Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,372
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI23

*MIMPI 23*

“Kau tak mimpi. Tapi kau mimpi...”



Harith bernyanyi halus sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Dia sudah bersiap-siap untuk keluar mengambil Humaira. Ada kejutan besar yang ingin dia berikan kepada Humaira. Baru hari ini dia berkelapangan untuk membawa Humaira keluar. Beberapa hari yang lepas dia agak terharu apabila Humaira tiba-tiba membuat panggilan pada awal pagi sebelum subuh. Dia terharu kerana Humaira bertanya itu ini dan seakan terlampau mengambil berat terhadap dirinya. Perkara itu membuatkan sedikit sebanyak Harith dapat merasakan bahawa Humaira sudah mula sayangkan dia. Setelah itu, ada lah juga mereka mula kerap calling each other walaupun rumah mereka tersangatlah dekat kalau nak berjumpa terus pun boleh tidak ada siapa nak halang. Tetapi, mereka masih malu-malu dan kononnya nak merahsiakan perhubungan mereka daripada orang ramai. Haktuihhh…

Enjin kereta dihidupkan. Harith memasang tali pinggang keledar dan menoleh ke cermin sisi kereta untuk mengundurkan keretanya. 

“Astaghfirullahal'azim! Ya, Allah..”. Terpejam mata dibuatnya Harith. Apa tidaknya, tiba-tiba terjengul kepada seketul Humaira dekat cermin tingkap kereta Harith. Harith mengurut dada sambil memandang Humaira geram.

Harith membuat signal tangan menyuruh Humaira masuk kereta. Humaira tergelak kecil seronok melihat reaksi terkejut Harith itu. Dia pun terkedek-kedek berjalan ke pintu kereta di sebelah penumpang. Sebaik sahaja Humaira  memboloskan diri ke dalam kereta, dia sengaja membuat muka tidak bersalah dan hanya tersenyum tenang. 

“Assalamualaikum… Sayang apa khabar? Dah sarapan?”, acah Humaira seakan menjadi seorang isteri solehah sahaja lagaknya. Nak cuba ambil hati Harith la itu. Sudah sedap perdajalkan orang awal-awal pagi, sekarang nak cuba nasib pula ya. 'Bagus' betul contoh si Humaira ini.

“Waalaikumsalam… Sayang-sayang ni dah mimpi apa pula? Kau ingat orang boleh cair la?”. Dalam diam, hati Harith sebenarnya sudah berbunga-bunga mendengarkan perkataan 'sayang' tadi. Sengaja dia cuba menyorokkan perasaannya itu daripada diketahui oleh Humaira.

“Hehe. Saja je.. Sebab aku tahu kau tak akan cair… Eh, so what's your plan actually? Kau nak culik aku ke mana ni? Nak pergi Bali ke? Macau? Belgium? Atau kau nak bawa aku pergi haji dan umrah ke?! Subhanallah, masya'Allah, alhamdulillah, baiknya kau..! Tak sangka aku..”. Humaira cuba membuat memek muka sangat teruja dengan mata berkilauan bak cahaya purnama bulan. Eh.

Walhal, dia sangat sedar bahawa mereka sebagai pelajar perubatan memang tidak akan pernah mempunyai masa cuti yang lama melainkan dalam mimpi. Tambahan pula, Humaira sedar diri yang dia memang selalu tidak akan dapat cuti sebulan pada setiap hujung tahun kerana waktu itu selalunya dia akan struggle sendirian untuk pass resit exam. Itulah satu-satunya perkara yang dia tidak suka sepanjang dia belajar dalam bidang itu. Tetapi, itulah nasibnya. Dia redha sahaja.

“Ok, dah. Kau tak payah merepek. Kau duduk je diam-diam dan tengok je ke mana aku drive nanti. Ok.”

“Eee.. Dia ni.. Rahsia mengalahkan misteri Detective Conan je. Soalan kita tadi dia tak jawab.”

“Betul lah.. Kata pun nak surprise kan. Kalau tak rahsia tak surprise la. By the way, soalan apa pula yang aku tak jawab?”

“Aku tanya tadi.. Kau dah sarapan ke belum, cik abang sayang?”

“Ooo.. Belum, sayang. Sebab saya nak tunggu sarapan sekali dengan sayang lah, sayang..”. Ucap Harith lembut dengan lakonan mantap suami romantiknya itu.

Humaira pula tiba-tiba nak buat muka tersipu-sipu malu. Berdrama betul dua ketul manusia ini.

“Ala.. Ye ke? Sama lah kita pun tak sarapan lagi. Cuma minum susu beberapa teguk je tadi. Ehehehe.”. Menggedik pula jawapan Humaira kali ini. Harith hanya menggelengkan kepala dan melayankan saja kerenah Humaira itu. 

“Bagus. Jom kita sarapan dulu.”

Harith mula mengundurkan keretanya sambil meletakkan sebelah tangan di bahu kerusi penumpang untuk menoleh ke belakang ala-ala dalam drama. Humaira yang menjadi saksi perbuatan itu pun sangat terpukau.

'Omo omo omo.. Hen shuai (so handsome) oo.. Saja je kan dia nak tunjuk side ni kat aku.. Hehe. Nakal.' Seloroh Humaira dalam hati. 

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Humaira sempat terlelap dalam kereta setelah beberapa minit kereta mereka bergerak di atas jalan raya tadi. Selepas makan, nak buat apa lagi kan. Tidur la. Lagipun Humaira memang sejenis yang mudah tidur dalam kereta kalau bukan dia yang memandu. 

Harith memperlahankan keretanya di hadapan sebuah kawasan apartmen mewah. Dia mengangkat tangan ke arah pegawai keselamatan yang sedang berjaga di tepi pondok jaga kawasan apartmen itu. Sebaik sahaja Harith ingin memarkir keretanya di kawasan parkir Humaira pun terjaga. Humaira menggeliat sedikit sambil melilau melihat pemandangan luar Pemandangan di situ boleh tahan cantik. Nampak tenang sahaja. Cuma Humaira masih tidak dapat mengecam di manakah tempat ini.

“Kita dah sampai Cameron ke? Kat mana ni?”. Selepas mereka bersarapan tadi Harith ada memberitahu Humaira yang dia ingin membawa Humaira ke Cameron Highlands. Sekadar ingin membawa jalan sambil makan angin di sana. Short escape katanya. Happy tak terkira la Humaira tadi. Sampaikan tidur pun tersenyum je.

“Yup. Kita dah sampai Cameron. Now, let's go. Kita rest sekejap before we travel around here.”. Jawab Harith sambil tersenyum melihat Humaira. Sweater lebih yang sengaja dia bawa dari rumah tadi disarungkan ke badan Humaira. Sweet sekali sekala, apa salahnya kan.

Mereka berjalan ke arah lif. Apabila sampai sahaja di hadapan pintu penthouse, langkah Humaira terhenti. Dia memandang Harith pelik.

“Rith, kejap. Walaupun aku ni masih mamai-mamai baru bangun tidur, tapi aku rasa otak aku ni masih sedar yang seingat aku setiap kali nak masuk hotel bukan ke kita perlu check in dulu? Bila masa pula kau check in ni siap dah ada kunci bagai? Ajaib.. Tak kan la sekarang ni dah ada sistem check in online tetiba muncul je kunci? Hebat..”

“Haha. Kau ni ada ada je la. Dah. Ni aku nak bagitahu kau yang memang kau tengah mimpi sekarang ni. So, sekarang kau dah boleh masuk, ok.”. Harith yang sudah membuka pintu itu terus mempersilakan Humaira untuk mendahului memasuki penthouse yang kelihatan sangat eksklusif itu. Humaira memasuki rumah itu dengan langkah kanan dan memberi salam seperti biasa.

“Assala…mualaikum... Wehhh.. Ya, Allah. Serious la, Rith. Mana kau dapat duit nak sewa hotel mahal macam ni? Weh, kau tak rasa membazir ke weh? Kita datang sini nak tidur 1 malam je kan. Bukannya nak duduk je dalam hotel ni lama-lama pun..”. Humaira terpegun melihat setiap sudut dalam penthouse yang disangkakan hotel itu. Sangat cantik dan mengikut cita rasa dia. Sesekali dia menoleh ke arah Harith yang hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya.

Harith menarik langsir yang menutupi sliding door yang menampakkan pemandangan luar rumah itu. Kelihatan sebuah swimming pool mewah yang dihiasi landskap cantik terbentang luas di hadapan mata Humaira. Makin tak terkata Humaira dibuatnya.

“Rith.. Apa semua ni..?”. Humaira sudah mula bersuara sayu. Bukan sedih, tetapi terharu. Dia tidak menyangka yang Harith akan membawanya ke tempat indah sebegitu. Rupanya, inilah kejutan yang ingin dirahsiakan sangat oleh Harith dari semalam. Namun, tanpa dia sedari sebenarnya ada kejutan yang lebih besar lagi daripada itu.

“Aira suka tak?”

“Ya Allah, buruk betul….perangai kalau tak suka. Orang sewel je kot yang tak suka surprise macam ni. Eh, tapi ni kau tak ada pasang kamera ke apa untuk prank aku kan? Haha.”. Sempat pula Humaira bergurau.

“Tu.. Nampak tak tu?”. Harith memuncungkan mulut ke arah suatu sudut siling dalam rumah. Humaira pun tercari-cari apa yang Harith maksudkan.

“Apa benda?”

“Kau tak nampak ke kamera kecil kat atas tu? Kau memang kena prank la ni. Surprise! Haha.”. Seronok pula Harith nak mengenakan Humaira.

“Ada ke? Tak nampak pun? Eee, kurang asam la kau ni!”. Humaira sudah mengeluarkan penumbuknya acah seperti ingin menumbuk Harith.

“Hahahahahaha. Tak la, aku gurau je. Mana ada kamera la.”. Harith mengekek ketawa. Dia berjaya membuatkan 'kak long kawasan' percaya yang dia sedang dipermainkan, padahal tidak pun.

“Eee, dah la malas aku nak layan kau ni. Baik aku tengok swimming pool kat luar ni lagi bagus.” Balas Humaira geram. Dia membuka pintu untuk keluar dan meninggalkan Harith yang masih belum berhenti ketawa. Tak tahu dia apa yang kelakar sangat Harith dapat mengenakannya.

“Ok, ok. I'm sorry, ok. Hm sakit perut aku gelak. Kau la ni. Muka kena prank pun nak kelakar. Haha.”. Kata-kata Harith itu dibalas dengan rolling eyes daripada Humaira.

Harith mengambil tempat berdiri di sebelah Humaira yang sedang menikmati tiupan angin yang lembut dan dingin di situ. Mereka berdua berpeluk tubuh dek kedinginan suhu yang sudah terasa sampai ke tulang.

“Aira.. Kau suka tak kalau 'hotel' ni jadi rumah kita?”

“Suka la. Tapi jap. Aku kena tidur dulu. Sebab aku kena mimpi dulu baru boleh dapat rumah macam ni. Hahah.”

“Kejap-kejap. Cuba kau terbang jap. Sebab dalam mimpi semua benda boleh buat kan?”

“Eh, ha ah la. Macam boleh terbang je ni. Cer kau tengok kaki aku tengah tak cecah lantai kan ni? Hahahah.”. Makin parah merepek mereka berdua ni.

“Haha. Tapi, sebenarnya kan kau tak mimpi. Tapi kau mimpi.”

“Ada eh? Tak mimpi, tapi mimpi? Makin pelik dah ayat kau ni, Rith.”

“Ada. Macam kau sekarang ni lah. Mulai hari ni, penthouse ni sebenarnya dah jadi rumah kita. Rumah kau. Rumah aku. Rumah ki-ta.”. Harith menyatakan hal itu dengan tenang dan dia tersenyum memandang Humaira.

“O-kay.. Kau menang. Aku dah tak nak gurau lagi dah. Congrats.”. Humaira yang masih tidak mempercayainya terus menepuk tangan kononnya Harith telah memenangi pertandingan Maharaja Lawak mereka tadi.

“Hei, hei.. Aira, aku serius ni. Kali ni aku tak gurau, aku tak prank kau. Penthouse ni memang rumah baru kita. Nenda yang hadiahkan rumah ni untuk kita. Kau ingat tak dulu masa awal-awal sebelum kita kahwin tu aku pernah bagitahu kau yang Nenda ada janji nak hadiahkan sesuatu kat aku? Kalau kita kahwin. So, this is it. This is the surprise she wanna give to us.”

“Ok.. Aku percaya muka kau tak funny sekarang. Jap, aku nak masuk dulu nak makan ubat jap.”. Humaira menjawab dengan tenang dan terus melangkah ingin memasuki rumah semula. Harith turut mengikutinya. 

“Aira! Kau tak payah makan ubat la. Aku tau kau tak bawa ubat pun. Haih, melawak je tau minah ni..”

“Aku bukan melawak la. Aku nak masuk ni sebab sejuk la! Tak kan nak tunggu beku baru nak masuk. Apalah kau ni.”. Tersengih je mereka berdua.

Pintu luar ditutup dan langsir juga ditutup agar ruangan di dalam rumah tidak dimasuki angin sejuk dari luar. Mereka duduk di sofa dan terdiam seketika.

“Thanks, Rith.”. Itu sahaja perkataan yang mampu terucap oleh Humaira.

“My pleasure. Tapi tak ada apa sangat pun yang aku buat untuk kau berterima kasih kat aku. Aku cuma sampaikan hadiah Nenda ni kat kau je.”. Jawab Harith sambil tersenyum.

“But still.. Kalau kau tak tolong 'sampaikan' hadiah Nenda ni kat aku, aku tak dapat sampai rumah ni. Even tak tahu pun ada hadiah ni tau. Pandai eh kau berahsia dengan Nenda. Then, I think you don't need to ask whether I like it or not because actually this is your present from Nenda, right? Aku cuma tumpang happy je untuk kau.”

“No la.. Ni hadiah untuk kita berdua la. Rumah aku, rumah kau juga. Kau kan isteri aku... Walaupun perangai kau tak serupa isteri.”. Sempat dia selit ayat nak mengusik si Humaira.

“Ok, fine! Ni rumah aku juga! Yayyy! Eh, tak. Tadi kau cakap Nenda nak hadiahkan kat aku kan? So, ni rumah aku laaa. Jangan jeles!”. Sengaja Humaira berteriak persis budak nakal dapat mainan. Tak senonoh betul perangai.

Harith melayankan saja perangai kebudak-budakan Humaira itu. Kalau sudah penat nanti pandailah perangai sewel minah seorang ini surut.

Mereka berehat seketika di ruang tamu sementara menunggu waktu zohor masuk. Humaira seperti sudah mahu terlelap dengan matanya yang mulai kuyu. Harith yang memandu hampir dua jam perjalanan tetapi dia pula yang mengantuk lebih. Tidur qailullah (tidur sebentar sebelum waktu zohor) la katakan. Humaira sudah memesan awal kepada Harith supaya mengejutkannya nanti untuk solat berjemaah. Nampak gayanya Harith pula yang tidak dapat melelapkan mata kerana takut terlepas waktu. Kesian.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Kau nak makan apa? Aku nak order kat kaunter sebab nak tengok ada dessert apa kat situ.”, tanya Harith sambil kepalanya tertinjau-tinjau ke arah kaunter.

“Tak tau la nak makan apa.. Kau order je la apa-apa makanan sama macam kau. Aku makan je.”

“Ok. Aku pergi sana kejap eh.”

Humaira mengangguk dan mengeluarkan telefonnya dari poket sweater. Laju sahaja tangannya membuka aplikasi Instagram untuk mendapatkan info terkini mengenai perkembangan hidup orang lain. 'Pasal kawan-kawan je okay. 'Retis' tu alang-alang ternampak je. Hehe.'

Harith kembali ke tempat duduknya setelah memesan dua set makanan fish and chip dan air ice green tea latte. Dia memandang Humaira yang sedang khusyuk bermain telefon di hadapannya.

'Relax je minah ni aku tengok. Dia dah check result dalam group whatsapp ke eh? Tapi, kalau dah kenapa dia tak ada mention apa-apa pasal tu pun, eh?'. Harith mengeluarkan telefonnya sambil menilik riak wajah Humaira. Dia sudah mengetahui keputusan peperiksaan mereka sewaktu dia menunggu Humaira bersiap sebelum mereka keluar rumah tadi.

“Aira. Kau dah tengok dalam whatsapp group belum?”

“Apasal?”

“Tengok lah.”

Humaira yang sedang syok ber-instagram terus memandang Harith. Dia seperti mendapat baca apa yang sedang berada dalam fikiran Harith.

“Result dah keluar ke weh?”. Persoalannya hanya dijawab dengan Harith mengangkat kening. Tiba-tiba hati Humaira berdebar-debar. Dia menelan air liur sebelum menyambung ayat.

“So.. Kau dah check result kau la ni? So how? Kau mesti la ok kan? Congrats..”. Humaira mengukir senyuman sedikit. Dia cuba mengawal riak mukanya tidak mahu debaran hatinya dapat dilihat oleh Harith.

“Kau check la dulu kau punya.”. Harith hanya membuat reaksi tiada perasaan. Tiada senyum mahupun riak simpati. Sengaja dia ingin menunggu Humaira tengok sendiri keputusan peperiksaannya sendiri.

“Malas la. Aku dah banyak kali tengok result exam ni. Naik bosan dah aku tengok. Haha. Baik aku makan kenyang-kenyang dulu. Have fun dulu. Balik nanti baru aku tengok. Tak nak spoil mood.”

“Kau tengok je la dulu. If it's a good one, you can really enjoy your lunch and the whole day. If it's not good, then maybe we can play the whole day till you forget everything about this. You have me here.”

Kata-kata Harith itu sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada Humaira untuk menerima apa sahaja keputusan yang bakal dilihatnya. Dia membuka whatsapp dan klik gambar keputusan yang telah dihantar dalam batch group mereka. Dengan lafaz bismillah dia mula mencari perkataan 'fail' dalam senarai keputusan itu. Tiada. Dia mencari pula nombor matriknya dan akhirnya dijumpai. Tanpa dia sedari air matanya mula bertakung. Humaira seakan tidak mempercayai apa yang sedang dilihat olehnya. Dia memandang ke arah Harith yang sudah mula tersenyum.

“Aku dah kata kan.. Anak murid aku mana boleh fail.”

“Kau sengaja je kan? Sengaja nak bagi aku takut tadi..”

“Sekali sekala. Haha.”

“By the way, thanks..sebab dah tolong ajar aku.”

“No hal la. Kita usaha sama-sama. Insya'Allah boleh berjaya.”

Humaira mengangguk. 'Alhamdulillah, ya Allah.. Terima kasih untuk berita baik ini..'

Harith menoleh ke arah kaunter dan memberi signal kepada seorang pelayan kafe di situ. Dia sudah memesan beberapa potong kek sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka belajar dan bagi meraikan berita baik yang mereka dapat itu.

Pelayan kafe itu mengeluarkan pinggan kek yang telah dihiasi tulisan 'Congratulations! You are the strongest person I've known' berserta sedikit corak bunga dan bintang. Apabila kek itu dihidangkan di atas meja Humaira dan Harith beberapa pelayan kafe yang lain turut menghampiri dan sama-sama mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Walaupun mereka tidak ketahui apa yang ingin disambut itu mereka tetap mengucapkannya dengan suara yang begitu gembira dan meriah sekali. Ada yang mengucapkan "Semoga awak berdua terus bahagia", "hashtag till jannah" la, "All the best" la, "You guys are so sweet la.." dan macam-macam lah. Ikut sajalah.. Asalkan bukan ucap “Congrats, mommy and daddy-to-be.” sudah la..

Sebaik sahaja mereka semua beredar dari meja mereka terus Humaira bertanya kepada Harith, “Kau ada bagitahu dorang tu ke, kek ni pasal apa?”.

“Tak ada. Dorang main lantak je la tu kot. Haha.”

Mereka berdua pun bergelak sakan. Tidak lama kemudian makanan mereka pun sampai. Perut pun sudah berkeroncong kelaparan. Laju sahaja makanan disuap ke mulut. Mereka berbual sambil merancang mahu pergi ke destinasi seterusnya. Debaran sudah hilang, 'berjimba'lah nampak gayanya.

“Weh, make sure kita pergi pasar yang sepanjang-panjang jalan tu tau. Aku nak beli strawberi banyak-banyak. Huhu. Sebab seingat aku, sekarang ini musim strawberi berbuah banyak. Strawberi dia pun mesti besar-besar and fresh. Uishh.. Sedapnya.. Ni aku cakap pun dah telan air liur ni. Haha.”. Bersinar-sinar mata Humaira disebabkan terlampau teruja. Maklumlah, dia rasa macam sudah lama sangat dia tidak pergi ke Cameron.

“Kau ni fikir makan je kan. Haha..”

“Eh, mesti lah! Dah memang kat sini femes pasal strawberi dan pasar borong tu. Mestilah kita kena pergi situ. Hehe.”

Pelbagai aktiviti lagi yang sudah tergambar dalam benak fikiran Humaira. Dia mahu beli jem coklat untuk makan dengan strawberi segar, beli makanan cucuk-cucuk, ubi rebus, jagung rebus, sayur-sayuran, tomato ceri, pergi melawat ladang teh yang mempunyai pemandangan cantik, melawat taman lavendar dan macam-macam lagi. Panjang senyumnya sampai ke telinga.

Ada suatu masa dahulu dia sampai pernah terfikir ingin menyewa 'boyfriend Cameron' untuk menemaninya setiap kali dia ingin pergi ke Cameron. Itu pun kerana mak Humaira tidak membenarkan dirinya untuk pergi sendirian kerana baginya terlalu bahaya jika anak dara memandu berseorangan dengan jalan yang berbukit itu. Si Humaira ini pula lain ceritanya. Dia memang berani sahaja pergi ke mana-mana bersendirian. Pernah juga pada awal dahulu, dia memandu ke Cameron sendirian tanpa memberitahu sesiapa dan akhirnya dimarahi maknya setelah kantoi. Itulah sebabnya mak Humaira mula mengeluarkan syarat, dia hanya mengizinkan Humaira pergi ke Cameron jika ada teman sahaja.


Previous: MIMPI22
Next: MIMPI24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer