Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,842
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

" Macam ni la kawan aku." Riang hati Amanda mendengar ayat akhir teman baiknya itu.

"Acih, wedding anak perempuan Puan Sri Mariam bulan enam ni. Jadi banyak masa lagi. Setakat baju kebaya songket. Kacang la. Small the pieces! Berkenaan special order ni, Puan Sri Mariam nak kita siapkan sekitar bulan tiga macam tu. Dia nak menyambut ulang tahun kelahiran cucunya." Terang Amanda.

"Okay, now we should focus on Puan Sri Mariam grandchildren birthday celebration first. So what's the theme?" Tanya Kasih sambil memegang buku notanya bersama pensil di tangan kiri. Kasih seorang kidal.

" Berkaitan tema majlis dan kostum tu, Puan Sri minta kita berjumpa dengan anak dia dalam minggu ni. Buat masa ni kau draf dulu kostum kanak-kanak. Kau kan kreatif. Lepas dah dapat tema yang sesuai barulah design yang sebenar." Sambung Amanda tentang pesanan Puan Sri Mariam lalu merujuk Kasih sebagai perekanya.

" Aik, kenapa aku pulak yang kena design? dan nak kena redesign pulak tu! Amboi, nak lepas tangan la tu! Pandai!!!" Hampir tersedak Kasih tatkala Amanda merujuk dirinya sebagai pereka kostum kanak-kanak itu.

"Amin. Sekali lagi kau mendoakan aku." Laju saja perkataan 'amin' terpancul keluar dari mulut Amanda. Bangga sungguh dia Kasih sering 'memuji' dirinya. Kata orang pujian yang terkeluar secara spontan itu, doa. Kiranya in shaa Allah mustajab la.

"Siapa kata aku nak puji kau. Air ni sedap...pandai Abang Karim buat air." Kasih cuba memutar ayat. Naik lemak pula Amanda selalu mengenakannya. Tak salah jika sekali sekala dia mengenakan Amanda. Hujung ayatnya berselang ketawa mengejek.

"Dah habis ketawakan aku Acih?" Amanda kembali mencuka.

"Ala, janganlah merajuk. Kau ni sensitif pula." Kasih sudah arif dengan perangai Amanda, lalu dia terus memujuknya.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana seorang pelayan lelaki datang menyerahkan sebotol minuman 100 Plus berperisa oren bersama-sama sekeping kad kepada Kasih.

"Cik, nah, lelaki yang berjaket hitam tu beri kepada cik bertudung merah." Kata pelayan lelaki yang memakai apron oren itu.

Kasih membuka kad yang dipegangnya.

"Keep Calm, and start a good work." –I’m Yours

"I’m Yours,…" bisik Kasih lalu dia berlari ke pintu masuk kedai makan. Lelaki berjaket hitam sudah ghaib dari pandangannya.

Amanda yang turut berada di belakang Kasih sejak tadi mula bersuara. " Acih, bak sini kad tu."

Selamba Amanda menarik kad dari tangan Kasih.

I’m Yours? Aik, sejak bila pulak Jason Mraz ada hubungan cintan dengan kau hah? Nak berI’m Yours pulak.”

" 100 Plus kat tangan tu kalau rasa dah kenyang boleh la derma kat aku yang tengah lemah tak berdaya ni. Tiba-tiba pening kepala. Macam nak demam!" Belum sempat Kasih membalas Amanda menyambar botol 100 Plus.

“ Terima kasih.” Selamba Amanda membuka tudung botol 100 Plus berperisa oren. Seteguk, dua teguk dan dia kembali menutup botol tersebut dan menyerahkan kepada Kasih.

Dahinya berkerut seribu, “ Agak-agak kau Kasih, siapalah yang beri 100 Plus berperisa oren ni? Kau ada sesiapa tak nak suspek?” Soal Amanda seperti seorang detektif.

"Entah." Jawapan Kasih ringkas. Dengan wajah yang masih lagi kebingungan, Kasih kembali ke meja makan. Saat ini, dia hanya terbayangkan satu wajah sahaja. Wajah seorang remaja yang hilang akibat dibawa arus deras tujuh tahun lalu. Tapi tak mungkin remaja yang telah disahkan mati itu yang menghantar kad tersebut.

Kasih menekup wajahnya dengan skaf biru. "Kashafff!" Katanya lalu skaf terpisah daripada wajah mulusnya, namun matanya masih terpejam rapat seperti ingin menenangkan diri dari peristiwa yang menimpanya tadi.

“Kashaf?? Erk... Kasih… Kashaf kan dah tak ada.” Amanda cuba meredakan ketegangan. Bahu Kasih digosok lembut. Mata Amanda mencerlung tepat pada botol 100 Plus yang diteguknya itu. Walau dua kali tegukkan, hampir separuh sahaja air itu sudah berbaki. 

"Takkan hantu yang belanja air tu! Alamak, bukan main aku teguk..., balik ni nak kena muntah balik," omelan Amanda takut-takut.

“Okay, kita sambung bincang kemudian bab kostum ni. Aku tengok kau bukan makin tenang. Kusut ada la! Ambil 100 Plus ni minum. Semoga kekusutan kau reda.” Amanda merenung Kasih sambil menghulurkan botol 100 Plus.

Amanda tidak mahu mengusutkan lagi pemikiran Kasih, biarlah Kasih tenang dahulu. Baru dia berbincang kembali tentang urusan kostum itu. Kad masih dipegang Amanda. Lalu dia menutup rapat menemukan kedua-dua belah sisi kad secara rapi.

"Balik nanti wajib muntah!" Tegas Amanda.

"Apa?" Kasih kebingungan. " Kau kata wajib apa?" Tanya Kasih kembali.

"Wajibbb ... hah...wajib 'muntahkedarah' 100 Plus ni. Mak Cik aku kata orang Penang bila suka makan sesuatu, mereka kata macam tu!"

"Oh, nah ambillah." Kasih menghulurkan botol 100 Plus kepada Amanda sambil memicit-micit kepalanya.

"Eh, tak apa...tak apa...! Aku dah kenyang. Jom la balik." 

Amanda tidak bertangguh lagi, kali ini dia yang langkah seribu.

 

 

 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes