Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,875
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Caprice membetulkan tuxedo hitam bereben merah yang tersarung kemas di tubuh Leo. Leo sedikit pun tidak bersuara. Caprice sememangnya pembantu yang setia di sisi tuannya.

 

Leo Arden seorang yang gemar menjadi pemerhati, berdiam diri berbanding bercakap. Seorang yang berwajah serius dan jarang tersenyum apatah lagi ketawa. Seorang yang berupa namun sering berselindung di balik topi dan hoodie jika berada di luar daripada PSADC. Seorang yang suka membantah dan degil.

 

Seorang yang suka perempuan?

 

Tidak.

 

Sejak digajikan oleh Tuan Ghaz untuk menjadi pembantu peribadi Ejen Leo, Caprice tidak pernah melihat Ejen Leo memikat gadis. Alih-alih, gadis-gadis yang cuba menawan hati Ejen Leo. Paling sedih bila cinta bertepuk sebelah tangan dan sedikit pun Ejen Leo tak memberikan harapan. Akhirnya, hati mereka yang retak. Bagi Caprice, dia melihat Ejen Leo sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan mampu mengambil alih PSADC suatu hari nanti kerana dia merupakan satu-satunya harapan dan orang yang paling dipercayai oleh Tuan Ghaz.

 

“Kenapa asyik pandang-pandang aku macam tu?” Soal Ejen Leo sambil matanya merenung tajam ke arah Caprice. Pantang baginya apabila orang pandang dia tanpa berkata-kata. Dia rasa Caprice pula yang mengatanya dalam hati.

 

Laju tangan Caprice membetulkan reben merah di leher Ejen Leo. Kedua-dua bahu lelaki itu diperkemaskan. Tiga kali Caprice menyapu lembut bahu lelaki di depannya.

 

“Ejen Leo nampak kacak malam ni. Itu yang saya tengok tak berkelip.”

 

“Kau baru tahu ke aku ni kacak? Dah! Ambil kot aku.” Arah Ejen Leo. Sedikit pun dia tak termakan dengan kata pujian Caprice.

 

“Riaknya. Tak baik riak-riak ni, Allah tak suka.” Balas Caprice lagi.

“Aku tak riaklah. Kenyataan tak akan pernah berbohong.” Jawab lelaki bertuxedo hitam separa berbisik.

 

Kata-kata itu buat Caprice tersenyum kecil.

 

“Saya rasa pertandingan malam ni ialah paling rare sebab selalunya Ejen Leo berdebat dengan lelaki tapi kali ini saingan Ejen Leo seorang wanita. Enam orang pesaing yang layak ke peringkat ini, seorang sahaja wanita. Saya dah tengok carta pertandingan tadi.”

 

“Siapa?”Soalnya ringkas.

 

“Kalau tak silap nama dia Yola Sandra, Ejen PSADC Malaysia yang kini menetap dan bertugas di Indonesia. Orangnya cantik bak bidadari. Saya risau Ejen Leo tak terkeluar kalam aje nanti. Pesaing sebelum-sebelum ini semua kaku dan tak mampu nak balas hujah-hujah Ejen Yola. She has full packaged. Kalau saya jadi Ejen Leo, saya dah pilih dia jadi girlfriend saya. Sumpah saya tak pandang yang lain dah.” Terang Caprice meleret-leret seperti benar-benar menghayati kecantikan Ejen Yola Sandra.

 

“Yola Sandra. Bukan ke dia tu ‘Kapak yang Cantik’?”

 

“Ejen Leo pun perasan juga ke tadi? Bukan main lagi saya tengok dia beri pandangan manjalara kat Dr. Faliq. Aduh, saya baru nak ‘try’ buat ayat pickupline kat dia, alih-alih dia syok dekat duta baharu produk syarikat Tuan Ghaz!” Luah Caprice berbau kesal.

 

“Caprice, selalunya aku akan layankan je apa yang kau cakap. Tapi untuk hari ini kau kena layankan apa yang aku nak nasihat.”

“Serius je bunyinya! Apa dia Ejen Leo? ”

“Kalau kau nak pikat seseorang, pastikan dia ialah wanita dan bukannya perempuan.”

“Aik, bukan ke wanita dan perempuan ini sama je maksudnya? Wanita… perempuan, perempuan kan wanita!”

Ejen Leo menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sama tapi tak serupa.”

“Aik…”

“Wanita akan menjaga maruahnya sedangkan perempuan akan menjual maruah mereka. Wanita akan mencintai kerana DIA, perempuan mencintai kerana material. Wanita sering menjaga kebajikan orang lain melebihi diri mereka sendiri sedangkan perempuan, bersifat individualistik dan pesimis. Kalau nak cari isteri, cari wanita bukan cari perempuan. Nilai wanita jauh lebih tinggi daripada martabat perempuan.”

 

“Cuba kau tengok ni, dalam portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu gelaran ‘wanita’ lebih halus maknanya berbanding panggilan ‘perempuan’. Perempuan ini tafsiran lebih kepada nilai paling rendah. Kita lebih dominan sebut ‘wanita solehah’ berbanding ‘perempuan solehah’. Faham? Aku cuma tak nak kau salah pilih je.”

“Wah, Ejen Leo bukan main lagi PRPM tu!”

“Serius sikit boleh tak? Aku tengah ajar kau ni. Sekarang ni mudah je kalau kau nak cari maksud dah tak payah nak kelek kamus tebal-tebal. Taip je ‘PRPM’ dah dapat jawapan.”

“Duta PRPM ke apa ni?” Seloroh Caprice.

“Jadi Ejen Leo nak kata Ejen Yola itu ‘perempuan’ la bukan ‘wanita’. Macam tu?” Sambung Caprice lagi.

“Kalau dari apa yang aku observed, dia lebih kepada pilihan kedua. Bukan taste aku!”

“Wah, mentah-mentah Ejen Leo tolak perempuan secantik Ejen Yola!”

“Tengok tu! Kau pun guna term ‘perempuan’. Habis cerita la. Kalau aku nak buat isteri, aku cari ‘wanita’!”

“Saya tak percayalah Ejen Yola itu ‘perempuan’. For me she is like an angel.” Caprice membuat aksi memeluk tubuh sendiri. Naik geletis bila dipandang.

Angel! Lantak kau la. Jangan kata aku tak warning.”Amaran Ejen Leo.

“Dah, cepat sikit. Aku tak suka lambat-lambat. Kau tahukan perlawanan ini penting buat aku. Aku akan pastikan kemenangan milik PSADC Malaysia.”

“Yes,bos!”


***

Ejen Leo masih menunggu Tuan Ghaz di dalam bilik. Laporan dan rekod penyiasatan berkenaan ‘kes’ yang melanda PSADC di tangannya. Kini sudah lima hari berlalu. Peristiwa lima hari lepas masih segar dalam ingatannya. Peristiwa itu sungguh tragis dan paling pahit. Namun, kepahitan itu sedikit demi sedikit bertukar manis, semanis madu agaknya.

 

Pertandingan Debat telah ditunda!

 

Ya. Gara-gara tiga daripada enam ejen yang bertanding mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

Pelik tapi benar.

Hanya Ejen Leo dan dua orang lagi ejen yang tidak mengalami gejala tersebut, Ejen Atid Decha dan Ejen Yola Sandra.

Leo mula mengesyaki ada seseorang yang cuba main kotor dalam pertandingan ini. Dia sedaya upaya menyiasat tentang kes tersebut. Orang yang disyakinya tidak lain tidak bukan rakan perdebatannya sendiri, Ejen Yola Sandra.

“Perempuan itu betul-betul kapak yang ‘tajam’.” Desir hati Leo.

Tajam, mampu menghiris kulit tanpa sedar dan mampu mengelar diri, diam-diam.

 

Peristiwa itu terimbas kembali diingatan Ejen Leo. Pada hari pertandingan, ketika itu dia sedang duduk di lobi, menanti untuk dibawa ke dewan makan yang akan mengumpulkan keenam-enam ejen yang bertandinga pada malam itu. Tidak semena-mena dia melihat kesibukan Caprice sungguh luar biasa.

Caprice yang dilantik sebagai pengurus kebajikan peserta kelihatan tidak menang tangan untuk menangani kes ini apabila dia menerima panggilan daripada tiga orang ejen yang bertanding mengadu bahawa mereka mengalami keracunan makanan yang serius.


Ketiga-tiga ejen terpaksa dikejarkan ke bilik rawatan PSADC.


Seingat dia, juadah yang disediakan sudah pun diuji terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ejen-ejen untuk dijamah.


Bagaimana mungkin juadah tersebut telah tercemar.


Ejen Leo meminta agar Caprice tidak melibatkan pihak polis dalam hal ini. Apa guna menjadi ejen, jika hal sekecil ini dia tidak dapat selesaikan. Caprice hanya mengangguk bersetuju dengan cadangan Ejen Leo. Tuan Ghaz selaku pengerusi PSADC juga setuju jika hal ini tidak melibatkan penyiasatan pihak polis. Biarlah dia dan ejen PSADC sahaja yang menyelesaikannya. Hal ini demi kebaikan reputasi PSADC.


“Leo, tolong siasat hal ini betul-betul. Belum pernah dalam sejarah, pertandingan debat ditangguhkan. Tolong selidik betul-betul.” kata Tuan Ghaz.

“Baik.” Balas Ejen Leo.

Bagaimana mungkin pertandingan debat diteruskan jika hanya ada tiga orang ejen sahaja. Kondisi tidak mengizinkan pertandingan tersebut diadakan. Ia akan ditunda dan terus ditunda sehingga ke suatu tarikh yang betul-betul sesuai.

 

Ejen Leo berlari menuju ke bilik pengawasan CCTV untuk melihat rakaman asal keluar masuk individu ke dalam bilik makan para peserta. Setelah diteliti rakaman tersebut, dia perasan pada minit ke 3:59 yang mana terdapat seorang pelayan yang mencurigakan. Ada sesuatu yang aneh pada diri perempuan pelayan itu. Bukan pada bahagian baju, tetapi pada bahagian kocek seluarnya. Terdapat sesuatu yang terjuntai keluar daripada kocek seluar itu.

Keychain rama-rama.

Rakaman di ‘pause’ seketika.

Ejen Leo meminta pegawai yang bertugas di bilik CCTV untuk membesarkan imej tersebut. Renungan Ejen Leo tajam. Dia seperti pernah melihat benda itu tetapi dia tidak begitu pasti bila dan di mana dia menemui keychain rama-rama tersebut. Butang ‘play’ dimainkan. Rakaman tersebut mengalami gangguan dan akhirnya skrin menjadi gelap.

“Individu itu dah boleh agak yang bukti rakaman kamera litar tertutup ini akan menjadi bukti utama. Jadi, dia rosakkan kamera tersebut. Sayangnya, dia belum pakar untuk merosakkan CCTV ini secara keseluruhannya. Pembayang tak terarah melainkan hanya pada ‘keychain rama-rama’ berwarna kuning.” Leo bermonolog luaran seorang diri. Tangannya disilang dan dia kembali berfikir lagi.

 

“Kat mana aku pernah nampak lambang rama-rama ni?” Ejen Leo masih berteka-teki. Fikirannya masih ligat memancing jawapan.

Ejen Leo mengeluarkan telefon pintar, disentuh skrin pada mode camera. Gambar imej tersebut kini terakam dalam cip memori telefon pintarnya.

“Hakim, tolong buat satu salinan soft copy rakaman ini kemudian hantar kepada saya.” Arah Ejen Leo kepada pegawai CCTV yang bernama Hakim. Hakim segera melaksanakan arahan yang diterimanya. Rakaman tersebut disimpan dalam sebuah pendrive.

“Ya!…Tatu rama-rama pada lengan kanan Ejen Yola Sandra!” Katanya sambil memetik jari.

Ejen Leo bergegas ke tempat kejadian. Dia terus menghubungi Caprice dan berpesan supaya segala set makanan dan peralatan di dalam bilik itu tidak diusik bagi memudahkan dia menemui bukti. Tiada seorang pun individu yang dibenarkan keluar daripada bilik itu. Kekal dan terus kekal di dalamnya. Kumpulkan semua individu di suatu sudut supaya tiada individu yang akan mengubah bukti yang ada.

Sebaik sahaja Ejen Leo melangkah masuk, dia melulu ke arah meja makan. Satu persatu menu diperhatikan. Akhirnya langkahnya terhenti di antara menu nasi ayam dan kek cawan.

“Tolong panggilkan tukang masak.” Arahnya.

Seorang lelaki tua berusia dalam lingkungan 50 tahun hadir.

“Boleh tunjuk hidangan yang tuan sediakan.”

“Boleh.” Kata tukang masak itu.

Semua mata memerhatikan cara Ejen Leo menyelesaikan masalah. Ada yang merungut kerana mereka tidak tahu menahu tentang kes ini dan akhirnya dihalang daripada meninggalkan tempat tersebut, mereka terpaksa terlibat.

“Tolong beri kerjasama.” Pinta Caprice.

“Nasi ayam, sos dan kicap nasi ayam, sayur campur, sagu gula melaka, kek lobak merah, air sunquick. Eh, bila masa pula aku masak cupcake ini?!”

Cupcake?”

“Menu ni tak ada dalam senarai masakan saya.”

“Betul ke? Tuan pasti menu cupcake ini bukan tuan yang sediakan?”

“Saya pasti. Saya berani kerat tangan. Takkanlah saya lupa apa yang saya masak? Saya memang dah tua, tapi ingatan saya masih kuat.” Jelasnya dengan lebar panjang. Tukang masak mula nak naik angin.

“Baik. Saya hanya menjalankan tugas. Saya tanya, tuan beri kerjasama untuk jawab. Itu saja. Mudahkan.” Terang Ejen Leo kepada tukang masak itu kembali.

“Saya akan ambil sampel kek ni untuk diuji. Boleh ambilkan plastik.”pinta Ejen Leo cuba bermanis muka. Tukang masak masih dingin. Mood terganggu.

Dia melemparkan bungkusan plastik ke atas meja.

Semua di situ terkejut.

Setelah itu tukang masak mula bersuara, “Ada apa-apa lagi ke tuan ejen?” Suaranya sedikit meninggi.

“Tak ada apa-apa. Itu sahaja. Terima kasih.” Jawab Ejen Leo sambil tersenyum paksa.

Ejen Leo mengambil sampel kek cawan. Maaf, bukan satu tetapi tiga biji kek cawan. Fikirannya ligat mencari helah. Helah yang akan membawa dia kepada pesalah. Biar pesalah itu yang mengaku sendiri kesalahannya.

“Caprice, suraikan pelayan yang lain kecuali…Ejen Atid dan Ejen Yola Sandra. Aku nak buat perjumpaan 6 mata dengan mereka berdua.” Pesan Ejen Leo lagi.

“Yes, bos.” jawab Caprice.

Patuh seperti biasa.

 

***

Suasana bilik tetamu kembali senyap. Caprice meninggalkan Ejen Leo bersama-sama Ejen Atid dan Ejen Yola. Ruangan sofa menjadi titik lokasi penyiasatan.

“Ejen Atid. Kau berada di mana pada jam 7.30 malam tadi?”

“Aku masih di bilik hotel.”

“Pukul berapa kau turun makan malam?”

“7.30 malam. Jangan nak suspicious sangat boleh? Kau ejen, aku ejen. Tak akan ejen nak tikam ejen. Aku tahu kau nak siasat. Kau ingat kau sorang je ejen. Aku pun ejen jugak.”

“Kenapa kau tiba-tiba menghilangkan diri?”

“Aku tertinggal telefon. Aku naik bilik semula. Aku jarang nak jamah makanan sebelum bertanding. Tak lalu.”

“Kau lapar?”

“Mestilah aku lapar.” Balas Ejen Atid acuh tak acuh.

Ejen Leo menghubungi Caprice melalui telefon pintarnya. “Caprice, masuk.”

Arah Ejen Leo.

Caprice masuk dengan membawa makanan. Lauk nasi ayam dan cupcake. Makanan dihidangkan di atas meja makan. Kesemua ejen mengambil tempat di meja makan.

“Ejen Leo, tinggal juadah ini je. Yang lain semua dah habis.” Makluman Caprice selepas menghidangkan juadah makanan tersebut.

“Ini pun rezeki Caprice. Sedap pulak cupcake ini. Oh, ya ada sesiapa tahu kat mana boleh aku order cupcake ni.” Balas Ejen Leo sengaja mencuri tumpuan Ejen Yola.

Tak berkelip Caprice memandang Ejen Yola.

Ejen Yola hanya tersenyum hambar. Dia langsung tak tertarik dengan pandangan Caprice. Caprice kembali memuncungkan mulutnya. Belum Ejen Leo mengarahkan Caprice untuk keluar, Caprice terlebih dahulu meninggalkan bilik tetamu.

‘Caprice, Caprice kan aku dah bagi amaran tadi.’ Seru hati kecil Ejen Leo.

Kesemua mata memandang juadah makanan. Ejen Leo melihat reaksi kedua-dua ejen. Ejen Atid sedikit teruja. Terlihat kegembiraan terpancar dari balik wajahnya. Dia tidak sabar-sabar untuk makan.

Berbeza pula reaksi Ejen Yola.

Matanya tidak lekang memandang juadah makanan. Ya, dia memandang cupcake. Bukan kerana lapar tetapi kerana dia tahu muslihatnya bakal terbongkar sekejap lagi.

“Ejen Yola?”

“Ya!” Balasnya. Lamunan sedikit tersentak.

“Are you okay?”

“Ya. Okay.” Balasnya.

“Nah, ambil cupcake ni!” Ejen Leo menyuakan piring berisi cupcake kepada Ejen Yola.

Ejen Leo turut menjamah cupcake tersebut manakala Ejen Yola teragak-agak untuk menjamah cupcake tersebut.

“Eh, apa ni?” Ejen Atid terasa memijak sesuatu. Kakinya menguis-nguis benda tersebut. Lalu dia tunduk dan mencapai sebatang pen yang reka bentuknya sungguh unik. Pen berbentuk Flamingo. Ejen Atid memerhati pen tersebut lalu serta-merta dia menyimpan pen itu di dalam poket kot kelabunya.

“Tak ada apa-apa.” Maklum Ejen Atid sambil melahap makanan yang tersedia dihidang. Ejen Yola tersenyum sinis.

“Ejen Leo, kau diet jugak ke?” Soal Ejen Atid hairan melihat Ejen Leo hanya menjamah cupcake.

“Kalau kau hilang selera sebelum pertandingan, cukuplah selera aku hilang bila tengok kau makan. Kau ni makan ke malantak? Macam tak makan setahun je?” Sindir Ejen Leo kepada Ejen Atid.

“Cara makan Ejen Atid ni suatu seni yang tak ada pada ejen-ejen lain. Nak tahu tak apa nama seni tu?”

“Apa namanya Ejen Yola?” Serta-merta Ejen Atid berhenti mengunyah.

“Seni melahap!” Tajam.

Glurp… Er…” Tiba-tiba cara makan Ejen Atid berubah 360 darjah. Dia makan dengan gaya beretiket di meja makan.

Ejen Yola menjeling. Kek cawan dicobek kecil, lalu disuapkan ke mulut. Suapan terpaksa bukan atas kerelaannya. Tindakannya itu menyebabkan lengan bajunya terselak hingga siku, kelihatan tatu rama-rama berwarna kuning di lengan Ejen Yola. Mata Ejen Leo tertancap di situ. Cepat-cepat lengan bajunya dijatuhkan.

Ejen Yola pula diuji.

Dia masih berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Keringat di dahi mula menitik.

“Ejen Yola, kau panas ke?”

“Tak.” Jawabnya ringkas. Ejen Yola terus menyuapkan kek cawan ke mulutnya sehingga habis.

Setelah selesai makan, Ejen Leo melihat semua juadah makanan yang dihidangkan kepada Ejen Atid sudah licin manakala, makanan berat yang dihidangkan kepada Ejen Yola masih tidak terusik. Hanya kek cawan sahaja disentuhnya.

Setelah makan, Ejen Leo meneruskan lagi beberapa soalan kepada Ejen Atid dan setelah berpuas hati Ejen Atid dibenarkan untuk meninggalkan bilik tetamu itu.

“Aku rasa penyiasatan ini dah tamat, terima kasih Ejen Atid.”

Ejen Yola menunjukkan riak tidak puas hati.

“Aku nak sambung penyiasatan ke atas Ejen Yola.”

“Khob khun krab.” Kata Ejen Atid.

“Mai pen rai.” Balas Ejen Leo yang tahu sikit-sikit berbahasa Thailand.

Ejen Atid sudah meninggalkan bilik tetamu.

Ejen Yola memandang Ejen Leo.

Rupa-rupanya mereka saling pandang antara satu sama lain.

“Boleh percepatkan siasatan. Aku dah mengantuk.”

“Baru jam 10 Ejen Yola. Malam masih muda.” Katanya sambil mengeyitkan mata.

Khayalannya tersentak.

Wajah lelaki separuh abad itu menjelma di hadapannya. Dia menyerahkan fail laporan kesihatan kepada Tuan Ghaz. Sambil Tuan Ghaz meneliti laporan tersebut, semakin tajam renungan Ejen Leo dan semakin susah untuk dia memadamkan api kemarahan yang meluap-luap itu.

“Bagaimana siasatan kes keracunan makanan tu? Dah dapat tahu siapa pelakunya?” Soal Tuan Ghaz kepada Ejen Leo.

“Hasil ujian makmal, sampel kek cawan itu bukanlah penyebabnya. Kek tu selamat untuk dimakan.”

“Habis tu, macam mana tiga daripada enam pendebat boleh mengalami gejala cirit birit?” Soalnya keras.

“Saya rasa masalah ini berpunca daripada kebersihan dapur cafe yang tidak diselia dengan baik. Masalah pembiakan lalat di dapur cafe perlu ditangani segera. Ejen Atid...”

“Kenapa dengan Ejen Atid?” Soal Tuan Ghaz ingin tahu.

“Selepas penyiasiatan tu, dia pula yang mengalami cirit- birit. Malam tu, saya minta Caprice hidangkan makanan dari cafe dan Ejen Atid makan makanan tu.” Ujar Ejen Leo.

“Kau tak makan?”

“Makan. Saya dan Ejen Yola makan cupcakes. Kebetulan malam itu tekak saya tak berselera untuk jamah makanan berat, jadi pilihan yang ada hanyalah cupcakes.” katanya. “Saya tak tahu pula cafe PSADC pusat pembiakan lalat?” Soal Ejen Leo menikam kembali pertanyaan Tuan Pengerusi PSADC. Air muka Tuan Ghaz berubah kelat.

“Arahkan supaya cafe ditutup selama seminggu untuk kerja-kerja pembersihan. Aku tak mahu perkara ini berulang lagi.” Tegas lelaki berusia emas itu lagi.

“Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.”

“Leo, aku tak suka lalat. Kalau ada lalat yang terbang menghinggap makanan aku, aku akan hapuskan lalat tu.” Amaran Tuan Ghaz.

Leo sempat menitipkan balasan atas kata-kata Tuan Ghaz.

“Tuan Ghaz, hanya kerana lalat, medan perdebatan PSADC musnah. Tak banyak saya minta, sebelum kita salahkan lalat, lebih baik kita kaji kesalahan kita terlebih dahulu.” Killing two birds with one stone.

Ejen Leo puas.

 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes