Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,381
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI25

*MIMPI 25*

'Perang Bantal'



“Alhamdulillah.. Kenyang betul aku. Bloated dah perut aku ni.”. Yusoof mengusap perutnya yang kekenyangan.

“Alhamdulillah.. Dah besar kandungan kau ni ha..”, ujar Amsyar sambil mengusap sekali perut Yusoof. Ada saja idea dia ingin mengusik kawannya itu.

Yusoof terus menghempuk Amsyar dengan bantal kecil yang ada di atas sofa itu. Mereka berdua pun mulalah dengan aksi acah-acah bergusti. Hanafi dan Harith pun turut sama menyertai permainan mereka. Hanafi menghempap Amsyar dan Harith pula menghempap mereka semua. Maka, jadilah timbunan manusia di atas sofa panjang di ruang tamu apartmen mereka.

Humaira dan Nathrah hanya mampu menggeleng kepala. Mereka sudah masak sangat dengan perangai masuk air mereka berempat itu. Nathrah menemani Humaira ke dapur untuk menyimpan barang-barang yang dibeli di pasar malam tadi. Nathrah sengaja membeli beberapa jenis sayur dan buah lagi sebagai tambahan untuk stok makanan mereka buat jangka masa beberapa hari di situ. Dia rasa tidak sedap lah jika mereka ingin datang menumpang di apartmen Harith dan Humaira lama tetapi tidak menyumbangkan apa-apa.

“Woi, jangan tau nak wrestling je, korang. Bak sini barang korang yang nak simpan dalam fridge.”, jerit Nathrah dari dapur.

Amsyar mula berlarian anak ingin mengelak daripada balingan bantal oleh Hanafi. Dia sempat mengambil plastik berisi air minuman yang mereka beli tadi dan menuju ke dapur. Belum sempat Nathrah berkata apa, tetiba melayang sebiji bantal tepat menghentam mukanya. Sebenarnya, Amsyar ingin membalas balingan bantal Hanafi. Tetapi entah bagaimana genggamannya boleh pula terlepas dan terbaling ke belakang sekaligus melayang ke muka Nathrah.

“Ya Allah.. Korang semua ni dah kenapa? Sampai melayang bantal ni ha. Tak pasal-pasal kena Nath. Nath, ok tak?”. Humaira bersimpati terhadap Nathrah yang turut menjadi mangsa balingan bantal. Tidak sampai hati pula dia ingin tergelak melihat reaksi Nathrah yang agak lucu pada saat itu.

Nathrah yang tergamam beberapa saat dengan hentaman bantal tadi terus mencapai bantal yang terjatuh di lantai. Dia menepuk-nepuk sedikit bantal itu sambil matanya merenung Amsyar di hadapannya.

“Am, kau letak sini air tu..”. Nathrah mengarahkan Amsyar untuk meletakkan plastik air ke atas meja di dapur.

Amsyar pun teragak-agak untuk mendekati meja yang berada di sebelah Nathrah itu. Air liurnya ditelan. Perlahan-lahan plastik itu diletakkan di atas meja. Namun, belum sempat dia melangkah melarikan diri satu pukulan kuat hinggap ke mukanya. Nathrah berterusan ingin memukul Amsyar menggunakan bantal sambil mengejar Amsyar yang berlari ke ruang tamu semula. Habis riuh satu apartmen itu dengan suara mereka yang berperang bantal.

“Weh, apahal kau pukul aku je. Hanafi yang baling kat aku dulu la.”

“Sebab kau yang terbaling kat aku pula kan? Eee, salah sendiri nak tarik orang lain pulak!”

“Betul la. Kalau aku tak balas balik nanti kira aku ni pengecut. Aku nak balas la balik.”, jawab Amsyar yang sudah menyorok di belakang sofa.

“Tapi aku tak suruh kau baling kat Nath..”, celah Hanafi yang sedang duduk di atas sofa dan berhadapan dengan Nathrah yang sedang berdiri.

“Eh, kau tak payah nak batu api eh, Han.”. Geram pula Amsyar dengan si Hanafi. Belum sempat Hanafi ingin membalas kata-kata Amsyar tiba-tiba satu pukulan bantal hinggap di lengannya.

“Entah, kau ni pun sama je Han. Main baling bantal macam budak kecil.”. Akhirnya, kedua-duanya dipukul silih berganti. Walaubagaimanapun, Nathrah tidaklah memukul mereka dengan sekuat hati. Sekadar ingin membalas dendam disebabkan mukanya yang cantik itu dibaling dengan bantal tadi.

“Nath, Nath. Cuba kau pukul sekali Rith dengan Yus tu. Dia orang pun main-main bantal ni sekali tadi.”, ujar Amsyar ingin mengenakan Harith dan Yusoof yang asyik sangat menggelakkan mereka dari tadi.

“Hah, meh sini aku pukul sekor-sekor.”

Harith dan Yusoof pun bertempiaran berlari ingin menyelamatkan diri masing-masing. Yusoof menyorok di belakang Amsyar manakala Harith pula berlari ke arah Humaira yang dari tadi menjadi penonton di dapur. Humaira pun tergelak besar melihat keriuhan itu.

“Amboi, pandai kau sorok kat bini kau eh, Rith.”. Nathrah sudah bercekak pinggang. Tetapi, dia batalkan niat untuk ke dapur memandangkan Amsyar sudah terlebih dahulu menyuakan mangsa kepada Nathrah, iaitu Yusoof. Yusoof yang dipeluk kuat oleh Amsyar tidak dapat melepaskan diri dan hanya redha menerima pukulan itu.

Setelah habis sesi gurauan mereka, masing-masing mengambil tempat duduk keletihan. Humaira dan Harith membawa keluar air minuman dan gelas untuk dihidangkan di ruang tamu. Selepas bermain, kehausan teruk mereka jadinya.

“Thanks, tuan rumah!”. Laju saja Nathrah mencapai gelas minuman.

“Ish ish ish.. Gelojohnya. Anak siapa ni..?”, ujar Amsyar kepada Nathrah. Nathrah pula hanya mengabaikan kata-kata Amsyar. Malas dia mahu berbalah.

“Maira, nanti aku boleh tidur kat bilik mana? Nak tengok bilik.”, tanya Nathrah sambil menyengih. Sebelum ini dia sudah pernah datang ke rumah Humaira itu tetapi sekadar tumpang solat dan berehat di ruang tamu sahaja kerana mereka agak rushing untuk turun ke Ipoh semula pada waktu itu.

“Kau tidur kat tepi swimming pool tu je, Nath. Biar nanti hantu air keluar kacau kau dalam mimpi.”. Kata-kata Amsyar itu disambut dengan gelak daripada mereka yang lain. 

“Kau la tidur luar. Budak nakal macam kau selalu hantu suka kacau. Padan muka kau.”

“Haha. Eh, dah dah.. Tak payah nak gaduh. Bilik kat sini banyak ha. Tak payah nak tidur luar. Nath, kau tidur dengan aku je la eh. Guys, pandai-pandai la pilih siapa nak tidur bilik Rith and siapa nak tidur guest room, ok.”

“Ok, mem!”. Hanafi, Amsyar dan Yusoof menjawab serentak.

“Eh, tapi tak apa ke Maira dengan Rith tak tidur satu bilik?”, tanya Yusoof. Mereka yang lain sudah tersenyum-senyum memandang Harith dan Humaira.

Harith menepuk bahu Yusoof dan berkata, “Pasal tu kau jangan risau, Yus. Aku sanggup berkorban demi kau.. Malam ni kau tidur dengan aku eh..”.

Harith memuncungkan bibirnya ke arah Yusoof dan mengacah seperti ingin mencium pipi Yusoof. Bersungguh-sungguh Yusoof menolak muka Harith daripada mendekatinya.

“Ala, kau ni pun.. Tu pun nak risau. Kita orang memang tak tidur sebilik pun la. Kita kan tengah study lagi sekarang. So, our parents faham je kalau tak tidur sebilik. No worries.”

Mereka semua mengangguk faham. Yusoof dengan muka blur dan entah kenapa risau terlebih itu hanya memandang Harith dan Humaira silih berganti.

“Eh, jomlah kita solat isyak dulu. Then, baru sambung revision.”, ujar Humaira memecah kesunyian yang tiba-tiba hadir bagaikan ada malaikat lalu.

Harith dan Humaira terus bangun dari duduk dan membantu kawan-kawan mereka menunjukkan bilik tidur dan bilik air untuk mereka melengkapkan diri. Selesai solat berjemaah di ruang tamu, mereka meneruskan sesi mengulangkaji dari satu topik ke satu topik yang lain. Sekiranya ada yang tidak faham boleh terus bertanya. Kaedah itu mampu mempercepatkan lagi proses ulangkaji mereka supaya mereka dapat lebih memahami sewaktu sesi ulangkaji bersama pensyarah mereka pula nanti. Kebanyakan pensyarah mereka lebih suka jika para pelajar yang mengemukakan soalan terlebih dahulu berbanding mereka perlu membentangkan semula topik-topik yang telah mereka ajari sewaktu kelas.


≈ ≈ ≈ ≈ ≈


“Maira, kita tak larat la. Serious ngantuk gila mata dah macam ada gam je ni melekat. Kita masuk tidur kat dalam dulu eh.”. Nathrah cuba membuka matanya dengan jari telunjuk dan jari ibu. Apabila dilepaskan matanya tertutup kembali.

“Dah dah. Kita tau awak ngantuk. Tak payah nak tarik kelopak mata tu sangat. Pergi masuk. Tapi jangan terus kunci pintu pula. Nanti tak pasal-pasal kita pula kena tidur luar.”. Nak tergelak Humaira dibuatnya melihatkan perangai si Nathrah itu.

Harith pula mengejutkan Yusoof yang sudah tertidur di meja belajar mereka. Amsyar dan Hanafi sudah lama berdengkur dalam bilik. Yusoof terpisat-pisat bangun dan melangkah ke arah bilik. Tetapi, langkahnya terhenti dan dia menoleh ke Harith.

“Rith, nanti aku kemas nota-nota aku tu esok eh. Sorry ah, selerak meja.”

“Sokay, bro. Lagipun nanti kita nak sambung study balik kan. Biar je kat sini.”

“Thanks, bro. Night.”. Yusoof melambai dan terus beredar ke bilik dengan jalan yang agak terhuyung-hayang dek kerana mamai.

Pandangan Harith hanya mampu mengekori langkah Yusoof. Takut-takut kawannya itu terjatuh tergolek ke apa nanti dia juga yang susah. Harith kembali memusingkan kepala menghadap Humaira yang masih tekun membaca sambil bersandar di sofa. Setelah beberapa saat merenung Humaira dia melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 3.30 pagi. Lantas Harith bangun dan pergi mengambil wudhu untuk menunaikan solat sunat.

Harith membentangkan sejadah di ruang tamu. Humaira yang menyedari itu terus menoleh memandang Harith yang sudah berdiri di atas sejadah. Mereka bertentangan mata buat seketika tanpa bersuara.

“Nak join sekali?”, tanya Harith.

“Nak... Tunggu jap nak ambil wudhu.”

Harith mengambil tempat di sofa dan menunggu. Sambil menunggu dia terus berzikir dan berselawat. Solat sunat taubat, tahajjud, hajat dan witir ditunaikan secara berjemaah. Dalam sujudnya, Harith sentiasa mendoakan kebaikan buat keluarganya, isteri dan sahabat-sahabat yang lain. Terutamanya buat kejayaan dia dan Humaira dalam bidang yang mereka impikan itu. Jika boleh dia mahu berterusan membantu Humaira agar mereka dapat bersama-sama berjaya di samping memegang janjinya pada Nenda.

Usai solat, mereka bersalaman dan terus masuk tidur. Tidur lambat sangat nanti terlepas subuh pula. Nota-nota mereka hanya disusun sedikit dan dibiarkan di atas meja.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈


“Lama you tenung handphone tu, siap tersengih-sengih lagi tu dah kenapa? Ada gosip best ke?”, tanya Far setelah melihatkan kawannya itu sudah lama duduk tersengih dari tadi.

“Yeah.. Gosip yang bakal menggegarkan kampus kita..”. Lisa membalas pandangan Far dengan renungan penuh makna.

“Gosip apa..?”

“Ada la. Nanti you tau la bila masuk kelas nanti.. Secret is made up for surprise.. Shhh..”

Far terkebil-kebil mendengarkan kata-kata Lisa. Rasa seram sejuk pun ada juga dengan renungan Lisa itu. Apalah masalah yang Lisa rancangkan pada kali ini. Pernah juga Lisa memperdajalkan kawan sekolah mereka suatu ketika dahulu. Far pula teman baiknya sejak sekolah menengah. Memang dia sudah arif benar tentang apa sahaja yang ada dalam minda si Lisa. Sampaikan dia juga pernah turut sama terpaksa menyimpan rahsia  kejahatan Lisa daripada pengetahuan ibu bapa Lisa. Dia bernasib baik kerana ibu bapa Lisa sentiasa sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk mengorek rahsia itu dengan lebih lanjut.

“Whatever.. I just wanna remind you. Our pro exam dah nak dekat. You better behave, ok. You kan nak dean's list.”

Far sudah mula menarik selimut sampai ke dada kerana kesejukan. Wawa yang baru selesai mandi pula tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.

“Yay! Dean's list! Kita semua akan dapat dean's list again!”

“Wawa, kalau you nak ikut dean's list, I nak nasihatkan you better buat solat hajat tiap-tiap malam minta doa supaya blur you tu hilang sekali ok. Tak ada la pening kepala I ni nak jawab soalan-soalan pelik you tu. Hahaha.”, ujar Lisa sambil mengekek ketawa.

“Pelik ke? Mana ada.. Soalan I cuma unik je la. Saja je tau you ni..”. Wawa sudah memuncung bibirnya.

“Yes, princess Wawa.. You're so unique as you are.”, tambah Far sambil mengusap rambut Wawa yang sedikit panjang.

“Awww thank you, Far. Such a sweet friend. Muah.”

Mereka bertiga terus sambung berbual dan bergosip sambil di tangan masing-masing memegang nota untuk dibaca. Ulangkaji 30 peratus, yang selebihnya hanya bergosip dan bergelak sakan sahaja. Tanpa mereka sedar sudah sampai larut malam dan mereka terus terlena dibuai mimpi.


Previous: MIMPI24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer