Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 40

ASPURI KOLEJ DELTA

 

“Haris bin Hamdan, bertukar!” Lafaz Haris penuh semangat.

Tubuh Haris dengan segera berubah rupa menjadi seekor harimau kumbangyang besar dan sasa. Qabil terpacak tidak bergerak, terpegun melihat transformasi yang berlaku ke atas Haris.

Sepantas kilat Haris menerkam Qabil. Qabil rebah terlentang ke lantai. Dia cuba bangkit namun Haris segera menekan dada Qabil dengan kaki depannya. Qabil meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dilibasnya kerambit bertalu-talu ke tubuh Haris namun Haris tetap tidak berganjak. Kesan luka akibat libasan kerambit itu kembali pulih dan bercantum dengan pantas. Kesakitan yang Haris rasakan hanyalah ibarat seperti digigit semut api.

Libasan kerambit Qabil menjadi semakin perlahan seolah-olah memberikan isyarat bahawa Qabil sudah mulai berputus asa kerana menyedari tindakannya itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada Haris.

Sebaik saja mengesan tindakan Qabil yang memperlahankan serangannya, Haris dengan segera menjunamkan taringnya menembusi leher Qabil. Tulang lehernya  hancur, urat-urat di lehernya putus berderai. Haris mengigit leher Qabil yang rabak dan menyentaknya sekuat hati. Sentakan yang kuat menyebabkan kepala Qabil terputus dari badan lalu melantun ke hujung bilik. Darah merah pekat membuak-buak keluar dari salur darah pada leher Qabil yang kini cuma tinggal tunggul.

Tubuh Haris kini diambil alih sepenuhnya oleh Kuganah dan dia tidak lagi dapat mengawal pergerakan tubuh harimaunya. Haris kini secara rasminya bertukar menjadi Kuganah. Kuganah meneruskan serangannya ke atas mayat Qabil.Dada Qabil dirobek dan dikoyak dengan kukunya yang tajam. Jantung dan hati Qabil digigit dan dimamah. Kemudian, seluruh tubuh Qabil dibaham dengan lahap. Segala tulang dan tengkorak Qabil dimamah oleh Kuganah seperti memamah biskut.

Setelah selesai menghabiskan jasad Qabil, Kuganah menjilat-jilat sampai licin semua tompokan darah yang terpercik di beberapa tempat dalam bilik itu dan juga kesan-kesan darah yang terpalit pada tubuhnya. Seketika kemudian Kuganah berundur mengasingkan diri ke dalam hati Haris membolehkan Haris kembali menguasai tubuh harimaunya. Haris melangkah ke satu sudut bilik dan merebahkan badannya. Perlahan-lahan Haris kembali menukar rupa menjadi manusia.

“Fuhh…kenyang gila. Satu badan Qabil ada dalam perut aku ni. Harap-harap perut aku tak meragam makan orang minyak. Memang tak boleh buat apa, Kuganah take control seluruh tubuh aku termasuklah otak aku. Kalau betul cakap Kuganah, aku sekarang ni dah ada ilmu pukau, Bertambah lagi power aku. Eh, kena panggil Kak Ayu, kena beritahu  orang minyak yang bunuh dia dah mati.”

Haris bangun lalu pergi menutup dan mengunci pintu bilik. Kemudian dia mencapai tuala Amelia yang tersangkut di kerusi, melilitnya di pinggang dan menghampiri Amelia yang masih lena dengan nyenyaknya.

“Harap-harap masa si celaka tu pukau dia, dia sedang nyenyak tidur. Dan kalaupun dia sempat nampak Qabil sebelum dia kena pukau, harap-harap bila dia bangun tidur, dia dah tak ingat apa yang berlaku.” Haris tunduk mengucup dahi Amelia dengan harapan agar ingatan Amelia tidak dicemari dengan imej-imej orang minyak telanjang.

“Dapat cium dahi pun cukuplah. Kalau cium bibir kang, lain pulak jadinya. Nanti tiba-tiba aku pulak yang jadi orang minyak.”

Haris memasang kembali butang baju tidur Amelia, menyelimutkan Amelia dan bertelepati menyeru Raihayu.

“Eh, apa dah jadi ni Haris? Haris dah buat apa dengan Amelia?” Tanya Raihayu sebaik melihat Haris dalam keadaan separuh bogel.

“Tak, bukan macam tu Kak Ayu. Kitorang tak buat apa-apa pun.”

“Habis tu, Kenapa pakai tuala aje macam tu?”

“Kak Ayu, tuala ni adalah untuk menutup rasa malu saya sebab saya dalam keadaan bogel,”

“Bogel? Bogel pasal apa?”

“Saya bogel sebab saya baru saja lepas bertukar jadi harimau dan juga baru lepas berlawan dengan orang minyak.”

“Apa? Haris dah jumpa orang minyak tu?”

“Ya, Kak Ayu. Memang betul sangkaan kita, orang minyak yang bunuh Kak Ayu tu adalah orang minyak yang sama yang menyerang Adila baru-baru ni.”

“Ya ke Haris? Habis tu, mana dia?”

“Saya dah bunuh dia, kak. Lepas tu saya makan mayat dia. Habis licin saya makan sampai tak bersisa.”

“Haris makan dia? Makan macam mana?”

“Err…perkara ni confusing sikit. Mmm…macam ni Kak Ayu. Sekarang ni saya dah boleh bertukar jadi harimau!”

“Iya? Haris kan cuma boleh bertukar jadi kucing, macam mana pulaHaris boleh bertukar jadi harimau?”

“Dengan bantuan roh harimau kumbang bernama Kuganah.”

“Roh harimau kumbang?”

“Ya Kak Ayu, roh harimau kumbang. Nama dia Kuganah dan bila dia bersatu dengan badan saya, DNA saya akan mengalami perubahan dan membolehkan saya mengubah rupa menjadi seekor harimau kumbang.”

“Ooo…jadinya, siapa yang bunuh orang minyak tu? Haris ke Kuganah?”

“Itulah yang jadi confuse tu Kak Ayu. Kuganah tu, bila dia bersatu dengan badan saya, dan bila saya berada dalam bentuk harimau, saya boleh berfikir dan mengawal pergerakan tubuh saya. Tapi bila dia menguasai seluruh tubuh dan otak saya, saya cuma boleh berfikir tapi tak mampu mengawal pergerakan tubuh saya. Seolah-olah maklumat daripada otak saya tak sampai kebahagian tubuh saya yang lain.”

“Betullah. Akak pun dah rasa confuse sekarang. Jadinya, siapa yang bunuh orang minyak tu?”

“Saya rasa kita boleh simpulkan begini. Yang bunuh Qabil, si orang minyak itu ialah saya, dan yang makan mayat Qabil tu ialah Kuganah.”

“Ooo…orang minyak tu nama Qabil ya? Yang si roh harimau kumbang tu nama apa tadi?”

“Kuganah!”

“Kuganah ya. Mana dia? Akak rasa nak kenallah dengan dia.”

“Dia ada Kak Ayu, tengah tidur.”

“Tidur? Tidur kat mana?” Raihayu memerhati ke sekeliling bilik.

“Sini, dalam hati saya.” Haris menyentuh dadanya dengan jari telunjuk.

“Dalam hati? Maksud Haris, hati betul, bukan kiasan.”

“Hati betul Kak Ayu, literally. Bukan kiasan.”

“Hebatnya dia. Macam mana dia buat? Dia makhluk apa Haris, jembalang ke?”

“Bukanlah Kak Ayu. Dia lebih kurang macam Kak Ayulah, roh yang gentayangan. Cuma bezanya dia adalah roh seekor harimau kumbang dan sudah berumur lebih lapan ratus tahun.”

“Mana Haris tahu dia sedang tidur? Haris dapat rasa?”

“Ya, Kak Ayu. Saya dapat rasa dia sedang nyenyak tidur.”

“Macam mana Haris boleh kenal dengan dia?”

“Panjang ceritanya Kak Ayu. Sorrylah, kita cerita lain kali boleh tak Kak Ayu? Saya rasa penatlah, nak relaks kejap.”

“Tak apalah, akak faham. Haris rehat cukup-cukup, nanti lain kali kita cerita lagi. Oh, ya. Akak nak ucap terima kasihlah pada Haris sebab tolong hapuskan orang minyak celaka tu. Kalau tak kerana Haris, tak tahulah sampai bila akak akan terperangkap kat sini.”

“Don’t worry Kak Ayu, saya rasa Kak Ayu dah bebas sekarang. Cuba Kak Ayu terbang keluar dari kawasan kampus ni kejap. Pergilah melawat mana-mana.Tugu Negara ke, Muzium Negara ke, Parlimen ke. Lepas tu Kak Ayu-” Belum sempat Haris menghabiskan kata-kata, Raihayu terus ghaib dari pandangan matanya. Beberapa saat kemudian Raihayu kembali muncul di hadapan Haris.

“Wah, cepatnya Kak Ayu pergi. Camne Tugu Negara?”

“Sunyi sepi. Ada lagi ke orang pergi melawat Tugu Negara sekarangni?”

“Awal lagi ni Kak Ayu. Cuba Kak Ayu pergi petang-petang sikit, mesti penuh dengan pendatang haram.”

“Iya? Tapi pergi Tugu Negara nak buat apa? Haa! akak dah tahu. Akak nak pergi Temerloh!”

“Temerloh? Kak Ayu nak buat apa dekat sana? Nak makan gulai ikan patin?”

“Haris ni, apa pulak makan gulai ikan patin. Balik kampunglah! Akak asal orang Temerloh. Dekat kampung ada ummi, ada walid, ada Aina adik akak yang comel dan kelakar tu. Heeeee seronoknya! Tak sabar nak jumpa diorang semua!”

“Oopss…sekejap Kak Ayu. Sorry, Kak Ayu mana boleh pergi jumpa diorang. Kak Ayu dah lupa ke Kak Ayu dah meninggal? Saya faham perasaan Kak Ayu, tapi Kak Ayu mesti ingat. Bagi diorang, Kak Ayu dah tak ada, dah mati. Diorang tentu dah-”

“Tak! Haris tak kenal dengan family akak! Diorang takkan lupakan akak!”

“Kak Ayu, saya bukan nak kata yang diorang dah lupakan Kak Ayu.Diorang tentu tak pernah lupakan Kak Ayu. Tapi Kak Ayu, diorang perlu teruskan hidup. Kehadiran Kak Ayu pasti akan mengganggu emosi diorang.”

“Akak bukannya bodoh! Takkanlah akak nak tunjukkan rupa akak yang hodoh ini. Akak boleh saja jadi halimunan. Bukannya akak nak duduk lepak,borak-borak dengan diorang, akak cuma nak tengok keadaan diorang je. Lepas dah tengok diorang, akak pergilah melancong kat mana-mana.”

“Sorry Kak Ayu, saya tak fikir Kak Ayu boleh tinggalkan diorang macam tu aje. Saya rasa bila Kak Ayu dah jumpa diorang, mesti akan wujud rasa kasih sayang dan Kak Ayu akan rasa keberatan nak tinggalkan diorang. Kak Ayu tentu akan terus stay dengan diorang dan mula mencampuri urusan diorang. Ini akan buatkan diorang jadi confuse dan diorang akan ingat ada gangguan makhluk halus. Hidup diorang tentu jadi tak tenteram.”

“Tapi Haris, akak sangat rindukan diorang!”

“Kak Ayu, saya bukan nak lukakan perasaan Kak Ayu tapi saya melihat kepada logical thinking dan situasi masa kini. Kalau betul Kak Ayu cuma nak tengok keadaan diorang, saya rasa saya ada cara supaya Kak Ayu tak payah jumpa diorang secara terus.”

“Maksud Haris?”

“Mmm…maksud saya macam ni. Macam mana kalau kita pergi Temerloh sama-sama? Kak Ayu boleh lepak dalam biji mata saya, sama macam Kuganah lepak dalam hati saya. Bila sampai Temerloh, saya bertukar jadi kucing dan pergi melawat keluarga Kak Ayu. Jadi, bila-”

“Apa yang Haris tengok, akak pun dapat tengok sama! Akak setuju! Bila kita nak pergi Temerloh?”

“Err…kita bincang besok boleh tak Kak Ayu?”

“Oh, ya. Haris nak rehat. Okey, nanti kita bincang besok. Sementara itu, akak nak pergi Amerika kejap.”

“Amerika? Buat apa Kak Ayu?”

“Akak nak pergi Disneyland.”

“Wah, bestnya. Disneyland yang mana satu Kak Ayu? Yang dekat Florida ke, California?”

“Mana-manalah. Asalkan Disneyland.”

“Err…sebelum Kak Ayu pergi Amerika, boleh tak Kak Ayu tolong hantarkan kerambit tu ke bilik saya?” Kata Haris sambil menuding jari telunjuknya ke arah kerambit yang berada di atas lantai.”

“Nak letak kat mana kerambit ni Haris?”

“Kak Ayu letak je atas meja tulis saya.”

            Setelah Raihayu beredar meninggalkan bilik, Haris kembali mengubah rupa menjadi Leon si kucing. Dia melompat ke atas katil dan mendekati Amelia yang masih terlentang lena. Haris menggesel-geselkan badannya ke lengan Amelia. Seperti satu tindak balas refleksi, Amelia memaut dan memeluk Haris rapat ke tubuhnya. Tanpa membuang masa, Haris terus membenamkan mukanya ke dada Amelia.

Previous: Bab 39
Next: EPILOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY