KOLEJ DELTA
Haris menjenguk ke luar tingkap bilik. Suasana di luar agak gelap namun di sesetengah tempat kelihatan agak terang dibiasi cahaya daripada lampu koridor blok-blok yang bersebelahan. Haris memicingkan kelopak matanya cuba memfokus ke arah kawasan gelap di bawah rimbunan pohon buluh Jepun. Kawasan gelap itu perlahan-lahan berubah menjadi semakin cerah seperti disimbahi cahaya putih yang datangnya entah dari mana.Haris tersenyum sendiri.
Sudah hampir satu minggu berlalu sejak Haris mendapat tahu bahawa dia adalah seorang manusia kucing. Mungkin kerana begitu terbawa-bawa dengan kisah yang melibatkan dirinya dan Amelia, Haris hampir terlupa dengan berita luar biasa yang diterima daripada papa dan mamanya itu.
Sedang Haris mengimbas kembali perbualan dengan papa dan mamanya tentang asal-usulnya yang sebenar, telefon pintarnya berbunyi mendendangkan lagu A Touch of Evil oleh Judas Priest.
“Hello Zip!” Sapa Haris.
“Hello. Eh Ris, aku kat rumah Rizal ni. Aku tak balik malam ni. Aku tidur sini.”
“Okay, beres. Ada apa kat rumah Rizal sampai kau kena tidur situ?”
“Ada ler. Mana boleh beritahu. Kau belum cukup umur lagi.”
“Alah, aku tahulah. Kau nak tengok video skandal menteri yang jadi viral tu kan?”
“Ah-ah, video yang viral tu berapa saat je. Ini video yang full punya, ada dekat tiga jam dia punya duration. Rupanya ada ramai lagi artis pompuan yang terlibat. Artis baru yang tengah popular dekat Youtube tu pun ada jugak terlibat sama.”
“Iya ke? Siapa?”
“Ada ler. Saja malas nak beritahu. Aku nak bagi kau saspens sampai esok pagi. Hehehe…”
“Haa... elok sangatlah tu. Ni mesti kerja si Rizal. Eh, mana dia dapat video tu, hah?”
“Entah,dia cakap kawan dia yang bagi. Alah, Rizal tu kan ada ramai kawan yang pelik-pelik.”
“Weh, bahaya tu. Video tu melibatkan menteri kabinet, bukannya wakil rakyat yang biasa-biasa. Kena serbu dengan pihak yang berkenaan baru kau tau.”
“Eleh, jeles ler tu. Eh, aku chow dulu. Kitorang nak pergi Kajang, makan sate.”
“Woi, makan sate tak ajak aku. Apalah kau ni.”
“Itulah, siapa suruh kau pergi dating tadi. Kalau tak, dah boleh ikut kitorang makan sate dah.”
“Wei, apa kaitan daa aku pergi dating petang tadi dengan korang makan sate malam ni?”
“Okey, betul kau nak join kitorang ni? Kitorang semua lima orang pergi dengan Kancil buruk Rizal, tambah kau sorang muat lagi kot.”
“Huiihh... masuk aku dah jadi enam orang. Crowded gila tu. Takpelah, lain kali jelah.”
“Hok alalaloh, merajuk ler tu.Takpe, besok pagi, pagi-pagi buta lagi aku balik pujuk kau ek. Jangan ler merajuk sayang, okey?”
“Gila! Kau nak pergi, pergi jelah wei. Nak muntahlah aku dengar.”
“Hehe… eh, kau nak tidur tu, kunci pintu. Kang masuk pontianak hisap darah kau, penat aku nak menjawab dengan mama kau nanti.”
“Yalah, hah, selamat muntah kedarah sate.”
“Kihkihkih….”
Fikiran Haris kembali fokus kepada perbualan dengan papa dan mamanya tempoh hari tentang asal-usul keturunannya dan bagaimana untuk mengubah diri menjadi seekor kucing.
“Hmm...Razif takde malam ni bolehlah aku cuba try test bertukar jadi kucing. Tapi kalau setakat jadi kucing, lepas tu lepak-lepak dalam bilik, nak buat apa. Haa... apa kata kalau aku pergi ronda-ronda dekat blok Aspuri. Malam-malam macam ni mesti diorang semua pakai baju tidur seksi. Tak pun diorang berkemban pakai towel je ke sana ke mari. Ah, rasa tak sabar je nak pergi. Kalau Razif dapat tahu mesti dia dengki berhari-hari. Hehehe...”
Haris bergegas ke pintu lalu menekan punat tombol menguncinya dari dalam. Kemudian Haris menanggalkan T-shirt, kain pelikat dan seluar dalamnya lalu dicampakkan semuanya ke atas katil. Dia kini bertelanjang bogel. Angin malam yang dingin menerjah masuk melalui tingkap bilik yang sedikit terbuka lalu menyapa tubuh Haris. Haris menggeletik seketika. Rasa dingin meresap hingga ke tulang sum sum.
“Okey. Mula-mula kena kosongkan fikiran dulu. Lepas tu bayangkan tubuh aku transform menjadi seekor kucing yang paling hensem dalam dunia. Okey... eh, kena sebut apa-apa ke sebelum transform ni? Lupa pulak nak tanya. Mmm... sebut jelah apa-apa pun. Okey, I’m ready.”
“Haris bin Hamdan, bertukar jadi kucing paling hensem dalam dunia!” lafaz Haris dengan bersemangat.
Haris memejamkan mata. Dia memusatkan seluruh tenaga dalamannya dan menumpukan fikirannya ke arah satu matlamat iaitu mengubah bentuk badannya menjadi seeko rkucing. Dia membayangkan dirinya bertukar rupa menjadi seekor kucing hensem berwarna hitam, bermata hijau, berhidung mancung dan berbulu lebat, halus dan lembut seperti sutera.
Lapan saat berlalu. Haris membuka mata. Dia masih lagi seorang manusia. Atau lebih tepat lagi, manusia bogel.
“Huh, tak jadi apa-apa pun. Betul ke cara yang aku buat ni? Mama cakap kena bayangkan diri bertukar jadi kucing, lepas tu kena fokus betul-betul. Itu je. Ooo... satu lagi, lupa pulak. Niat kena ikhlas, jangan riak. Okey, kita cuba sekali lagi.”
“Haris bin Hamdan, bertukar jadi kucing paling hensem di Malaysia!” lafaz Haris dengan bersemangat.
Haris memejamkan mata. Dia memusatkan seluruh tenaga dalamannya dan menumpukanfikiran nya ke arah satu matlamat iaitu mengubah bentuk badannya menjadi seekor kucing. Dia membayangkan dirinya bertukar rupa menjadi seekor kucing hensem berwarna hitam, bermata hijau, berhidung mancung dan berbulu lebat, halus dan lembut seperti sutera.
Lapan saat berlalu. Haris membuka mata. Dia masih lagi seorang manusia. Atau lebih tepat lagi, manusia bogel.
“Binawe, tak jadi apa-apa pun. Ah, mungkin niat aku tak cukup ikhlas. Okey, kali ini aku akan buat dengan niat yang betul-betul ikhlas. Okey, kita cuba sekali lagi.”
“Haris bin Hamdan, bertukar!” lafaz Haris dengan bersemangat.
Haris memejamkan mata. Dia memusatkan seluruh tenaga dalamannya dan menumpukan fikirannya ke arah satu matlamat iaitu mengubah bentuk badannya menjadi seeko rkucing. Dia membayangkan dirinya bertukar rupa menjadi seekor kucing hensem berwarna hitam, bermata hijau, berhidung mancung dan berbulu lebat, halus dan lembut seperti sutera.
Lapan saat berlalu tapi masih tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun kemudian, secara tiba-tiba Haris terasa segala otot-otot dan urat-urat di tubuhnya mula menguncup dan mengecut dengan pantas. Segala tulang temulang dan sendi-sendi ditubuhnya mula menjadi semakin pendek dan mengecil. Dia terasa seperti seluruh tubuhnya diurut-urut dari dalam. Sedikit sakit, tapi sakit yang melegakan.
Sedikit demi sedikit seluruh tubuh Haris mula mengecil dan berubah bentuk menjadi seekor kucing. Bulu-bulu halus mula tumbuh di seluruh badannya. Semakin lama menjadi semakin lebat. Ekor yang sederhana panjang mula menjulur keluar dari tulang salbinya dan turut dipenuhi bulu-bulu yang halus dan lebat.
Beberapa saat kemudian, proses transformasi Haris daripada seorang manusia kepada seekor kucing selesai dengan jayanya.
“Fuuhh... habis sengal-sengal rasa badan aku ni. Laju jugak proses transformation aku jadi kucing ni. Tak sampai pun satu minit rasanya. Okey, jom tengok rupa aku yang hensem gila ni.”
Haris membuka matanya. Dia menundukkan kepala memandang kedua-dua belah kaki depannya.
“Arrggh... pasal aku pakai stoking kaler putih? Patutnya satu badan kaler hitam, macam papa!”
Haris membengkokkan sedikit kepalanya memandang kedua-dua belah kaki belakangnya.
“Arrgghh... kaki belakang pun sama pakai stoking putih! Tak nampak ganas ler macam ni.”
Haris membengkokkan sedikit kepalanya memandang ke belakang. Dia menggoyangkan ekornya menghala ke hadapan.
“Arrgghh... hujung ekor pun pakai stokin putih. Jadi macam kucing betina lah pulak aku ni. Okey, tinggal satu je lagi,muka aku. Mintak-mintak ler semua kaler hitam, lepas tu hidung mancung. Eh, akukan kucing Angora, mesti ler hidung mancung. Ah, mana dia cermin ni. Mana cermin... mana cermin... haaa… itu dia.”
Haris mengerakkan kaki melangkah ke hadapan. Dia dapat merasakan tubuhnya menjadi begitu ringan. Dia menggerakkan kaki melangkah dengan lebih laju. Perasaan seronok mula menguasai Haris. Dia mula berlari-lari anak mengelilingi ruangbtengah biliknya. Haris semakin teruja. Lariannya semakin lama semakin laju. Dia sudah mula dapat menguasai mekanisma pergerakan tubuh kucingnya itu.
Haris melompat ke depan dan ke belakang. Makin lama makin tinggi dan makin jauh. Dia berlari, melompat dan kemudian sebaik saja kaki-kakinya mencecah lantai, dia berhenti secara mengejut. Diulang-ulangnya beberapa kali pergerakan itu.
Tak lama kemudian, Haris berasa sedikit penat. Nafasnya turun naik dengan kencang.Dia merebahkan badannya untuk berehat seketika. Setelah pergerakan nafasnya kembali normal, dia mula menjilat-jilat, membersihkan bulu-bulu di kawasan lengan dan bawah perutnya.
“Yakkhh... aku buat apa ni? Apa hal tetiba je aku jilat bulu ni.”
Haris cuba memberhentikan perbuatannya menjilat bulu itu tapi tidak berhasil. Naluri semulajadi seekor kucing seolah-olah menguasai tubuh Haris dan tidak mahu mendengar arahan daripada otaknya. Dia menjadi seperti makhluk dua dalam satu iaitu mempunyai jasad seekor kucing yang mempunyai naluri kucing, tapi dalam masa yang sama mempunyai otak yang berfikir seperti manusia.
Sedikit sebanyak Haris dapat memahami bahawa koordinasi antara akal dan tubuhnya masih lagi tidak selari. Dia perlukan lebih banyak masa untuk melatih tubuh kucingnya membiasakan diri menerima arahan daripada otaknya.
Setelah Haris selesai membersihkan bulunya, akal manusia Haris kembali menguasai tubuhnya. Haris menghampiri birai katil dan dengan sedikit lonjakan, dia berjaya mendarat di atas katilnya dengan selamat. Haris kemudian melompat pula ke atas meja tulisnya. Dia segera menghampiri cermin muka yang terletak di atas meja tulis yang disandarkan pada dinding bilik.
Sebaik saja Haris melihat rupanya di cermin muka, dia menggeleng-gelengkan kepala. Haris berasa amat kecewa apabila dia melihat ada tompokan putih yang berbentuk segitiga melitupi bahagian pangkal hidung dan mulutnya. Tompokan putih itu seterusnya berbentuk memanjang pula bermula dari bahagian dagu hinggalah ke bawah perutnya.
“Huh, malas nak cakap apa dah. Ini mama punya DNA ler ni. Dia takpelah kaler semua putih, nampak comel je. Papa pulak kaler semua hitam, nampak hensem, nampak ganas. Yang aku pulak kaler hitam putih, macam kucing kartun jahat yang nama Sylvester tu. Tapi aku rasa kalau nak banding dengan si Sylvester tu, aku lagi hensem kot.”
Haris masih lagi berada di depan cermin. Dia masih lagi tak berpuas hati dengan keadaan rupa kucingnya.
“Nasib baiklah hidung mancung. Hmmpphh...tapi kaler mata aku ganas jugak. Sebelah kanan kaler biru, sebelah kiri pulak kaler hijau. Ooo... mungkin sebab mama dengan papa, masa diorang jadi kucing, mata mama kaler biru. mata papa pulak kaler hijau. So, aku dapatlah mata biru satu, mata hijau satu. Tapi kalau tengok lama-lama, nampak macam kucing cacat penglihatanlah pulak. Ahhh... nak buat macam mana, redha ajelah.”
Haris melompat turun dari atas meja tulis, mendarat di atas katil dan seterusnya melompat turun ke atas lantai. Dengan pantas dia bergerak menuju ke pintu untukmembukanya. Tiba di hadapan pintu, Haris mendongak ke atas memandang tombol pintu.
“Hehe.. .apa punya bodoh aku ni. Aku kan kucing, mana ler sampai tangan nak bukak pintu. Okey, kena tukar balik jadim anusia. Nak kena kata apa pulak ni? Ah, hentam sajalah.”
“Ngiau, ngiau, ngiau. Ngiauu... ngiauu!” Haris mengiau dengan penuh semangat.
Haris memejamkan matanya. Dia memusatkan seluruh tenaga dalamannya dan menumpukan fikirannya ke arah satu matlamat iaitu mengubah bentuk badannya kembali menjadi seorang manusia. Dia membayangkan dirinya bertukar rupa menjadi seorang jejaka Melayu hensem berkulit sawo matang, bermata coklat, berhidung mancung dan berbulu jarang.
Lapan saat berlalu tapi masih tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun kemudian, secara tiba-tiba Haris terasa segala otot-otot dan urat-urat di tubuhnya mula mengembang dan menegang dengan pantas. Segala tulang temulang dan sendi-sendi di tubuhnya mula menjadi semakin panjang dan membesar. Dia terasa seperti seluruh tubuhnya diurut-urut dari dalam. Sedikit sakit, tapi sakit yang melegakan.
Sedikit demi sedikit seluruh tubuh Haris mula membesar, memanjang dan berubah bentuk menjadi seorang manusia. Bulu-bulu halus lebat diseluruh tubuhnya mula menghilang. Semakin lama menjadi semakin jarang. Ekornya yang sederhana panjang juga turut kehilangan bulu dan mula mengetot kembali masuk ke dalam tulang salbinya.
Beberapa saat kemudian, proses transformasi Haris daripada seekor kucing kepada seorang manusia selesai dengan jayanya.
“Fuuhh... habis sengal-sengal rasa badan aku ni. Laju jugak proses transformation aku jadi manusia ni. Tak sampai pun satu minit rasanya. Okay, jom tengok rupa aku yang hensem gila ni. Eh, aku memang dah hensem pun.”
Haris mengambil tuala lalu menyimpulnya di pinggang. Dia menuju ke pintu bilik lalu membukanya. Dia menjengukkan kepala memerhati keadaan di luar bilik. Suasana di luar bilik kelihatan lengang dan sunyi. Haris melangkah ke luar bilik. Namun sesaat kemudian, dia kembali masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.
“Aku tak boleh nak tinggalkan bilik ni tak berkunci, nanti masuk penyamun pulak. Tapi kalau aku nak kunci bilik ni, aku kena berada dalam bentuk manusia. Maknanya aku tak boleh transform dalam bilik. Aku kena cari tempat lain.
Hmmm... kat mana ya? Haa... aku ada satu idea. Ada dua idea sebenarnya. Alang-alang dah pergi meronda kat blok Aspuri,baik aku pergi lepak bilik Amelia terus. Nak jugak aku dengar dia cerita apa dengan Wawa pasal aku. Hehe, seronoknya, seronoknya! Apa-apa hal pun call dia dulu, nak cuba try tanya bilik dia kat mana.”
Haris mencapai telefon pintarnya lalu memanggil nombor Amelia.
“Hello.”
“Hello Liya, buat apa tu? Sibuk ke?”
“Siiibuk sangat. Ada apa awak call ni?”
“Err...Liya tengah buat assignment ke?”
“Taklah.Tengah buat kapal selam.”
“Kapal selam? Ooo... Liya nak pergi menyelam kat laut mana? Nak ikut!”
“Hehe...ada apa awak call saya ni?”
“Mmm...saja. Err… Liya dah makan?”
“Dah.”
“Eh, Liya makan kat mana? Tak nampak pun tadi kat dewan makan.”
“Saya tapau, makan kat bilik.”
“Ooo...Liya dah mandi?”
“Dah.”
“Err...Liya mandi pakai sabun jenama apa?”
“Dutch Lady.”
“Dutch Lady? Ooo... Liya mandi air susu rupanya. Patutlah kulit Liya putih licin berseri-seri.”
“Hehe...hah, nak tanya apa lagi?”
“Err...saya lupalah nak ucapkan terima kasih pada Liya sebab sudi keluar lepak-lepak dengan saya this evening.”
“Okey. Sama-sama.”
“Mmm...eh Liya, tadi kan kat dewan makan, saya dengar cerita ada budak pompuan kena histeria.”
“Iya? Habis tu kecohlah kat dewan makan?”
“Takdelah. Dia bukan histeria kat dewan makan, dia histeria kat bilik dia je. Dengar cerita, budak pompuan tu baru je lepas kena doping.”
“Apa dia, doping? Bukan doping tu nak check dadah dalam air kencing ahli sukan ke?”
“Bukanlah Liya. Doping tu maksudnya pompuan yang kena reject dengan boyfriend dia lepas dia dah bagi virginity dia dekat boyfriend dia tu. Alah, apa tu kata orang, habis manis terompah dibuang? Haa… itulah maksudnya.”
“Ooo...kesiannya dia. Jahatlah ex-boyfriend dia tu.”
“Ah-ah. Ex-boyfriend dia tu memang jahat! Jantan tak guna! Kentut busuk!”
“Apa, kentut busuk? Haha... hey awak, mana ada orang kentut dia bau wangi.”
“Mana Liya tahu takde? Liya belum jumpa lagilah tu orang yang kentut dia bau wangi.”
“Tak jumpa pun takpelah. Tak rugi apa pun.”
“Hehe...eh, kalau Liya pandai cuba teka kentut macam mana yang bau dia paling power?”
“Alah, kentut yang takde bunyi, yang keluar senyap-senyap, kan?”
“Hahaha...Liya memang pandailah. Macam mana Liya boleh tahu jawapan dia?”
“Awak ni, semua orang tahulah jawapan dia. Eh, dahlah cakap pasal kentut. Yang budak kena histeria tadi tu, dia kat mana sekarang?”
“Entahlah. Tapi saya dengar diorang cakap pompuan tu stay dekat blok A. Eh, Liya pun stay dekat blok A jugak kan? Liya kenal kot dengan dia.”
“Taklah. Siapa cakap saya stay dekat blok A? Saya stay dekat blok C lah.”
“Ooo…blok C. blok C tu tingkat berapa Liya? Saya stay dekat tingkat dua, block D.”
“Saya pun samalah, tingkat dua.”
“Ooo...nombor bilik?”
“Nombor bilik? Bilik siapa?”
“Nombor bilik Liyalah.”
“Yang awak siap tanya dengan nombor bilik semua ni kenapa?”
“Saja,kurasiti.”
“Ooo...kurasiti ya. Hah, kalau awak pandai cubalah teka nombor bilik saya.”
“Alah, nombor C28A, kan?”
“Hehe...salah tu. Cuba lagi.”
“C25B!”
“Salah lagi.”
“C29A!”
“Pun salah.”
“C27B!”
“Salah jugak.”
“Kue tiow kungfu satu!”
“Hehe...dah lapar ya?”
“Liya ni... okeylah, saya surrender. Apakah jawapannya?”
“Eh, mana boleh beritahu.”
“Hok alah!”
“Hehe...okeylah Haris, saya nak buat assignment ni. Selamat malam. Bye!”
“Okeylah Liya, bye!” Haris mematikan panggilan dan meletakkan kembali telefonnya di atas meja tulis.
Haris mencapai baldi yang sering dia gunakan untuk merendam pakaiannya lalu memasukkan kunci bilik ke dalam baldi dan menimbunnya dengan sehelai kain pelikat. Dia mengambil keputusan untuk melakukan proses transformasi di dalam bilik mandi. Dalam hati dia berdoa agar bilik mandi itu kosong dan selamat untuk digunakan.