Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 12

Haris mengeluarkan bungkusan kain tudung yang dibaluti kertas hadiah berwarna merah berjalur kuning itu dari beg sandangnya. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah mamanya yang sedang duduk bersantai di atas sofa menonton rancangan Giada At Home di kaca TV. Dengan penuh sopan santun Haris duduk di sebelah mamanya seraya meletakkan bungkusan kain tudung itu di atas riba mamanya. Puan Juliza yang sedang kusyuk menghafal bahan-bahan untuk memasak Chicken Tetrazzinis edikit tersentak dengan tindakan Haris.

            “Eh, apa ni Haris?” Tanya PuanJuliza sambil memeriksa bungkusan berbalut kertas hadiah itu.

            “Apa lagi, hadiah ler.” Jawab Haris sambil tersengih.

            “Hadiah? Eh, apa pulak Haris yang kena bagi hadiah. Hari ni kan hari jadi Haris. Patutnya mama yang kena bagi hadiah.”

            “Alah, saja je nak bagi mama surprise.”

            “Tengok pada bentuk macam kotak kasut. Haris belikan mama kasut baru ke?”

            “Taklah, bukan kasut. Haris mana reti nak beli kasut orang pompuan. Tapi hadiah mama tu memang Haris letak dalam kotak kasut Nike yang Haris beli tahun lepas. Mama bukaklah tengok.”

            Puan Juliza segera mengoyak-ngoyakkan kertas hadiah yang membaluti kotak kasut Nike itu.

            “Woww! Kain tudung!” Puan Juliza separuh menjerit. Dia menayang-nayangkan kain tudung itu ke udara dengan senyuman penuh di muka.

            “Memang betullah kata Razif, orang pompuan ni memang cukup seronok kalau dapat hadiah tudung. Tapi aku rasa kalau mama ni jenis yang free hair, mesti dia tak nak cakap dengan aku lagi lepas ni.”

            “Cantiknya kain tudung ni Haris. Tak sangka rupanya anak jantan mama ni pandai baca taste mama dia. Dekat mana Haris beli ni? Dekat butik ke?”

            “Taklah, bukan dekat butik mana pun. Dekat Wakaf Che Yeh je.”

            “Wakaf Che Yeh? Itu bukan dekat Kota….oh, Razif yang belikan ya?”

            “Ah-ah, memang Razif yang belikan. Kitorang kongsi bayar. Tapi Haris yang nasihat dia pasal kaler kain tudung tu. Camne, mama suka?”

            “Mama suka sangat! Selasa nanti mama nak pakai time pergi mengajar. Oh ya, mama pun ada hadiah untuk birthday Haris kali ni. Haris tunggu kejap mama pergi ambil. Kalau Haris nak rasa kek blueberry tu, ada mama simpan dalam peti sejuk nombor dua.” Puan Juliza berlalu meniti anak tangga menuju ke tingkat atas.

            Haris menghenyakkan badannya ke sofa sambil pandangannya memfokus ke arah televisyen.  Giada Laurentis sedang berceloteh sambil tunduk menghiris bawang dengan laju. Lurah dada Giada kelihatan begitu jelas terpampang di skrin TV. Haris berasa teringin membenamkan mukanya ke lurah dada yang nampak begitu menyeronokkan itu. Otak Haris mula mereka-reka babak-babak erotik yang melibatkan buah dada Giada, kemudian beralih ke buah dada Kate Upton, Scarlett Johansson, Katy Perry dan juga buah dada Miss Kavita. 

            Namun khayalan erotik itu tidak bertahan lama. Kelibat mamanya yang turun dari tingkat atas terus membunuh khayalan Haris.

            “Nah! Hadiah ikhlas dari mama dan papa. Mahal ni, sebab tu mama kongsi dengan papa. Selamat hari jadi!’” Ujar Puan Juliza menghulurkan kotak berwarna putih yang tertulis iPadPro kepada Haris.

            “What? Ipad pro? Waaarrr betul ke ni mama? Kotak je ni kot, dalam benda lain?’

            “Apa pulak, betul la tu. Tak percaya, bukalah tengok!”

            “Haa…itu yang saiz 12 inci. Mahal tu!” Sampuk Encik Hamdan yang tiba-tiba muncul dari luar rumah lalu berjalan masuk menyertai mereka berdua.

            Haris yang sedang diulit rasa gembira yang amat sangat segera mengucup tangan mama dan papanya.

            “Thank you mama, papa! Haris memang dah lama mengidam nakkan Ipad ni.”

            “Kami dah agak dah. Memang sejak dari kecil lagi Haris memang minat dengan benda-benda gajet ni. Dah berapa banyak dulu handphone mama yang Haris kerjakan. Haris tak ingat?”

            “Hehe…manalah Haris nak ingat, mama. Haris kan kecik lagi masa tu.”         

            “Emm…lagi satu, sempena harijadi Haris yang ke 21 ni, mama dengan papa ada perkara penting nak beritahu Haris.”

“Perkara penting? Apa dia mama, papa?”

“Tapi sebelum tu, mama dengan papa nak minta maaf sebab selama ni merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Haris. Mama harap Haris jangan terkejut dengan rahsia ini dan dapat terima dengan hati yang terbuka.”

“Alaah…mama ni, kenapa baru sekarang nak beritahu yang Haris ni anak angkat?”

“Ishh…anak angkat apa pulak. Haris bukan anak angkat, Haris anak kandung mama dengan papa.”

“Habis tu, rahsia apa yang mama cakap ni?”

“Haris…Haris sebenarnya bukan manusia biasa. Haris sebenarnya adalah manusia kucing.”

“Hah, apa mama?”

“Haris sebenarnya adalah manusia kucing.”

“Hah, apa dia?”

“Ishh…budak ni. Mama cakap, Haris sebenarnya bukan manusia biasa. Haris adalah manusia kucing.”

“Hah?”

“Hmphh! Susah nak terima hakikat nampaknya ni. Abang jelah beritahu dia asal usul keturunan kita.” Puan Juliza menyerahkan tugas seterusnya kepada Encik Hamdan. Encik Hamdan mengaru-garu kepala sambil memandang Haris yang masih terpegun dengan mulut ternganga.

“Okey, macam ni. Haris pergi ke dapur dulu, basuh muka, buat Milo ais satu gelas, lepas tu datang balik sini sekali dengan Milo ais tu.”

“Abang!?” Puan Juliza menjegil biji matanya kepada Encik Hamdan.

“Abang hauslah.” Encik Hamdan mengenyit matanya kepada Puan Juliza.

Puan Juliza bergerak ke dapur dan beberapa saat kemudian kedengaran bunyi “ketung-ketang” gelas berlaga dan juga bunyi pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.

Mulut Haris masih lagi terlopong ketika Puan Juliza kembali ke ruang tamu bersama dulang yang mengandungi tiga gelas Milo ais serta tiga potong kek blueberry.

“Okay, maksud mama, hahahaha….sorry, maksud mama kita semua satu keluarga ni bukan manusia? Kita ni makhluk jadi-jadian, macam werewolf?” Tanya Haris yang kembali pulih daripada serangan perasaan terkejutnya.

“Lebih kuranglah. Cuma kita bukan serigala. Kita adalah manusia kucing. Kucing pun bukan sebenarnya. Nenek moyang kita dulu adalah manusia harimau, maksudnya mereka boleh mengubah rupa menjadi seekor harimau pada bila-bila masa sekiranya perlu. Orang dulu-dulu menggelarkan mereka sebagai harimau jadian.”

“And then, mesti diorang selalu kena kejar, kena buru, kena bunuh. Kalau ada lembu hilang mesti orang kampung cari diorang, kan? So, untuk survive, diorang kena menyesuaikan diri  dengan keadaan dan persekitaran.Lama-kelamaan, DNA diorang mengalami evolusi yang menyebabkan diorang tidak boleh lagi bertukar jadi harimau dan hanya boleh bertukar jadi kucing. Sebab itulah anak cucu diorang, iaitu kita cuma boleh bertukar jadi kucing. Kan mama, papa?”

“Betul tu. Nampaknya Haris dah faham sendiri situasi kita sekarang. Dah tak payah susah-susah nak explain lagi.”Sampuk Encik Hamdan sambil mencapai gelas Milo ais.

“What? Biar betul ni papa? Macam tak logik sangat-sangat!”

“Logik ke tak logik, lepas Haris dah bertukar jadi kucing nanti, barulah Haris akan faham segala-galanya.”

 “So maksud mama, sekarang ni jugak Haris boleh bertukar rupa jadi kucing? Macam mana tu cara-caranya?”

“Yang tu lepas ni kami cerita. Banyak lagi perkara yang Haris perlu tahu sebelum Haris boleh mengubah rupa menjadi seekor kucing. Kalau Haris nak tengok rupa mama dengan papa bila dah jadi kucing pun kami boleh tunjukkan. Tapi mama nak Haris betul-betul ingat satu perkara, ini adalah rahsia keluarga kita yang paling utama. Haris jangan sekali-kali buka rahsia ini kepada sesiapa pun melainkan Haris tahu dia juga manusia kucing macam kita.”

“Kalau kawan baik, girlfriend?”

“Tak boleh! Risikonya sangat tinggi.Kalaulah rahsia kita terbongkar, nyawa kita dan seluruh spesies kita akan terancam. Kita akan diburu dan dibunuh dengan kejam. Haris jangan ambil mudah perkara ni tau!”

“Serious ni mama? Siapa yang nak bunuh kita tu?”

“Satu kumpulan manusia keturunan pembunuh harimau jadian yang kami gelar iluu….apa tu bang?”

“Iluminati.”

“What? Iluminati? Takde nama lain ke mama dengan papa nak bagi gelaran? Come on, kreatiflah sikit.”

“Hah, dah Haris kreatif sangat, Haris bagilah nama.”

“Hmm…apa ya? Entahlah, Haris pun tak tau nak bagi nama apa. Ikut suka mama dengan papalah. Bolehlah kot, Iluminati.”

 “Dahlah pasal nama semua tu, jom kita makan kek dulu.” Puan Juliza menghulurkan piring kek kepada Haris.

“Oh ya, besok lepas Zohor mama dan papa nak bawa Haris pergi jumpa kawan lama mama. Diorang pun sama macam kita, manusia kucing.”

“Iya? Dekat mana tu, mama?”

“Damansara.”      

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY