Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,374
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI 7

*MIMPI 7*

‘Post-morterm…’

 

Humaira membuka tirai pemisah antara kawasan perempuandan lelaki di dalam surau

itu.Sebentar lagi mereka akan memulakan sesi kuliah maghrib seperti yang telah

dirancangkan.Pada kali ini mereka beruntung kerana bersama mereka terdapat seorang

pelajarberkelulusan dari Mesir yang turut menyertai program mereka. Bukan ingin

menyanjungimereka yang berkelulusan dari Mesir, tetapi kebanyakan mereka yang belajar di

bumi paraanbia’ itu lebih banyak berpeluang untuk mendalami ilmu-ilmu Islam kerana di

sanalahterdapatnya sumber asal bagi seluruh ilmu yang diturunkan di muka bumi ini.Para

ulama danhafiz hafizahnya bukan main ramai di sana. Pelajar di sana juga kebanyakannya

mudah untukmemahami kalimah-kalimah suci al-Quran kerana bahasa perantaraan yang

merekagunakan sepanjang belajar di sana serba sedikit menggunakan bahasa yang sama

dengan kalamsuci itu.

“Amek, apak, jemputlah masuk dengar kuliah kat dalamtu.”

Humaira mempelawa penduduk kampung untuk turutmenghadirkan diri dalam majlis

ilmu itu.Bukan hanya yang beragama Islam sahaja, malah yang bukan beragama Islam juga

turutdiundangnya kerana baginya tidak salah untuk kita menyampaikan dan berkongsiilmu

yang benaritu kepada semua. Lagipun, selepas itu mereka akan mengadakan sesi wayang

pacak untukmerapatkan lagi ukhuwah mereka dengan para penduduk.

Wayang pacak itu dengan kata lainnyaialah tontonan wayang di mana mereka akan mempertontonkan tayangan filem yangmenarik bagi menghiburkan warga penduduk. Agenda wayang pacak ini memberi ruangsupaya para peserta dapat berkomunikasi dengan para penduduk dengan lebih akrabsambil mereka meluangkan masa menonton cerita yang ditayangkan. Kebiasaannya,mereka akan menggunakan projector dan kain atau kertas putih pula untukdijadikan screen wayang pacak.

Setelah hampir separuh masa kuliahmaghrib berlangsung Humaira bingkas dari tempat duduknya dan keluar dari surau.Dia lantas memasuki kawasan memasak untuk menyediakan juadah minum malam yangakan mereka hidangkan selepas waktu isyak nanti. Aizara yang menyedariketiadaan Humaira di dalam surau itu juga turut bingkas keluar dan melipat kaintelekung yang dipakainya. Tindakan Aizara itu juga diikuti oleh Imani, Izzatidan beberapa peserta perempuan yang ingin turut menghulurkan bantuan dalammenyediakan juadah malam.

“Akak..! Haaa.. Akak nak buat apatu? Hehe.”

Aizara mengintai-intai bahan-bahanyang Humaira telah sediakan di atas meja.

“Akak nak buat cucur sayur sebabsayur yang kita masak tadi kan banyak yang tak habis makan. Sayang pula nakbuang rezeki tu. So, macam biasalah, tak nak bazir kita masukkan je lahjadi cucur sayur. Hehehe.”

Yes, cucur legend resipidaripada kak Nor.. Sentiasa menjadi pujaan yang pernah makan cucur dia.Hahaha.”

Kak Nor atau nama sebenarnya Noura,pernah mengikuti program mereka suatu ketika dahulu. Kak Nor juga mengajarmereka resipi masakan yang mudah lagi sedap supaya tidak membazirkan makananyang tidak kehabisan. Humaira sangat kagum dengan kebijakan Kak Nor yang sangatinovatif dalam mengubahsuai makanan dan makanan yang dimasaknya itu tidakpernah mengecewakan orang. Antaranya, cucur sayur dan cucur nasi kerana sayurdan nasi merupakan bahan-bahan yang seringkali tidak terhabis dimakan danadakalanya berlebihan sehingga satu tray besar.

“Wow, serious lah Kak Mairanak buat cucur sayur? Pakai sayur campur yang kita masak tadi?”, tanya Izzatikehairanan.

Izzati dan mereka yang barumengetahui wujudnya resipi itu turut mempamerkan wajah yang terkejut danbagaikan tidak percaya.

“Haha. Ya, akak dah banyak kali buatcucur sayur ni. Nanti awak semua rasalah. Insya’Allah tak cukup makan satu.”.Laju sahaja tangan Humaira memasukkan tepung dan sayur ke dalam besin bersihuntuk dibancuh.

“Betul betul betul! Kak Nor tupernah jadi sukarelawan juga dan dia jadi ketua memasak kita orang dulu. Bukancucur sayur je, cucur nasi pun dia pernah ajar kita orang. Nasi yang tak habistu dia bancuh dengan tepung, telur dan gula sikit. Lepas tu, ya Allah, semuaberebut makan dan bertambah-tambah pula makan. Hahaha.”, teruja Aizaramenceritakan semula kisah yang pernah dialaminya dahulu.

“Wah.. Bagus ma.. Betul juga tu. Takadalah kita buang nasi yang berbaki tu. Sayang kot rezeki nak dibuang. Baguslahidea tu.”, jawab Kai Lin yang turut berada di situ.

“Saya mesti rasa cucur sayur ni.”,sambung Kai Lin sambil menumpukan fokusnya pada besin yang Humaira sedangbancuh cucur itu. Kai Lin duduk di hadapan Humaira dengan wajah yang seriusingin belajar. Dia mahu belajar resipi yang sangat bagus itu. Manalah tahusuatu hari nanti dia juga boleh buat cucur sayur sekiranya ada lebihan sayuryang tidak terhabis dimakan di rumahnya kelak.

Gelagat Kai Lin yang agak melucukanitu disambut dengan gelak tawa mereka yang lain. Sebaik sahaja Humaira menggaulbancuhan cucur itu dengan sebati dia lantas mencapai sudu untuk menggorengcucur dalam kuali yang berminyak panas. Seperti biasa Aizara yang bagaikansudah lama menjadi pembantu memasak Humaira serta merta mengambil tempat dalammemasukkan bancuhan cucur ke dalam kuali satu per satu agar dapatmempercepatkan kerja.

Mereka yang berada di dapur itusemua fokus pada cucur dalam kuali itu. Masing-masing bagaikan sudah terliurdan tidak sabar untuk menunggu cucur itu siap digoreng.

“Amboi, bukan main fokus semua eh.Tenung dalam kuali tu macam dah lapar sangat. Haha.”. Humaira geli hati melihatgelagat mereka. Namun, scene itu sudah biasa dilihatnya sepanjang diamenyertai program-program sebelumnya. Setiap kali dia memasak ada sahajamata-mata lain yang turut sama termenung berdiri mengelilingi kuali untukmelihat makanan dalam kuali itu dimasak.

“Biasalah kak. Asal makanan je semuaterliur menengoknya. Haha. Perut ni tengah aktif mengeluarkan asidnya dan taksabar nak diisikan dengan cucur tu. Hahahaha.”

“Hahaha. Zara, Zara..”

≈≈≈≈≈

“Amek, esok pagi insya’Allah kamiakan sediakan sarapan. Amek datanglah ya. Bawak bekas makanan dan cawan sekali.Ajak semua ahli keluarga dan jiran-jiran datang makan sekali.”

“Iyalah, nak. Terima kasih untukcucur dengan air teh panas tadi. Sedap. Pandai kamu buat.”, seorang wanita yangkelihatan sebaya dengan ibu Humaira itu tersenyum dan menghulurkan tangan untukbersalam dengan Humaira.

Humaira menyambut tangan yangdihulurkan itu dan dikucupnya lembut lantas mereka berpelukan. Perkara yangsama turut disampaikannya kepada para penduduk yang turut beransur pulang kerumah masing-masing. Di dalam surau hanya terdapat beberapa orang peserta yangkelihatan duduk melunjur kaki sambil bersandar kepenatan. Namun, tanganmasing-masing masih laju mencapai kuih cucur yang masih panas.

Khairil yang berdiri tidak jauh dariHumaira menoleh dan memberikan isyarat ingin memulakan sesi post-morterm yangbiasa dilakukan bagi mendengar suara dan pendapat daripada setiap peserta yangterlibat. Sesi ini sangat bermanfaat bagi mereka untuk saling mengetahuiperkara-perkara yang mungkin terdapat kelemahan atau kekurangan dan tidak semuaorang sedar akan perkara tersebut. Setiap daripada mereka akan diberikan ruanguntuk meluahkan apa sahaja yang mereka terfikir tentang kebaikan yang berlakupada sepanjang mereka sampai di kampung itu dan tidak dilupakan juga akankekurangan yang mungkin boleh diperbaiki.

“Zara, jom masuk dalam. Dia orangdah nak mula post-morterm tu. Tapi, tolong tutupkan terus api dapur tudulu.”

“Ok, kak.”

Humaira membawa masuk bekas yangberisi cucur yang baru habis digoreng tadi ke dalam surau. Aizara turutmengekor Humaira sambil membawa jug besar berisi milo panas yang dibancuhnyatadi. Di dalam surau itu sudah dipenuhi dengan para peserta yang berkumpuldalam bulatan besar. Humaira dan Aizara melabuhkan punggung mereka di ruangkosong bersebelahan dengan Khairil, Encik Danial dan ustaz Hazwan.

“Aih, awat hang duduk sebelah oranglelaki ni? Macam tak ada ruang lagi kat tempat wanita pula dah?”, usik ustazHazwan kepada mereka berdua.

“Eh, ustaz ni janganlah macam tu.Macam halau kami nampaknya. Hahaha.”, jawab Humaira.

“Entahlah ustaz ni.. Kita orang dahlama tak jumpa ustaz so nak lah berbual-bual dengan ustaz. Nak tanyakhabar semua. Ada ke patut ustaz halau kita orang?”. Aizara buat memek mukaseakan-akan merajuk.

“Alah, dah tak payah nak buat-buatmerajuk. Tak reti saya nak pujuk. Nanti karang saya pass je tugas nakmemujuk kamu tu dekat abang Khairil kat sebelah ni hah. Duk tersengih saja daritadi. Haha.”

“Eh, ustaz saya pun tak pakar babnak pujuk-pujuk ni ustaz. Kita tinggalkan je lah orang yang merajuk ni.Hahahaha.”. Suka pula si Khairil ni menyambut usikan ustaz Hazwan itu.

“Ewah-ewah.. Backup ustaznampak. Ni mesti ada apa-apa ni, kan? Haaa.. Baik kome habaq kat ceqsekarang.”. Humaira memang suka mengikut gaya loghat utara bercakap. Baginyaloghat utara kedengaran agak lucu dan sangat unik.

Mereka bergelak sakan dan beberapaorang pelajar lain yang turut memasang telinga mendengar perbualan merekaberempat itu turut sama tertawa. Melihatkan para peserta semua bagaikan sudahbersedia untuk post-morterm Encik Danial pun memulakan bicara denganucapan salam dan bacaan al-Fatihah sebagai pembuka majlis. Suasana tenang buatseketika sebelum Encik Danial meneruskan ucapannya. Encik Danial mengucapkanterima kasih kepada ustaz Hazwan kerana sudi menziarahi dan membantu programyang mereka anjurkan. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pesertaatas kesudian untuk menyertai program ini terutamanya kepada Humaira, Aizaradan Khairil yang telah banyak membantunya untuk persiapan program ini.

Sebaik sahaja Encik Danial dan ustazHazwan menghabiskan bicara Khairil sebagai ketua dalam mengendalikan programini membuat keputusan untuk memberikan sepatah dua katanya setelah semuapeserta sudah memberikan kata-kata. Khairil terus sahaja memberikan ‘mikrofonangin’ kepada Humaira yang berada di sebelahnya sambil tersengih-sengih.Tangannya digenggam dan dihulurkan kepada Humaira seolah-olah sedang memberikanmikrofon. Gelagatnya itu dilayankan sahaja oleh Humaira

“Bismillah. Assalamualaikum wbt.Sekiranya masih ada yang belum tahu nama saya, nama diberi Humaira Alwanis.Boleh panggil Maira. Firstly, sayanak cakap yang saya sokong sangat apa yang telah dikatakan oleh Encik Danialsebentar tadi. Apa sahaja yang kita lakukan di sini kalau boleh biarlah sehabisbaik dan berterusan mencari kerja yang boleh kita laksanakan demi melancarkanprogram kita ni. Walaupun sesuatu kerja itu sudah ditugaskan kepada orang lain,apa salahnya sekiranya kita turut memudahkan kerjanya kalau waktu tu kitatengah free. Seterusnya, saya nakpesan buat semua yang masih baru dalam program ni. Untuk pengetahuan, so far selama saya join program ni tugas yang paling berat adalah tugas-tugas bahagianmemasak. Jadi, saya harap semua dapat sama-sama tolong team memasak. Tak kiralah kamu dari team aktiviti, senamrobik ke apa, kalau kamu dah beres kerja kamudan ternampak ada kerja boleh bantu di bahagian memasak atau membasuh silalah tolongsekali ya. Lepas tu, saya nak peringatkan semula agar awak semua dapat lebihmenyantuni para penduduk tidak kira yang tua ataupun yang muda. Kalau bolehjangan biarkan sedikit pun terdetik dalam hati mereka bahawa kita tidakmenyenangi kehadiran mereka. Bagi yang muslim saya rasa kamu pun dah maklumbahawa Rasulullah SAW sendiri pun menyampaikan dakwah dalam bentuk contohperilaku yang baik. Maka, dalam kita berprogram kita juga boleh berdakwah padamasa yang sama. Akhir sekali, biar penat macam mana sekalipun kita rasasepanjang program, teruskanlah berikan khidmat kita sehabis baik. Percayalah,lepas kita selesai program ni insya’allah kita akan rasa nikmatnyabertungkus-lumus dalam membantu mereka yang masih memerlukan bimbingan darisegi penyampaian agama Islam, bantuan didikan bagi kanak-kanak, menyediakanmakanan buat mereka yang mungkin tiada makanan langsung di rumah, menceriakanhati mereka dan sebagainya. Nikmat yang kita sukar perolehinya di tempat lain.Apa yang saya nak maksudkan di sini, mungkin kita perlu keluarkan tenaga, masadan duit, namun semua perkara tu tak menjadi kerugian pun kepada kita keranakelak Allah akan ganjarkan lebih lagi untuk kita, insya’allah. Ok, rasanya itusaja daripada saya. Namun sebelum saya akhiri kata saya, saya nak ucapkanbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi menyertai program ini walaupun sayadengar ada yang akan menjalani peperiksaan minggu depan, tapi masih lagimeluangkan masa untuk program ni. Semoga Allah permudahkan segala urusanbelajar kamu dan ketahuilah bahawa kamu semua sebenarnya ialah insan-insan yangterpilih oleh Allah untuk bersama-sama berjihad di jalan ini. Terima kasih.”

‘Hambik kau.. panjang berjela akubagi ucapan. Hm, kalau ikutkan hati ada banyak lagi nak cakap tapi memandangkanmuka masing-masing dah macam longlai penat tak sampai hati pula nak bagi ucapanlama-lama. Bagi chance adik-adik juniorpula sampaikan pandangan mereka.’. Humaira sudah kebiasaan dengan kata-katanasihatnya itu untuk para peserta program seperti ini agar hari-hari yangberikutnya mereka dapat memberikan lebih kelainan dan penambahbaikan.

≈≈≈≈≈

Hari sudah larut malam, post-morterm mereka pun sudah selesai.Mereka mengemas semula bekas makanan dan minuman supper. Malam ini, beralaskan lapisan beg tidur mudah alih danberlangitkan bumbung di luar surau yang terbuka. Humaira menadahkan tanganmembaca doa tidur dan doa pelindung diri daripada sebarang perkara-perkara yangtidak diingini. Dia, Aizara dan beberapa lagi peserta lain terpaksa tidur diluar surau yang berpagar dan bertembok sebagai pelindung kerana di dalam surausudah penuh. Sebagai langkah berjaga-jaga mereka tidur dengan bertudung sarungbagi mengelakkan aurat mereka terlihat sekiranya ada orang yang bukan muhrimyang melalui kawasan berdekatan surau. Akhirnya, Humaira pun terlena tidaksampai beberapa minit selepas melelapkan mata. Salin baju sudah, solat sudah,baca doa pun sudah. Apa lagi, tidur la jawabnya. Keesokan hari ada banyak lagiaktiviti mereka bersama penduduk kampung. Oleh itu, mereka memerlukan wakturehat yang secukupnya untuk mengumpulkan semula tenaga.




======================================================================================


Jangan lupa follow ig @drwriter_iswriting ! Jzkk. Love you wallahi, from Dr. Writer.

Previous: Mimpi 6
Next: MIMPI 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer