Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 38

Haris sedang menimbus najisnya dengan dedaunan kering tatkala dia mengesan ada satu getaran tenaga aneh sedang menyelubungi kawasan di sekitar blok C Aspuri.

“Ishh…apahal aku rasa berdebar-debar sangat ni. Mesti ada perkara buruk yang akan berlaku.”

Haris segera memecut menghala ke bilik Amelia. Dari jauh dia dapat melihat pintu bilik Amelia sedikit terbuka.

“Alah Liya ni, pasal apa dia tak kunci pintu! Jangan-jangan…”

Haris menerjah masuk ke dalam bilik. Amelia kelihatan sedang terlentang di atas katil. Satu lembaga berbentuk manusia yang berlumuran minyak hitam kelihatan sedang duduk mencangkung dengan kedua-dua kakinya mengepit tubuh Amelia. Tangannya bergerak-gerak pantas membuka butang baju tidur Amelia.

“Orang minyak celaka! Aku bunuh kau!”

Haris mengeluarkan semua kukunya dan dengan pantas menerkam orang minyak itu. Haris berjaya mencakar belakang orang minyak namun minyak hitamyang menyaluti tubuhnya menjadikan cakaran Haris tidak begitu berkesan. Orang minyak yang terkejut dengan serangan Haris mengais tangannya cuba menangkap Haris. Haris meloncat ke lantai menjauhkan diri dari jangkauan orang minyak. Haris menerkam lagi dengan kuku terhunus menyasarkan biji mata orang minyak.Orang minyak berjaya menahan cakaran Haris dengan lengan kirinya sementara tangan kanannya menumbuk tubuh Haris. Tumbukan yang kuat menghentam tubuh Haris mengakibatkan tulang rusuknya patah.

“Arghhh! Aku akan mati kalau terus berlawan dalam bentuk kucing!”

Haris yang kini terjelepek di atas lantai segera menukar bentuk menjadi manusia. Serentak dengan itu, tulang rusuknya yang patah turut beransur-ansur pulih. Transformasi Haris itu ternyata memeranjatkan orang minyak.

“Masya Allah! Engkau ini makhluk apa hah? Manusia jadian? Manusia kucing? Hah?” Kata orang minyak sambil meneliti tubuh Haris.

“Ooo…kau boleh bercakap rupanya. Bangsat, aku bunuh kau sial!”

“Apa? Kau nak bunuh aku? Haha, kau siapa nak bunuh aku, hah? Baiklah, marilah bunuh aku. Tapi sebelum tu, aku nak tunjuk kau benda ni.” Orang minyak mencapai kerambit yang diikat pada pangkal lengan kirinya dan menayangkan kerambit itu kepada Haris.

“Celaka! Dia bawak senjata. Apa aku nak buat ni?”

“Haha, dah takut la tu. Nak bunuh orang konon. Kau nak bunuh aku dengan apa, hah?”

Orang minyak menerpa ke arah Haris lalu melibas kerambitnya ke leher Haris. Haris dengan pantas tunduk merendahkan badan lalu melepaskan tumbukan padu ke arah buah zakar orang minyak.

“Awwwhh…binatang! Kau main bacul ya! Aku cincang lumat kau sial!” Orang minyak berundur ke belakang sambil tangan kirinya menekup kemaluannya.

“Hahaha! Orang minyak konek kecik! Mampus kau celaka!” Ejek Haris bersemangat.

“Babi! Binatang! Sial!” Jerit orang minyak seperti hilang akal. 

Orang minyak yang bertambah berang dengan ejekan Haris kembali melancarkan serangan. Dia melibas kerambit dengan laju menyasar ke perut Haris. Haris cuba mengelak namun mata kerambit yang cengkok seperti kuku helang itu sempat singgah di perut lantas merobek menembusi kulit perut Haris. Haris tergamam seketika. Rasa sakit yang amat dasyat membuatkan Haris rebah ke lantai. Haris mengengsot menghampiri dinding bilik dan menyandarkan belakangnya sambil menampu tali perut yang hampir terburai keluar.

Orang minyak mendekati Haris sambil ketawa megah.

“Hoi budak! Aku tak pasti kenapa kau berani masuk campur urusan aku. Mungkin sebab perempuan itu. Dia milik engkau ke? Kau jangan risau, aku akan pastikan dia menerima pembalasan yang setimpal dengan dosa-dosa yang dialakukan.”

Orang minyak itu duduk mencangkung di sebelah Haris sambil sekali lagi menayang-nayang kerambitnya yang berlumuran darah itu kepada Haris.

“Untuk pengetahuan kau, kerambit ini bukan kerambit mainan. Ia ditempa daripada sembilan jenis besi yang disepuh dengan tulang buaya putih dan disaluti racun daripada ludah manusia ular. Aku tahu ia kedengaran seperti cerita dongeng, tapi itulah kenyataannya. Kau tentu lebih mudah nak percaya sebab kau sendiri boleh bertukar jadi kucing. Boleh aku tahu mana kau belajar ilmu manusia kucing tu?”

“Aku tak payah belajar, aku dah semulajadi boleh bertukar jadi kucing. Bukan macam kau, orang minyak celup!”

“Huh, orang minyak celup kata kau? Apa, kau tak percaya aku ada kuasa pukau? Kau tak percaya aku boleh menyusup melalui rekahan dinding?”

“Bukan tak percaya tapi aku tak yakin orang bengap macam kau boleh belajar ilmu kebatinan yang tinggi macam ilmu orang minyak. Boleh aku tahu siapa guru kau?”

“Aku tak perlukan sesiapa untuk ajar aku ilmu orang minyak. Aku belajar sendiri.”

“Toksah nak menipulah. Aku percaya mesti ada seseorang yang mengajar kau. Sekurang-kurangnya yang berikan kau idea dan petua-petua penting untuk kau, kan?”

“Baiklah. Memandangkan nyawa kau akan tamat tak lama lagi, tak salah rasanya kalau aku beritahu kau siapa orangnya yang banyak membantu aku tentang ilmu orang minyak. Kau kenal Professor Hellmi?”

“Professor Hellmi? Ooo…pensyarah Fakulti Antropologi tu? Dengar cerita dia tu gay, betul ke?”

“Hah, gay? Kalau pun betul dia gay, apa masalahnya? Apa, kau fobia dengan gay?”

“Taklah. Aku takde masalah dengan golongan LGBT ni. Cuma aku tak faham apa yang sedap sangat main bontot sesama jantan ni. Eh, selalu ke kau main bontot dengan Prof Hellmi?”

“Tak guna! Kau masih nak tunjuk lagak ya? Tak apa, sekejap lagi kau akan mati. Racun manusia ular telah merebak ke seluruh tubuh kau dan sedang membunuh kau dari dalam. Tapi sebelum kau mati, biar aku perkenalkan dulu siapa aku. Aku tak nak kau mati macam katak digilis kereta, tiba-tiba saja mati tanpa mengetahui siapa yang membunuh kau!” Orang minyak kembali berdiri megah di hadapan Haris.

“Nama aku Qabil. Aku baru saja diambil bekerja sebagai tukang masak dan tukang azan di kolej Delta ni. Ramai orang puji masakan aku sedap dan suara aku azan memukau jiwa. Tentu kau ingat aku rasa bahagia dengan semua kata-kata pujian itu. Tidak sama sekali!  Memang sudah terlalu lama aku tidak merasa bahagia.

Lapan tahun yang lalu, aku jatuh cinta dengan seorang gadis yang paling cantik pernah aku jumpa. Namanya Raihayu. Sewaktu pertama kali memandang wajahnya, aku hampir kehilangan nyawa kerana tidak dapat bernafas. Keindahan pelangi adalah keindahan wajahnya. Hidup aku bagai dipenuhi bunga-bunga cinta yang harum mewangi. Pertama kali dalam hidup ini, aku rasa sangat bahagia. Sejak itu aku jadi tak keruan. Aku ingin memiliki Raihayu. Lalu aku utus surat sebagai tanda perkenalan buat Raihayu, namun tidak dibalas. Aku utus lagi surat kedua namun masih juga tidak dibalas. Aku rasa sangat sakit hati kerana dia seperti menghina aku. Kalau tak sudi katakan saja tak sudi. Jangan biarkan aku ternanti-nanti. Rasa marah, benci dan ghairah menguasai aku hingga aku rasa ingin merogol dan membunuhnya.”

“Sial kau! Rupanya memang kau orang minyak yang bunuh Raihayu! Bangsat!”

“Kau…kau kenal Raihayu?”

“Ya, aku kenal dia! Kau nak tahu pasal apa dia tak balas surat kau?”

“Paa….pasal apa?”

“Pasal English kau macam celaka!”

“Aa…apa kau cakap? Mana kau tahu pasal surat tu, hah?”

“Ah, kau tak perlu tahu semua tu. Yang kau perlu tahu sekarang ialah, aku bukan saja boleh bertukar jadi kucing, tapi aku juga ada kuasa Wolverine!” Haris mengalihkan tangan dan menunjukkan luka di perutnya yang telah sembuh namun meninggalkan parut yang agak besar. Mata Qabil terbeliak,dia berundur menjauhkan diri.

“Hoi bahalol! Ada satu lagi yang kau perlu tahu. Aku juga boleh bertukar jadi harimau!” Kata-kata Haris benar-benar menakutkan Qabil. Airmukanya berubah menjadi panik.

Previous: BAB 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY