Berikut adalah fragmen-fragmen yang terdapat di dalam buku ILYC.Izzat, cinta kita
takkan pernah mati, cinta kita
tetap tumbuh di hati,
cinta kita tetap abadi, cinta
kita kan kusimpan
selamanya di hati.
Iman menghela nafas panjang. Dia dapat merasakan hangatnya cinta Sara Raihana terhadap Izzat Hafis. Walaupun dia tahu Izzat Hafis telah tiada, tetapi kenapa perasaan
cemburunya menguasai minda? Dia cemburu melihat kemesraan Sara Raihana
dengan Izzat Hafis lewat gambar-gambar itu.
Dia dapat merasakan yang Sara Raihana masih belum dapat melupakan Izzat Hafis sepenuhnya malah di dalam bilik itu kenangan Izzat Hafis seolah-olah merantai Sara Raihana. Dia
berazam untuk mengeluarkan Sara Raihana daripada belenggu kenangan
Izzat Hafis. Iman juga dapat merasakan Sara Raihana belum dapat
menerimanya sepenuh hati.
***
Abang memang tidak sempurna
Tapi izinkan abang menjadi
sempurna di hati Sara
Abang memang bukan yang
terindah
Tapi izinkan abang berasa
indah di pelukan Sara
Abang memang bukan impian
Sara
Tapi izinkan abang selalu
berada dalam mimpi Sara
Izinkan abang tetap
mencintai Sara dengan apa yang
ada pada abang...
Sara,
Kita hidup antara kenangan
yang membuat kita berjalan
pincang
Cubalah mengganti cinta
yang telah hilang
kerana cinta yang ada bukan
untuk dikenang
Tapi untuk diberi dan diisi
dirimu sayang.
Sara Raihana menarik nafas dalam-dalam kemudian
menghelanya perlahan. Terasa pengharapan Iman terhadapnya agar dia
dapat menerima dan membalas cinta Iman. Segera dia mencapai telefon dan
menulis mesej kepada Iman.
Sempat terselit di
fikiran Sara
Benarkah abang
pelabuhan Sara?
Sempat perasaan ragu
mendatang
Awal melangkah bersama
abang
Tapi,
Seakan perasaan
mencambuk hati
Dikala perpisahan
sebentar tadi
Pemergian abang
menyedarkan Sara
Sebenarnya abang telah
tinggalkan cinta di hati Sara...
****
“Sayang
menangis bila lihat pengantin kat depan sana. Adakah Izzat pernah
berjanji nak ambil gambar begitu dengan sayang?” tanya Iman meneka.
Sara Raihana hanya mengangguk lemah.
“Kalau
macam tu, kita sewa baju pengantin dan ambil gambar kat sekitar Cameron
Highlands macam mereka,” cadang Iman sambil menunjukkan pasangan
pengantin itu.
Sara Raihana tertawa kecil dengan cadangan itu.
“Malulah, pakai baju macam tu boleh menarik perhatian orang. Cuba tengok pengantin tu, ramai yang asyik pandang mereka.”
“Nak malu apa? Kita pakai baju,” jawab Iman membuatkan
Sara Raihana tertawa lagi. Senang hati Iman melihat isterinya tertawa.
“Memanglah. Sara pun tak nak ambil gambar kalau tak pakai apa-apa.”
****
“Aisyah, siapa perempuan tu?” tanya Iman sambil memandang perempuan itu.
Aisyah tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya hanya tersenyum.
Sara Raihana pergi ke hadapan perempuan itu lalu mencium tangannya dan
kemudian memeluk tubuhnya. Iman yang masih tidak melihat wajah perempuan
itu tertanya-tanya.
Sara Raihana kemudiannya menarik tangan Iman untuk berhadapan
dengan perempuan itu. Demi terpandang wajah perempuan itu, Iman amat
terkejut.
“Mummy? Kenapa mummy berpakaian begini?” tanya Iman kehairanan.
“Abang, salamlah dulu dengan mummy,” kata Sara Raihana.
Iman melakukan seperti yang disuruh dan tiba-tiba ibunya memeluk Iman sambil menangis.
“Maafkan mummy.”
Fikiran Iman masih bercelaru tetapi pelukan ibunya amat mengharukan hatinya. Air matanya menitis.
“Iman jugak mintak ampun dan maaf pada mummy.”
****
Sara
Raihana hanya memerhatikan Norita dan seperti mengetahui apa yang ada
di kepala Sara Raihana, Norita memberi nasi goreng itu kepada Sara
Raihana. Sara Raihana makan sehingga habis. Norita hanya tersenyum
sambil menggeleng-geleng.
“Aku rasa kalau aku makan dengan kau lagi lepas ni, mesti kau akan kenyang dan aku lapar,” kata Norita sambil ketawa kecil.
“Maaflah Ita. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa sedap sangat makan bekas kau.”
“Tak apa. Asal kau makan dengan kenyang, aku dah cukup gembira. Bukan senang nak tengok kau makan banyak sebelum ni.”
“Sehari dua ni aku rasa selera aku bertambah tetapi kadangkala ada rasa loya dan nak muntah.”
“Kau dah jumpa doktor?” tanya Norita
“Belum.”
“Lebih baik kau pergi jumpa.”
“Baiklah. Nanti aku ajak mama pergi,” kata Sara Raihana sambil bangun untuk membayar kedua-dua makanan itu.
Norita hanya tersenyum memerhatikan sahabat baiknya itu
****
“Apa maksud Im tadi?” tanya Aisyah sambil merenung wajah Imran
Hafis.
“Takkan seorang bakal doktor yang bijak tak boleh faham ayat yang
mudah?” tanya Imran Hafis pula.
“Doktor sendiri pun boleh pening kalau pesakitnya tak berterus
terang, inikan pulak bakal doktor,” jawab Aisyah.
“Terus terang? Aisyah nak dengar depan semua?”
“Ya. Dan jangan panggil Aisyah aje,” kata Aisyah dengan nada
geram.
“Aisyah, Im nak jadikan
Aisyah isteri Im. Tapi tolong tunggu Im hingga umur Im 23 tahun.”
“Apa?” Terkejut Aisyah mendengar kata-kata Imran Hafis.
Mereka yang lain hampir ketawa mendengarnya tetapi cepat-cepat
ditahan setelah Aisyah berpusing dan melihat mereka.
“Mak, tengok Im. Dia dah tak betul gamaknya,” kata Aisyah kepada
Mak Zainab.
“Mak tak tahu. Ini hal Aisyah dan Im, selesaikan sendiri,” kata
Mak Zainab sambil berlalu dari situ menuju ke dapur. Ada senyuman di bibirnya.
p/s Nak baca lagi? Kenalah dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran ^_^