*MIMPI 9*
[2021] 5 Tahun Kemudian...
‘Bagaikan mimpi...’
“Doktor, pulse rate drops to 30 bpm (beats per minute)!”, seorang pegawai ambulan memberitahu Dr. Aira sejurus selepas membaca bacaan pulse rate yang tertera di kaca skrin vital signs monitor di sebelahnya.
“Hypovolemic shock. It must be internal bleeding.”
Dr. Aira segera melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation) ke atas penunggang motorsikal yang dalam keadaan tidak sedarkan diri itu. Hypovolemic shock adalah keadaan kecemasan apabila lebih daripada 20 peratus kehilangan darah dalam badan yang berlaku mengakibatkan jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh anggota badan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan anggota dalam badan tidak dapat berfungsi dan perkara ini sangat berbahaya.
“Ambu bag (peralatan medikal yang digunakan semasa resuscitation dijalankan).”
Mendengar sahaja perkataan ambu bag disebut pegawai ambulan itu pantas melekapkan pelekap mulut ambu bag di atas mulut pesakit dan dipamkan sebanyak dua kali. Tingkah laku mereka berterusan memandangkan pulse rate pesakit masih dalam keadaan kritikal dan tekanan darahnya juga masih rendah. Tidak lama selepas itu van ambulan berhenti betul-betul di hadapan pintu wad kecemasan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HSHK), Cameron Highlands.
Mangsa kemalangan motorsikal itu dikeluarkan dari ambulan dan dialihkan ke atas troli kecemasan yang sudah tersedia di hadapan pintu wad kecemasan. Dr. Aira terus memanjat troli kecemasan tersebut dan meneruskan CPR. Tanpa melengahkan masa beberapa pegawai hospital yang lain menolak troli kecemasan itu memasuki wad kecemasan hospital. Masing-masing bergerak pantas menjalankan tugas.
“Dr. Aira?”. Seorang doktor pelatih yang menghampiri kumpulan petugas yang menolak troli kecemasan itu memandang pelik. Dia turut berlari mengekori mereka.
“Male, 20 (age), motor accident, having hypovolemic shock and internal bleeding. Knee skin severely teared and got haemorrhage.”, Dr. Aira mengabaikan pertanyaan Dr. Kelvin dengan menyampaikan info kecemasan tentang pesakit.
“Nurse, give IV drip to the patient and also prepare 2 blood bags. Prepare ultrasound juga.”, sambungnya lagi.
“Baik, doktor.”
Sampai di dalam bilik kecemasan keadaan masih lagi kritikal. Pemeriksaan ultrasound dilakukan ke atas keseluruhan bahagian anggota badan pesakit sebaik sahaja bacaan pulse rate sudah keluar daripada tahap kritikal. Dr. Aira dan Dr. Kelvin meneliti paparan skrin ultrasound machine dengan teliti bagi mencari punca pendarahan dalaman yang berlaku. Pada bahagian luka di kaki pesakit darah tidak henti-henti mengalir keluar. Jururawat yang ada di situ terus-menerus menekan dan membuang gauze bagi menghentikan pendarahan yang bagaikan tidak mahu berhenti.
“He’s a chronic alcoholic. A hemophilia also.”.
Suara itu halus kedengaran bagaikan insan itu sedang bermonolog sendirian. Namun, kata-kata itu masih dapat didengar oleh semua yang berada di dalam bilik itu. Dr. Aira dan Dr. Kelvin lantas menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
‘Yes, that’s what I was thinking just now. Tetapi, siapa pula dia ni? Siapa benarkan dia masuk sini? HO (housemanship officer) baru ke? Dengan labcoat pun tak ada.’. Tiba-tiba Aira melihat badannya yang juga tanpa memakai labcoat. ‘Aku ni lain lah, bukan waktu kerja.’
Aira meneruskan pemeriksaan ultrasound yang tergendala sebentar tadi tanpa menghiraukan kehadiran lelaki yang tidak diketahui identitinya. Baru sahaja dia ingin menoleh semula ke paparan skrin tiba-tiba suara tadi berbunyi kembali. Apa lagi, menyiraplah darah Aira. Kerjanya terganggu dengan suara asing itu yang dirasakannya agak biadab serta mengganggu konsentrasinya.
“Excuse, me.. Who are you? How come this man can enter this room, Aisyah?”, Dr. Aira mula bersuara dan bertanya kepada jururawat pembantu yang ada di situ. Suaranya kedengaran agak tegas.
“Maaf, saya tak perasan pun dia masuk, Dr. Aira. Encik ni siapa, ya? Ahli keluarga pesakit ke? Minta tolong encik keluar dulu ya kerana pemeriksaan sedang dijalankan.”, pinta jururawat Aisyah dengan sopan.
Lelaki misteri itu terus sahaja keluar tanpa sebarang reaksi dan kata maaf. Dr. Aira yang menyambungkan tugasnya bersuara mengarahkan Aisyah memberikan ubat pembekuan darah kepada pesakit secara suntikan intravenous.
“Nampaknya memang tak ada internal bleeding yang serius pun berlaku. Pesakit ni mungkin cuma ada inherited bleeding disorder and liver disease that worsen the condition.”. Dr. Kelvin yang turut puas meneliti paparan skrin mesin itu pun bersuara akhirnya.
“Doktor, OT room dah sedia.”, kata seorang pegawai perubatan yang baru masuk ke bilik.
“Doktor, ini keputusan pemeriksaan darah pesakit. Clotting factor deficit, positive.”. Seorang pegawai pembantu makmal menunjukkan keputusan pemeriksaan darah kepada Dr. Aira dan Dr. Kelvin.
“Baiklah. Kita akan mulakan pembedahan sebaik saja Dr. Han dah bersedia.”. Dr. Han merupakan doktor pakar bedah Bahagian Ortopedik (pakar tulang) yang banyak membantu kumpulan Aira dari Bahagian Kecemasan.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
Penutup muka dilucutkan dan dibuang ke dalam tong. Begitu juga dengan sarung tangan yang berlumuran darah. Dr. Aira membasuh tangan sebelum meninggalkan bilik OT. Dr. Han dan Dr. Kelvin yang baru muncul di sebelahnya dilemparkan sebuah senyuman. Alhamdulillah sesi pembedahan yang mereka jalankan telah berjaya.
“Thanks, Dr. Han. It can’t be done smoothly without you.”
“It’s my job. No one can expert in just one day la. I dulu pun terkial-kial juga masa awal-awal houseman. Then, there’s one sifu yang willing to teach me and I’m becoming more and more confident.”. Jangan ingat oppa KPop tak pandai cakap Bahasa Melayu. Lidah Dr. Han lebih melayu daripada orang melayu, ok.
“And now, you are my sifu, Dr. Han. You kena ajar I sampai I boleh jadi macam you suatu hari nanti. Kalau you tak ajar I, you akan jadi botak. Kalau you ajar you akan jadi handsome macam I. You pernah dengar tak pepatah melayu mengatakan ‘mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’? Hehe.”, Dr. Kelvin tersengih.
“Aigo, bukan pepatah tu untuk keluarga kah? Pepatah untuk sifat ibu bapa yang diturunkan kepada anak-anak mereka, kan?”
“Ahahahahahahahahahahah...”. Dr. Aira yang hanya menahan tawa mendengar pepatah yang disampaikan oleh Dr. Kelvin tadi sudah pecah gelaknya. Air matanya sampai terkeluar dek terlampau kuat gelak. Kelakar betul baginya apabila yang seorang itu cina yang berasal dari Malaysia yang rasa bangga sendiri dengan pepatah melayu yang disampaikannya, tetapi orang Korea yang baru menetap 3 tahun di Malaysia itu pula yang lebih tahu makna pepatah tersebut. Si Kelvin ni yakin sangat walaupun salah, tetapi yang si Dr. Han ni pula kurang yakin walaupun betul jawapannya. Lawak, lawak...
“Kenapa, Aira? Salahkah maksud yang saya cakap tu?”, tanya Dr. Han terkebil-kebil.
“Betullah tu. Hahaha.”. Aira tergelak lagi apabila melihat reaksi muka Dr. Han yang kebingungan itu.
“Jawapan I betul, oh? Habis tu kenapa dia gelak, oh?”, Dr. Han memandang Dr. Kelvin pula.
“Haaa.. I saja je nak test you tadi. Betullah tu jawapan you. Dia gelak agaknya sebab mak ayah dia turunkan kuah ke nasi dia, mungkin oh.”. Jawapan Dr. Kelvin itu membuatkan Aira bertambah ligat ketawa.
“Dr. Aira, apa yang geli hati sangat tu? Doktor cuti ke tak sebenarnya ni?”. Pertanyaan ketua jururawat, kak Lia itu mematikan gelak tawa Aira dengan serta merta.
“Takda apa kak Lia. Dr. Han dengan Dr. Kelvin ni suka sangat buat lawak, tu sebab saya ceria je ni. Haha. Hmm tu lah kak, saya ni cuti pun still ‘jonah’ kak. Hahaha.” ‘Jonah’ itu adalah gelaran yang diberikan kepada doktor yang sering mendapat kes-kes berat dan kritikal setiap kali mereka masuk shift kerja ataupun sewaktu oncall (panggilan shift malam). Ada juga yang menganggap jonah ini sebagai ‘bad luck’.
“Haha. Macam mana doktor boleh jumpa mangsa? Banyak-banyak orang kat Cameron ni, tempat doktor ada jugalah pesakit nak muncul kan.”
“Itulah saya cakap.. Haih..”
“Dia nak jonah pun dengan pesakit-pesakit yang handsome pula tu. Gatal tau Dr. Aira kita ni.”, Dr. Kelvin menyampuk lagi. DNA membawangnya sudah muncul..
“Eh, excuse me. I pun tak hingin nak jonah dalam waktu cuti I la. I turun kereta tadi pun sebab jalan kat lereng bukit Brinchang tiba-tiba sesak nak sampai setengah jam. Dah lah, I nak balik dulu. Kelvin, you pergi sana sambung kerja you. Jangan nak membawang dengan kak Lia dan Dr. Han ni pula eh.”
“Eleh, nak gurau sikit pun sentap la you ni. I takda masanya nak membawang kalau takda you. You kan partner bawang I.”
“Oopsss..”, Aira, Dr. Kelvin dan kak Lia bersuara serentak siap dengan lagak yang melucukan dengan menekup mulut masing-masing.
Mereka berempat pun ketawa serentak. Beberapa orang awam yang berada berdekatan kaunter wad kecemasan itu pun tersenyum saja mendengar perbualan mereka. Meriah betul keluarga Bahagian Kecemasan ini. Dr. Aira yang sudah reda tawanya terus melambaikan tangan kepada rakan-rakan sejawatnya itu dan mula melangkah pergi. Cutinya masih berbaki beberapa jam lagi, jadi dia perlu memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
Udara segar di kawasan Tanah Rata, Cameron Highlands itu membuatkan Humaira merasakan ketenangan yang tak terhingga. Humaira duduk sambil melunjurkan kaki di lereng bukit yang berhampiran dengan taman kecil Tanah Rata. Hijau pepohonan yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu sungguh memberikan kesegaran yang nyata di mata Humaira. Pemandangan di bahagian lereng bukit itu menampakkan seluruh kawasan Tanah Rata yang indah terbentang luas. Betapa kecilnya manusia di atas bumi ini apabila dilihat dari jauh. Inikan pula Allah yang sedang melihatnya dari jauh. Terasa dirinya sangat kerdil di mata Allah Yang Maha Besar itu.
Siapalah sangka yang seorang perempuan berjiwa tisu suatu ketika dahulu sudah berani menangani situasi kecemasan yang memerlukan tindakan pantas demi menyelamatkan satu nyawa. Humaira dahulu pernah menjadi seorang yang sangat bermuka-muka terhadap dirinya sendiri. Bermuka-muka bagi dirinya itu adalah kerana dia tidak pernah jujur dan baik pada dirinya sendiri. Dia sering mengutamakan orang di sekelilingnya sampaikan dirinya sendiri terbiar dan terluka sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang sudi memujuk hatinya yang dalam gaung putus asa. Humaira tidak berani untuk berkongsi masalahnya kepada sesiapa kerana dia sangat takut jika kenyataan sebenar tentang keadaan dirinya yang sangat tenat itu bakal menjauhkan dirinya daripada orang lain.
Kegagalan yang menimpa bertalu-talu membuatkan dirinya bertambah lemah dan makin hilang fokus. Malah, kegagalan yang dihadapinya seorang itu juga pernah berjaya mematikan impian dan cita-citanya yang telah lama terbina. Terkadang dia sering merasakan bahawa pelajarannya yang diteruskan itu hanya menambahkan lagi kemusnahan yang berlaku terhadap dirinya. ‘Aku sedang memusnahkan diri aku sendiri. Hari demi hari...’. Itulah ayat yang sering bermain di mindanya. Kata-kata semangat yang tidak putus-putus keluar dari mulut Pn. Zahrah, ibunya itu membuatkannya semakin merasa serba salah untuk meninggalkan apa yang telah dimulakannya. Adakalanya, dia juga tidak cukup berani untuk menceritakan perihal dirinya yang sebenar kepada Pn. Zahrah kerana tidak sanggup rasanya dia menjadi punca menitisnya air mata ibu yang amat disayanginya.
Pn. Zahrah dahulu sering menegur dirinya yang terlampau aktif dengan aktiviti kokurikulum. Pn. Zahrah risau sekiranya kesibukan dirinya dalam berprogram itu menyebabkan terganggu pelajarannya. Kontras pula dengan pandangan Humaira, dia merasakan bahawa program-program itulah yang memberikannya semangat untuk terus bangkit dan tidak berputus asa dalam hidup. Humaira yang pada awalnya tidak pandai bergaul dan merasakan dirinya seperti tin kosong yang tidak mempunyai isi ilmu dan manfaat di dalamnya, mula merasakan sedikit perubahan dalam dirinya setelah dia meluangkan masanya dengan berprogram. Intipati dalam menguruskan program mula mendidiknya untuk berkomunikasi dengan lebih ramai orang tidak kira umur dan latar belakang kehidupan. Pengalaman yang dimilikinya itu dapat terus dimanfaatkan dengan berkongsi kepada teman-temannya yang lain. Dengan itu, dia menjadi gembira apabila dia masih dapat memberikan manfaat kepada orang di sekelilingnya.
Sudah banyak kali Humaira mengikuti program-program kampus bersendirian tanpa teman rapatnya di sisi. Baginya, lagi ramai orang baru yang dikenalinya lagi senang untuk dia melatih dirinya untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Semakin hari perasaan takut dalam dirinya mula hilang sedikit demi sedikit. Humaira menjadi lebih berani untuk berada di mana sahaja bersendirian tanpa kehadiran orang yang mengenalinya kerana baginya setiap yang ada di atas muka bumi ini tetap milik Allah Yang Maha Penyayang dan tidak akan pernah membiarkan hamba-hambaNya bersendirian tanpa perlindunganNya.
Humaira mengubah posisi badannya yang dari tadi duduk termenung mengimbau kisah silamnya yang sangat perit untuk dikupas satu-persatu. Kisah silam yang dialaminya dahulu hampir sudah tidak dapat diubah sehinggalah munculnya kehadiran seorang insan istimewa yang sudi menariknya kembali mencorak mimpi dan cita bersama.
Sebentuk cincin yang tersarung indah di jari manisnya diamati dengan penuh rasa kasih. Humaira menyentuh sedikit cincin itu dan terus dikucupnya lembut. Tanpa dia sedari, air matanya menitis. Insan yang pernah menyarungkan cincin itu di jarinya suatu ketika dahulu hadir dalam hidupnya tanpa diduga dan pergi meninggalkannya tanpa sebarang tanda. Bagaikan mimpi...
Air matanya dibiarkan jatuh membasahi pipi yang kemerahan itu. Lagu Kasmaran yang dinyanyikan oleh Jaz mula berkumandang di corong earphone-nya.
Aku di sini padamu
Sekali lagi padamu
Ku bawakan rindu yang kau pesan utuh
Aku di sini untukmu
Sekali lagi untukmu
Percayalah tak perlu lagi kau gundah..
Pun aku merasakan getaranmu
Mencintaiku seperti ku mencintaimu
Sungguh kasmaran aku kepadamu...
Humaira berbaring ke belakang beralaskan rumput hijau. Dia menikmati setiap bibit-bibit kata dalam lirik lagu itu sambil meletakkan sebelah tangannya ke atas dahinya. Lagu tersebut pernah dinyanyikan oleh seseorang dan nyanyian itu bagai ditujukan khas buat dirinya ketika itu. ‘Ya, aku mengaku dia pernah mengukir cinta dalam hati aku dulu..dan juga sekarang...’.
Beberapa minit kemudian pipi Humaira tiba-tiba terasa basah dan sejuk. Humaira lantas membuka mata seluas-luasnya dan menoleh ke kiri. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang tersenyum ke arahnya. Kanak-kanak itu menghulurkan satu plastik kecil berisi buah strawberi dan sehelai tisu kepada Humaira.
“Hai. Ini untuk akak ke?”, tanya Humaira dengan senyuman.
“Ha ah. Akak makanlah. Lepas tu lap air mata akak dengan tisu ni.”
“Terima kasih. Untuk adik tak ada ke?”, Humaira menunjukkan plastik berisi strawberi yang sudah berada di tangannya kepada kanak-kanak itu.
“Saya dah makan banyak dah tadi. Lepas tu kak, tadi dia suruh pesan kat akak supaya jangan nangis-nangis lagi. Ok, bye kak saya kena pergi dulu!”, suara comel itu bersuara lagi dan terus berjalan ke arah seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari situ.
“Eh, kejap dik!”, belum sempat Humaira membalas pesanan yang diterima itu kanak-kanak itu sudah pun berlari jauh.
“Akak nak tanya, siapa ‘dia’...?”. Humaira sekadar mampu membalas senyuman wanita itu dari jauh.
‘Ada juga orang yang sudi sedekahkan strawberi ni kat aku walaupun tak kenal aku. Baiknya dia. Siap hantar pesanan yang sama macam pesanan yang pernah pujuk hati aku dulu.. Terima kasih, ya Allah...’.
Strawberi yang agak besar dan merah masak di tangan terus disuapkan ke dalam mulutnya. Manis sekali rasanya. Cukup untuk menyerap kemanisan yang mampu memadamkan rasa pahit di hatinya yang dirasakan sebentar tadi.
≈ ≈ ≈ ≈ ≈
“Kenapa aku rasa senyuman tu macam familiar? Dan kenapa juga aku rasa macam aku pernah bagi strawberi ni kat someone dulu..?”. Raykal bertanya kepada dirinya sendiri.
Tangannya yang tergantung plastik berisi strawberi itu ditenungnya lama. Kemudian pandangannya dialihkan kepada seorang perempuan yang sedang duduk sambil menikmati buah strawberi tidak jauh dari tempat dia berdiri.
“Siapa kau..?”