DIA baharu keluar dari Maju
Construction, sebuah syarikat pembinaan yang bekerjasama dengan syarikatnya
dalam penjualan 12 lot rumah banglo berkembar yang terletak di Taman Andalas Perdana.
Ini bukan kali pertama dia bekerjasama dengan syarikat
pemaju itu. Masuk yang ini sudah kali ketiga. Dia benar-benar bersyukur
syarikat besar itu sanggup bekerjasama dengan G-Properties meskipun semua
kliennya maklum dengan G-Properties yang diterajui oleh dua orang gadis yang bujang trang tang-tang lagi.
Paling dia bersyukur, Haji Osman Salleh, Pengarah Urusan Maju
Construction itu bukan seperti Datuk Fakhri yang miang-miang keladi. Bukan juga
seperti lelaki-lelaki lain yang sering ditemuinya. Mereka yang lain apabila
bertemunya dengan Gina macam musang berbulu ayam. Mujur Haji Osman bukan
begitu. Sebaliknya lelaki itu melayannya dengan Gina umpama seorang ayah
mendidik anak-anaknya. Itu yang membuatkan dia senang hati bekerjasama dengan
lelaki itu.
Pergelangan tangannya ditilik, sudah pukul 4 petang.
Mujur perbincangan di syarikat itu tidak lama. Dia berhasrat mahu pulang sahaja
ke rumah, dan bukannya kembali ke G-Properties. Hari ini dia sudah letih. Dia
hanya ingin pulang ke katilnya dan tidur.
Di dalam petak lift,
dia membelek-belek telefon bimbitnya. Sekadar menghantar SMS pada Gina,
memakluman perbincangannya dengan Haji Osman berjalan dengan lancar. Bermakna
untuk kali ini mereka akan terus menjadi agen hartanah mewakili Mega Structure.
Sebaik lift itu
berhenti di bawah lobi, Cika segera melangkah keluar. Tas tangannya dikemaskan
di bahu sambil tangannya membimbit beberapa fail dan sampul surat yang dibawanya keluar dari bilik
mesyuarat di Mega Structure.
Langkahnya diatur pantas, menyusuri laluan di bahagian lobi. Destinasinya ialah
pintu utama di hadapannya.
Dari arah hadapan, dia melihat satu kelibat tubuh yang
amat dikenali sedang berjalan masuk dari pintu hadapan. Fitzerald tidak
keseorangan. Lelaki itu sedang berbual-bual dengan dua orang lelaki lain. Melihat lelaki itu,
langkah Cika serta-merta perlahan. Alamak!
Fitzerald! Perlahan-lahan dia menukar arah. Dia tidak boleh membiarkan
Fitzerald melihatnya di situ. Kalau lelaki itu menyedari kehadirannya, jangan
harap dia boleh melepaskan dirinya dari Fitzerald. Paling-paling kurang dia
akan dipaksa minum bersama lelaki itu di kafeteria di dalam bangunan ini. Come on Cika! You can do it! Selamatkan
diri kau dari Fitzerald yang jiwang karat itu.
Kali ini Cika menukar haluan ke arah pintu keluar yang
satu lagi. Malah dia melangkah lebih pantas dari tadi. Risau sungguh dia kalau
Fitzerald sempat melihatnya di situ. Jangan dia nampak aku sudahlah! Doa Cika sedikit resah.
“Cika!” Panggilan itu singgah di telinga. Cika menelan
liur. Aduh! Sudah nampakkah?
Tapi apasal suara mamat itu berbeza? Cika meluruskan pandangan. Tapi yang
muncul di hadapannya bukan Fitzerald, tapi seraut wajah yang selama ini cuba
dielakkannya. Cika menarik nafas panjang. Idham Hariz! Aku bermimpikah? Apa
lelaki itu buat di sini?
Idham Hariz melambaikan tangannya bersama segaris
senyuman di bibir. Cika hanya tercegat seperti patung. Wajah lelaki itu tampak ceria, sedangkan
wajahnya pula mencuka. Idham gembira tapi dia berduka. Pertemuan ini bukan
seperti apa yang diinginkannya! Cika menggelengkan kepala seraya mengundur
selangkah dua ke belakang.
Melihat gadis itu mengundur seolah-olah mahu mengelakkan
diri darinya. Idham menarik nafas panjang. Dahinya berkerut lebar. Dia tak
sangka terserempak dengan Cika di sini, tapi dia gembira sekalipun gadis itu
sebaliknya.
Cika menelan liur sekali lagi. Apa patut dia buat? Idham
di hadapannya sedangkan Fitzerald berada di belakangnya. Kedua-duanya mahu
dielakkan tetapi dia tidak berupaya lantaran main exit yang ada di situ hanya ada dua pintu. Perlahan-lahan dia
berpaling. Matanya masih melekat pada Fitzerald yang sedang berjalan masuk ke
arah ruang legar lobi bersama teman-temannya. Sejurus dia mengalihkan
pandangannya pula ke arah Idham yang sedang merenungnya dengan wajah bingung.
Melihat wajah lelaki itu, Cika bagaikan mendapat
keberanian baru. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukannya. Antara Idham dan
Fitzerald, dia lebih rela memilih Fitzerald. Sekalipun telinganya geli-geleman mendengar Fitzerald
berkata-kata, namun itu lebih baik buatnya dari menghadap wajah Idham Hariz.
Perlahan-lahan dia mengundur diri lalu berpaling ke arah
Fitzerald. Kali ini dia nekad mahu menegur lelaki berbangsa Kaukasia itu.
Seperti yang dijangka, Fitzerald tercengang melihat kehadirannya, tapi lelaki
itu terlihat riang. Serta-merta teman-temannya ditinggalkan sebelum dia meluru
ke arah Cika.
“Cika, glad to see
you here. Do you have any idea how much I miss you?” Tiba-tiba sahaja tubuh
kecilnya dirangkul, seraya pipinya dikucup ala-ala French Kiss. Cika terkejut
beruk. Ciuman di pipi kirinya membuatkan darahnya berderau. Tak payah berpaling
ke belakang pun dia tahu Idham pasti ikut terkejut melihat adegan percuma itu.
Dan yang tak bestnya, sudah ada beberapa orang
yang berpaling-paling ke arahnya dengan raut wajah tertanya-tanya. Hello, aku
bukan mistress mamat USA ni
tau! Getus Cika di hati kecilnya.
“Fitz..this is not
right.” Cika mengeluh.
Fitzerald mengerutkan dahinya. Sejurus dia menepuk
dahinya.
“Ops! Sorry Cika, saya lupa. I’m really sorry.” Ungkap Fitzerald, kesal kerana menyapa Cika
seperti dia menyapa teman-temannya yang lain. Cika gadis melayu yang tidak
boleh disentuh dan disapa sebegitu rupa. Tidak elok di mata masyarakat.
Begitulah yang pernah Cika jelaskan padanya sewaktu dia mahu melakukan perkara
yang serupa ketika mula-mula berkenalan dengan Cika dahulu.
“Tak apalah, tapi jangan buat selalu. Nanti semua orang ingat kita ada affairpulak.” Rungut Cika.
“Affair? Do you
want to?” Wajah Fitzerald bersinar-sinar.
“Fitz!” Cika mengetap bibir. Nak kena mamat ni nampaknya!
Melihat wajah Cika yang muncung empat belas, Fitzerald
hanya ketawa. Dia pula hanya mengusik. Tak mungkin gadis secomel Cika mahu
melakukan perkara sebegitu dengan orang
asing sepertinya. Dia benar-benar sukakan gadis itu. Tapi dia juga tahu Cika
bukan seperti gadis-gadis melayu lain yang pernah ditemuinya yang sanggup
mengikutnya ke kelab malam, sanggup mabuk bersamanya dan mungkin juga sanggup
menidurinya.
“Sorry my dear, I’
m just joking. So tell me what are you doing here?” Tanya Fitzerald.
Pertanyaan lelaki itu membuatkan Cika segera teringatkan Idham Hariz.
Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang, namun kelibat lelaki itu sudah tidak
ada di situ. Cika jadi lega sedikit. Mujurlah! Tak sia-sia bibir seksi Fitzerald
salah mendarat di pipinya sebentar tadi. Idham pasti terkejut dan mungkin juga
ketika ini sedang menelefon ibunya mengatakan NO pada jodoh yang diaturkan
ibu-ibu mereka. Entah kenapa memikirkan
semua itu, Cika jadi sedikit lega. Tak sia-sia dia terserempak dengan Fitzerald
di situ. Thanks Fitz..harus kena
belanja mamat ni minum ni.