Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,369
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Mimpi 6

*MIMPI 6*

‘Nikmat Tuhan yang mana lagi engkau dustakan..’


“Assalamualaikum, amek (makcik).”

Tok tok tok!

“Sayet (adik), mak ada kat rumah tak?”, Humaira memeluk seorang kanak-kanak yang keluar dari rumah yang dia memberikan salam itu.

Kanak-kanak itu tersenyum-senyum gembira dengan kehadiran Humaira yang pernah menziarahi kampungnya suatu ketika dahulu. Seringkali Humaira mengagumi daya ingatan kanak-kanak di sini kerana rata-rata mereka semua mengingati kakak-kakak dan abang-abang yang pernah menziarahi kampung mereka. Humaira pula yang rasa bersalah kerana susah untuk mengingati nama adik-adik itu disebabkan dia mengambil jangka masa yang panjang untuk berpeluang menziarahi kampung yang sama. Kebanyakannya mereka hanya dapat menziarahi kampung yang sama dalam satu tahun kemudian.

Terdapat lebih kurang 200 buah kampung orang asli yang terdapat dalam kawasan Perak dan antaranya adalah kampung Pos Satut. Selain itu, seperti masyarakat kita mereka juga mempunyai jenis suku kaum yang berlainan. Contohnya, suku kaum Semai, Temiar dan sebagainya. Namun, Humaira hanya sempat mengenali kedua-dua kaum Semai dan Temiar oleh kerana kampung-kampung yang pernah dia ziarahi terdiri daripada suku kaum tersebut sahaja. Suatu waktu dahulu dia sempat mempelajari serba sedikit bahasa kaum Temiar di Pos Satut ini daripada seorang pegawai Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) yang menganjurkan program Ziarah KOA. Pegawai itu juga dikenali sebagai Ustaz Hazwan. Ustaz Hazwan inilah yang selalu mengetuai program-program yang dia sertai selama ini dan mereka sudah lama kenal. Banyak perkara yang telah Ustaz Hazwan berikan tunjuk ajar kepada Humaira dan senior-senior seperjuangan yang terdahulu. Adab-adab dan cara-cara menyantuni penduduk kampung sangat dititikberatkan oleh Ustaz Hazwan kerana itu juga merupakan salah satu kepentingan untuk lebih mudah menghampiri penduduk kampung. Humaira sering mendengar kata-kata seperti ‘Kita masuk kawasan orang, sudah tentu kita yang perlu memulakan inisiatif untuk beramah mesra dengan mereka, bukannya kita hanya fikir bahawa penduduk yang perlu datang dan bertegur sapa dengan kita dahulu. Bukankah dalam Islam pun telah mengajar kita untuk mengikuti adab-adab berziarah?’ - Ustaz Hazwan; ‘Dalam kawasan lapangan ini, kita perlu tanamkan sifat di mana kita sendiri tertanya-tanya apa lagi kerja yang boleh kita buat dan apa yang perlu kita tolong, agar sepanjang kita berprogram ini kita peroleh sesuatu yang sangat berharga yang kita tidak akan pernah dapat daripada luar program iaitu erti kehidupan yang penuh dengan rasa jihad dalam diri kita.’ - En. Danial. Kata-kata itu sudah lali di telinga Humaira.

“Waalaikumussalam, nak. Kejap ya amek nak pakaikan baju anak ni dulu.”. Sayup-sayup kedengaran suara amek Lang menyahut salam dari dalam rumah.

“Ok, amek.”

“Awak semua yang perempuan jangan lupa salam amek nanti tau.”, pesan Humaira kepada adik-adik junior.

“Akak, kita kena ziarah semua rumah ke?”

“Iyalah. Habis tu awak ingat kita datang sini nak jalan-jalan pergi berkelah? Pergi main-main kat sungai, BBQ semua tu?”, tanya Humaira dengan nada gurauan.

“Hahaha tak ada lah, kak. Cuma saya ingat kita hanya perlu melawat beberapa rumah je. Tapi kalau macam tu, maknanya rumah yang dekat bahagian atas-atas tu pun kita kena panjat la eh?”. Khai menunjuk ke arah beberapa rumah yang berada di atas bukit yang agak jauh ke atas.

“Yes, why not? Akak dulu pun ulang-alik panjat bukit tu untuk panggil amek-amek, apak-apak(pakcik) dan sayet. Alah, awak-awak semua ni bukankah suka sangat duk mendaki bukit sana sini? Awak semua ni kan fit-fit. Anggaplah macam exercise ye. Haha.”

“Uish.. jenuh juga nak panjat ke atas tu kak. Hahahaha”, jawab Aizara pula.

Amek Lang muncul di muka pintu dengan mendukung anak bongsunya yang baru berumur satu tahun tiga bulan.

“Hai, Mimi… Dah besar dah dia.”. Bersinar-sinar mata Humaira melihat Mimi, anak bongsu amek Lang itu. Dia memang pantang jumpa kanak-kanak dan bayi. Geram saja dia hendak dukung dan main-main dengan mereka.

Humaira lantas menghulurkan kedua-dua tangannya tanda ingin mendukung Mimi. Lebih mengujakannya lagi apabila Mimi juga mengeluarkan kedua-dua tangannya tanda ingin didukung oleh Humaira.

“Yay! Dia nak kita dukung lah… Hehe.”

“Haha. Iya, Mimi ni kalau tengok saja orang ramai dia jadi suka. Suka nak main-main.”, ujar amek Lang.

“Amek, kali ni saya bawa kawan-kawan baru datang ziarah. Bolehkah kami masuk sekejap nak berbual-bual dengan amek?”, pinta Humaira dengan sopan.

“Boleh. Takkan lah tak boleh. Masuklah.”

“Manalah tau tiba-tiba amek merajuk sebab saya dah lama tak ziarah amek ke. Haha.”, seloroh Humaira dengan gurauan.

“Mana ada macam tu lah..”, jawab amek Lang sambil tergelak kecil.

“Hehe saya gurau-gurau je amek.”

Mereka semua duduk bersila di dalam bulatan. Terdapat beberapa orang pelajar yang terpaksa berdiri di luar rumah kerana ruang di dalam rumah itu tidak dapat memuatkan keseluruhan jumlah peserta yang agak ramai itu.

“Amek, apa khabar amek? Sihat?”

“Alhamdulillah, amek sihat saja.”

“Alhamdulillah. Amek masih lagi tanam ubi kayu? Banyak tak hasil ubi untuk bulan ni?”, tersentuh hati Humaira apabila mendengar satu kalimah syukur yang keluar daripada mulut amek Lang. Kalimah yang diajarkan olehnya suatu ketika dahulu.

“Ya, masih lagi tanam ubi. Ada lagi dekat tapak belakang tu. Tapi kecil saja tapak yang amek ada. Tapi, tak apalah asal kan cukup amek dan keluarga nak makan.”

“Betul tu amek. Allah dah berikan semuanya cukup kepada hamba-hambanya. Insya’Allah kalau kita sentiasa percaya pada rezeki Allah tu, Allah akan cukupkan semuanya bagi kita.”

“Iya.”

“Amek, petang ni rancang nak buat apa?”

“Macam biasalah amek nak uruskan tapak ubi kat belakang tu. Nanti amek ambil ubi bagi kamu, ya.”

“Ya Allah, amek. Susahkan amek je. Takpe, mek, nanti kalau amek nak cabut ubi amek panggil je dia orang yang lelaki ni. Haaa..”

“Eh, tak payah susah-susahkan mereka. Amek boleh.”

“Haha boleh je, amek. Amek panggil je nanti kami datang tolong. Kami pun nak dapatkan pengalaman mencabut ubi.”, pantas Khairil menjawab.

“Ya, jangan risau amek. Mereka boleh belajar sekali. Bukan senang nak belajar cabut ubi bila duduk kat kawasan bandar tu. Betul tak? Haha.”. Seronok saja Humaira mengenakan adik-adik junior.

“Baiklah, nak. Terima kasih.”. Amek menggulungkan senyum mendengar kata-kata Khairil dan Humaira itu.

“Kamu buat program nanti mula pukul berapa?”, sambung amek Lang.

“Insya’Allah nanti sebelum maghrib kami edarkan makanan. Amek Lang jemputlah datang bawak bekas makanan dan cawan minuman sekali ya.”

“Yalah, amek datang.”

“Lepas tu kan amek, kami akan buat solat maghrib berjemaah macam biasa di surau dan insya’Allah akan ada kuliah maghrib juga nanti. Amek ikut berjemaah sekali ya, amek.”

“Yalah. Baiklah, amek datang nanti. Mahu ikut dengar kuliah. Amek suka dengar kuliah-kuliah ni.”

“Wah, alhamdulillah amek.. Baiklah, kalau macam tu amek kami nak minta diri dulu lah ye. Sebab banyak lagi rumah yang kami nak pergi ziarah.”

Humaira bersalam dengan amek Lang. Dia mengucup tangan amek dengan lembut dan dipeluknya amek dengan mesra. Dia sudah menganggap amek Lang dan beberapa orang penduduk di situ bagaikan ibunya sendiri kerana mereka melayaninya dengan sangat baik yang membuatkan dirinya rasa dihargai. Para peserta perempuan yang lain turut menyalami amek Lang dan kelihatan beberapa orang pelajar yang sangat teruja setelah mendapat peluang mencuit pipi gebu Mimi dan mengagah bayi kecil itu.

Mereka semua berkumpul semula di hadapan kawasan surau untuk membahagikan masing-masing mengikut kumpulan. Humaira memberikan taklimat ringkas apabila semua peserta telah berada dalam kumpulan masing-masing agar mereka tidak teragak-agak untuk menziarahi rumah ke rumah. Mereka semua perlu menjemput dan memaklumkan kepada para penduduk tentang program yang bakal dijalankan.

“Ingat, jangan segan-segan untuk bertanya khabar dengan semua penduduk tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun yang dah berumur. Kalau boleh, biar kita yang menyambut mereka dan bukan sebaliknya mereka yang menyambut kehadiran kita. Mereka kat sini semuanya baik-baik.”, Humaira memesan buat kali yang terakhir.

Setelah mereka semua sudah berpecah mengikut kumpulan masing-masing Humaira bersama beberapa lagi pelajar yang telah terpilih untuk menjadi kuli-kuli dapur terus sahaja bergerak ke bahagian tepi surau yang bakal menjadi kawasan untuk mereka memasak. Mereka menyapu dan membasuh sedikit kawasan itu agar mudah untuk mereka menjalankan tugas tanpa rasa was-was. Walaupun di situ merupakan kawasan yang kebanyakan penduduknya menganut agama Islam, namun, anjing-anjing tetap menjadi haiwan peliharaan sesetengah daripada mereka untuk menjaga keselamatan rumah mereka. Walaubagaimanapun, anjing di situ tidaklah sebegitu banyak jumlahnya sebagaimana yang terdapat di sebuah perkampungan lain yang pernah dikunjungi oleh Humaira.

“Anjing-anjing ni semua jinak-jinak, dik. Kita kena tunjuk yang kita berani barulah anjing ni tak kacau.”. Kata-kata itu pernah diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung orang asli sewaktu pertama kali Humaira berkunjung di sebuah perkampungan yang hampir keseluruhan kawasannya dikelilingi anjing-anjing yang besar dan sangat jinak. ‘Jinak tak jinak. Aku first time jalan kat tempat yang anjing jalan kat sebelah kita macam kucing yang berkeliaran kot. Mana tak seram. Bukan seram apa lah.. Cuma terfikir manalah nak korek tanah untuk sertu kalaulah tiba-tiba tersentuh dek anjing yang baru lepas basah kena hujan tu oiiii..’.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Menu malam ini ialah nasi putih, lauk ayam masak lemak cili padi, sayur kubis campur dan air oren sejuk. Sekali-sekala Humaira mahu mendedahkan masakan-masakan melayu yang jarang-jarang diketahui oleh penduduk kampung orang asli. Sebelum ini lauk yang dimasak asyik-asyik ayam kari, ayam sambal masak merah, ayam kicap, ayam kurma tak pun ulang-alik masakan yang sama sahaja yang dimasak. Tetapi, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana masakan-masakan itu sahaja yang menggunakan bajet yang rendah dan juga mudah dimasak lagi sedap.

“Siapa kat sini yang tak makan makanan pedas? Cuba awak rasa kuah masak lemak ni. Agaknya pedas sangat tak?”. Humaira menceduk sedikit kuah dari dalam kuali menggunakan sudu dan disuakan kepada Ali yang juga menjadi tukang kacau kuali besar itu.

“Hmmm.. rasa pedas tu ada. Tapi mengikut lidah saya yang kurang tahan pedas ni, takda lah pedas sangat. Still boleh tahan lagi kalau makan dengan nasi putih. And…. yang penting sekali sedap! Haha.”. Ali menunjukkan thumbs up di hadapan muka Humaira sambil tersengih-sengih.

“Hamboi.. Kemain puji eh. Hmm baguslah kalau tak pedas sangat. Sebab akak dah kurangkan banyak cili padi tadi cuma takut adik-adik tu nanti tak tahan pedas walaupun sikit.”

“Kak Maira, cuba akak rasa air oren ni. Ok, tak?”, Izzati menghulurkan cawan yang berisi air oren yang dibancuhnya kepada Humaira.

“Wuish..Boleh tahan sedap. Berbakat juga awak ni buat air eh. Haha. Tapi kalau boleh awak tambah dalam satu senduk kordial lagi sebab nanti kita nak tambah ais takut jadi tawar sangat.”

“Ok, kak.”

Tidak jauh dari tempat Humaira berpanasan di hadapan kuali itu Aizara dan Imani sedang bertungkus-lumus memindahkan nasi dari periuk nasi ke dalam bekas tarmus besar bagi memudahkan mereka untuk menghidangkannya nanti.

“Zara, Iman, ok tak kome berdua tu? Haha.”

“Akak, Iman rasa tak lama lagi saya jadi muscle woman kalau tiap-tiap hari pindahkan nasi berkali-kali ni. Hahaha.”. Imani berhenti buat seketika untuk mengumpulkan kudratnya kembali.

“Hahaha tahu takpe.. Kita ni yang dah lama buat koje ni sejak first time masuk KOA dulu, agaknya dah boleh jadi superwoman ni hah..”

Mereka semua tergelak dan terus berbual menghiburkan suasana dapur. Sejurus sahaja lauk ayam sudah siap dimasak Humaira memanggil beberapa orang peserta yang lain untuk turut sama membantu menghidangkan lauk pauk dan air di kawasan yang sesuai untuk mereka semua makan bersama para penduduk. Alhamdulillah semua peserta sangat lincah bergerak dan saling menolong antara satu sama lain tanpa disuruh. Mereka semua melayan penduduk kampung dengan mesra dan memberikan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“Amek, apak, maduh cak (Makcik, pakcik, mari makan).”. Dari kejauhan Humaira sudah menyambut penduduk kampung yang kelihatan teragak-agak untuk datang mengambil makanan.

Penduduk kampung mula mengerumuni meja hidangan lauk. Mereka beratur untuk mengambil makanan. Humaira yang turut membantu mencedukkan lauk untuk mereka terasa bagai ingin menitiskan air mata saat terkenangkan peristiwa yang pernah dialaminya suatu ketika dahulu. Beberapa tahun yang lalu sewaktu Humaira mengikuti program sukarelawan bersama ustaz Hazwan, dia bersama seorang rakannya dari universiti yang sama pernah seharian berlapar kerana makanan tidak mencukupi. Sehingga waktu malam perut mereka hanya diisi dengan air mineral dan beberapa biji gula-gula sahaja.

Sehinggalah ustaz Hazwan datang semula ke perkampungan di mana mereka berada itu, ustaz Hazwan datang dengan sebungkus nasi berlauk yang diperolehinya dari program di perkampungan satu lagi. Mereka berdua berasa bersyukur tak terhingga kerana itulah satu-satunya makanan berat yang mereka dapat sejak dari pagi itu. Perut sudah berkeroncong, mereka pun lantas membawa makanan itu ke bahagian belakang surau di mana tempat mereka akan tumpang tidur pada malam itu. Sesudahnya mereka membasuh tangan dan bersila untuk makan, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki mendekati mereka dan meminta makanan kepada mereka. Humaira dan rakannya memberitahu adik itu bahawa mereka berdua belum makan dari pagi tadi dan meminta maaf secara lembut. Maka, adik itu pun mengangguk dan beredar dari situ.

Pada keesokan harinya, salah seorang peserta program dari universiti lain yang turut serta di perkampungan itu memberitahu bahawa dia pernah terlihat beberapa orang kanak-kanak penduduk kampung yang mengkais-kais plastik sampah dan mengutip bekas polisterin makanan yang para peserta buang. Dia terkejut dan berasa kasihan kerana kanak-kanak itu memberitahunya bahawa mereka sudah berhari tidak makan. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada makanan lain untuk diberikan kepada penduduk pada malam itu. Mereka hanya akan memasak pada keesokan paginya untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Peristiwa tersebut cukup membuatkan Humaira tidak henti berasa bersalah kerana dia dan rakannya tidak berkongsi makanan mereka dengan adik itu pada malam tersebut. Mereka berdua hanya berlapar seharian, manakala adik-adik di situ kelaparan tiada makanan selama berhari-hari. Sejak peristiwa tersebut berlaku, Humaira menjadi lebih bersyukur walaupun kadangkala dia juga pernah mengikat perut kerana duit belanjanya sudah habis. Jika ingin dibandingkan dia masih lagi mempunyai bekalan mi segera untuk dimakan sewaktu duit belanjanya sudah kering, namun, adik-adik di perkampungan itu tiada makanan langsung untuk dialaskan perut yang kelaparan. ‘Nikmat Tuhan yang mana lagi engkau dustakan..’.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Sayet, hoit hak cak (Adik, kamu dah makan)?”

“Hoit (sudah), kak. Nak tabe, cerok lagi (nak tambah, lapar lagi).”, jawab seorang kanak-kanak perempuan itu sambil tersengih-sengih.

“Boleh. Nak tabe ilok hak (kamu nak tambah apa)?”. Humaira tersenyum sahaja melihat gelagat kanak-kanak itu yang tersengih-sengih kerana malu ingin menambah makanan.

“Nak ayam dan sayur, kak.”

“Ok. Nah, ayam dan sayur untuk sayet. Kalau tak cukup lagi nanti minta je lagi ye. Akak bagi.”

“Ok, kak. Terima kasih.”

“Yot (sama-sama).”

Humaira seronok melihat adik-adik itu berselera ketika makan. Dia lebih rela menjadi orang yang terakhir untuk makan asalkan setiap penduduk kampung itu sudah cukup makan dan tiada seorang pun yang masih kelaparan. Malah, dia secara tidak langsung turut berasa kenyang setelah melihat semua penduduk tersenyum kekenyangan.






=================================================================================


Assalamualaikum and hi! Hopefully u all are happy and can gain benefits from the reading. Dr. Writer mengarang novel ini dengan harapan dapat menyampaikan cerita dan pengalaman yang mungkin bukan semua orang dapat mengalaminya di luar sana. Selain itu, Dr. Writer berharap semoga semua yang membaca dapat menjadi lebih berani untuk mencuba perkara yang baru dan lebih bersemangat untuk membina personaliti diri yang baik serta lebih menyayangi diri sendiri. Sekiranya novel ini juga memberi kesan kepada kalian untuk lebih mendekati Allah, maka Dr. Writer lebih bersyukur. Semoga kalian juga mendoakan yang baik-baik untuk Dr. Writer ya.


***Latest news!! Dr. Writer dah create account baru di instagram @dr.writer_iswriting bagi memberi ruang kepada para pembaca untuk memberi komen dan sebagainya. Silakan DM ya! Follow @dr.writer_iswriting laju-laju ahhh!!! And jangan lupa share and comment and share and comment! Tq.


Previous: Mimpi 5
Next: MIMPI 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer