Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,374
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI18

*MIMPI 18*

‘Jazakallah, Rith..’


“Assalamualaikum, mak! Mak sihat? Mak tengah buat apa tu?”, tanya Humaira yang sedang menghubungi ibunya.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Mak tengah baca majalah ni. Tadi mak baru balik dari pasar tani beli barang masak. Jadi ni mak baru nak rehat-rehat kejap sementara tunggu azan. Aira sihat?”

“Heee, alhamdulillah sihat..”

“Menantu mak sihat?”

“Aa.. Insya’Allah sihat kot. Tengok dia kat kelas macam ok je.”

“Hm, baguslah alhamdulillah. Ni bila awak berdua nak balik cuti kat sini? Mak dengan ayah ni nak juga berkenalan dengan menantu baru yang seorang tu. Awak berdua tak ada cuti dalam masa terdekat ni ke?”

‘Wah, sekarang ni semua ayat nak guna perkataan ‘berdua’. Macam seronok pula dengar. Hehe.’

“Hmm.. Setakat ni belum ada cuti lagi, mak. Yalah, baru naik cuti kan. Tapi, insya’Allah dalam next 2 weeks ada cuti dalam 4 hari. Nanti Aira cuba cakap dengan Harith eh.”

“Iyalah. Nanti kalau dah confirm nak balik tu cepat-cepat bagitahu mak tau. Boleh mak prepare barang-barang untuk buat masak-masak special sikit. Maklumlah, anak menantu first time nak datang rumah, kenalah sambut meriah sikit kan.”

“Haha. Baiklah, Mommy ku yang tercinta. Nanti dah confirm Aira terus cakap kat mak, ya.”

“Ok..”

Mereka anak beranak berlanjutan berbual dalam talian sehingga azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu. Talian ditamatkan supaya mereka dapat menunaikan solat dengan segera. Humaira mengambil wudhu dan terus menunaikan solat Maghrib. Setelah usai solat dia mencapai senaskah Al-Quran miliknya dan mula mengaji sehingga tiga ke empat muka surat sementara menunggu masuknya waktu Isyak pula.

Solat Isyaknya diakhiri dengan dua rakaat solat sunat hajat. Dalam sujudnya, Humaira memohon sebanyak-banyak doa agar dia dan ahli keluarganya sentiasa dalam perlindungan dan bimbingan Allah SWT.. Air matanya jatuh berjujuran di atas sejadah mengenangkan segala dosa dan kekhilafan yang telah dia lakukan selama ini sama ada dengan sengaja ataupun yang tidak disengajakan.

Baru sahaja Humaira mengaminkan doanya yang terakhir, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada seseorang sedang menghubunginya. Telefon yang berada di atas katil dicapainya dengan segera. Nama Dongsaeng tertera di skrin telefon. ‘Baru ingat nak call lepas solat ni. Dia macam dah tau-tau je kan. Dongsaeng, Dongsaeng..’

“Assalamualaikum. Hello, baby.. Baby nak apa call I ni?”, sengaja dimanjakan sedikit suaranya kerana ingin mengusik Harith.

“Waalaikumussalam.. Aa, kau salah orang ke ni?”, jawab Harith sambil melihat nama yang tertera di skrin telefon. Nampaknya dia tidak tersalah membuat panggilan kerana nama yang tertera memang nama Humaira. Tetapi, panggilan yang dipanggil oleh Humaira kepada Harith itu sangat mencurigakannya.

“Apa ni, baby.. Tak kan la you dah tak kenal I? Ataupun you sengaja nak prank call I eh..?”

“Aira, kau tersalah makan ubat apa ni? Are you ok? Nak aku tolong bawak kau pergi hospital ke?”

“Ahahahahah. Alah, kau ni aku nak gurau sikit pun tak boleh ke? By the way, F.Y.I. (for your information) aku tak ada ambil apa-apa ubat, ok. Aku sihat je alhamdulillah.”

“Yeah, thank God..”

“So, kau ada apa ni call aku? Nenda ada suruh ajak keluar dinner lagi ke weekend ni?”

“Tak ada lah. Nenda tak ada suruh apa-apa pun. Saja nak call kau sebab rasa macam kau ada nak cakap something je dekat aku.”

“Uuu.. Kau macam ada instinct je yang aku ni memang ada something nak cakap dekat kau kan? Amazing..”

“Well.. So, what’s the thing?”

“Macam ni.. Tadi aku ada call mak saja nak tanya khabar, lepas tu mak tanya aku pasal kau. Dia suruh kirimkan assalamualaikum dekat kau.” Salam yang dikirimkan itu dibalas oleh Harith. Terharu pula rasa apabila seseorang yang sudah bergelar ibu menantu kepadanya itu mengambil berat tentang dirinya.

“Lepas tu, mak pun ada tanya bila kita berdua ni ada cuti lagi sebab dia tak sabar nak sambut anak menantu dia yang pertama ni. Then, aku cakaplah yang kita akan ada cuti dalam 2 minggu lagi. So, aku nak tanya kau la, ok ke kalau cuti 4 hari tu nanti kita balik JB? Kau, dan aku.”

“Oh.. Ok je, aku tak kisah pun. Nak drive balik ke macam mana?”

“Baby larat ke nak drive jauh, pergi dan balik? Baby tak nak baby penat je nanti..”

“Selalu kau balik naik apa?”

“Hm.. Selalu naik bas je. Tak pun flight.”

“Then, we book for flights lah. Round trip. Jimat masa sikit.”

“Owkey, baby.. Anything for you..”

“Weh, kau stop dengan panggilan tu boleh tak? Meremang pula bulu roma aku.”

Humaira sudah terkekek-kekek ketawa di hujung talian. Seronok dia kenakan Harith. Kalau Harith berada di hadapannya sekarang mungkin bertambah ligat dia mengusik lelaki itu.

“Haha. Eh, kau tengah study ke, weh?”

“Aku tengah O.T.P. (on the phone) dengan kau kan.”

“Eish, main-main pula budak ni. Maksud aku, lepas dah off phone nanti la.”

“Insya’Allah aku study kot. Tu pun kalau aku tak ngantuk lagi lah. Sebab group aku nak kena buat skrip untuk video Mandarin ni.”

“Ooo.. Best-nya Mandarin.. My favourite subject.”

“Best kau kata? Naik serabut kepala aku nak kena selak balik satu-satu topik untuk karang dialog yang sesuai untuk video ni tau tak. Nanti nak kena check lagi betul ke tak dialog kita orang ni.”

“Alah, apa susah. Aku kan ada. Nanti dah siap skrip kau send je soft copy kat aku. Aku boleh tolong jadi script editor kau F.O.C. (free of charge) je. Kau orang nak buat cerita pasal apa?”

“Pasal Malaysian Stereotype. By the way, kau serious ke boleh tolong edit and check skrip kita orang ni?”

“Sure lah, oppa. Kalau tak serious aku tak offer.”

“Then, nanti kau tolong kita orang record video sekali boleh? Hihi.”

“Dah bagi kepak ayam, nak drumstick pula eh. Hm, ye lah. Boleh je. Insya’Allah kalau time tu roh aku masih dikandung badan.”

“Eh, insya’Allah confirm aku akan doakan roh kau masih dalam jasad kau sampai video kita orang ni settle, weh.”

“Bertuah punya budak.. Lepas dah settle video kau tak kisah lah aku hidup ke tak?”

“Ya la.. Lepas tu manalah aku tau umur kau panjang ke tak. Ajal dan maut tu semua kan ketentuan Allah SWT..”

“Hm.. Play save eh kau. Eh, dah la aku nak tidur dulu. Kalau tak nanti panda eyes aku ni makin show off pula. Dream of me, baby. Na-nite, assalamualaikum!”

Harith hanya sempat menjawab salam Humaira setelah talian diputuskan. Dia hanya menggelengkan kepalanya.

‘Aneh-aneh betul minah ni. Haih.. But, thanks for lessen my burden nak fikir pasal skrip Mandarin ni. Tak sangka pula dia minat Mandarin. Mata dia pun dah sepet-sepet sikit, macam sesuai la kalau dia expert in this language. Haha.’

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Wei shen me? Nimen ...” Harith bertutur dalam bahasa Mandarin dengan sebutannya yang agak pelat.

Humaira yang sedang memegang kamera memberi arahan untuk memberhentikan lakonan itu buat serta-merta. Dia mengajar Harith untuk menyebut beberapa perkataan dengan sebutan yang betul. Lakonan Harith yang agak kayu itu juga ditegurnya.

“Rith, cuba kau ubah sikit gaya kau cakap tu. Buatlah gaya kau tengah risau sikit. Kening tu bagi angkat sikit, menunjukkan yang kau tengah risau dekat kawan kau yang tengah sakit tu. Macam ni ha..”, arah Humaira sambil membacakan sepotong ayat daripada dialog Harith.

“Ye la, tuan director..”

Mereka yang terdiri daripada empat orang ahli itu cuba melakonkan semula babak yang tidak berapa menjadi itu. Humaira kembali memberikan arahan untuk memulakan rakaman semula. Habis sahaja babak yang ke-dua terakhir Humaira pun menjerit perkataan “cut” untuk menghentikan rakaman. Dia lantas memuji salah seorang daripada ahli kumpulan Harith yang agak pandai berlakon dengan sebutan percakapannya yang begitu lancar seperti bangsa cina.

“Dia dah biasa cakap Mandarin since primary school boleh la..”, kata Harith.

“Eleh, jealous la tu.. Alololo.. Janganlah merajuk. Kau punya lakonan pun ada improve apa. Kejap lagi sis lanje coki-coki eh. Hehe.”

“Tak ada maknanya aku nak jealous dengan setakat pujian daripada director macam kau la.”

Mereka yang lain semua sudah mula tertawa melihat telatah Humaira dengan Harith. Seterusnya, mereka menyambung semula dengan rakaman untuk babak yang terakhir. Harith yang tercabar dengan kata-kata Humaira sebentar tadi menjadi bersemangat untuk memberikan lakonan yang terbaik. Mereka mengakhiri rakaman video mereka dengan ucapan pesanan yang berkaitan dengan stereotype.

“Cut! Ok, nice job, guys!”

Masing-masing sudah mengerumuni kamera yang dipegang oleh Humaira untuk melihat semula lakonan mereka. Harith yang melihat keadaan itu terus menyelit di sebelah Humaira supaya rakan-rakannya tidak berdiri terlalu rapat dengan Humaira. Dia mengambil kamera dari tangan Humaira semata-mata ingin memberikan sedikit jarak antara Humaira dengan rakan-rakan yang lain. Harith sedar bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga maruah isterinya itu. Sedikit sebanyak perasaan cemburu dalam diri Harith juga mula timbul.

“Ok, ais kepal jom!”, laung Humaira dengan gembiranya.

“Jom!”, sambut mereka yang lain. Mereka semua sudah merancang untuk membeli ais kepal sebaik sahaja tamat sesi rakaman video Mandarin mereka. Maklumlah, cuaca sekarang sudah semakin panas sekaligus membuatkan mereka sering memikirkan tentang makanan dan minuman yang sejuk.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Thanks, weh..”

“Hah? Patutnya aku yang cakap terima kasih kat kau sebab dah belanja ais kepal tadi. Haha.”

“Tak ada la.. Kau kan dah tolong group aku rakam video tadi. Skrip pun kau yang tolong edit, buatkan laoshi senang je nak lepaskan skrip kita orang punya group.”, jawab Harith sambil fokus memandu.

“Ooo.. No prob la.. Aku pun memang tengah ada banyak masa kan. Tahun ni kan aku dah tak payah nak ambil general studies lagi. Plus, I really love this kind of thing.”

“Kau kalau ada nak aku tolong apa-apa nanti cakap je la eh.”

“Sure ni? Apa-apa je?”

“Insya’Allah selagi aku mampu, aku tolong. Tapi, kalau kau nak aku tolong carikan boyfriend tu kau kena minta izin dengan Nenda dulu ah. Aku tak mampu nak kecilkan hati Nenda.”

“Eh, excuse me. Aku belum desperate lagi sampai nak minta tolong kau carikan lah. Aku pun boleh cari sendiri kalau aku nak.”, jawab Humaira sambil menjeling maut kepada Harith yang sedang memandu di sebelahnya.

“Hmm.. Kalau aku nak kau jadi private tutor aku boleh? Means kau tolong ajar aku yang agak lembab dalam akademik ni. Tak perlu sampai excellent pun, setakat sampai aku boleh pass for every module and professional exam pun dah cukup bagi aku. Sebab aku sedar diri dengan tahap kemampuan aku..”

“Itu je ke yang kau nak? Ingatkan besar sangat lah permintaan kau.”

“Habis tu, kau mampu ke bagi aku kereta Ferrari?”

“Haha. Kalau Ferrari tu buat masa sekarang ni belum boleh lagi la sebab aku belum mampu. Aku cuma mampu minta kat Nenda je la.”

“Tau pun..”

“Hmm.. Ye la.. Aku tolong. Insya’Allah.”, jawab Harith kemudiannya. Lagipun, Nenda memang sudah berpesan kepada Harith supaya dia membantu Humaira dari segi pelajaran kerana Pn. Zahrah pernah bercerita kepada Nenda tentang Humaira yang perlu mengulang tahun pelajaran itu.

“Hee.. Thank you..” Humaira sudah mula tersenyum sampai ke telinga. Dia memang sangat memerlukan bantuan seseorang untuk membantunya dalam pembelajaran. ‘Jazakallah, Rith..’, ucap Humaira dalam hatinya.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Banguuuuuuun!”

Humaira yang baru membuka voice note yang dihantar oleh Harith itu cepat-cepat menjarakkan telefon dari telinganya bagi mengelakkan gegendang telinganya rosak. Terkejut sampai hendak terjatuh katil dibuatnya apabila dikejutkan dengan suara yang ber-pitch agak tinggi mengalahkan suara Opera itu.

Humaira terpisat-pisat menggosok matanya yang dipenuhi tahi mata. Dia melihat notification bar di telefon bimbitnya dan ternyata dia telah mendapat lebih kurang 21 missed call yang datang dari nombor telefon Harith. Bukan setakat itu sahaja, malah dalam message column Harith juga dipenuhi dengan pesanan ringkas daripada Harith seperti “Bangun”, “Woi”, “Bangun woi”, “Siap cepat woi” dan “Airaaaaa” yang berulang-ulang kali ditaip. Humaira melihat jam pada telefon bimbitnya.

‘Baru pukul 5.45 pagi. Apahal mamat ni telefon aku banyak-banyak kali? Sebelum masuk Subuh lagi dia dah call. Dah buang tabiat ke apa budak ni?’. Humaira terus menaip sesuatu dengan laju dan menghantar pesanan ringkas kepada Harith. Dia ingin mengetahui mengapakah Harith tiba-tiba menghubunginya pada seawal pagi begitu. Risau juga dia sekiranya ada sesuatu yang pelik tiba-tiba berlaku kepada Harith. Tidak sampai seminit kemudian dia mendapat panggilan daripada Harith dan dia terus mengangkat panggilan itu dengan pantas.

“Assalamualaikum, morning.”

“Waalaikumussalam. Weh, kau dah kenapa? Apasal kau call aku pagi-pagi buta? Kau tak sihat ke, wei?”, tanya Humaira dengan nada sedikit risau bercampur serius.

“Sihat walafiat je. Alhamdulillah.”

“Habis tu kau dah buang tabiat ke apa, tiba-tiba call aku awal-awal ni? Dah la siap bagi voice note sampai nak pecah gegendang telinga aku ni. Nasib baik je aku tak jatuh katil tadi tau tak.” Kata-katanya itu hanya mengundang tawa Harith.

“Padan muka kau. Aku call banyak-banyak kali kau tak sedar-sedar juga. Aku bagilah voice note aku yang seksi tu. Eh, aku rasa lepas ni kau patut ambil voice note aku tu jadikan bunyi alarm handphone kau, doh. Barulah effective sikit.. Haha.”

“Banyaklah kau punya effective.. Eh, soalan aku kau tak jawab lagi. Kenapa call, hah?”

“Aku nak tunaikan janji akulah.”

“Janji apa? Aku tak ingat pula yang aku ada suruh kau jadi alarm aku.”

“Kau nak aku tolong kau kan, semalam. Pasal study tu.”

“Apa kena mengena study dengan kejut aku pagi-pagi buta sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun?”, tanya Humaira yang masih blur.

“Tak ada lah.. Aku nak suruh kau bangun awal, siap cepat, then kita pergi sarapan sama-sama. Lepas tu, nanti aku nak discuss lah dengan kau pasal strategi nak susun study plan untuk kau. Ada paham..?”

“Ooooo...”

“Tak payah nak panjang sangat ‘O’ kau tu. Dah, pergi Subuh cepat. Aku pun nak solat ni, dah azan.”

“Hehe. Kau tak nak jadi imam aku ke?”

“Aku memang dah jadi imam kau pun kan.”

“Maksud aku imam solat lah..”

“Lain kali je la.. Dah, bye.” Harith terus meletakkan panggilan.

“Hello, hello? Hello, hello?! Are you ok?! Ada ke patut dia letak macam tu je? Huh!” Humaira sempat menggunakan ayat dalam langkah pertama daripada CPR training yang digunakan sewaktu ingin memeriksa tahap kesedaran seseorang yang jatuh pengsan.

Sesudah puas membebel sendirian Humaira terus mencapai tuala untuk pergi mandi. Setelah hampir tiga minggu kuliahnya bermula Humaira sudah makin jarang untuk bangun tidur sebelum Subuh. Semakin hari dia bangun tidur agak lewat kerana sudah terbiasa tiada kelas pada awal-awal pagi. Tiba-tiba pula pagi itu dia terpaksa bangun awal kerana Harith. Mahu tidak mahu dia turutkan jua kerana Harith nampaknya bersungguh-sungguh ingin membantu dirinya. Maka, haruslah dia menurut apa sahaja yang disarankan oleh Harith. Ini demi kebaikan dirinya juga.


Previous: MIMPI17
Next: MIMPI19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer