah kerana dirinya, Farid turut terjebak dalam pergaduhan dengan Daniel di pusat beli belah semalam.
“Ya… Jumpa lusa ya. Dalam keadaan semangat balik”, kata Farid.
Nadirah mengeluh.
‘Memang sebab hal semalam jugalah ni…’.
Mungkin Encik Farid inginkan Nadirah berehat sebentar dan kembali semangat pada hari seterusnya.
“Baik Encik Farid… Terima kasih”.
“Sama-sama”.
Nadirah kembali membuka baju pejabatnya. Kemudian dia turun ke bawah dan baring di sofa ruang tamu. Hal semalam sememangnya mengganggu fikirannya. Dia sudah tidak mahu pulang ke rumah itu dan bertemu suaminya lagi. Dia ingin menenangkan fikirannya di rumah baru. Dia bersyukur cita-citanya untuk membeli rumah sendiri tercapai. Setakat ini tiada siapa yang tahu tentang rumah barunya melainkan dirinya sendiri.
**
Daniel hanya baring di katil sambil merenung di tepinya. Pada waktu ini selalunya dia akan mendengar bunyi almari di buka ataupun peralatan alat solek di belek memandangkan isterinya akan bersiap-siap untuk pergi kerja.
Daniel tiada mood untuk pergi ke kelas. Kedatangannya juga baik, jadi kuota ketidakhadiran kelas pun masih tidak digunakannya lagi. Daniel mengambil tisu berhampiran untuk menghembus selsema. Dia masih lagi memikirkan hal semalam. Dia tidak tahu hendak buat apa. Pengalaman- pengalaman perkahwinan dibaca di internet dengan telefon pintarnya. Apa yang harus dilakukan apabila rumah tangga menghadapi masalah. Satu hal yang Daniel pasti, dia tidak boleh berkongsi masalah dengan maknya. Dia tidak mahu maknya risau. Lagipula mertua juga tidak sepatutnya masuk campur hal anak menantu.
Pasangan yang sudah berkahwin sepatutnya sudah cukup matang untuk menyelesaikan masalah sendiri. Mungkin benar kata orang, Daniel berasa dia masih tidak cukup ilmu.Dia masih tidak matang untuk membuat keputusan. Mungkin kerana ketidakmatangannya menyebabkan isterinya tawar hati.
Daniel berfikir.
‘Bukan salah kau! Isteri kau tu yang curang!’, kata hatinya.
‘Mana kau tahu?!Kau main jerkah saja! Kau bukannya nak dengar penjelasan Nad…’, balah hatinya yang lain pula.
Daniel mengeluh.
Pintu rumahnya diketuk.
“Nad?...”,pantas Daniel membuka pintu.
“Lah mak…”, kata Daniel.
“Kamu tak ada kelas ke?”, tanya maknya.
“Ada… tapi Daniel tak sedap badanlah mak. Lagipun kelas hari ini satu saja”, kata Daniel.
“Ooh… marilah sarapan dengan mak dekat atas”, ajak maknya.
Daniel mengangguk dan mengikuti maknya.
Sewaktu sarapan Daniel termenung. Puan Mas juga hairan tapi dia juga rasa malas hendak bertanya memandangkan dia ingin bersarapan pagi dengan tenang. Pandailah anaknya menguruskan masalah sendiri.
“Hah! Danny…dalam seminggu ni kamu makan dekat rumah mak sajalah… atau kamu pandai masak sendiri?”, tanya Mak Esah.
“Maksud mak?”,Daniel memandang maknya. Dia pelik dengan soalan yang diajukan maknya.
“Yalah… Nad kan tak ada seminggu ni. Takkanlah kamu nak makan mi segera je?”, tanya Mak Esah.
“Eh?...”, Daniel berkerut.
“Lah… kamu lupa ke? Nad tak beritahu kamu ke yang dia tak ada seminggu. Dia ada outstation. Nak turun audit firm? Nad telefon mak… dia beritahu mak Subuh tadi”, terang Mak Esah.
“Hah ya ya”,Daniel buat-buat ingat. Walaupun sebenarnya dia tidak tahu menahu soal itu.
Sama ada Nadirah memang ada urusan kerja ataupun Nadirah hendak menjarakkan dirinya daripada Daniel dek kerana hal semalam.
Fikir Daniel.
Seminggu lebih sudahpun berlalu…
Daniel tidak tentu arah apabila maknya memberitahu yang Nadirah masih ada urusan kerja. Sebulan baru dia kembali semula.
‘Betul ke Nad outstation? Apa outstation lama sangat? Atau jangan-jangan…’.
**
“Nad…janganlah kemas-kemas barang macam ni. Danny akan perbaiki diri Danny… Danny janji. Takkanlah Nad nak beritahu mak pasal hubungan kita?”, resah Daniel melihat isterinya mengemas-ngemas setelah sudah sebulan lebih menghilangkan diri darinya atas alasan kerja.
“Saya minta maaf… Sepanjang sebulan tu saya dah fikir panjang. Saya nak cerai… Awak pun masih muda lagi… boleh cari perempuan lain yang lebih layak dan lebih muda daripada saya”, kata Nadirah berhenti seketika dari mengemas baju.
“Tak nak! Saya tak akan lepaskan Nad!”, tegas Daniel.
“Ini bukan soal awak dan saya… Kalau awak tak lepaskan saya pun, saya dah jatuh hati dekat dia. Dia lebih memahami saya… Awak nak ke hidup dengan isteri yang cintakan lelaki lain”, kerut Nadirah.
“Biar! Walaupun Nad suka orang lain… tapi saya tak akan lepaskan Nad!”, Daniel memeluk Nadirah dengan teresak-esak tangisnya.
**
Rais mengerutkan kening apabila melihatkan rakan sebelahnya yang tersedu sedan. Pasti Daniel berfikir sesuatu yang dramatik lagi. Mujurlah mereka kuliah syarahan. Pensyarah mungkin tidak dapat melihat Daniel yang sedang berdrama air mata. Jika kelas di makmal pasti Daniel asyik meminta izin ke tandas pula.
Pada awalnya, Rais dan Jai sangat risau dengan keadaan Daniel memandangkan mereka juga berada di tempat kejadian. Namun, lama-kelamaan mereka pun sudah tidak tahu hendak berbuat apa. Betullah orang kata cinta itu buta. Daniel makin tidak tentu arah.
“Janganlah macam ni Danny… kos kita susah. Kau kena pandai handle things. Jangan biarkan masalah rumah tangga kau rosakkan pelajaran kau. Lagipun Mak Esah kata Nad outstation…Kau tak percaya ke?”, nasihat Rais.
“Memang aku tak percaya hati aku tak sedap. Selagi aku tak tahu kebenaran, macam mana aku nak tenang”, kata Daniel lagi.
“Kalau kau rasa macam tu… pergilah cari Nad. Call dia ke?”, cadang Jai pula.
“Aku dah cuba telefon banyak kali… tapi tak angkat”, keluh Daniel.
“Tengok kau ni… macam payah je kahwin awal. Mula-mula bahagia… tapi bila hal macam nijadi, habis dengan pelajaran sekali terabai”, kata Jai serabut.
“Hush!”,kata Rais kepada Jai.
Daniel hanya diam.
Jai memandang bawah seraya berkata, “maaflah Danny… aku bukan apa. Aku risau tengok kau macam ni…”.
“Takapa Jai… betullah kau cakap tu. Nak kahwin awal kena cukup ilmu. Kalau ikutkan perasaan saja, itu yang jadi macam aku”, setuju Daniel dengan kata-kata kawannya.
Daniel pulang ke rumah dengan motor. Tempat parkir kereta isterinya dilihat. Kosong.Daniel mengeluh. Dia sememangnya mengikut perasaan pada malam itu. Jika dia cuba untuk mendengarkan penjelasan Nad… perkara mungkin akan jadi berbeza. Selagi tidak berlaku kecurangan didepan matanya, dia akan percaya kepada Nad. Itulah asas kepercayaan rumah tangga, menurut apa yang dibacanya di internet.
“Danny…”,tegur Wan.
“Wan!!!”,teruja Daniel apabila disapa Wan. Daniel juga tidak perasan kewujudan Wan sehinggalah Wan menyapanya. Sudah lama dia tidak bertemu rakan sekolah menengahnya itu.
Mereka bersembang di taman berhampiran. Banyak perkara yang disembangkan mengenai tempat belajar mereka. Daniel bercerita tentang kosnya iaitu ijazah mikrobiologi manakala Wan pula sudah tahun akhir Diploma di Darul Quran.
“Wah…diam-diam dapat DQ. Lepas ni kena panggil Ustaz Wan lah”, usik Daniel.
“Tak adalah Danny… belum cukup lagi. Masih banyak lagi ilmu yang kena belajar”, kata Wan.
Daniel hanya senyum memandang rakannya yang sudah ke bidang agama. Dia terasa rendah diri. Dia juga sepatutnya mempunyai sifat seperti Wan yang suka mengumpul ilmu. Lebih-lebih lagi ilmu agama antara elemen penting untuk rumah tangga harmoni.
“Macam mana kehidupan suami isteri? Dah ada rancang apa-apa? Yalah… kau kan masih belajar lagi. Macam mana rancang ekonomi rumah tangga kau?”, tanya Wan berminat untuk mengetahui.
Daniel hanya memandang bawah. Dia tersenyum nipis.
“Weyh…asal?”, Wan tertanya-tanya.
Daniel menceritakan kepada Wan kerana bahunya berat memikul beban seorang diri. Dia juga bertanya pendapat Wan apa yang harus dilakukannya.
Wan mengeluh mendengar seraya berkata, “aku sebagai kawan nak semua kawan-kawan aku bahagia. Lebih-lebih lagi hal rumah tangga. Ini dunia akhirat kau tahu?”.
“Betullah tu. Aku buntu dah… sampai bila nak macam ni? Dah nak 2 minggu dia tak balik…Tak tahulah memang sebab ada kerja atau sebenarnya Nad memang tawar hati dengan aku”.
“Kau kena cari Nad… Carilah dekat mana-mana sampai ke lubang cacing sekalipun… Kalau niat kau baik nak memperbaiki keadaan atau nak berbincang antara satu sama lain… Insyaallah urusan kau akan dipermudahkan. Kau kena percaya kepada Allah. Soal belajar pula, ingatlah mak ayah kau… kos kau ni memang bukan senang. Aku dengar cara kau cerita tadi pun aku tak berapa faham juga. Paling penting banyak-banyakkan lagi ibadah sunat dekat Allah. Dia sahaja yang menghendaki sesuatu”, nasihat Wan.
Daniel memandang Wan seraya berkata, “terima kasih Wan”.
**
“Lastly Pnuemonia Genome… a bacteria that are lancet shaped-gram positive… anaerobic organism. They are typically observed in pairs but may also occur singularly or in short chains. It mostly RNA virus but can sometime be DNA. Okay then, thank you”, Daniel selesai dengan presentation nya.
“Okay good… Welcome Daniel. Next”, kata pensyarah.
Daniel keluar dari makmal. Jai sudah menanti.
“Macam mana?”, tanya Jai.
“Okay… Alhamdulillah biasa-biasa saja.Tak adalah macam kau… sampai sir kata wonderful! Perfecto!”, sengih Daniel.
“Hish kau ni… malu aku”, Jai tersenyum kambing.
“Mana Rais?”, tanya Daniel.
“Jumpa buah hati dia…”, kata Jai.
“Buah hati?”, kerut Daniel.
Rais sedang duduk bersama pelajar-pelajar dari Fakulti Bahasa Arab memandangkan Zali mengajaknya duduk bersama. Kasihan Zali kerana lelaki hanya tiga orang sahaja,yang lain semua perempuan. Lagipun, Rais tidak kisah. Dia dapat berkenalan dengan lelaki-lelaki yang lain lagi-lagi ada Lina di situ.
Daniel dan Jai berdiri dari jauh sambil mengangkat tangan ke arah Zali dan Rais. Mereka juga senyum kepada lelaki yang lagi dua orang itu. Pelajar-pelajar perempuan di situ sudah tidak selesa apabila melihat lelaki makin ramai datang ke arah mereka. Ada yang berbisik di antara satu sama lain.
Mata Lina tertancap pada Daniel. Dia agak tertarik, tetapi apabila melihat cincin yang disarung di jari Daniel, Lina berkerut.
‘Dia nampak macam tak layan perempuan… tapi jari dia bercincin. Dia dah bertunang ke?Atau dia saja pakai sebab tak nak ada orang usik dia’, fikir Lina. Ada sesuatu yang ada pada Daniel, menarik minat Lina.
“Okaylah Zali, Amir dan Adam… aku pergi dulu ya”, kata Rais.
“Kau cakaplah dekat Lina dan Huda tu…”, kata Zali sambal mengangkat kening.
Rais tersengih memandang Zali.
“Emmm Huda… Lina, malam ni kami nak buat perjumpaan untuk AJK Surau. Ambil masa sekejap saja, ada warden sekali”, kata Rais sambal matanya melirik ke arah Lina.
“Okay”,kata Huda sambil menunjukkan ‘thumbs up’.
Rais,Jai dan Daniel beredar dari situ. Daniel sempat mengangkat tangan kepada Zali. Zali senyum.
“Itu ke dia?”, tanya rakan Zali.
“Haah itulah Daniel… yang aku pernah ceritakan tu”, kata Zali kepada rakannya.
“Wahhh untung ya…”, senyum rakannya.
Zali turut tersenyum.
Lina yang tercuri dengar perbualan pelajar lelaki kelasnya, menjadi lebih tertarik.
‘Jadi kenapa dengan lelaki yang nama Daniel tu?’.
Rais,Daniel dan Jai berjalan ke arah motor mereka.
“Jai…apa yang buah hatinya? Zali buah hati Rais?”, tanya Daniel.
“Hish kau ni! Haram tu hahaha”, ketawa Jai.
“Lina…yang Rais syok tu”, kata Jai lagi.
“Rais…Lina yang mana? Yang kau cakap tadi tu ke?”, tanya Daniel.
“Lah…kau beritahu dia Jai?”, kata Rais.
“Apa salahnya hahaha. Aku kan kawan kau… Nak tahu juga”, sengih Daniel.
“Yang aku cakap tadi… sebelah dia”, beritahu Rais dengan teruja.
“Lawakan?! Solehah lagi! Macam Heliza Helmi…”, sengih Rais.
“Aaah…sebenarnya aku tak ingatlah muka dia macam mana… Aku tak pandang sangat budak perempuan tadi”, kata Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Alah kau”, cebik Rais.
**
Sejak ketiadaan Nadirah, Daniel sering melepak di bilik Rais dan Jai. Kadangkala mereka lepak di kafe asrama dan ramah bersembang bersama Zali. Mereka juga belajar berkumpulan bersama-sama. Pernah juga Daniel menemani Zali dan Rais menghadiri perjumpaan surau. Alang-alang Daniel solat berjemaah di situ.
Oleh kerana itu juga, Lina selalu melihat Daniel bersama Zali dan Rais.
Lebih-lebih lagi sejak perjumpaan surau asrama yang lalu, Lina dan Rais harus bekerjasama sebagai Exco Kebersihan dan Keceriaan Surau. Lina juga menjadi lebih selesa dengan Rais.
“Makin sukalah dapat collaborate dengan perempuan yang kau suka”, kata Daniel menyiku Rais.
Rais tersengih.
“Tapikan… perangai kau macam lain lah bila dengan Lina. Kau macam tak gedik-gedik. Kau tak menggatal macam tu”, tanya Daniel.
“Gila ke nak aku perangai macam tu… Nanti Lina cop aku buaya darat”, tegas Rais.
Daniel tersenyum kelat. Keningnya berkerut.
‘Baru sedar ke kau macam tu hahaha’, terhibur hati kecil Daniel.
“Lina perempuan baik-baik… Jadi aku pun nak jadi baik-baik”, semangat Rais.
“Ya ya…”, Daniel tersenyum kecil. Dia pernah melalui perasaan seperti itu. Sehingga sekarang juga dia ada perasaan seperti itu, terhadap Nadirah. Cumanya dia tidak tahu hendak mula dari mana.
Daniel bersembang dengan Jai di bilik. Sementara Rais tiada kerana aktiviti suraunya.
Rais dan Lina bersama AJK-AJK yang lain berbincang tentang aktiviti hujung minggu yang dapat dilakukan untuk pelajar asrama. Kemudian mereka berpisah dan melakukan kerja bersama bahagian masing-masing. Lina, Rais dan lagi seorang perempuan menggunting kertas-kertas yang akan digunakan. Mereka turut bersembang untuk menghilangkan rasa bosan.
Sewaktu rakan Lina keluar sebentar, Lina berborak dengan Rais mengenai kos masing-masing. Sehinggalah menyentuh hal peribadi, rakan-rakan dan pensyarah.
“Kawan hang yang Daniel tu kos sama dengan hang ya?”, tanya Lina.
“Haah kenapa tertarik ke?”, saja Rais.
“Agaklah…”,kata Lina sambil menggunting.
Rais terdiam. Dia memandang Lina. Kerjanya menjadi perlahan.
“Kenapa?Lina suka dekat Daniel ke? Betul ke?”, tanya Rais inginkan kepastian.
“Takdak eh… kami suka tengok ja. Bukan suka yang istimewa tu”, sengih Lina.
‘Bukan dah nak sama ke?’, fikir Rais. Dia agak kecewa.
“Nak aku beritahu Daniel ke?”, Rais serba salah. Daniel juga lelaki baik-baik.
“Bukan lagu tu haha”, Lina ketawa kecil melihat kesungguhan Rais.
“Kami cuma suka ja tengok… kawan hang tu bukan pelajar asrama… tapi rajin datang surau. Dia macam tak layan perempuan sangat”, kata Lina lagi.
Rais berwajah muram. Hatinya terasa sedih dengan pengakuan Lina. Walaupun Lina tidak serius, tetapi dia pula berasa rendah diri. Fikirannya mula merasakan Lina sesuai dengan Daniel. Manakala dirinya masih jauh lagi untuk menjadi lelaki baik. Lagipula Daniel ditinggalkan isteri.