Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 20

BAB 20: Mak Mertua dan Rumah Baru


              Setelah selesai solat Subuh, Daniel tidak tidur kembali. Dia langsung ke dapur untuk memanaskan air. Sementara Nadirah bersiap-siap untuk ke kerja. Setelah bersiap, Nadirah langsung ke dapur. Dia agak terkejut suaminya sudah membancuh air.


              “Awak tiada kelas ke?”, tanya Nadirah.


              Daniel menggeleng seraya berkata, “hari ini kelas tiada”. Kemudian dia menghulurkan secangkir cawan kepada isterinya.


              “Terima kasih”.


              “Mmmboleh saya tanya sesuatu?”, Nadirah tertanya-tanya dari hal semalam.


              “Ya?”.


              “Macammana awak tahu rumah ni? Dan mak tahu tak?”.


              “Saya ikut awak balik kerja, dari situlah saya tahu rumah ni… dan mak tak tahu apa-apa. Sebenarnya ini rumah Nad ke?”, tanya Daniel.


              “Ya…ni rumah idaman yang saya baru beli. Memang baru sangat sebab tulah tiada siapa tahu”.


              “Kalau saya tak ikut… agaknya sampai bila Nad nak menyendiri dekat rumah ini”, Daniel mencebik.


              Nadirah tersengih melihat gaya mencebik Daniel yang lucu lalu berkata, “I am sorry okay”.


              “Jadi Nad nak pindah sini ke?”, tanya Daniel.


              “Sebolehnyalah…rumah lama itu saya ingat nak disewakan”, beritahu Nadirah.


              “Ohh kita kena kemas-kemaslah kalau macam itu”, kata Daniel.


              “Nanti boleh suruh mak berkemas juga”, pinta Nadirah.


              “Mak?”,Daniel bingung. Dia baru sahaja ingin berdua-duaan bersama Nadirah di rumah itu.


              “Yalah. Dekat sini… mak dah tak payah naik banyak tangga macam dekat rumah sana. Nak tanam pokok bunga boleh. Laman pun ada”, kata Nadirah. Dia juga sebenarnya teringat pesanan Sarah untuk melihat-lihat keadaan mak.


              Daniel tersenyum, “terima kasih sebab ambil berat pasal mak. Tak sia-sia mak pilih menantu macam Nad”.


              Nadirah hanya mengangguk. Dia sedikit terusik dengan pujian yang diberikan Daniel.Tidak mahu leka dibuai perasaan, Nadirah pantas bangun.


              “Saya pergi sekarang”, Nadirah mencium pipi Daniel lalu beredar pergi. Daniel hanya tersenyum asyik, seronok dicium oleh Nadirah di pipi. Maklumlah 2 minggu ketiadaan Nadirah, rasa seperti 2 tahun menyepi. Ciuman di pipi yang diberikan isteri sememangnya melegakan perasaan suami.


              Hati Nadirah lega, satu demi satu masalah peribadinya dapat diselesaikan dengan baik. Kini dia boleh bekerja dengan lebih tenang.


              “Kiranya kau memang dah baik dengan cik abang kau lah?”, tanya Liza dengan penuh minat.


              “Setakat ni alhamdulillah”, senyum Nadirah.


              “Kiranya perasaan kau yang kononnya tawar hati tu dah terubat?”, sengih Liza.


              Nadirah mengerutkan kening kebingungan.


              “Itu aku tak tahu nak cakap macam mana? Dulu memang tawar hati dasyatlah dengan perangai-perangai pelik dia… tapi kadang-kadang macam reda juga tawar hati aku bila ada masa-masa dia normal tu”, Nadirah mula tersenyum kecil apabila mengenangkan malam perbincangan mereka. Tindakan Daniel sememangnya mengusik jiwa kewanitaannya.


‘ “Saya tahu saya tak matang… tapi selagi saya hidup, selagi saya jadi suami Nad. Tolong jangan abaikan saya macam tadi. It hurts me a lot”, kata Daniel lembut merenung matanya.’


Senyuman Nadirah semakin melebar.


Liza pula berkerut seraya bertanya, “maksudnya kau boleh cintakan suami kau?”.


“Hmm aku pun tak yakin dengan perasaan aku sekarang… tapi sebagai isteri aku memang cuba untuk cintakan dia. Cuma aku tak boleh tipu hati aku sendiri… perasaan cinta aku masih tak sampai… tak macam masa aku dengan Yus dulu. Semua nampak indah je… nak bertunang rasa tak sabar saja. Dengan Daniel ni lain… dia macam hati aku ni banyak terima kejutan baru, pembelajaran baru. Macam satu subjek yang hati aku kena hadam. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap”,terang Nadirah yang juga sudah mula pening.


Liza ketawa melihat reaksi rakannya seraya berkata, “kau tahu tak cinta yang lain macam ni biasanya lebih istimewa berbanding dengan cinta yang biasa-biasa”.


“Maksud kau?”.


“Yalah…kau pernah bercinta dengan Yus kan? Cara percintaan kau pun macam dah biasa sangat dalam hidup ni… Orang lain pun alami. Jumpa… terkenan… masing-masing suka sama suka, lepas itu mulalah berkenal-kenalan untuk proses lebih serius, bercinta macam orang lain juga. Tapi bila perasaan cinta itu terlalu senang…mungkin orang senang untuk tak menghargai cinta itu. Kau tengok Yus… dia boleh je kahwin dengan orang lain bilamana dia bercinta dengan ramai perempuan. Cinta dia terlalu mudah, tinggal petik saja. Kalau Daniel ni mungkin lain, kau perlu belajar cinta spesies macam dia ni. Kalau tak boleh nak teruskan, mungkin kau boleh putus saja tanpa meninggalkan parut perasaan kau. Tapi kalau kau tabah lalui sampai kau lulus, mungkin cinta macam dia ni lebih bermakna berbanding cinta biasa-biasa”.


Nadirah memahami maksud Liza. Yang hanya dia perlu lakukan adalah bersabar sehingga dia perlu meyakini perasaannya.


Setelah selesai bekerja Nadirah langsung memandu pulang. Sewaktu memandu, kata-kata Liza sememangnya terngiang di fikiran. Dia bernekad untuk terus tabah walau apa saja yang dihadapinya.


Setibanya di rumah, Nadirah membuka pintu. Beg tangan yang dipegang terjatuh ke lantai. Kening Nadirah berkerut-sekerut-kerutnya. Baru sahaja hendak bertekad untuk sabar, ujian pertama langsung tiba menguji jiwa.


Daniel kelihatannya sedang terbaring di sofa dengan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Meja ruang tamu penuh dengan snek-snek bersepah yang dibeli dari luar. Langsir juga tidak dibuka dari pagi. Tisu merata-rata. Di dapur pula, barang-barang masakan sudah merata-rata.


“Danny bangun…”, Nadirah mengejutkan Daniel.


Daniel terjaga disertai menggeliat.


“Sayang…”,sengih Daniel hendak memeluk isterinya.


“Danny kenapa rumah jadi macam ni?”, tegas Nadirah.


“Alaa janganlah garang macam ni… Nad baru balik kerja, saya pula baru bangun tidur. Kita duduk bersembang minum-minum kejap”, kata Daniel yang masih mamai.


“Lagipun bersepah sikit saja. Rumah ni kan banyak barang lagi tak kemas, rumah baru lah katakan. Bila sepah sikit nampak macam bersepah banyak”, kata Daniel lagi.


“Banyaklah bersepah sikit… saya penat. Baru balik kerja, kalau rumah bersih sedap mata saya. Ini tak… kalau tak bersih sekalipun, sekurang-kurangnya macam pagi tadi balik pun jadilah. Janganlah sampai macam ini. Saya letih tau, dengan Danny yang tidur Asar nya. Stress macam ini”, kata Nadirah setelah melepaskan pelukan Daniel. Kalau dahulu dia masih boleh diam, tapi sekarang Nadirah juga semakin penat.


Daniel cemas, ‘Nadirah marah lagi’.


“Okay okay saya nak kemas ni…”, pantas Daniel mengutip tisu-tisu di lantai.


Nadirah melihat Daniel yang berkemas. Dia mengeluh dan langsung ke bilik untuk membersihkan diri.


**


              Pada hari esoknya Nadirah dan Daniel membawa Mak Esah datang ke rumah baru mereka. Mak Esah juga sempat masak-masak di dapur rumah baru sambil dibantu oleh Nadirah. Nadirah dan Daniel juga menceritakan hasrat mereka untuk mengajak Mak Esah tinggal bersama mereka.


              “Mak fikirkan dulu ya… Bukan apa rumah yang situ, rumah peninggalan arwah ayah Danny… mak sayang nak tinggalkan rumah itu”, kata Mak Esah.


              “Kalau macam itu tak apa… mak tidur sini dulu ya. Esok-esoklah baru balik”, senyum Nadirah.


              “Mak okay nak tidur sini hari ini”, kata Mak Esah.


              Setelah itu, Daniel dan Nadirah berduaan di dapur.


              “Mak nak tidur mana? Kita cuma ada satu katil saja dekat rumah ni. Takkan mak nak tidur dekat toto?”, tanya Daniel.


              “Hish Danny ni… agak-agaklah nak bagi mak tidur dekat toto! Sakit belakang mak nanti. Awaklah tidur toto. Saya tidur dengan mak dekat bilik”, kata Nadirah.


              “Eh…mana boleh macam itu. Suami isteri kena tidur sama-sama. Apa kata mak kalau awak tak tidur dengan suami?”.


              “Lah…bukan selalu. Lagipun saya nak temankan mak tidur. Takkanlah mak nak fikir lebih-lebih”.


              “Kalau macam itu saya tidur dengan mak. Saya kan anak mak. Nad tidur toto”, kata Daniel mengusik isterinya.


              “Apa ni!... Danny kan lelaki, Nad ni perempuan. Orang lelaki kan kuat badannya kalau tidur lantai pun. Tak gentleman langsung suruh Nad tidur lantai”, Nadirah mencebik.


              Daniel ketawa kecil melihat cebikan isterinya seraya berkata, “apa yang tidur lantainya… kan ada toto?”.


              “Eeee!..”,Nadirah mula terasa pening.


              “Macam ni… kita sama-sama tidur dengan mak”, sengih Daniel.


              “Hiii dah besar panjang nak tidur dengan mak… mana boleh”.


              “Apa?..Nad baringlah dekat tengah. Saya peluk Nad”, usik Daniel.


              “Suka hatilah…”, Nadirah sudah berserah dan hendak beredar.


              “Okay okay saya tidur toto”, pujuk Daniel memegang pinggang Nadirah.


              “Ya ya… lepaslah! Nanti mak tengok. Tak elok”, Nadirah malu sambil memandang sekelilingnya dan melepaskan pegangan Daniel.


              Daniel ketawa melihat isterinya seraya berkata, “malu apanya?... mak suka lah tengok anak menantu berbaikan macam ni”. Daniel hendak mendapatkan isterinya, tetapi Nadirah cuba untuk menjauhkan diri.


              Daniel ketawa.


**


              “Nad…Danny tidur tempat lain tak apa ke?”, tanya Mak Esah.


              “Tak apa… Danny bagi mak. Lagipun Nad nak teman mak”, senyum Nadirah.


              Apabila mendengarkan kata-kata Nadirah, Mak Esah langsung memeluk Nadirah seraya berkata, “kamu menantu yang baik”.


              Nadirah terkesima, ‘anak dan mak sama. Memang suka peluk-peluk’. Nadirah tersenyum membalas pelukan Mak Esah seraya berkata, “saya memang anggap mak macam mak kandung saya juga”.


              “Tak apalah Nad… tidurlah dengan suami kamu. Mak ni dah tua. Dah biasa tidur sendiri. Kalau kesiankan dekat mak tidur seorang. Bagilah mak cucu, supaya mak dapat tidur dengan cucu mak. Tapi mak faham, bukan sekarangkan… Daniel masih nak fokus belajar. Nanti membebankan kamu pula”, senyum Mak Esah.

              Nadirah terdiam. Dia terkenangkan kata-katanya.


‘Aku tak nak ada anak dengan Daniel’.


‘Maaf mak…’,Nadirah meminta maaf di jauh lubuk hatinya. Dia masih tidak bersedia.


“Baik… mak tidurlah dulu. Nad ada kerja kejap. Nanti Nad tidur sebelah mak”, senyum Nadirah sambil mengusap bahu mak mertuanya.


Setelah setengah jam, Nadirah pula hendak tidur. Dia berbaring di atas katil bersebelahan dengan mak mertuanya. Badan terasa letih dan baru sahaja hendak melelapkan mata.


“KRROOOHHHH!!!!!”.

“KRROOOHHHH!!!!!”.


Nadirah terkejut apabila terdengar Mak Esah berdengkur. Nadirah kembali melelapkan matanya.


“KRROOOHHHH!!!!!”.

“KRROOOHHHH!!!!!”.


Nadirah sekali lagi terkejut dan cuba sedaya upaya untuk melelapkan matanya.


“Hah! Hah! Masuk cili…”, Mak Esah mengigau.


Nadirah memandang mak mertuanya.


“Mak?...”,Nadirah memandang mak mertuanya.


“Siapa dekat sana tu?”, Mak Esah mengigau lagi.


Nadirah mula berasa takut. Siapa pula? Dekat mana? Dia menggerakkan mak mertuanya perlahan tetapi tidak terjaga.


“Hoh! Hoh!”,igau Mak Esah dengan nada lagi tinggi.


Nadirah langsung berdiri dan keluar dari bilik. Dadanya berdegup kencang. Nadirah ketakutan dan turun ke bawah. Fikirannya terfikirkan Daniel. Nadirah pergi ke arah Daniel yang sedang berbaring di atas toto.


“Danny? Danny?”,Nadirah cuba mengejutkan Daniel.


“Hmmm?”, Daniel mengantuk.


“Bangunlah…sayang bangunlah”, Nadirah agak takut dan berharap agar Daniel terjaga.


Daniel tersengih apabila terdengar perkataan sayang keluar dari mulut isterinya. Daniel cuba untuk membuka mata lalu berkata dengan mamai, “hmm kenapa ni? Kata nak tidur dengan mak?”.


“Nad takut… mak macam mengigau”, luah Nadirah.


Daniel ketawa kecil, “hah yelah… marilah masuk sini”.


“Danny ke sanalah lagi”, kata Nadirah kerana dia tidak mahu terlalu rapat dengan Daniel memandangkan totonya agak kecil.


Daniel bangun dari perbaringannya dan melihat di tepi seraya berkata, “toto ni kecillah sayang. Kalau saya tepi sikit, saya tidur lantailah maksudnya. Mari sajalah sini. Dah toto ni muat-muat dua orang nak buat macam mana?”.


Nadirah gelisah.


“Sampai hati suruh saya tidur atas lantai yang sejuk… kalau masuk angin macam mana?”, kata Daniel lagi.


“Ya ya… tapi jangan pegang-pegang”, kata Nadirah lalu menyahut ajakan suaminya.


Benar kata Daniel.Totonya memang muat-muat untuk dua orang. Bahu mereka berselisih. Nadirah tidak boleh tidur memandangkan keadaan agak sempit. Daniel sudah tidur.


‘Senangnya dia tidur’, getus hati Nadirah melihat Daniel yang sudah lena. Nadirah cuba untuk melelapkan matanya.


Baru sahaja terlelap Nadirah sekali lagi terkejut apabila Daniel memeluk pinggangnya.


Nadirah kembali tidak boleh tidur. Dadanya berdegup kencang.


Tiba-tiba Daniel mengangkat kakinya diletakkan ke atas kaki Nadirah.


‘Ya Allah… Dia ingat aku ni bantal peluk ke??!!!’, Nadirah mula bengang. Nadirah berasa rimas dengan keadaan itu tetapi pada masa yang sama suhu yang suam itu membuatkan Nadirah selesa dan mula mengantuk. Setelah beberapa minit, Nadirah sudah lena.


Tanpa dia sedari. Dia juga kembali memeluk suaminya. Kaki bersilang kaki.


**

              Pada esoknya, Nadirah dan Daniel menghantar Mak Esah pulang. Sebelum berpisah Mak Esah hanya tersenyum memandang Nadirah seraya membisik.

              “Mak tarik balik apa yang mak cakap semalam ya… sebab mak rasa mungkin mak akan menimang cucu tak lama lagi”.


              Nadirah membulatkan matanya. Dia bingung, ‘kenapa mak cakap macam ni?’.

              “Ahhhaha insyaallah ada rezeki ada. Mak doakan yang terbaik ya”, kata Nadirah dengan sengih kambing.


              “Mak cakap apa dekat Nad?”, Daniel tertanya-tanya.


              “Tak ada apa!”, Nadirah langsung menjawab. Wajahnya merona merah.


              “Ohh okay…”, Daniel pula terasa aneh.


              Lalu masing-masing melambaikan tangan antara satu sama lain.




Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.