Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 47

BAB 47: Klimaks!


             Daniel hanya memerhati sahaja jejaka yang sedang makan di hadapannya. Dia menjeling Farid yang sedang makan sopan sekali dengan menggunakan sudu dan garfu.


             “Tak makan?”, tanya Farid kepada Daniel. Dia melihat Daniel hanya memesan kopi susu panas sahaja.


             Daniel menggeleng dan melihat ke arah lain. Daniel berkerut, mengapa dia perlu menemani jejaka ini makan?


             “Apa yang kau nak cakap pasal Nad ni? Makan saja aku tengok kau ni?”, Daniel tidak puas hati setelah lama duduk di situ.


             Farid tersenyum dan menghabiskan sisa terakhirnya. Tisu yang disediakan diambil lalu mengelap mulut seusai makan. Daniel hanya memerhati tindak tanduk Farid.


             “Macam nilah… aku ni sebenarnya suka dekat Nad tu. Sebelum ni aku hormat Nad sebagai rakan sekerja… tapi bila aku dapat tahu dia ada masalah dengan kau… Aku mula rasa risaukan keadaan dia. Aku care pasal dia… Mula-mula aku rasa perasaan aku ni sekadar risau tapi lama-lama aku dapat rasakan yang perasaan aku ni sebenarnya lebih jauh dari risau. Kau fahamkan maksud aku?”,senyum sinis Farid.


             Daniel mengerutkan kening. “masalah? Kitorang mana ada masalah!”.


             Farid ketawa kecil, “jangan risau…Nad memang tak pernah beritahu aku pun. Aku yang korek sendiri. Dari situ aku tahu yang rumah tangga korang ni ada masalah! Nad dah makin tak bermaya… muka dia macam orang kena anxiety. Tak bersemangat macam selalu. Ini semua sebab kau! Kau tak tahu apa yang kau dah buat pada isteri kau! Kau memang suami yang tak reti bersyukur!”.


             Daniel terdiam. Sebegitukah keadaan isterinya di mata orang lain. Dia sebagai suami tidak menyedari hal itu.


             “Kau ni memang failure sebagai suami. Kalau kau tak boleh nak jaga Nad dengan baik, jangan sia-siakan dia. Baik kau lepaskan dia dan beri kepada orang lain yang lagi layak. Aku boleh jaga Nad lebih baik daripada kau!”, sinis Farid.


             Daniel berkerut dan berdiri lalu menghentak meja.


             “Kau jangan nak macam-macam dengan aku Farid! Nad tu bini aku! Kau jangan nak cabar-cabar aku macam ni!”, marah Daniel rasa tergugat.


             Farid pula bersuara keras, “Memang aku cabar kau! Ada aku kisah ke kalau dia bini kau! Kalau kau tak jaga dia elok-elok! Bila-bila masa saja aku akan snatch dia away daripada kau!”.


             Daniel terperasan yang orang lain turut memandang-mandang ke arah mereka. Kalau ikutkan hatinya dia ingin menumbuk Si Farid ini. Tetapi apabila melihatkan keadaan sekeliling, Daniel menahan diri. Dia mencampakkan duit di atas meja lalu menyepak perlahan kerusi dan beredar meninggalkan Farid. Dia sangat geram, menyampah dan sakit hati.Farid sememangnya telah mencambah api kemarahan dalam hatinya. Semakin mengingat kata-kata dan reaksi sinis wajah Farid tadi, api kemarahannya semakin membara. Hatiya semakin gundah dan cepat-cepat beredar untuk pulang ke rumah.


             Farid pula masih terduduk di kerusi situ. Dia tahu ramai yang sedang melihat-lihatnya di restoran itu. Tetapi dia tidak peduli itu semua. Sekarang dia juga berasa sangat geram dengan Daniel kerana Daniel menengking-nengking kepadanya sebegitu. Tidak lama kemudian, Farid tersenyum dan ketawa kecil.


             ‘Tahu takut bila aku cakap macam tu! Tahu sayang bini! Jaga bini elok-elok tak nak! Laki lain nak ambil barulah nak gelabah!’, ketawa Farid di dalam hati.


             Kemudian Farid mengeluh. Dia mungkin ada perasaan kepada Nadirah tetapi dia sedar Nadirah masih isteri orang. Jadi dia tidaklah sampai di tahap seperti yang dikatakannya kepada Daniel. Niatnya hendak menguji Daniel sahaja. Tidak sangka pula reaksi Daniel sedasyat itu.


             Setibanya Daniel di rumah, dia membersihkan diri dan menyejukkan diri. Dia ingin melupakan cabaran Farid tadi, tetapi dia tidak boleh. Hatinya semakin risau dan gundah. Lagipula isterinya juga semakin tawar hati dengannya, jadi Farid berpeluang saja untuk membuat apa yang diperkatakan. Daniel menggeleng kepala. Dia masih sangat sayangkan isterinya. Dia tidak mahu hal itu berlaku.


             Saat Solat Maghrib dan Isya’ pun hati Daniel masih gundah. Dia berdoa kepada Allah agar rumah tangganya dapat diselamatkan dan dia juga berazam untuk merubah diri.


             “Ya Allah… aku mohon kepadaMu. Kaulah yang memegang hati-hati manusia. Kau dekatkanlah hatiku dan hati isteriku. Aku sedar aku ni hamba yang lemah. Aku ni suami yang tak bersyukur. Aku sesal dengan perbuatanku Ya Allah… tapi aku juga tidak tahu nak buat apa. Aku nak minta maaf tetapi tiada kesempatan. Aku mohon… kau kekalkanlah rumah tanggaku dan baikkanlah ia dengan rahmatMu. Kau saja yang boleh membantu aku Ya Allah… Kau tunjukkanlah jalan… Sesungguhnya aku ni adalah golongan yang tidak mengetahui”, Daniel terasa sedih.


             Sehabis saja berdoa, Daniel terasa mengantuk dan tertidur. Di dalam tidurnya Daniel bermimpi.


             Daniel melihat Nadirah sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman. Daniel turut tersenyum melihat Nadirah yang datang ke arahnya dengan senyuman manis sebegitu. Nadirah semakin dekat dan berjalan melepasi Daniel dan pergi ke arah orang lain. Rupa-rupanya Nadirah senyum kepada orang lain.


             Daniel berkerut. Dia menarik tangan Nadirah keras.

             “Nad nak pergi mana?!”, tanya Daniel.


             Nadirah pula berkerut memandang Daniel lalu berkata, “saya nak pergi dekat suami saya! Awak ni siapa?!”.


             Farid kelihatannya melepaskan pegangan tangan Daniel daripada Nadirah, “jangan nak macam-macam eh!! Kau siapa nak buat isteri aku macam ni?!!”.


             “Ini isteri akulah!! Kau apahal!!!”,bentak Daniel.


             “Orang macam kau?!”, sindir Farid.


             Daniel terdiam.


             Farid masih lagi tersenyum sinis dan membawa Nadirah pergi daripadanya.


             Daniel terjaga. Dia berpeluh-peluh. Hatinya juga berdegup kencang. Kenapa dia bermimpi seperti itu? Daniel menggeleng. Dia tidak boleh membiarkan hal itu terjadi.


             Pantas dia mengambil telefon dan menelefon Wan.


             ‘“Aku sentiasa doakan kebaikan untuk kawan-kawan aku… Tapi sekarang ni semuanya ada pada diri kau. Tabiat tak boleh ubah? Itu kata-kata yang salah! Nak hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”.’

             Kata-kata teguran Wan sahaja yang bermain di ingatannya.


             “Assalamualaikum Wan! Bantu aku!”,desak Daniel dengan nada risau.


             Wan terkejut. Angkat sahaja telefon, Daniel sudah berbunyi cemas, “Waalaikumsalam… bantu apa ni Danny?”.


             “Pasal rumah tangga aku! Aku nekad nak berubah… Kau kena tolong aku! Aku tak tahu nak buat macam mana sekarang ni”,luah Daniel cemas.


             “Okay okay bertenang dulu… aku akan tolong apa yang aku boleh! Aku cuma nak kau bertenang saja dulu sekarang ni”,Wan cuba menenangkan rakannya.


**

             Nadirah berfikir. Dia merancang untuk duduk dalam 5 hari di rumah Liza. Tetapi selepas 5 hari itu? Nadirah mengeluh. Dia perlu juga berhadapan dengan Daniel akhirnya. Tetapi dia tidak mahu bersemuka dengan suaminya. Rasa takut dan rasa sedih masih ada lagi luka di hatinya. Hal ini tidak boleh dibiarkan lama.


             Nadirah teringat Lina, si gadis yang meminati suaminya itu. Dia juga terkenang mimpi suaminya kahwin dengan gadis itu. Nadirah berkerut, dia sangat takut jika hal itu jadi kenyataan. Lagipula mimpi itu terasa sangat nyata.


             Lambat laun, perkara itu akan pasti akan datang kepadanya. Sebelum perkara itu hadir, dirinya yang perlu bertindak dahulu. Fikir Nadirah.


**

             Sudah tiga hari berturut-turut Nadirah tidak pulang ke rumah, kalau hari ini pun tidak pulang sudah masuk empat hari. Nadirah ada memberi mesej yang dia akan tinggal di rumah kawan perempuannya untuk masa 5 hari. Jadi jangan risaukan keadaannya.


Saya: Saya minta maaf okay! Saya nak berbincang depan-depan dengan awak… boleh tak awak balik awal hari ini

Saya: Mana awak Nad?

Saya:Tolonglah balas mesej ni…

Naddy syg:Saya tinggal dekat rumah kawan perempuan saya ni, Liza… Dalam masa 5 hari,sebab ada urusan kerja penting. Jadi jangan cari saya…


             Daniel mengeluh. Dia amat risau dengan apa yang terjadi. Mujur Nadirah memberi mesej kepadanya. Namun, 5 hari terasa seperti 5 minggu.


             Kebetulan pula, kerja di universiti sudah menimbun. Jadi dia perlu membahagikan masanya antara keluarga dan tanggungjawab sebagai pelajar. Walau mana berat masalah rumah tangga, tugas sebagai pelajar jangan dilupa. Itu amanah daripada ibunya.


             Saat selesai solat Zohor, Daniel menanti Jai dan Rais di luar surau. Saat menunggu ada orang menyapanya.


             “Danny…”.


             Daniel melihat lalu tersenyum kecil. Dia cuba menghilangkan kegusaran di wajahnya.

             “Ohh Lina…”.


             Lina berwajah tidak tenteram. Wajah Lina seakan rasa bersalah dan seakan ada sesuatu yang penting ingin dibicarakan.

             “Kami nak khaba’ mai kat hang ni…penting”, Lina berkerut.


             Daniel tertanya-tanya dan masih menanti kata-kata Lina.


             “Kami nak pesan kat hang yang hang jagalah isteri hang elok-elok. Kak Nad tu orang baik-baik! Jagalah dia sebaiknya... Hang takkan jumpa isteri sebaik isteri hang! Yang sanggup korbankan perasaan dia… asalkan hang bahagia”, kata Lina lalu beredar hendak pergi.


             Daniel berkerut mendengar. Bagaimana Lina boleh tahu hal rumah tangganya? Bagaimana Lina tahu siapa isterinya dan memanggil isterinya Kak Nad seakan sudah pernah berjumpa? Daniel tertanya-tanya.


             “Lina… macam mana kau boleh cakap macam ni? Ada apa-apa yang terjadi ke?”, berkerut Daniel bertanya.


             Lina hanya diam memandang tepi dengan wajah rasa bersalah.


             “Lina. Tolong cerita dekat aku!...”, Daniel bersungguh-sungguh ingin tahu.


             Lina memandang Daniel. Dia terkenang hari semalam.

 

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.