Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,374
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI24

*MIMPI 24*

“Mengidam biasa je kot…”



Peristiwa 'kejutan rahsia' sudah berbulan-bulan berlalu. Humaira dan Harith akan singgah ke rumah mereka itu setiap kali selepas habis peperiksaan akhir posting iaitu setiap satu bulan. Lama-kelamaan mereka seperti sudah terbiasa dengan rutin tersebut dan menjadikan ia sebagai satu peluang untuk mereka merehatkan minda daripada kesibukan hidup di tengah-tengah bandar itu.

Pejam celik pejam celik sudah hampir 9 bulan lebih tempoh pernikahan mereka berdua. Bagaikan sudah menjadi norma kehidupan berumah tangga, jika sudah mencecah hampir satu tahun bermaksud bakal ada suara-suara 'makcik Joyah' yang akan menanyakan soalan tentang cahaya mata. Nasib mereka agak baik kerana kedua-dua belah keluarga Humaira dan Harith tidak mempersoalkan tentang isu anak kerana sangat memahami situasi mereka berdua yang masih perlu fokus dalam pembelajaran. Namun, kadangkala berpeluh juga mereka berdua setiap kali rombongan mak Joyah mula menghidangkan topik panas ini. Bukan apa, mereka takut sekiranya mak, ayah, nenda dan papa turut terjebak atau mula menuntut menginginkan cucu atau cicit apabila isu tersebut dibangkitkan. Tidur sekatil pun hanya sekali sewaktu di rumah Humaira dahulu, inikan mahu cerita soal mengandung pula? Memang tidak masuk akal lah ceritanya.

Tambahan pula, mereka berdua masih merasakan perhubungan mereka setakat suami isteri di atas kertas sahaja. Belum ada yang ingin meluahkan rasa untuk menjadi pasangan yang serius. Tidur bilik pun masih berasingan. Hanya sesekali sahaja Humaira akan memasakkan makanan sewaktu mereka balik ke penthouse. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang sangat Humaira syukuri apabila berada di penthouse mereka. Alhamdulillah sejak pertama kali mereka memasuki penthouse itu, mereka tidak pernah sekalipun tinggal untuk solat berjemaah. Perkara ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan mereka. Mereka sudah mula berasa sangat selesa antara satu sama lain.

“Oit. Berangan apa tu, cik kak?”. Harith yang tiba-tiba muncul di balkoni itu menerjah Humaira.

“Aku teringat pasal nenda.”. Entah mengapa tiba-tiba perkataan itu yang terkeluar dari mulut Humaira pun dia tidak tahu. Walhal, sebentar tadi dia hanya ingin menghirup udara luar tanpa memikirkan sebarang perkara lain. Dia sendiri agak terkejut dengan refleksi spontannya itu.

“Nenda? Kenapa?”

“Aaa… Tak ada apa-apa la. Aku tersasul je tadi. Abaikan.”

“Serius la.. Kau rindu nenda eh? Ke kau mimpi dia malam tadi? Haa, betullah ni kau mimpi nenda semalam, kan..?”

'Eh eh.. Pandai-pandai kau je serkap jarang eh..', ujar Humaira dalam hati.

“Daripada aku mimpi nenda, baik aku mimpi...”.

'Jodoh aku.. Kau ke..', sambung Humaira dalam hati.

“Makan chocolate cheese cake. Makan strawberi gebu-gebu besar tu. Ish, lapar pula bila sebut pasal makanan ni.”. Pantas benar idea Humaira muncul.

“Kau ngidam ke apa ni?”

“Eh, tak.. Aku tak ngidam pun. Tapi perut aku ni yang ngidam. Hehehe”.

Sengaja Humaira bergurau begitu. Tetapi, dia tidak sangka pula yang gurauannya itu tidak mendapat sambutan daripada Harith. Malah, Harith bagaikan terkejut dengan kata-katanya itu. Humaira yang tersengih-sengih itu pun mula terdiam. Hairan dia. Salahkah jika perut dia mengidam? Ataupun, adakah ayatnya itu terlampau bombastik sehingga mampu menyampaikan mesej lain pula dalam otak si Harith.

“Aa.. Apasal kau tiba-tiba pandang aku semacam ni?”, tanya Humaira.

'Aku salah dengar ke..? Sejak bila pula aku pernah terlanjur dengan dia ni? Kenapa dia kata mengidam…? Ke memang maksud dia mengidam biasa bukan sebab mengandung? Mengidam biasa je kot… Kan..?'.

Nampaknya Harith memang tersalah tafsir maksud ungkapan Humaira itu. Manakan tidak, dia baru sahaja menerima mesej daripada nenda yang tiba-tiba ada menyebut tentang cicit kawan la, cucu jiran la, cicit saudara dia la. Itulah yang berjaya memyumbangkan potensi untuk Harith tersalah tafsir akan apa yang Humaira katakan itu. Dia menjadi sangat sensitif dengan perkataan yang mempunyai kaitan dengan soal anak.

Mahu dikongsikan cerita itu kepada Humaira, tetapi macam malu pula dia. Malu sekiranya Humaira mula terfikir bahawa dia yang sebenarnya inginkan anak. Dia belum bersedia lagi nak berbincang soal itu. Belajar pun belum habis, inikan pula nak fikir soal membesarkan anak bersama Humaira.

“Maksud kau… Kau mesti tengah lapar kan? Aku pun tengah lapar ni. Tadi kita breakfast awal juga kan? Hm, jom lah siap-siap kita makan luar.”. Cover baik punya.. Harith terus memalingkan pandangannya daripada bertentangan mata dengan Humaira.

“Apa pasal kau macam blur tetiba ni? Kau sihat tak? Ke kau penat drive tadi? Ngantuk? Nak tidur dulu ke? Hah?”

“Eh, tak lah. Aku ok je. Tak penat pun. Cuma.. Aku lapar je kot. Tu sebab otak ni tetiba blur sikit.. Eh, dah la kau pergi masuk cepat. Siap-siap ke apa.”

'Tiba-tiba kalut semacam si mamat ni, dah kenapa? Ni mesti ada something ni..'

Humaira ikut sahaja rentak Harith. Dia berlalu pergi meninggalkan Harith di balkoni. 'Nak sorok something eh..? Tunggu, Rith. Nanti aku korek dalam-dalam cerita kau sampai ke lubang cacing. Nak rahsia dari aku eh..'

“Fuh… Patut ke aku cerita ah? Nanti dia fikir apa pula kat aku? Patut ke tak? Ke tak patut? Minah ni bukan boleh bagi can sikit, nanti mulalah dia cari idea nak kenakan aku. Eei, confuse aku..”

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Humaira dan Harith sudah sampai di depan sebuah restoran masakan nasi panas. Mereka sampai sebelum waktu makan tengah hari dan disebabkan oleh itu ruang dalam restoran masih lengang. Belum ramai pelanggan. 

“Waaa, alhamdulillah masih belum penuh. Harap-harap lauk best masih banyak lagi la. Hehe.”. Sengih memanjang Humaira apabila menjenguk lauk yang terhidang di atas meja hidangan masih panas dan juga banyak pilihan. 

Tangan Humaira ligat mengambil lauk ke pinggannya. Harith yang berdiri di sebelah Humaira hanya tersenyum melihat gelagat Humaira yang sangat teruja di hadapan lambakan lauk itu. Persis seorang kanak-kanak. Mereka memilih meja di sebelah tingkap yang membentangkan pemandangan cantik. Cuaca mendung, pemandangan cantik, suhu sejuk dan makanan yang sangat membuka selera sungguh mampu membuatkan seketul Humaira bahagia memanjang.

“Jemput makan!”

Laju saja Humaira menyuap makanan ke dalam mulutnya setelah habis dia membaca doa makan. Mukanya tidak menoleh ke arah lain langsung. Betapa khusyuknya dia makan sampai Harith tenung pun dia tidak perasan.

'Selera makan dia ni macam makin bertambah pula.. Sure ke aku tak pernah buat dia mengandung? Eh, apa kau merepek ni, Rith! Kau memang tak pernah buat apa-apa dengan dia lah! Mungkin dia tengah period la kot. Itu sebabnya dia melantak macam ni. Hormon tak stabil kan. Hm..'. Harith masih lagi dihantui isu mesej Nenda yang diterima tadi. Humaira pula masih menunjukkan respon yang tenang tanpa soalan perangkap walaupun cara melantaknya itu tanpa disedari telah membuat Harith berfikiran jauh. Makan pun tak tenang jadinya.

Humaira menyedut sedikit air jus tembikai untuk memberi ruang masa supaya makanan yang ditelan dapat dihadam dengan baik. Matanya turut melirih memandang Harith di hadapannya. Kepalanya sudah ligat mengumpul soalan yang akan ditujukan kepada Harith sebentar lagi. Nak korek rahsia, kena pandai kawal emosi. Good timing. Slow, steady, and booom!

“Rith.”

Humaira baru sahaja bersuara Harith sudah berhenti menyuap nasi dan terus menyedut air. Lagaknya seperti ada perkara yang perlu ditahan daripada terkeluar dari mulutnya sendiri.

“Hmm.”. Pendek respon Harith. 

“Kau ni.. sebenarnya kan.. handsome tau...”. Humaira tiba-tiba mengukirkan senyuman kecil sambil menatap mata Harith yang agak terkejut dengan kenyataannya itu.

“Ya, aku tau tu.. Tapi, apa pasal tiberrr je ni..?”. Sempat lagi Harith tersengih dengan pujian itu.

“Eh, perasan juga kau ni kan. Haha. Tapi, tu la..aku ni tiba-tiba je baru perasan yang kau ni pun sebenarnya tak pandai berlakon. Kan?”

“Siapa cakap? Aku ni pernah masuk persembahan teater, ok. Siap dapat nombor satu lagi waktu tu.”

“Oh, wow.. Hebat juga kau ni kan.. Cer kau berlakon sikit aku nak tengok.”. Humaira mula menunjukkan riak muka teruja ingin melihat Harith berlakon. 

“Aku memang boleh berlakon.. Tapi, tak ada skrip aku nak cakap apa? Cuba kau bagi apa-apa watak atau situasi ke. Nanti aku cuba sambung.”

“Oh, kalau macam tu watak kau tengah bercakap dalam telefon, lepas tu kau nak sorokkan sesuatu daripada girlfriend kau, tapi akhirnya terkantoi pula.. Then, macam mana kau nak cover balik benda tu ha.. Ok, start!”

“Hmm… Ok. Ehem. Ehem… Hello, sayang tengah buat apa tu?”. Harith menyuruh Humaira sambung ayat untuk berlakon seperti girlfriend yang sedang menjawab panggilannya.

“Hallu-hallu, laling! I tak buat apa pun, tengah gym-ing je ni. Ahahaha. Gurau je..”. Humaira menutup mulut ala-ala gadis melayu terakhir yang sedang gelak sambil menjaga kesopanan tingkah laku.

“Ada-ada je la you ni.”

“Hehe. Laling-laling.. Laling janji tau tak mau rahsia-rahsia dengan I tau.”, tambah Humaira dengan suara menggedik bagi menambah drama di situ.

“Of course, sayang. I won't keep any secret between us. Promise you.”

“Awww, sweet la you ni.. So, who ate my chocolate in the fridge? Do you wanna share something with me, laling?”

“Oh, chocolate.. Such a weird issue to bring it up. By the way, I think the chocolate is still there in the fridge. Isn't it?”

“Nope, it isn't there.”

“Oh no.. Siapa yang sanggup curi coklat sayang? Memang nak kena orang ni. Nanti laling tolong babab dia untuk sayang ok.”

“Aaa..tapi kan..seingat I kita berdua je yang tinggal dalam rumah tu. Setakat ni la.. So, agak-agak you kalau bukan I yang makan siapa lagi eh yang boleh ambil coklat tu? Tak rasa simple ke jawapan dia? Ha ha..”

“Eh, betul la apa yang you cakap tu.. Logiknya, kalau bukan you yang makan, so the other person is me la..and that was really me.. Ok, I'm sorry, sayang I won't ever take your chocolate anymore after this because I love you so much and I'm gonna buy you more chocolate and gonna make you smile back. I promise! There's no secret between us!”. Panjang berjela jawapan Harith dan tangannya diangkat sambil menunjukkan jari 'pinky promise' di hadapan Humaira.

“Oh, really.. You're going to buy me chocolates.. And there's nothing to hide between us. Awww, I love you! So, what have Nenda asked you just now? She must have told you something, right?”

“Nenda just asked about the thought of having a cu... aaa..”. Harith yang baru tersedar akan perangkap yang Humaira cuba lakukan itu terus mati akal bagaimana ingin mencari ayat bagi menjawab soalan Humaira.

“Pinky promise. No secret between us.”

Humaira menghadiahkan senyuman yang paling lebar setelah dia merasakan perangkapnya sudah menjadi. 'Nak cuba sorok sesuatu daripada seketul Aira ni eh.. Jangan sesekali, okay! Hah, kan dah tergagap-gagap.'

“Aaa… Ok, fine. Cucu. She just asked me about having our own child.”

Humaira tiba-tiba terkedu mendengar jawapan Harith. Sebelum ini dia hanya berfikir bahawa isu mengenai anak itu sudah berjaya dikuburkan dengan selamat. Dia tidak menyangka pula yang Nenda akan bangkitkan isu itu semula memandangkan mereka masih lagi belajar. Sekarang, bila perkara itu keluar sendiri dari mulut Harith dia pula berasa malu kerana baginya perkara itu hanya melibatkan pasangan yang benar-benar bercinta. Hanya pasangan yang berkasih sayang sahaja mampu melakukan hubungan intim, mengandung, seterusnya mendapat anak. Bukan seperti mereka berdua.

Humaira menelan air liur dan cuba untuk mengawal riak wajahnya. Setelah beberapa saat terdiam barulah dia membuka suara.

“So, kau jawab apa kat Nenda?”

Harith yang dari tadi turut terdiam dan memalingkan muka ke luar tingkap kembali memandang Humaira. “Aku...cakap la belum ada rezeki lagi.”

“Fuh…. Nasib baik kau jawab camtu. Kalau kau bagitau yang kau aku tak tidur satu bilik kat sini sumpah kau tidur hospital malam ni.”. Humaira lantas membuat muka serius.

“Kau ingat kau gangster sampai boleh buat aku tidur hospital?”

“Kenapa aku tak boleh buat kau tidur hospital pula? Kau kan kena jadi cikgu tusyen aku, so automatically kalau aku nak stay up study kat hospital malam ni pun kau kena ikut aku study la kan. Hadui.. Tapi, aku rasa aku serius kena stay up la malam ni supaya kepala aku ni tak serabut fikir idea macam mana nak mengelak isu ni daripada Nenda. Mesti nanti Nenda akan cari aku juga lepas ni dan tanya pasal ni. Haish.. Kau ada idea tak?”

“Jap, apa pasal kau kalut terlebih tiba-tiba ni? Nenda dah ada pm kau ke? Tak ada kan. So, chill la dulu. Aku ni pun tengah tak ada idea nak jawab apa kalau Nenda tanya lagi nanti.”

Pada masa mereka saling terdiam tiba-tiba mereka didatangi beberapa orang kawan sekuliah. Mungkin mereka sengaja mahu mengambil angin di Cameron juga acah-acah hashtag 'short escape' seperti kebiasaan para pelajar perubatan yang lain. Humaira yang duduk menghadap pintu masuk sudah ternampak empat gadis itu menuju ke arah meja mereka. Lantas Harith memusing kepala mengikuti arah pandangan Humaira.

Humaira tiba-tiba merasa kurang sedap pula. Bukannya apa, walaupun tiga sekawan (Lisa, Wawa dan Far) itu belum pernah cari masalah dengan Humaira, namun vibe diva mereka tetap mampu memberikan warning light kepada Humaira agar dia menjauhkan diri daripada mereka bertiga jika mahu ketenteraman dalam hidup. Oleh itu, Humaira sememangnya tidak pernah bercakap dengan mereka lebih daripada dua patah perkataan, inikan pula mahu berbual lama. Memang tidak lah. Itupun hanya jika ada keperluan penting untuk dia menjawab "hi", "ok", "faham", "baik". 

“Eh, dia senyum kat aku la.. Terharu pula. Tak pernah-pernah dia senyum kat aku sebelum ni.”, ujar Humaira sambil membalas senyuman tiga sekawan itu.

“Tak kan la kau tak pernah tengok dia orang senyum? Merepek je la kau ni..”. Sebelum ini Harith seringkali melihat mereka bertiga tersenyum kepadanya setiap kali mereka bertembung di mana-mana. Siap bertegur sapa lagi. Lebih-lebih lagi si Lisa. Tetapi, sekarang Humaira boleh mengeluarkan statement sebegitu pula. Pelik Harith dibuatnya. Dia tidak tahu, karakter sejenis makhluk yang bergelar perempuan ini memang ada pelbagai warna warni. Ada yang terserlah, dan ada juga yang tersembunyi. Di hadapan warga lelaki lain karakter yang terselah. Di hadapan warga sejenis perempuan pula lain karakternya yang ditunjukkan.

'Kau lelaki.. Kau tahu apa..', jawab Humaira dalam hati. 

“Assalamualaikum. Hai.”. Lembut sahaja Lisa memberi salam sambil melambai kecil kepada Harith.

Humaira menjawab salamnya terlebih dahulu dan melambai-lambai kepada mereka bertiga. Memandangkan mata-mata tiga gadis itu hanya melekat pada Harith sahaja, maka dia perlu bertindak pantas demi mencuri perhatian mereka. 'Tiberrr jadi attention seeker pula aku haha. Dengan perempuan-perempuan ni pula tu.'

“Eh, hai. You pun ada? Tak perasan I, you rupanya.”

'Apa kau ingat aku ni 'orang-orang' yang kat sawah tu pakai tudung pakai dress bagai?'. “Haha. I la. Kita orang tengah lunch date ni. You all nak join?”. Humaira berbasa-basi pula. Kalau ikutkan hati memang dalam mimpi lah dia mahu mengajak mereka makan bersama. 

“It's okay. We all don't want to disturb you all. But, can I know since when eh, you berdua ni kawan rapat sampai berjalan pun bersama ni?”, soal Lisa sambil memandang Harith menginginkan kepastian.

“Oh, yes! I wanna ask about that too.”. Far tiba-tiba mencelah dengan reaksi teruja.

“Yea, sebab selalunya BF-GF je yang akan keluar jalan sama-sama ke tempat yang agak jauh macam kat sini.. Hm..”, jawab Wawa pula. Mukanya yang agak innocent itu mendapat jelingan geram daripada Lisa.

“We're relatives. Saudara sepupu. Memang tak semua tau.”, jawab Harith. 

“Yup. That's why kita orang rapat. Memang dah biasa bila family gathering jalan sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama.. Tapi, lain-lain bilik la. Hehe.”. Sengaja dia menambah-nambah ayat bagi menyakitkan hati Lisa yang seperti ada menaruh hati terhadap Harith.

“Fuyyooo.. Tidur sama..? Hehe..”, jawab Wawa perlahan. Far menyiku lengannya supaya Wawa tidak menyambung sebarang reaksi pelik yang selanjutnya.

“Haha, tak ada la. Aira gurau je ni.”, jawab Harith. Dia agak geli hati mendengar jawapan Wawa itu. Mereka berdua memang tidak pernah memaklumkan status hubungan mereka kepada sesiapa kecuali teman rapat mereka sahaja. Jadi, Harith tidak mahu sebarang cerita yang tidak baik tersebar sekiranya fakta bahawa mereka berdua duduk sebumbung dalam apartmen di Cameron itu diketahui.

“Macam tu bagus la kalau both of you family je. Tak lebih dari tu.”. Tiba-tiba Lisa 'gelak tidak ikhlas' setelah mengatakan ayat terakhirnya itu. Sengaja dia menekan ayat terakhir itu bagi menyedapkan hatinya sendiri.

'Kesian kat kau, Lisa. Ayat akhir kau tu dah terlambat sama sekali sebab status kita orang dah TER-lebih dari tu.. Mesti kau akan nangis tersedu-bin-sedan kalau kau tau kenyataan ni kan? Kesian kat kau..', jawab Humaira dalam hati kecilnya.

“Well, then. We all makan kat meja lain je la eh. Tak nak kacau FAMILY-date korang ni. Rith, kat kelas nanti I nak pinjam senior notes yang you pernah cakap tu ye. I nak study awal sikit. Nak jadi genius macam you, so that nanti kita boleh jalan bergandingan bahu untuk terima anugerah Dean's list nanti. Barulah padan gittu..”. Tergedik-gedik pula lenggok suara Lisa dengan gelak manja yang sengaja dibuat-buat.

“Ok, nanti I bagi.”

“Oh, and last.. You pernah dengar kan, nasihat orang-orang tua kita.. Jangan keluar berdua sampai lewat-lewat malam, ya. Even you both are relative, tak manis orang tengok nanti. Buat malu keluarga je.”. Lisa memperlahankan suaranya seakan berbisik kepada Humaira dan Harith. Dia juga memberikan senyuman penuh makna kepada Humaira.

Humaira hanya mengangguk dan membalas senyuman paling manis kepada Lisa. Pada pandangannya, di hadapan musuh tidak boleh ditunjukkan muka sedih atau takut kerana nanti akan lebih menjadi-jadi sifat 'syaitan'-nya keluar. Sebaik sahaja tiga sekawan itu sudah beredar lebih kurang dalam 5 meter jarak, Humaira terus mengurut kedua-dua pipinya.

“Macam baru lepas dapat cheek muscle injection pula pipi ni..”

“Haha macam-macam la kau ni..”

“Aku tak nak la membawang ke apa.. Tapi aku nak kau tau je, "gegirls" macam tu kau better jangan involve sangat. Tak pasal-pasal nanti ada je viral isu-isu yang pelik kat satu kampus kita.”

“Kenapa pula? Aku tengok ok je dia orang hang out dengan budak-budak lain. Tak ada isu pun.”

Humaira merenung saja muka Harith tanda sudah tidak tahu hendak bagi amaran macam mana lagi kepada makhluk yang bernama 'lelaki lurus' seperti Harith. Agaknya dia belum pernah bergaul rapat dengan mana-mana kawan perempuan kot. Sebab itulah dia tidak dapat menafsir maksud tersirat dalam setiap lenggok bahasa perempuan. 

“Yalah, betullah tu. Tak ada isu pun. So, bolehlah kita habiskan makanan ni cepat-cepat. Lepas tu, kita gerak gi pasar macam biasa eh. Nak strawberiiii! Ehehehe..”, Humaira menukar topik tidak mahu memanjangkan isu gadis tiga dara tadi.

“Makanan je ada dalam kepala tu kan. Haha.”

“Eh, nanti kau nak makan apa cakaplah. Aku boleh tolong masakkan. Pergi pasar nanti kita belilah barang-barang masak. Nak belajar ni makan kena best-best baru semangat.”. Humaira menyengih saja sambil bercakap tentang makanan.

“Kau ni bukan mengidam sebab mengandung eh? Yakin?”, tanya Harith sengaja dia mahu mengusik.

“Kalau betul pun apa salahnya. Nanti boleh dapat baby yang comel-comel. Eheeee..”

Membuntang mata Harith mendengar kata-kata berani Humaira itu. Tadi bukan main lagi dia mati akal nak mencari idea untuk bagi alasan kepada Nenda. Cakap tak serupa bikin betul.

Setelah menghabiskan makanan dan  minuman yang berbaki mereka terus beredar. Humaira hanya menoleh sekejap ke arah tiga sekawan tadi dan berikan senyuman seikhlas yang mampu kepada mereka. Itupun sudah mendapat balasan jelingan tajam daripada Lisa.

'Wow, cepat betul reaksi dia berubah lepas Rith toleh tempat lain eh… Nampak sangatlah kau nak ngorat laki aku ni.. Perempuan perempuan… Ikut suka kau lah. Aku tak nak masuk campur.' 


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


“Nah, ambil brokoli ni juga.”. Harith meletakkan dua pokok brokoli ke dalam bakul Humaira.

“Uit.. Nak buat jamuan apa sampai beli dua pokok ni? Satu pun cukup dah nak masak tiga empat hari punya lauk untuk kita berdua makan.”

“Oh eh? Kalau macam tu kau masak sup brokoli tiap-tiap hari untuk breakfast la. Boleh? Hari tu kau pernah buat kan. Sedap la. First time aku makan.”

“Ooo kau mengidam nak sup brokoli rupanya. Ok, esok aku buatkan. Insya'Allah… Ada apa lagi makanan yang terlintas dalam fikiran tu, bos?”

“Hmmm.. Aku nak makan..”, Harith menyenaraikan beberapa makanan yang disukainya. Macam senarai panjang menu untuk sebulan pun ada.

Sifu study punya pasal masak apapun Humaira on. Humaira memang suka memasak. Dia hanya kurang gemar jika ingin memasak untuk dirinya seorang sahaja. Tak ada geng makan, tak seronok katanya. Di rumah pun dia sudah terbiasa menolong maknya masak untuk kuantiti yang banyak. Setakat masak untuk seorang makan nanti masakannya pasti akan ke laut.

Setelah memborong sayur mereka berlalu pergi dan meninjau-ninjau gerai yang lain. Banyak bekas strawberi yang tersusun rapi di atas meja. Strawberinya kelihatan segar dan besar-besar belaka. Harga yang ditawarkan pun agak murah. Mungkin sudah sampai musim strawberi berbuah lebat.

Harith bertanyakan harga strawberi kepada penjual di salah satu gerai buah. “Berapa harga satu bekas ni?”

“1 pack RM10, 4 pack bagi RM35 saja ma.”, jawab tauke buah itu.

“Nak tak?”. Harith bertanya kepada Humaira di sebelahnya.

“Hmm.. Ikutlah, kalau kau nak makan sekarang boleh je beli. Tapi, tak payah beli sekali banyak la.”

“Kalau macam tu satu pack je cukup ke? Kau bukan suka strawberi ke?”

“Cukup je tu.”, Humaira memintas kata-kata Harith.

“Ok..”

Sebaik sahaja mereka beredar dari gerai apek jual strawberi itu Humaira pun memberitahu Harith kenapa dia tidak mahu membeli strawberi banyak-banyak terus di gerai itu. Sedangkan Harith juga mengetahui yang Humaira memang hantu strawberi. Selalu dia yang akan memborong berkotak-kotak strawberi untuk disedekahkan kepada sahabat-sahabat dan staf kampus yang rapat dengannya. Pakcik makcik sekuriti dan cleaner pun dia rajin bagi.

“Kalau kau nak tau, strawberi kat pasar sini selalu harga dia mahal sikit sebab ramai pengunjung luar datang waktu-waktu macam ni. So, aku selalu akan borong kat pasar malam yang ada buka malam sabtu dan ahad tu je. Situ murah gila kot. Pernah dulu dia orang jual sekali satu bekas besar harga RM25 je. Dapat berkotak-kotak strawberi segar and besar.”

“Ooo.. Patutlah tadi kau kata tak payah beli banyak. Pelik jugak aku hantu strawberi cukup makan satu bekas ni je. Haha. Dah lah malam ni dia orang yang lain ada sekali nak join study.”

Kawan-kawan serumah Harith dan Nathrah sudah berjanji mahu stay up di rumah mereka pada malam ini untuk mengulangkaji bersama. Peperiksaan profesional 1 mereka hanya tinggal dalam sebulan sahaja lagi. Maka, rancangan untuk menginap dan mengulangkaji di rumah penginapan agam Harith dan Humaira itu sangatlah bernas buat mereka. Sambil belajar sambil menghirup udara segar di tanah tinggi Cameron Highlands itu.

“Ha ah la.. Malam ni kita nak belikan makanan bungkus untuk dia orang kat pasar je ke atau nak makan kat restoran terus ek?”

“Restoran la kot. Kita makan malam dulu, then bawak dia orang pergi pasar malam. Manalah tau kot kot ada yang nak membeli lagi apa-apa kat pasar tu ke kan.”

“Bagus juga idea you tu. Ok, jomlah gerak sekarang. Aku dah tak ada nak beli apa-apa lagi kat sini.”

Baru sahaja mereka melangkah ingin menuju ke tempat parkir kereta tiba-tiba Humaira ternampak aiskrim strawberi. Laju saja dia meluru ke arah kotak aiskrim itu.

“Baru je cakap tak nak beli apa-apa lagi. Aira Aira..”, ucap Harith perlahan.

Harith hanya menuruti langkah Humaira yang kelihatan sangat teruja melihat aiskrim itu. Bukan setakat aiskrim, ayam goreng dan sosej potong pun Humaira beli juga. Cepat betul dia lapar semula. Padahal, baru tak sampai 30 minit lepas mereka makan tengah hari.


Previous: MIMPI23
Next: MIMPI25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer