Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,385
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI 8

*MIMPI 8*

‘Kalau bukan aku, ada orang lain lagi ke kat sini yang boleh tolong? Wake up, Aira!’


Humaira ligat mempersiapkan diri dengan ala kadar. Sebelum azan Subuh lagi dia sudah bangkit untuk bersiap awal kerana mereka perlu terus menyediakan sarapan sebaik sahaja menunaikan solat Subuh. Pembantu peribadinya, Aizara turut dikejutnya untuk sama-sama bersiap segera. Humaira seperti biasa sebaik mungkin akan menjadikan dirinya sendiri sebagai contoh untuk adik-adik junior. Dia mengharapkan agar segala tingkah laku dan disiplinnya sepanjang berada di lapangan ini akan dapat diikuti dengan baik oleh juniornya. Katanya, masing-masing sudah dewasa dan punya akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Maka, tidak perlulah dia mengarah sesiapa untuk bergerak menjalankan tugasan melainkan mereka sendiri yang perlu bergerak sendiri tanpa perlu disuruh.

“Akak, akak, sat na! Saya nak pakai stokin je ni.”

“Yelah, Zara oi. Akak tunggu kat luar tau. Iman, Zati, nanti lepas solat kita terus siapkan sarapan tau.”

“Ok, kak Maira!”, Imani dan Izzati menjawab serentak.

Sebaiknya sahaja imam mengucapkan salam tahiyat akhir, Humaira dan Aizara meneruskan bacaan doa masing-masing dan tanpa menunggu lama mereka terus beredar untuk menyediakan sarapan. Ali berjalan menuju ke arah mereka yang sudah mula ingin memanaskan kuali untuk menumis bawang dan rempah. Ali datang menolong sedikit lewat kerana dia terpaksa menjadi imam solat dan dia jugalah yang menyampaikan sedikit tazkirah Subuh tadi.

“Akak, maaf saya lambat sikit.”

“Eh, tak apa. By the way sedap suara imam Subuh kita tadi.”, sempat Humaira mengusik Ali.

“Hahaha terima kasih, kak. So sekarang apa yang boleh saya bantu? Kita nak buat sarapan nasi goreng ke kak Maira? Air minuman apa nanti?”

“Iyooo Ali oi. Sarapan pagi ni nasi goreng dan air milo panas dan teh susu panas.”, Aizara menjawab bagi pihak Humaira.

“Uish, sampai dua jenis air manis ni Zara nak mandi gula ke apa. Haha.”

“Ha ah, nak mandi gula. Pastu nanti gula tu masuk dalam perut hang juga.”

“Eh, apa pula perut kita. Perut hang la, Zara.”

“Ah, takde. Perut semua orang juga nanti yang akan masuk gula. Puas?”

Ali tergelak besar. Puas dia mengusik Aizara. Humaira yang sedang menumis bawang hanya menggeleng kepala saja. ‘Ada juga nanti yang dapat Kisah Cinta Di KOA lepas ni. Haha.’.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Panas matahari sudah mula terik. Namun, suhu di kawasan perkampungan itu masih lagi sejuk walaupun berlangitkan matahari yang cerah. Kawasan perkampungan tersebut dikelilingi dengan pepohonan hijau hutan yang melitupi setiap genap dan membuatkan udaranya nyaman dan segar untuk dinikmati. Mereka sudah penat bersenamrobik dan bersarapan bersama-sama penduduk kampung. Ada yang sudah menjadi kawan. Ada juga yang sudah mendapat keluarga angkat dan saling bertukaran nombor telefon agar kelak mudah untuk mereka berhubung dan saling bertanya khabar.

Humaira sudah bermandian peluh akibat berjalan ke hulu ke hilir melayani penduduk kampung untuk bersarapan. Badannya semakin manja kerana sudah lama tidak beraktiviti yang berterusan seperti ini. Aizara menghulurkan secawan air kepada Humaira dan mengajaknya untuk makan bersama setelah melihat kebanyakan penduduk kampung sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Terima kasih, Zara! Sayang awak banyak-banyak!”, keletah Humaira yang agak keanak-anakan itu disambut gelak oleh amek-amek yang masih duduk ingin berbual dengan Humaira.

“Iyalah akakku yang disayangi.. Akak, jom ambil nasi goreng jom. Lepas tu makan kat sini dengan amek.”

“Ok, jom. Awak semua yang lain ni dah makan ke belum?”, Humaira tidak lupa mengambil berat perihal adik-adik junior yang lain.

“Dah, kak! Nasi goreng akak masak ni sedap sangat!”, nyahut beberapa peserta yang ada di situ.

“Mengampu aja kerja korang ni kan.”, mereka ketawa mendegarkan jawapan gurau daripada Humaira itu.

“Oh, tapi lepas korang dah selesai makan nanti akak nak minta tolong korang bungkuskan lebihan nasi goreng ni, ya. Nanti kita edarkan ke rumah-rumah amek apak yang belum datang makan tadi.”

“Beres, boss!”

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Amek, lepas ni bawak kami mandi kat sungai yang air bersih tu jom. Saya rindulah nak mandi sana. Lepas tu bolehlah saya ajak adik-adik yang lain ni mandi sana sekali.”, Humaira mengajak amek Lang untuk mandi di sungai.

“Boleh sangat, Maira. Nanti amek bawak anak-anak amek kat rumah tu sekali. Mereka memang suka mandi sungai.”

“Yay! Bestnya kak Maira! Nak mandi sungai juga!”, jawab seorang peserta lelaki yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.

“Suka, suka juga. Jangan sampai nanti tak nak keluar dari sungai sudah lah. Akak siku kepala seorang-seorang nanti.”

Mereka semua kelihatan bersemangat hendak mandi di sungai. Masing-masing sudah bergegas mengambil tuala dan barangan mandi di bilik masing-masing. Mereka berkumpul bersama beberapa amek dan kanak-kanak yang ingin menurut serta sebelum bergerak beramai-ramai ke sungai. Ramai adik-adik kecil yang berlarian anak ingin mendahului abang-abang dan kakak-kakak peserta untuk menunjukkan jalan. Mereka kelihatan sangat gembira dan teruja. Aizara yang sedang mendukung seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sempat menoleh Humaira yang berjalan seiringan di sebelahnya.

“Akak tengok apa, kak?”

“Tak ada apa-apalah. Cuma akak macam ternampak Khai tadi. Pelik juga akak kenapa dia tak ikut kita semua sekali.”

“Oh, agaknya dia kena jaga barang-barang medikal untuk saringan kesihatan sekejap lagi kot. Itu sebabnya dia tak ikut.”

“Alah, barang-barang tu boleh je simpan dalam kereta akak dulu. Macam ni lah. Awak pergi dulu dengan yang lain nanti akak ikut kemudian. Biar akak jumpa Khai sekejap.”

“Ok, kak. Jangan lama-lama. Nanti timbul scandal susah pula. Haha.”, usik Aizara.

“Banyaklah awak punya scandal.”, Humaira melemparkan jelingan tajam.

Sebaik sahaja ternampak kelibat Khairil dia terus datang menghampiri.

“Khai, kenapa tak ikut mandi kat sungai? Sebab awak kena jaga barang-barang medikal tu kah?”

“Eh, tak lah, kak Maira. Barang-barang tu ada dalam kereta encik Danial. Saya saja je tak nak ikut. Saya tak biasalah mandi sungai.”

“Laa.. Sebab tak biasa tu lah kena cuba. Nanti da balik Ipoh susah nak cari sungai kat tengah bandar tu. Meh lah. Nanti awak celup-celup kaki je pun ok. Bila dah rasa sejuk dan segar air sungai tu nanti susah awak nak keluar dari situ. Percayalah akak cakap ni.”

“Haha. Hm, ok lah kak. Jap saya ambil tuala kecil.”

“Ok.”

Mereka berjalan menuju ke arah sungai yang tidak berapa jauh dari kawasan surau tempat mereka tidur. Sungai yang mereka tuju itu airnya tidak terlalu deras dan lebih selamat untuk mereka semua bermain air. Sementara berjalan beriringan menuju ke sungai Humaira dan Khairil berbual serba sedikit tentang pelajaran mereka. Khairil ini seorang yang agak enthusiastic terhadap bidang pelajaran yang diceburinya itu. Puas Humaira ditanya tentang tip-tip belajar yang berkesan. Ketiga-tiga adik-beradiknya semua mengambil bidang perubatan dan boleh dikatakan dia mempunyai sebuah keluarga doktor yang besar kerana saudara maranya juga tidak terkecuali daripada menceburi bidang kepakaran doktor. Kenyataan itu bukanlah datang daripada mulutnya sendiri. Namun, Humaira pernah diberitahu oleh kawan karib Khairil yang agak suka ‘membawang’ itu.

Mereka terpaksa memanjat beberapa buah batu besar yang agak licin dek permukaan yang berlumut. Tanah yang mereka pijak di tepi sungai itu agak basah dan perlu lebih berhati-hati. Humaira mendahului Khairil untuk menunjukkan jalan. Kedengaran suara yang lain sedang bergelak-tawa menandakan mereka sudah semakin hampir. Sebaik sahaja Humaira menuruni sebuah batu besar dengan berhati-hati langkahnya terhenti seketika. Dia menoleh ke belakang untuk memberi amaran kepada Khairil agar lebih berhati-hati menuruni batu yang agak tinggi dan licin itu kerana paras air di kawasan itu juga agak dalam.

Belum sempat menuturkan kata-kata Humaira terdengar satu esakan kecil yang halus. Dia mula mencari Khairil yang tiba-tiba menghilang dari pandangannya.

“Khai.. Khai, awak ok tak? Khai…”

“Shh.. Kak, ada ular..”, Khairil berbisik sampai hampir tidak kedengaran kerana tidak mahu ular yang telah mematuknya tadi bertindak lebih ganas.

Humaira yang telah nampak sesusuk tubuh yang membatu di tepi sebatang dahan pokok yang berjuntaian itu terus menghentikan langkah dengan serta-merta. Kelihatan seekor ular yang bersaiz sederhana besar sedang menjelirkan lidahnya ke arah Khairil tanda-tanda dia merasakan terancam oleh kehadiran lelaki itu. Khairil yang kakinya tercedera akibat terjatuh setelah dipatuk ular tadi hanya menahan kesakitan.

Humaira berfikir-fikir untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan Khairil dari bahaya ular itu. Kecut perutnya melihat ular yang agak besar itu. ‘Apa aku nak buat ni? Kalau bukan aku, ada orang lain lagi ke kat sini yang boleh tolong? Wake up, Aira! Kau kena buat sesuatu!’.

Tuala yang tergantung di bahunya dipegangnya dan dipintal-pintal dengan perlahan untuk menjadikan gumpalan besar. Tanpa melengahkan masa Humaira terus mencampakkan gumpalan tuala itu ke arah semak dengan jarak yang sejauh mungkin untuk mengalihkan perhatian ular tersebut. Ular itu pun menyusur laju ke arah tuala yang disangkakan benda hidup.

Humaira terus menghampiri Khairil yang mengadu kesakitan. Dia cuba membantu Khairil untuk bangun dan beralih ke arah batu yang jauh sedikit dari kawasan semak yang dicampakknya tuala tadi.

“Khai boleh jalan tak ni? Kita gerak kat tempat jauh sikit dari kawasan semak tu.”

“Kaki sebelah saya macam terseliuh. Tapi sebelah lagi boleh gerak.”

Humaira memapahnya dengan perlahan-lahan dan membiarkan Khairil duduk di atas batu yang permukaannya leper.

“Awak kena patuk ke tadi? Kat bahagian mana?”

“Kat sini, kak.”, Khairil memuncungkan mulutnya ke arah tangan kirinya yang ditekannya dari tadi. Tangannya mula merasa kebas akibat kesan daripada bisa ular itu.

Tuala kecil di leher Khairil diambilnya dan diikat dengan tiga kali lilitan di bahagian lengan Khairil bagi melambatkan jangka masa untuk bisa ular itu daripada merebak ke bahagian lain. Tangan Humaira bertindak pantas sementara mulutnya menerangkan tindakan yang akan dilakukannya kepada Khairil. Bekas patukan ular kelihatan di bahagian posterior medial surface of the left forearm. Sebaik sahaja mengikat tuala itu Humaira terus menjerit meminta tolong sebelum memeriksa bahagian lain yang mungkin tercedera. Khairil perlu dibawa pulang dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Dalam keadaan cemas itu hati Humaira berdebar-debar kerana risau sekiranya terdapat kecederaan yang lebih parah kerana dia perasan ada darah yang mengalir di kaki Khairil.

“Awak ada rasa sakit kat mana-mana lagi tak?”, Tanya Humaira sambil memeriksa tangan dan kaki Khairil. Jarinya menekan-nekan kaki kanan Khairil yang dikatakannya terseliuh tadi. Khairil menyeringai kesakitan apabila jari Humaira menekan perlahan di bahagian medial surface of the right leg. ‘Ada fibula fracture ke? Memandangkan Khai nampak macam sakit sangat. Lepas tu ada tenderness and bruising dekat permukaan tu.’

“Kaki awak bengkak dekat bahagian ni. Awak ada rasa kebas ke kat bahagian tu?”

“Ha ah, kak. Kaki saya rasa kebas.”, wajah Khairil sudah bertukar pucat.

“Ok tak apa. Awak tahan ya. Insya’Allah ok je ni. Awak terpijak ular tu ke tadi?”, ujar Humaira dengan nada yang lebih reda. Apa yang pernah diajar kepadanya dahulu sewaktu kecemasan sebegitu adalah kita perlu pandai mengawal perasaan mangsa supaya dapat mengurangkan kesan sampingan lain sekiranya mangsa dalam keadaan cemas.

Humaira terus bersembang santai dengan Khairil demi mengalihkan perhatian Khairil dari memikirkan keadaannya yang tercedera itu. Rakan-rakan yang lain sudah menghampiri mereka berdua. Masing-masing nampak cemas selepas mendengar jeritan Humaira tadi.

“Kenapa ni kak Maira?”

“Khai kena patuk ular tadi. Lepas tu dia terjatuh dari batu besar tu dan kaki terseliuh. Sekarang tolong akak bawak dia balik ke surau untuk kita bagi ubat rawatan bisa ular tu dengan cedera kat kaki dia ni. Cepat!”


Previous: MIMPI 7
Next: MIMPI 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer