Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,370
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI17

*MIMPI 17*

2 Bulan Kemudian…

‘Dinner Date..’


Ringgg!! Ringgg!! Zzzt!! Zzzt!! Ringgg!! Zzzt!! Zzzt!!

Bunyi jam loceng dan alarm dari telefon bimbit Humaira berbunyi silih berganti. Humaira mencapai jam loceng yang diletakkannya agak jauh dari katil supaya dia tidak menutup kekunci jam dalam keadaan dia mengigau. Dia menutup kekunci jam loceng dan swap skrin telefon bimbitnya untuk mematikan alarm. Sedikit pergerakan yang dikeluarkannya untuk mencapai jam loceng sebentar tadi benar-benar membuatkan diri berasa sedikit segar untuk bangkit. Humaira menggeliat sambil menguap dan menutup mulutnya. Semuanya dia buat secara serentak.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi. Hari ini Humaira bertekad untuk bersiap awal dan datang ke kampus dengan lebih awal kerana dia sudah bosan dengan isu tiada tempat parkir kereta. Pagi itu merupakan hari pertama dia akan memasuki Tahun 2 ulangan. Hari itu jugalah dia akan berjumpa dengan adik-adik junior yang pernah dia kenali sewaktu dalam program-program sebelum ini. Pertanyaan seperti “Eh, akak?”, “Kenapa akak ada kat sini?”, dan “Lama tak jumpa akak. Akak buat apa ni?” bagaikan sudah dapat diagak oleh Humaira. Dia sudah pernah lalui semua itu dalam 2 tahun yang lepas. Satu lagi perkara yang paling dia rasa kekok adalah sekiranya dia terserempak dengan seorang budak lelaki yang sudah hampir 2 bulan dia tidak bersua.

“Eee.. Apa aku nak cakap dengan dia kalau terserempak nanti ek? Hai..? Assalamualaikum. Lama tak jumpa..? Ish.. macam kantoi la pula kat semua orang nanti. Tak nak lah. Hm.. What’s up, bro! Eh, cam sempoi sangat pula.. Tak boleh, tak boleh. Aku bukan geng dia pun. Hm.. Ah, gasaklah nak kata apa pun nanti. Just follow the flow ok, Aira!”

Humaira bermonolog sendiri. Agaknya kalau pakcik kat Tanjung Rambutan nampak dia bercakap seorang macam itu, mahunya pakcik itu akan jadikan dia teman sejati sebab ingatkan yang mereka itu geng.

Humaira yang sudah bersiap mandi, solat dan memakai baju itu sempat juga mengambil sarapan roti yang disapu jem dengan air susu kotak. Baru sahaja dia menolak sliding door rumah sewanya, dia berpatah balik memasuki biliknya. Minyak wangi yang terletak di atas meja solek dicapai dan disembur sedikit ke bahagian badan dan di belakang tudungnya. Dia tidak akan memakai minyak wangi dengan banyak kerana dia sentiasa ingat bahawa dalam Islam wanita muslimah itu tidak dibenarkan untuk memakai minyak wangi berlebihan sehingga boleh menyebabkan naiknya syahwat lelaki yang terhidu baunya. Sekiranya perkara itu sampai berlaku, boleh jatuh berdosa ke atas wanita itu walau dia tidak menyedarinya. Seseorang wanita itu hanya diharuskan untuk memakai wangi-wangian hanya sekadar bagi menutup bau badan atau bau busuk.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Amboi, semangat gila weh datang awal. Ni boleh jadi senior contoh ni.. Ahahaha.”, tegur seorang kawan yang sama batch dengan Humaira. Kawannya itu turut sama perlu mengulang Tahun 2 kerana dia juga tidak pass professional exam yang perlu mereka ambil sebelum memasuki tahun klinikal.

“Eh, tolong sikit eh. Kita memang pelajar contoh, ok. Contoh yang kuat makan la tapi.. Hahaha.” Mereka berdua sakan ketawa di kerusi baris yang belakang sekali. Mentang-mentang lah orang lain ramai yang tidak kenal dengan mereka lagi, mereka buat dewan kuliah itu seperti mereka yang punya.

“Hey.”

Humaira yang sedang galak berbual dengan temannya yang sudah lama tidak berjumpa itu tiba-tiba disapa oleh suara seorang lelaki. Dia pun menoleh mencari punca suara yang dia tidak menyangka akan menyapa dirinya terlebih dahulu. Betul tekaannya. Harith sedang berjalan melintasi laluan tangga di sebelah Elfira sambil mengangkat tangan sebagai tanda sapaan.

“Aa.. Hey.. Haha.” Humaira menjawab sapaan itu dengan suara yang kedengaran agak kekok.

“Siapa tu?”, tanya Elfira. Sibuk sahaja dia ingin tahu apabila ada lelaki yang menegur.

“Junior batch ni ah.”

“Oh.. Cam mana Maira kenal?”

‘Aduh.. Minah ni sibuk je nak tau..’ Omel Humaira dalam hati. Dia mati akal ingin kelentong apa kepada Elfira.

“Kita ni kan famous, of course  la ramai kenal. Heh heh.”

“Chett! Perasan punya minah. Hmm, untunglah famous..”

“Jangan jealous.. But, don’t worry, sis akan payung you ok, baby.”, jawab Humaira sambil melayangkan flying kiss kepada Elfira. Namun, ciuman layangnya itu dielak oleh Elfira dan tidak semena-mena kiss itu seperti dihalakan tepat ke arah Harith yang duduk di baris kerusi yang sama dengan Humaira ketika itu. Terkejut monyet Humaira dibuatnya. Humaira cepat-cepat menarik tangannya kembali dan menekup mulutnya serta berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Harith masih lagi dalam keadaan speechless kerana pelik dengan kelakuan Humaira sebentar tadi. Dia pun menoleh ke arah lain dan cuba mengikuti perbualan rakan-rakannya yang lain. Tidak lama selepas itu staf kewangan dan staf kemasukan pelajar pun memasuki dewan kuliah itu untuk menjalankan sesi pendaftaran pelajar Tahun 2 Perubatan.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Sepanjang 2 bulan Humaira dan Harith bergelar suami isteri mereka hanya menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Selama 2 bulan itu Humaira dalam tempoh bercuti kerana dia perlu menunggu batch junior Tahun 1 yang bakal menjadi batchmate barunya itu menamatkan peperiksaan mereka yang terakhir sebelum menaiki Tahun 2. Maka, Humaira hanya menghabiskan masanya di rumah dengan melepek, makan, tidur, tengok tv, melayari internet dan segala perkara lagha yang selalu dibuatnya tiap kali mempunyai tempoh percutian yang panjang. Dia mahu berjalan melancong ke mana-mana tiada kawan pula untuk menemaninya. Ahli keluarganya semua sibuk bekerja. Ibunya, Pn. Zahrah itu walaupun hanya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa juga mempunyai banyak kerja yang perlu dilaksanakannya. Conclusion, Humaira hanya mampu membuat kerja part-time terbarunya iaitu ‘menternak lemak’. Paling up standard sedikit pun hanya bekerja sebagai pembantu peribadi ibunya yang tidak berbayar.

Harith yang sibuk dengan kuliah dan projek general studies yang perlu disiapkannya dalam masa 2 bulan itu juga memang tidak sempat untuk pulang ke rumah keluarga mertuanya itu. Sehari selepas tarikh pernikahan mereka itu mereka terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing. Keluarga mereka juga faham akan situasi itu. Maka, dengan senang lenangnya mereka berdua dapat lepas dengan bebas seperti orang bujang kerana belum perlu menjalankan apa-apa tanggungjawab sebagai suami isteri. Paling kurang pun mereka hanya mendapat teguran daripada keluarga untuk saling berhubung antara satu sama lain demi bertanyakan khabar. Tetapi, hanya sekadar bertanya khabar sahaja lah. Selainnya, mereka hanya buat hal sendiri.

Pn. Zahrah ada juga meminta Humaira untuk pergi ke Ipoh untuk melawat suaminya itu, namun dia memberikan alasan bahawa Harith sangat sibuk dengan assignments-nya yang berlambak. Oleh itu, sebagai seorang isteri yang mithali dia tidak mahu mengganggu suami kesayangannya itu dan dia hanya akan memberikan sokongan dari jauh. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh Humaira. Pn. Zahrah pun sudah masak dengan perangai anaknya yang seorang itu. Tetapi, dalam masa yang sama Pn. Zahrah sempat mengambil kesempatan itu untuk melatih Humaira agar menjadi seorang isteri yang serba boleh dalam membantu si suami. Dia mengajar Humaira memasak pelbagai jenis lauk dan jenis nasi. Walaupun dia sedar bahawa Humaira itu telah dididiknya untuk membantu di dapur sejak kecil lagi, namun dia masih merasakan yang dia perlu melatih Humaira supaya anaknya itu dapat memikat hati si suami dan terus terikat buat selama-lamanya. Orang kata, nak pikat hati suami haruslah melalui perutnya dahulu. Suatu tips yang sangat berguna buat seluruh ummah yang telah mendirikan rumah tangga.

Humaira yang baru usai mandi dan ingin menunaikan solat isyak tiba-tiba terpanggil dengan bunyi nada dering pesanan ringkas yang baru masuk. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Nama Rith tertera di skrin. Nampaknya Harith ada menghantar pesanan ringkas kepadanya. Dia kemudian menekan butang off screen telefon bimbitnya dan segera menunaikan solat. Perkara yang wajib itu perlu dilaksanakan dengan segera.

Setelah selesai solat dan membaca doa Humaira terus mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka notification whatsapp dan membaca ruang komen yang dihantar oleh Harith.


Rith

Assalamualaikum

Nenda suruh I ajak u keluar makan malam

ni then dia nak kita send gambar as a proof


Rith

U dah dinner belum


   Me

Waalaikumussalam wbt.


Me

Belum dinner

Ok je

Kau cari la mana-mana tempat makan yang

agak2 takde budak2 batch kau pergi malam ni

Aku ikut je mana-mana. X kisah


Rith

Then we go to Tambun area ok


   Me

Orait


Rith

Then around 9 I’ll pick u up

Send location rumah kau




Humaira menghantar lokasi rumahnya melalui whatsapp. Ini merupakan pertama kali dia berkongsi lokasi rumahnya kepada seseorang yang bergelar lelaki. Humaira terus bingkas dari duduknya dan membuka almari pakaiannya. Tetapi, sebelum itu sempat juga dia menukar nama Harith di dalam simpanan contact-nya kepada ‘Dongsaeng’ yang bermaksud ‘adik’ dalam bahasa korea. Ini kerana dia tidak mahu terkantoi sekiranya Harith membuat panggilan atau sms sewaktu dia sedang bersama dengan teman-temannya.

“Wow, tak sangka aku ni selekeh juga eh. Baju dinner yang cantik-cantik sikit pun aku tak ada. Semua blouse yang aku selalu pakai buat pergi kelas je. Nak pakai apa eh malam ni..? Ah, blouse pun blouse lah.. Bukannya dia nak buat surprise dinner ke apa pun. Dia just ajak aku keluar ni pun sebab Nenda yang suruh kan. Tapi, demi menjaga nama baik dia sebagai suami aku, aku pakailah dress cincai ni. At least ada lah nampak feminin skit, ayu sikit, dan sangat menutup aurat gitu..”

Humaira mengenakan pakaian mini dress dengan berseluar jean hitam yang sangat disukainya. Selesai melilit shawl yang tidak perlu dirosok, Humaira mengenakan sedikit pelembap bibir dan menyembur minyak wangi ke badannya.

“Hmm, wangi..”

Beberapa minit selepas itu Humaira mendapat satu panggilan daripada Harith. Dia sudah awal-awal berpesan kepada Harith supaya memberhentikan keretanya jauh sedikit dari rumah sewanya itu agar tidak diketahui oleh teman-teman serumahnya. Humaira yang sudah berjaya keluar dari rumahnya bagaikan pencuri yang sedang lari dari rumah itu tercari-cari di manakah kereta kepunyaan Harith.

“Mana pula mamat ni? Tadi kata dah sampai tapi tak ada pun kereta dengan nombor plat yang dia bagi tadi.”

“Hoi! Aku kat sini. Pandang belakang kau.”, ujar Harith dalam talian yang baru dibuatnya itu memandangkan Humaira seperti tidak perasan di mana keretanya berada. Dia membuka tingkap keretanya dan melambai-lambaikan tangannya ke arah Humaira.

“Weh, itu bukan jauh sikit namanya. Itu jauh beribu batu namanya.”, jawab Humaira apabila ternampakkan sebuah kereta yang berhenti di hujung kawasan perumahannya itu. Adalah juga dalam 10 buah rumah yang perlu dia lintasi untuk sampai ke kereta itu.

“Nasib baik aku pakai seluar. Kalau aku melaram dengan jubah dan heels bagai tadi, tak ke niaya aku nak jalan jauh macam ni? Hampeh punya budak. Eh, astaghfirullahalazim. Tak elok kau cakap macam tu kat suami kau, Aira.. Dia tu suami kau tau tak. Ingat! Dia tu suami kau!” Humaira mengomel sendirian sementara ingin sampai ke kereta milik Harith.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

    Mereka berdua sudah berada di restoran ala-ala chalet yang terletak di kawasan Tambun, Perak. Setelah selesai memesan makanan dan minuman mereka berdua kembali memandang antara satu sama lain. Keadaan terasa sedikit janggal memandangkan mereka yang sudah bergelar pasangan suami isteri untuk sehari dan kemudian terpaksa berpisah selama 2 bulan. Masing-masing hanya membalas senyuman yang sememangnya palsu sama sekali.

    “So, how’s your holiday? About 1 month is it?”

    Ok, untuk pengetahuan, sebenarnya Harith mempunyai cuti selama 1 bulan selepas tamat peperiksaan modul yang terakhir. Tetapi, mereka berdua seperti telah merancang untuk tidak berjumpa atau dipaksa untuk duduk sebumbung dalam masa sebulan itu. Maka, muncullah idea masing-masing untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kampus sepanjang bulan itu. Humaira dengan program community service di kampung orang asli manakala Harith sibuk dengan pertandingan sukan di peringkat universiti. Masing-masing sememangnya bijak dalam mengatur strategi untuk menggagalkan perancangan keluarga mereka yang sudah banyak kali mengatur jadual untuk menghantar mereka ke luar negara dengan tujuan berbulan madu. Sebagai hadiah perkahwinan katanya.

    “Well, just nice. Best juga dapat join that sports competition. Kau? Cam mana cuti 2 bulan? Best tak?”

    “Eh, aku for sure la seronok.. Haha. Tapi, seronok duduk rumah je la. Makan, tidur, tengok tv, main internet. Tolong mak kat dapur tu ada la sikit-sikit. Heh heh. Lepas tu, macam yang aku MINTA IZIN kat kau tu. Aku pergi Ulu Geroh dengan Kampung Kerawat.”, sengaja ditekankan ayat ‘minta izin’ itu untuk mengingatkan dirinya sendiri bahawa dia sudah bersuami, jadi dia perlu meminta izin daripada si suami untuk keluar ke mana-mana.

    “Haha. Bagus eh kau ni. Semangat betul nak join aktiviti kat tempat-tempat macam tu. Aku ingat orang bandar ni tak suka pergi tempat-tempat dalam hutan macam tu. Lagi-lagi perempuan. Kau tak takut ke masuk dalam-dalam tu?”

    “Hey.. Kau jangan ingat aku orang bandar tak pergi tempat-tempat camtu, ok. Aku ni, alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab Allah letak aku dalam keluarga yang mengamalkan kehidupan bersederhana tau. Then, bila pertama kali dulu aku join program macam ni aku dah jatuh cinta dengan keindahan suasana dalam kawasan hijau-hijau macam tu tau. Rugi kalau ada orang yang tak pernah masuk tempat-tempat macam tu. Banyak sebenarnya benda yang kau belajar bila kau masuk tempat-tempat macam tu. First, kau akan banyak sangat memuji kebesaran Allah tiap-tiap kali kau rasakan ketenangan yang kau dapat waktu kau pergi sungai. Kau tengok pokok-pokok hijau pun kau akan rasa tenang je dan kau akan bersyukur lagi untuk tu.”

    “Oh.. Macam best je dengar kau cakap pasal sungai tu.”

    “Weh, of course best gila. Next, bila kau buat aktiviti dengan orang-orang sana kau akan lebih mengenali apa itu erti susah yang sebenar. Kalau kau kata duit poket dah habis dan kau hanya ada maggi je untuk kau makan, dia orang apa pun tak ada tau. Paling kurang makan ubi je tiap-tiap hari.. Cuba kau bayangkan kalau kau terpaksa makan maggi tiap-tiap hari sepanjang umur hidup kau.. Memang boleh cepat dapat cancer la jawabnya, sebab banyak MSG. Haha.” Harith tergelak dengan lawak yang dibuat Humaira pada akhir ayatnya itu. Mula-mula punyalah ayat karangan sedih, tiba-tiba masuk lawak pula.

    “Tapi tulah, apa yang aku nak cakap kat sini adalah mereka penduduk kampung orang asli ni ada kawasan yang masih lagi belum dapat sampai bantuan daripada orang luar. Inikan pula bila kita nak cakap pasal agama Islam. Ada satu tempat tu aku pernah pergi, mereka ni sebenarnya ada semangat nak belajar mengenal Islam as it is our fitrah manusia yang punya keinginan untuk ke arah agama Allah kan, cuma tak ada siapa lagi yang boleh ajar mereka sebelum ni. Sebab tu lah kita orang yang pergi program-program macam ni sebenarnya ada objektif dakwah kita juga. Dalam setiap perbuatan dan contoh akhlak yang baik juga boleh buat mereka jatuh cinta untuk memeluk agama Islam. Besar tu pahala kalau macam tu.”

    “Betul-betul.”

    “Hmm..” ‘Eh, aku ni banyak pula membebel pasal KOA (kampung orang asli) ni. Ya Allah, Aira.. Kau ni kalau dah buka cerita pasal KOA memang tak kan reti nak control kan.’

    “Nasi goreng tomyam dan nasi goreng ayam.”, ujar pelayan restoran yang sudah sampai dengan makanan yang mereka pesan tadi.

    “Terima kasih..” Humaira bersyukur kerana makanan mereka sudah sampai. Kalau tidak, mungkin dia tidak akan dapat berhenti daripada berbual tentang topik KOA-nya itu. Kesian pula dia kepada Harith yang terpaksa mendengar ceritanya itu dari awal mereka sampai tadi.

    “Jemput makan..” Humaira memang sudah terbiasa dengan ayat ini pada setiap kali sebelum dia mula makan.

    “Ya, jemput makan.”

    Mereka berdua menikmati hidangan di hadapan masing-masing. Khusyuk juga Humaira makan sampai tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Hanya sekali sekala mereka berbual tentang beberapa topik pelajaran yang baru sahaja bermula. Ianya lebih kepada tips from senior to junior la memandangkan Humaira lebih arif tentang segala selok-belok pembelajaran dalan Tahun 2.

    Tanpa mereka sedari terdapat beberapa pasang mata yang sedang memerhati mereka dari jauh. Mereka yang sedang berbual sambil makan itu ditegur oleh satu kumpulan suara yang mula memanggil nama Humaira. Humaira terus berubah menjadi kejung seketika sebelum dia menoleh ke arah suara-suara yang sangat dikenalinya itu.

    “Maira..?”

    “Eh.. Hai.. Nath, Sara, Syira.. Korang pun makan kat sini?”, tanya Humaira sambil menutup rasa kalut dalam diri.

    “Ha ah. Tapi kita orang dah habis makan dah. Dah nak balik dah ni.”

    “Oh, dah lama eh? Korang duduk mana? Kenapa macam tak perasan pula tadi eh? Hehe.”

    “Manalah nak perasan, dia tengah dating.. Ehehehe..”, jawab Nathrah, teman serumahnya itu. Syahirah dan Kaisara turut tersengih mendengarkan itu. Harith yang hanya mendiamkan diri itu sekadar tersenyum dengan telatah Humaira dan teman-temannya.

    “Eh, mana ada dating.. Ni junior kita la.. Aa.. dia ni.. buddy line kita. Haa betul, buddy line. Hmm.. buddy line.”, jawab Humaira dengan riak yakin.

    “Eh, bila masa Maira ada buddy? Bukankah dari dulu Maira tak pernah ada buddy?”, tanya Kaisara pula.

    “Memanglah dulu tak ada. Tapi, kali ni saja je nak tukar mood sikit, nak join buddy line. Yalah, kita ni kan kena repeat year, so ingat macam nak ada group senior yang boleh tolong guide lah. Hehe.” Pandai pula Humaira kelentong.

    “Oh.. Habis tu ni makan berdua je? Mana buddies lain? Tak ikut sekali?”

    ‘Ish, banyak pula minah ni tanya. Dah habis makan tu pergi je la balik. Rajin pula nak buat sesi temu ramah kat sini. Habislah aku bila balik rumah nanti.. Confirm kena attack dengan dia orang ni nanti..’

    “Patutnya ada seorang senior tu kata nak datang. Tapi, tiba-tiba pula dia kata tak jadi sebab ada hal. So, terpaksalah kita orang makan berdua je ni. Kan Harith, kan?”

    Harith yang tiba-tiba ditarik sekali dalam perbualan itu hanya mengangguk demi meneruskan lakonan mereka itu. Dia sengaja tidak mahu masuk campur dalam sesi temu ramah antara Humaira dengan teman-teman serumahnya itu. Takut sekiranya nanti ada pula yang dia tersalah bagi jawapan.

    “Ooo.. Ok lah, kalau macam tu kita orang balik dulu eh.. Bye, baby..”

    “Haha.. Iyalah.. Bye-bye, baby. Love you too, muah-muah.”, jawab Humaira dengan gaya menghalau.

    Ada sahaja teman-temannya itu ingin mengusiknya. Akhirnya, Humaira dan Harith sudah ditinggalkan berdua dengan aman di situ. Jenuh Humaira memerah otak dengan laju untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh detektif-detektif tidak bertauliah tadi.

    “Hahaha. Buddy line eh.. Kau memang ada buddy line ke?”

    Buddy line itu adalah perkataan yang digunakan apabila senior dan junior bersetuju untuk berada dalam satu kumpulan di mana seniors akan berkongsi segala tip belajar dan tidak lupa juga dengan nota-nota ringkas dan sebagainya. Namun, bagi Humaira sekiranya dia sudah mengenali beberapa senior secara tidak langsung dia juga boleh meminta bantuan daripada mereka walaupun mereka bukan buddy-nya. Ramai juga senior yang berbesar hati untuk membantu mana-mana junior jika ada yang mereka kurang faham atau memerlukan tunjuk ajar.

    “Tak ah. Aku tipu sunat je tadi. Habis tu aku dah tak tau nak cover macam mana.”

    “Haha. Sama lah. Aku pun memang tak ada buddy pun. Eh, tapi kan, kita memang nak sorokkan hal ni kat semua ke? I mean if my close friends dapat tau macam mana? Sebab kawan-kawan aku selalu juga datang lepak rumah aku bila cuti. Then, for sure lah Nenda dengan bangganya nanti akan perkenalkan kau kat kawan-kawan aku kan?”

    “Oh. Ha ah ek. Kalau macam tu aku pun rasa housemates aku tu tadi tak kan percaya 100 peratus apa yang aku cakap kat dia orang tadi. Balik kejap lagi ni mesti dia orang dah tunggu kat rumah tu nak goreng aku habis-habis.”

    “Kita bagitau kat kawan-kawan yang betul-betul rapat je lah. Ok?”

    “Ok, setuju.. Menyesal pula aku kelentong pasal buddy tadi sebab actually dia orang memang tau yang aku ni jenis yang malas nak bagi commitment dengan orang, lagi-lagi pasal buddy.. Memang menipu habislah jawabnya.”

    Harith hanya menggelengkan kepalanya melihat wajah Humaira yang sedikit menyesal itu. Harith seperti sudah menjadi seseorang yang mudah terhibur apabila dia bersama dengan Humaira. Ada sahaja perkataan dan reaksi Humaira yang kelihatan lucu baginya.

    “Eh, sorry ah. Aku macam lapar lagi la. Rasa macam nak tambah order keropok lekor. Kau nak tak?” Humaira memang lapar sangat malam itu kerana dari tengah hari tadi dia hanya mengambil makanan sedikit sahaja. Tiba-tiba pula malam itu dia bertambah berselera nak makan. Mungkin sebab ada orang yang nak belanja untuk makan malam itu.

    “Boleh juga. Lama dah tak makan keropok lekor.”

    “Ok. Kak, minta keropok lekor untuk 2 orang makan. Terima kasih..”

    Laju sahaja Humaira menghabiskan keropok lekor yang penuh satu piring. Berbual punya pasal, mereka berdua tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Mereka beransur pulang setelah keropok lekor sudah habis dimakan dan dua gelas air Humaira sudah habis disedut ke dalam perutnya. Seperti yang dijanjikan, Harith mengambil gambar mereka berdua dengan menampakkan pinggan-pinggan dan gelas-gelas kosong yang telah habis licin setelah dikerjakan oleh mereka berdua. Gambar itu dihantarkan kepada Nenda sebagai bukti mereka berdua telah keluar makan malam bersama seperti apa yang diminta oleh Nenda itu.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

    Humaira sudah sampai di rumah sewanya. Rumah itu kelihatan gelap dari tingkap bilik yang berada di tingkat atas dan ruang tamu mereka pula nampaknya sudah ditutup lampu kerana dia dapat melihat melalui bawah langsir pintu sliding depan rumah mereka itu. Humaira mengagak bahawa teman-teman serumahnya mungkin sudah terlena dibuai mimpi. Hal itu amatlah melegakan Humaira kerana maknanya dia tidak perlu berdepan dengan mereka semua untuk bercakap mengenai Harith pada malam itu.

    Humaira mengeluarkan kunci mangga gril rumah mereka lantas membukanya. Pintu sliding ditolaknya dan dia mengunci semula mangga gril rumah dalam keadaan yang samar-samar cahaya lampu garaj dari luar. Humaira yang sedang terkial-kial mengunci mangga gril itu tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan daripada teman-temannya. Rupa-rupanya mereka sedang bersembunyi di dalam kegelapan ruang tamu sejak dari mula Humaira turun dari kereta tadi. Humaira yang benar-benar terperanjat dengan jeritan teman-teman yang menyambut kepulangannya itu sudah mula mengurut dadanya. Nasib baik dia tiada sakit jantung dan bukan jenis yang melatah. Kalau tidak, agaknya mahu makan setengah jam juga dia membebel sambil melatah dekat depan pintu rumah mereka itu.

    “Hoi! Kau orang ni kan.. Nasib baik kita tak pengsan sebab terkejut tau. Ish, nak kena luku kepala masing-masing ni.”

    “Hahahaha. Alah, kita orang saja je nak sambut Maira balik dari dating. Ehehehehehe..”, ujar Nathrah yang sudah mula dengan misinya itu. Kaisara dan Syahirah juga turut sama terlibat dalam misi itu.

    “Mana ada dating.. Kan tadi kita dah cakap..”

    “Ingat senang-senang ke kita orang nak percaya, ah?”, jawab Syahirah pula.

    Humaira sudah menjeling manja kepada mereka seorang demi seorang. Tadi dia sudah berjanji kepada Harith bahawa mereka akan menceritakan perkara yang sebenar kepada teman-teman rapat mereka sahaja. Namun, lidahnya saat itu menjadi kelu tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan ceritanya itu.

    “Citer laa kat kita orang.. Siapa dia tu sebenarnya..?”, pujuk Syahirah pula.

    “Hmmm.. Ye la, ye la.. Kau orang nak tahu pasal apa?”

    “Pasal budak lelaki tadi tu lah. Pasal apa lagi.”

    “Owkey.. Tapi sebelum tu at least bagilah kita duduk dulu. Sediakan air sikit ke. Sebab panjang cerita dia kalau nak bercerita kat kau orang semua. Haha.”

    “Ok, ok, kita pergi ambil air sekarang juga. Tapi air masak dalam peti sejuk je la ada. Hahaha.”, kata Kaisara lantas berlari ke dapur untuk mengambil botol air dalam peti sejuk dan gelas minuman. Sekejap sahaja dia sudah ke depan semula kerana tidak mahu terlepas cerita walau sesaat pun.

    “Uish.. Pantas betul minah ni. Haha. Thank you.. Ok, macam ni cerita dia.. Hmm, nama dia Harith. Dia sama batch dengan kita sekarang. Then, kita orang terjatuh cinta pandang pertama antara satu sama lain. The end. Muahahahaha.”

    “Kurang asam punya Maira. Orang tengah serious ni janganlah main-main pula.”, ucap Kaisara tidak puas hati.

    “Entah dia ni. Ceritalah betul-betul..”, sambung Nathrah dan Syahirah serentak.

    “Habis tu kau orang nak kita cerita macam mana? Kita tak reti lah nak mulakan pasal apa. Kau orang tanyalah soalan ke apa.”

    “Ok, bila Maira mula kenal dia?”, soalan cepu emas daripada Nathrah.

    “Hmm.. Boleh dikatakan dalam lebih kurang 2 bulan lepas kot. Waktu kita balik cuti lepas ambil supplimentary exam hari tu.”

    “Hah?! Macam mana Maira boleh jumpa dia?” Mereka bertiga bertanya serentak.

    “Sebenarnya, dia tu saudara jauh kita. Kita tak pernah jumpa pun dia sebelum ni. Just tahu ada saudara jauh yang ambil belajar kat sini juga. Itu pun sebab nenek saudara angkat kita dulu pernah cakap yang cucu dia ada sambung belajar dekat universiti kita since tahun lepas. Tapi, kita orang berdua tak pernah pula terserempak waktu beraya kat rumah nenek saudara kita tu sebelum-sebelum ni. Maybe sebab dulu tu kita belum pernah kenal dia lagi kot. Itu sebab lah kita tak perasan lagi muka dia.”

    “Oh.. Lepas tu, waktu Maira cuti tu kau orang berdua jumpa macam mana?”

    “Kita orang terjumpa kat majlis nikah sepupu dia kat KL. Then, Nenda dia lah yang perkenalkan kita orang berdua ni.”

    “Ooo.. Lepas tu, lepas tu?”

    “Lepas tu.. Apa lagi yang kau orang nak tahu?”

    “Hmm.. Maira dengan Harith tu betul-betul dah couple ke? Hehehe.”

    “Mmhmm.. Nak kata couple tu macam baru lagi kot. Tapi, macam boleh la..”

    “Awwwh.. Sweetnyaaa..!” Ruang tamu itu sudah mula riuh dengan suara mereka semua. Teman-teman Humaira menjadi begitu teruja apabila dapat tahu yang dia kini sudah berpunya.

    “So, memang betullah kau orang berdua dating tadi kan?”

    “Boleh la dikira macam tu.. Tapi, kita orang pergi pun sebab Nenda dia yang suruh ajak makan malam sama.”

    “Uuu.. Dah jadi Nenda awak juga la kan? Hehe.”

    Humaira sudah tersipu-sipu malu macam kucing. Pada masa yang sama, Nathrah yang sedang melihat ke arah bawah tiba-tiba terpandangkan sebentuk cincin yang tersarung indah di jari Humaira. Dia memang tidak pernah nampak Humaira memakai cincin itu sebelum ini. Memanglah Humaira kadang-kadang suka memakai cincin untuk mengikut sunnah. Namun, setakat ini Nathrah belum pernah nampak Humaira memakai cincin emas seperti itu.

    “Maira, awak dah tunang eh..? Bila masa awak tunang ni? Tak cakap pun eh..”, Nathrah bertanya dengan nada bergurau.

    “Hmm.. Ni cincin kahwin.”

    Mereka bertiga terdiam sebentar. Cuba menilai riak muka Humaira sama ada teman mereka itu bergurau atau benar-benar serius. Namun, Humaira hanya tersenyum menampakkan giginya.

    “Betul, ni cincin nikah. Tak tipu..”

    “What?!! Maira dah kahwin?!”, jerit mereka serentak.

    Nathrah, Syahirah dan Kaisara saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka memandang ke arah Humaira pula dengan riak muka seperti tidak dapat mempercayai kenyataan yang baru mereka dengari itu. Mereka sangat memerlukan penjelasan daripada Humaira. Hal kahwin dalam sekelip mata itu bukanlah perkara yang biasa, inikan pula boleh berlaku kepada Humaira, teman mereka yang sangat noob dalam hal percintaan.

Previous: MIMPI16
Next: MIMPI18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer