Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 49

BAB 49: Klimaks! II


“Isteri hang jumpa kami… dan ada salah faham yang terjadi. Sebab salah faham tu, dia ingat kita ni curang belakang dia. Kami minta maaf sangat-sangat atas apa yang jadi, tapi hang kena jumpa isteri hang la ni! Hang kena minta maaf sungguh-sungguh dan jelaskan keadaan sebenar! Sebab… isteri hang dah suruh kami minta hang lepaskan dia”,kata Lina lalu memandang ke arah lain.


Daniel berkerut dan rasa berdebar, “apa? Cakap sekali lagi. Minta lepas apa ni?”. Dia harap bukan sesuatu yang ditakutinya.


“Isteri hang suruh kami minta hang lepaskan dia… Cerai”, Lina berkata lagi dengan rasa bersalah.


“Apa?...”, Daniel terkesima dan memandang bawah. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya berhembus.


‘Betul ke Nad cakap macam tu? Tak mungkin… Nad takkan seberani itu untuk minta macam tu dekat aku’, Daniel rasa tidak percaya.


Mata Daniel membulat. Tiba-tiba, dia terkenangkan Farid. Daniel semakin resah.Kegusaran jelas terpancar di wajah Daniel. Lina juga dapat melihat wajah Danielyang sangat takut itu. Kening Daniel juga semakin berkerut.


“Memang aku cabar kau! Ada aku kisah ke kalau dia bini kau! Kalau kau tak jaga dia elok-elok! Bila-bila masa saja aku akan snatch dia away daripada kau!”.’


 Tanpa menunggu lebih lama, Daniel langsung berlari beredar dari situ.


Jai dan Rais juga berjalan keluar dari surau. Saat melihat Daniel berlari melepasi mereka, Jai dan Rais rasa tertanya-tanya dan mereka berdua menghalang Daniel.


“Eh…kau nak pergi mana ni?”, Jai memegang tangan Daniel.


“Aku ada urgent ni?!”, jelas Daniel terburu-buru.


“Hah…okay okay”, Jai melepaskan tangan Daniel dan Daniel bergegas berlari pergi.


Jai dan Rais berpandangan antara satu sama lain dengan kening masing-masing yang berkerut.


Saat Rais memandang hadapan, dia melihat Lina didatangi seorang perempuan yang turut bertudung labuh. Mungkin rakan sekuliahnya.


Lina melihat saja Daniel yang terburu-buru berlari pergi. Dia berasa kurang satu beban di bahunya tatkala memberitahu Daniel tentang Nadirah. Namun, rasa bersalahnya masih menggunung selagi Daniel dan isterinya tidak berbaikan. Disudut hatinya, dia berdoa agar masalah rumah tangga Daniel dapat diselesaikan dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Lina tersenyum tipis kecil sambil keningnya masih berkerut kecil. Dia teringat kata-kata Nadirah, Nadirah mengatakan bahawa Daniel menyukainya. Tetapi apabila melihat keresahan dan gaya Daniel terburu-buru pergi, Lina dapat merasakan Daniel memang sangat menyayangi isterinya dan apa yang diberitahu Nadirah kepadanya itu hanyalah salah belaka. Mungkin Nadirah hanya salah faham kepada Daniel sahaja. Fikir Lina.


Tiba-tiba ada seseorang yang memegang bahunya. Lina menoleh ke belakang dan melihat rakan sebiliknya iaitu Jannah.


“Maaf saya lama tadi… mmm Jannah nampak Lina cakap dengan orang lelaki. Siapa tu?”,tanya Jannah.


Lina memandang Jannah, “dia tulah lelakinya… yang Lina cerita semalam”.


Jannah terdiam sebentar lalu berbicara, “jadi macam mana? Lina dah cakaplah dekat lelaki tu… suruh berbaik dengan isteri dia”.


Lina senyum kecil dan mengangguk. Jannah turut tersenyum dan memeluk rakannya yang seorang itu.

“Terima kasih Jannah… hang ada saat kami rasa gusar. Jujur kami rasa macam satu beban dekat bahu kami ni jatuh tau. Rasa lega… rasa macam Alhamdulillah sangat. Allah permudahkan hati kami”, bicara Lina sambil memeluk Jannah erat.


Kemudian mereka melepaskan pelukan mereka dan sama-sama hendak beredar pergi. Baru saja Lina dan Jannah melangkah, seseorang memanggil Lina.


“Lina…”,panggil Rais.


Lina memandang Rais dan sambung berlalu pergi dengan Jannah. Dia berasa tiada mood untuk berbicara dengan Rais sekarang. Dia tidak mahu merosakkan perasaannya yang sudah tenang. Dia tahu Rais tidak ada kena mengena dengan masalahnya. Tetapi jika saja Rais tidak selalu bercerita tentang Daniel kepadanya, pasti keadaan sekarang tidak akan jadi. Dek kerana Rais, dia boleh termengenali Daniel.


Lina menggeleng kepala, dia tidak mahu buruk sangka kepada sesiapa. Yang lepas biarkan lepas. Dia ingin menenangkan hatinya. Jadi kerana itu, dia ingin menjauhkan diri daripada Rais juga untuk sementara.


“Lina tunggu… Saya ada nak cakap hal yang sangat penting. Awak kena tahu”, nada Rais seakan merayu.


Langkah Lina dan Jannah terhenti.


**

Kelihatannya Jannah dan Jai menemani rakan masing-masing di suatu tempat.


“Emm saya nak minta maaf Lina…”, kata Rais dengan wajah rasa bersalah.


Lina berkerut, “minta maaf buat apa?”.


“Saya rasa tindakan saya telah mengakibatkan sesuatu… kepada awak atau…”, Rais malu hendak berbicara.


Linasemakin tertanya-tanya, “tindakan apa? Cakap biaq jelaih”.


“Apa-apapun saya nak minta maaf Lina…”, Rais takut-takut untuk memberitahu.


“Khaba’mai kat kami betui-betui! Hang jangan buat kami tertanya-tanya lagu ni! Hang minta maaf tapi kami tak tau hang buat apa!”, kata Lina dengan nada tegas. Lina dapat merasakan bahawa Rais mungkin ada kaitan dengan apa yang menimpanya. Dia inginkan kepastian. Dia tidak mahu tertanya-tanya. Jika ada kisah lain tentang apa yang menimpanya, dia ingin tahu.


“Okay…saya minta maaf sebab tanpa disedari, tindakan saya dah merendahkan martabat awak sebagai wanita muslimah”, Rais sudah tidak tahu apa yang dibicaranya.


Lina mengerutkan kening, “hang cakap apa ni? Kami tak paham”.


“Saya tahu Danny ada masalah dengan isteri dia dan saya pun tahu yang awak ada hati dengan Danny. Saya tak tahulah kenapa masatu saya boleh terfikir nak buat macam tu. Serius saya tak ada niat jahat. Saya cuma nak Danny happy, jadi saya ada terfikir untuk jumpakan awak dengan Danny sebab saya rasa awak perempuan baik-baik dan mungkin boleh menyejukkan hati Danny”.


Lina diam dan masih mendengar. Jai yang menemani Rais di situ memandang arah lain. Dalam diam, Jai juga sangat malu dengan apa yang dilakukan oleh Rais.


Rais menggeleng sambil berkata lagi, “saya… saya tak tahulah masa tu… Awak boleh cakap yang perjumpaan awak dengan Danny accidentally terancang. Sekarang ni masalah rumah tangga Danny tak membaik lagi. Saya antara yang menyumbang dalam masalah Danny sebab saya selalu cakap pasal awak dekat Danny. Saya beritahu Danny yang awak suka dia”.


Lina semakin berkerut mendengar penjelasan Rais. Dia semakin pening, “sat sat untuk apa hang buat semua ni? Sampai tahap lagu ni? Hang mempergunakan kami ka?”.


“Tak Lina… Tak… Bukan itu…”, kata Rais.


“Jadi?Kenapa? Awat payah sangat? Untuk apa ja? Memang hang nak kawan hang happy semata-mata, sebab tu sampai beritahu perasaan kami dekat dia!”, Lina mula bertegas.


“Sebab saya nak awak pun happy juga!”, luah Rais.


Lina terdiam tetapi keningnya masih berkerut.


“Sebab saya nak orang yang saya suka happy…”,Rais memandang bawah.


Lina menggeleng. Dia bingung dengan kata-kata Rais.


“Sebab saya suka awak Lina… tapi awak suka kawan saya. Danny pun seorang yang baik. Jadi saya mengalah sebab saya nak awak gembira. Saya selalu nampak riak muka awak lain bila dengan Danny”, kata Rais dengan wajah serba salah memandang arah lain.


“Hang suka dekat kami?”, tanya Lina.


Rais mencuri-curi pandang Lina sambil mengangguk.


Lina masih berkerut, “hang suka dekat kami… tapi hang ada niat nak kenenkan kami dengan kawan hang. Kawan hang yang dah jadi laki orang? Kami dah tau Danny tu laki orang… tapi kami takdalah sampai nak caras dia! Tapi macam mana hang boleh rasa nak padankan kami dengan laki orang? Hang ingat kami ni perempuan lagu mana? Hang kata hang suka kami tapi cara hang ni seolah-olah anggap kami ni pempuan jalang hang tau dak?! Hang ingat kami ni pempuan yang senang ka? Boleh dengan sapa-sapa ja… dengan laki orang pun sama”.


Lina seakan tidak percaya dengan sifat Rais yang lain ini, tetapi itulah yang terjadi. Selama ini, dia bekerjasama dengan baik bersama Rais di dalam biro surau. Tetapi dia tidak sangka, yang Rais boleh menganggapnya sebagai perempuan yang boleh dengan sesiapa saja walaupun suami orang.


Lelaki seperti Rais ini sememangnya berbeza dengan lelaki-lelaki lain. Satu dalam sepuluh? Satu dalam seribu? Sanggup berkorban tapi tak kena tempat. Masih tiada ilmu, masih tidak matang seperti kanak-kanak berfikir.


“Lina…saya tak pernahpun anggap awak macam tu”, Rais hendak membetulkan persepsi Lina kepadanya.


Lina menggeleng lagi seraya berkata lagi, “apa-apa sajalah Rais… tapi satu ja kami nak khaba’”. Dengan wajah yang masih berkerut, Lina mengecilkan matanya memandang Rais.


Rais ternanti-nanti kata-kata Lina.


“Kami tak pernah jumpa orang laki sepengecut hang…”.



Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.