Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Noah tergamam. Ngilu rasanya.

 

Kasih pula meninggalkan kereta lalu terus berjalan di tepi jalan raya tanpa mengharapkan belas ihsan daripada sesiapa.

 

Kasih meninggalkan Noah yang seperti dikelar dua belas.

 

Tekaan Noah betul, terlihat reaksi gembira pemandu-pemandu Mercedes Benz hitam dan putih. Noah tidak mampu membiarkan Kasih pergi seorang diri. Nak-nak lagi telefon pintarnya sudah rosak. Bagaimana Kasih ingin menghubungi keluarganya. Jangankan keluarga, nak buat pesanan e-hailing atau cab pun dia tak akan mampu.

 

Dengan keadaan tangan Kasih yang masih berbalut, Noah tak akan mementingkan egonya dalam hal ini. Nilai kemanusiaan itu perlu kena pada tempatnya. Noah memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar dari kereta lalu mendapatkan Kasih.

 

Noah menghulurkan wang kepada Kasih.

“We’re still in journey. I won’t take it until I fulfill my task.”

Sekadar ayat ‘alasan’.

 

Kasih memandang Noah bersilih ganti dengan telefon pintarnya yang sudah menggelap. Tiba-tiba dia mencangkung lalu jatuh terduduk. Kasih menangis semahu-mahunya. Dia sedih untuk segala-gala yang terjadi kepada dirinya sejak semalam dan hari ini. Kasih menangis semahu-mahunya.

 

Kali ini Noah pula dilihat seperti kekasih yang tak bertanggungjawab.“Ahhh…kenapa kau menangis?” Getus Noah sambil membetulkan topi untuk menutup sedikit wajahnya agar tidak dikenali umum.

 

“Aku cuma nak kau masuk ke dalam kereta dan kemudian aku hantar kau pergi baiki telefon pintar tu.” Tegas Noah.

 

Kasih masih lagi meraung.

 

“Apa lagi perempuan ni! Dia nak aku minta maaf ke baru dia masuk dalam kereta?” Bisiknya lagi.

 

“Okay, okay…I’m sorry.” Wajahnya mencuka sambil kening dan dahi berkerut.

 

Ada beberapa buah kenderaan memperlahankan kenderaan menyaksikan sketsa ini. Tak kurang ada penumpang yang cukup-cukup mengenali Noah Kashman. Individu tersebut merakam moment itu untuk disensasikan. Apabila tular, mesti akan menjadi topik hangat para netizen.

Caption: Wanita XXL kekasih Noah Kashman.

Post.

 

“Saya menangis sebab dah sehari ibu saya tak cakap dengan saya. Dah tu telefon saya pulak rosak pagi tadi. Bertalu-talu masalah saya hadap sejak kenal dengan Encik Noah. Arghhh…rrr..rrr… Keadaan saya macam ni pun Encik Noah masih nak mementingkan diri. Kejam, kejam. Tak ada nilai perikemanusiaan langsung. Tuduh saya pinjam Along. Apa muka saya ni nampak macam muka orang suka berhutang ke?” Tanyanya sambil teresak-esak.

 

Wajahnya sudah dibasahi dengan linangan air mata. Habis make-up cair. Maskara yang dikenakan bukanlah kalis air. Akibatnya, air mata yang bercampur maskara itu telah membentuk lingkaran hitam di sekeliling matanya. Turut mengalir air mata hitam di pipinya. Ketika itu, dia sudah kelihatan seperti momok. Menakutkan.

 

Noah turut sama duduk mencangkung. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluar kemudian diberikan kepada Kasih. Kasih menyambut sapu tangan itu, lalu dia menekap hidungnya. Berulang-ulang kali dia mendengus keras. Tangisan yang begitu dalam maknanya menghasilkan hingus yang banyak sehingga sapu tangan Noah Kashman basah. Bukan basah dengan air mata tetapi dengan lendir-lendir hingus Kasih. Kasih tahu dia nampak menjengkilkan.

 

“Terima kasih. Nanti saya basuh sapu tangan ni dan pulangkan kepada Encik Noah. Jangan risau saya letak pembasmi kuman sekali.” Tegasnya.

 

“Tak payah. Aku dah halalkan sapu tangan tu. Tak payah basuh. Buang je terus.” Arahnya. Rasa menjengkilkan.

 

“Arr..”

 

“Boleh tak kau cepat sikit. Aku ni kejar target tau. Kalau aku tak sampai destinasi dalam tempoh yang ditetapkan, gagal la aku. Ini pun dah lambat. Hari pertama je, bonus dah kena potong. Seumur hidup aku, performance kerja aku tip top.  

But once I met you,…rrrr…” Noah tak jadi menghabiskan ayatnya. Wajah Kasih sudah seperti Panda.

 

“But once you met me?” Ulangan Kasih. Dia tidak lagi menangis.

 

Noah mematikan niatnya untuk mengatakan perasaan marahnya sejak dia dipertemukan dengan Kasih semua kepercayaan dan kepentingan dirinya sudah hilang. Terutamanya kepercayaan mamanya. Mamanya lebih mementingkan orang luar berbanding dirinya. Walaupun dia dan Puan Sri Mariam hanyalah sekadar hubungan emak dan anak tiri tetapi Noah tak pernah mewujudkan label ‘tiri’ itu. Dia sayangkan Puan Sri Mariam seperti ibu kandungnya.

 

“Cepatlah.” Arah Noah.

 

“Yelah, yelah. Tunggu kejap saya nak bangun.”

 

Kasih menampan tangan kiri di atas lantai jalan. Sekuat kudrat dia cuba menolak dirinya untuk melutut sebelum kaki kanan memijak permukaan jalan. Diikuti kaki kiri pula memijak permukaan jalan raya.

 

Noah sudah berada dalam keretanya. Begitu juga Kasih.

 

Kereta Mersedes Benz sudah hilang dan tidak kelihatan. Noah meneruskan pemanduan sehingga ke destinasi yang Kasih ingin tuju.

 

 

Tempoh 30 minit sudah berlalu, Kasih kini di dalam kedai buku. Terapi yang paling menyeronokkan. Dia suka melihat buku. Lagi-lagi buku-buku yang tersusun kemas di rak kedai buku. Tengok muka hadapan saja sudah mengembalikan ketenangan inikan pula membeli dan membaca buku-buku tersebut.

 

Ingatannya terimbas semula pada detik sebelum dia melangkah keluar dari kereta Grab Noah Kashman.

 

Give me your Smartphone.” Pinta Noah.

 

“Encik Noah nak buat apa dengan telefon saya yang dah rosak ni?” Soal Kasih dalam nada kehairanan.

 

“Kau nak pergi mana tadi?” Soalnya lelaki itu lagi.

 

“Kedai buku.”

 

“Tunggu aku kat sana. Within less than one hour, I’ll be there.” Tegasnya.

 

Kasih kembali ke alam nyata.

 

‘Dia nak buat apa dengan smartphone aku yang dah rosak tu? Nak tolong baiki ke? Tapi kenapa dia yang beria-ria nak tolong baiki? Kan aku yang buat rosak smartphone tu. Kenapa dia baik sangat dengan aku? Bukan ke dia tu berlagak. Jangan-jangan dia terasa dengan kata-kata aku tadi. Aishhh, buatnya dia beritahu Puan Sri Mariam, habis aku. Kalau Puan Sri Mariam batalkan semua tempahan baju, lagi pening aku nak jawab dengan Amanda. Adui, kalau aku minta maaf, sempat tak? Aku kena cari Noah Kashman dan jelaskan apa yang aku cakap tadi tu tak disengajakan. Aku tak berniat untuk cakap macam tu. Ya, aku kena cari dia.’

 

Monolog dalaman itu mendebarkan hati Kasih. Takut dia dibuatnya jika tempahan pakaian dibatalkan gara-gara sikapnya yang cakap lepas kepada anak lelaki Puan Sri Mariam.

 

Kasih meletakkan beberapa buah buku di atas raknya kembali. Sedang dia mengatur langkah laju ke sebuah rak di bahagian hujung kedai, dia terlihat susuk tubuh pemandu Mercedez Benz Hitam yang sedang berpura-pura membaca majalah. Kasih tidak sedap hati. Dilajukan langkah membelok ke ruangan rak buku yang lain. Dia sekali lagi bertentang mata dengan lelaki Mercedez Benz berwarna putih yang kini sudah bertentang mata dengannya melalui celah-celah ruangan buku yang kosong. Kini mereka dipisahkan antara rak buku. Kasih membatalkan hasratnya untuk menyimpan kembali buku-buku yang diambil tadi. Jantungnya kencang seperti dikejar oleh pemburu serigala.

 

Bagaimana mungkin serigala tak kenal pemburunya. Laju langkah kakinya membawa dia entah ke blok-blok rak buku yang bukan menjadi laluan kesukaannya. Rak buku-buku Undang-undang. Berhenti di suatu ruang. Tiba di situ, dia menarik nafas kecut perutnya. Diundurkan bebrapa langkah ke belakang. Tidak disedari seseorang sedang leka menghayati bacaan beberapa buah buku undang-undang lalu tidak semena-mena tubuhnya terberetuh individu tersebut. 


Kali ini bukan lagu Dealova yang kedengaran tetapi kata hatinya tersisa kata-kata ‘Dia lagi’.

 

Den, Pan-Asia, kekasih hati Mak Salmah a.k.a cikgu sekolah memandu dan sekarang sekali lagi mereka bertemu di kedai buku.

 

Rak undang-undang?

 

Mata menatap lama dan ini pertemuan kali ketiga.

 

Dia, Den dan kedai buku.

 

***

 

“Awak tak apa-apa?” Soal Den memeriksa ketidakselesaan pada riak wajah Kasih.

“Saya okay.” Kali ini Kasih terpaksa menipu.

Mereka sudah berada di luar kedai buku. Ingin melarikan diri daripada dua orang lelaki yang cuba mengekorinya sejak dari dalam kereta Noah Kashman. Apa yang sebenarnya lelaki-lelaki itu mahukan daripada dirinya. Dia tidak mempunyai tarikan bahkan dia bukan juga anak orang ‘have, have’. 

 

‘Auh’ Tangan kiri menyentuh lembut tangan kanannya yang masih bersimen.

 

Den melirik ke tangan Kasih.

 

“Kalau awak nak balik, jom saya hantarkan.” Pelawa Leo.

 

Leo Arden mempelawa kerana dia sudah tahu lokasi rumah Kasih. Kasih jadi serba salah. Telefon pintarnya diambil Noah dan sedari tadi masih belum muncul-muncul lagi. Gelagat Kasih seperti cacing kepanasan itu ditenung lama Leo. Mana tidaknya, pertanyaan Leo tidak dijawab.

 

“Encik Den, tak payah susah-susah. Saya dah besar, boleh balik sendiri. Lagipun saya tak akan sesekali ikut orang yang saya tak kenal. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Kasih mengakhiri perbualan. Berlama-lamaan dengan seseorang yang tidak dikenali atau lebih tepat lagi, seseorang yang baharu sahaja dia kenali, adalah subjek yang tidak sesuai untuk dibualkan. Belum sempat dia ingin pergi, Noah Kashman muncul menghalang jalannya.

 

“Nah, ambil ni!” Arah Noah sambil menghulur kasar beg kertas bersaiz 20mm x 20mm. Beg kertas berwarna putih itu disambut oleh Kasih. Terdapat sebuah kotak berwarna putih berlambang buah ‘Epal’ di hadapannya.

 

‘What? Apple?’ Jerit hati Kasih sambil mata terbeliak. Namun, apabila disedari dirinya ‘jakun’ , riak wajah kembali normal.

 

“Apa ni Encik Noah? Ini bukan telefon saya. Bagi balik telefon saya yang Encik Noah ambil tadi. Cepat laaa.” Tangan kanannya menghulur balas kasar beg kertas ke arah dada Noah. Bahasanya juga kasar. Agaknya protes atas apa yang terjadi dan apa yang telah menimpa dirinya.

 

“Telefon kau yang cikai tu aku dah buang. Rosak. Bersyukur la sikit, aku belikan kau iPhone tau, version terkini. Perempuan lain kalau dapat dah sujud syukur.” Katanya seraya menyarung kembali kaca mata hitam.

 

Kasih tiada pilihan melainkan dia mengambil telefon pintar ini. Hendak pergi ke mana-mana mesti memerlukan alat telekomunikasi. Jika tiada, maka lemah la dia. Susah untuk dia berhubung dengan orang. Sambil membelek-belek iPhone miliknya itu, dia sempat menyumpah-nyumpah Noah Kashman sehingga kata-katanya yang sedikit berbisik itu didengari Leo.

 

“Eleh, sujud syukur konon. Entah-entah tahu cakap je, sujud syukur pun tak pernah!”

 

Leo menekup bibirnya saat mendengar ejekkan Kasih.

 

“Kau kata apa?” Noah mencelah laju. Kali ini, dia ada aura tidak puas hati, dia tahu Kasih ada mengatakan sesuatu kepada dirinya.

 

“Mana ada saya cakap apa-apa? Ini ha, macam mana nak guna ni? Saya bukan pandai pun guna iPhone 11. Dah satu masalah pula.” Adu Kasih. Dia buntu. Jadi ‘orang bodoh’ teknologi gara-gara iPhone, dia seperti tak tahu untuk mendail nombor telefon bahkan bukan hanya mendail nombor, membuka papan kekunci pun dia tidak tahu.

 

Buntang mata Kasih tatkala Leo Arden menyambar telefon di tangannya terlebih dahulu sebelum Noah Kashman berbuat demikian. Leo Arden masih di situ, tidak berganjak. Lelaki ini mahu apa daripada dirinya?

 

Leo Arden membuka papan kekunci dengan menekan bahagian butang lebar di sebelah kanan. Sejurus kemudian, lambang Epal yang digigit sebahagian muncul.

 

“Untuk on tekan di sebelah sini tapi bila nak off picit butang sebelah kiri. Butang kedua.” Leo menyerahkan kembali telefon itu kepada Kasih.

 

“Terima kasih.” Seraya itu Kasih mengucapkan tanda penghargaan.

 

“Kasih, siapa ni?” Noah Kashman memuncungkan mulutnya ke depan. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Leo.

 

“Saya Den. Bakal…” Leo Arden sengaja memberhentikan ayat tersebut. Sambil menunggu reaksi Noah, dia melihat Kasih turut terkejut sekali gus Leo sudah membuat Kasih darah gemuruh.

 

‘Bakal apa pulak ni? Eh, Den jangan macam-macam hah!’ Bisik hatinya.

 

“Bakal?” Riak Noah kembali serius.

 

“Ya…bakal guru memandu Kasih.” Sambung Leo lagi. “Kan, Kasih?” Leo mengisyaratkan Kasih untuk bersetuju dengan kenyataannya.

 

Noah mula ketawa berdekah-dekah. Mungkin dia ingin melindungi riak seriusnya tadi. “Serius Bro, aku mati-mati ingat kau bakal suami dia ni. I can’t believed it! Fuhhh…”

 

“Encik Noah, pernah makan buah epal elektronik tak? Jangan sampai iPhone 11 ni melayang kat muka Encik Noah. Apa? Ingat saya ni tak laku ke? Saya akan buktikan yang saya ini lagi mahal dari iPhone ni, lagi mahal dari kereta BMW semua series tu, lagi mahal dari baju pengantin yang Encik Noah tempah dengan saya tu! Paling mahal dan tak ada tandingan.” Amaran Kasih. Sedar tak sedar, diri Noah sudah bersandar di dinding akibat gerak tubuh Kasih menghampiri garang. Dia juga macam percaya tak percaya mampu mengubah air muka Noah Kashman.

 

Kasih meminta Leo untuk menunjukkan cara membuka gallery. Dia mahu menyemak sama ada Noah Kashman memindahkan kesemua maklumat penting dari dalam telefon pintar lamanya ke iPhone 11 ini. Sedang asyik Kasih memerhatikan foto dan gambar yang tersimpan dalam Leo Arden tertangkap kepada seraut tubuh yang amat dikenalinya. Dia memandang Kasih. Wajah seorang lelaki bersama-sama seorang perempuan dan seorang bayi perempuan. Gambar lama.

 

“Kasih.” Leo merampas telefon pintarnya. “Ini siapa?” Soalnya lagi.

 

“Ini saya.” jawab Kasih ringkas.

 

Leo memandang Kasih dengan sayu. Matanya berkaca tiba-tiba.

 

Tiada siapa tahu mengapa saat itu mata Leo berkaca dan biarlah dia memegang erat rahsia itu. Pertunjuk demi pertunjuk dia temui, dan dia pasti pertemuan dia dan Kasih tidak pernah salah.

 

Noah kembali kecut perut. Dia menepuk-nepuk bahu Leo sambil jari telunjuk terarah ke susuk tubuh agam dua orang pemandu Mercedes Benz putih dan hitam menghampiri mereka bertiga.

 

“Jom ikut aku.” Leo menjadi pemandu arah untuk keluar dari bangunan pusat membeli-belah itu.

 

Ketiga-tiga mereka cemas. Lagi-lagi Kasih, dia tak tahu adakah dia patut bersuara ketika ini atau dia perlu mengikuti kedua-dua lelaki yang tiada tali persaudaraan dengannya. Bila dia terkenangkan peristiwa di kedia buku, baharu dia perasan sesuatu, dua orang pemandu Mercedes Benz itu memang seperti sedang ‘aim’ dirinya.

 

Cuma, persoalannya masih sama, kenapa dirinya?

 

Laju langkah Kasih. Sesekali dia terpaksa menjaga tangannya yang masih bersimen. Kalau tersilap langkah, dia mungkin berisiko patah tulang kaki pula. Kasih berada di tengah antara Leo dan Noah.

 

Mereka menuruni anak tangga kecemasan sehingga ke suatu lorong mati.

 

Lorong mati itu sebenarnya tersembunyi seribu satu rahsia. Ada pintu lain di sebalik dinding putih yang tersergam indah dengan wainscoting padanan warna biru legasi pada permukaan rata manakala jalur emas mewarnai wainscoting tersebut. Apabila Leo mengimbas jemari lima, dinding di hadapan mereka tiba-tiba naik ke atas. Ada laluan rahsia menutupi arah jalan mati.

 

‘Kau siapa sebenarnya Den?’ Detik hati Kasih.

 

Cahaya lampu LED hijau memancar. Keadaan gelap sebentar tadi kembali terang dek samar-samar lampu LED itu. Kasih dan Noah menapak masuk ke dalam kawasan rahsia itu. Sebaik mereka memasuki bilik rahsia itu, dinding yang terbuka tadi kembali tertutup. Bercantum kembali. Lagi mengejutkan Kasih dan Noah, apabila di situ tersimpan beratus-ratus buah kereta mewah buatan luar negara.

 

“Lamborghini, Ferrari, Porche, Jaguar…Wowwww…. Amazing.” Jerit Noah.

 

Kunci kereta Lamborghini series Urus dicapai, Kasih dipersilakan duduk di sebelah bahagian pemandu manakala Noah berada di bahagian penumpang. Noah terpaksa menurut. Dia beria-ria ingin duduk di bahagian kerusi pemandu, tetapi segera dihalang Leo.

 

“Yelah, yelah aku duduk belakang.” Noah menjeling geram.

 

Kasih membisu seribu bahasa. Kereta meluncur laju di jalan raya. Leo memandu dengan penuh karisma. Kekacakannya sukar disembunyikan walaupun tika ini dia hanya mengenakan pakaian kemeja lose jarang berwarna putih bersama-sama cap dan seluar panjang berwarna putih.

 

‘Betul ke Den ni cikgu memandu dekat sekolah memandu tu? Macam bukan orang biasa-biasa je. Siapa kau sebenarnya Den? Lagi satu, yang aku tak faham-faham ni…” Seraya itu, Kasih memegang dada sebelah kirinya. ‘ Kenapa setiap kali aku pandang Den, hati aku berdebar-debar? Ya, Allah…’

 

“Den, kau pandu macam nak tercabut jantung Si Kasih ni. Aku tengok dia asyik pegang jantung dia je.” Sapa Noah Kashman.

 

‘Ish, Cashman ini sibuk je. Aku tengok dia tu yang takut tercampak keluar kereta. Pakai tali pinggang bagai. Aduhai, sit belakang je pun. Nampak sangat dia yang nak tercabut jantung, twist aku pulak!’ Gumam Kasih sambil mencebik.

 

Leo memandu dengan penuh berhati-hati.

 

Setiba di bahagian trafik, lampu kuning bertukar merah. Tanpa di duga, peristiwa lelaki-lelaki Mercedes Benz tadi seperti diulang tayang. Kereta Mercedes Benz yang sama mengekori mereka.

 

“Encik Den, mereka tu…”Ayat Kasih tidak dihabiskan.

“Saya tahu. Mereka orang yang sama kejar kita di kedai buku tadi. Kita akan berlumba. Are you ready?” Bisik Den.

Maksud Den mereka akan berada dalam sebuah ‘perlumbaan’. Jalan raya di Malaysia ni bukannya besar pun. Kalau silap masuk lorong, kemalangan boleh berlaku dan kehilangan nyawa adalah korban paling tak dapat dimaafkan.

 

Lampu bertukar hijau. Belum pun sempat Kasih menghalang dan tidak membenarkan ‘perlumbaan’ itu berlaku, Leo sudah menekan pedal minyak. Kereta Lamborghini berada di hadapan sekali. Hal ini menyukarkan pemandu-pemandu Mercedes Benz untuk mengejar mereka.

 

Cekap sungguh skill pemanduan Den. Kereta Lamborghini Urus sudah selamat daripada pihak musuh. Leo memerlahankan kelajuan kereta. Tidak seberapa lama, kereta jadi tak seimbang. Bergoyang-goyang ke kanan dan terkadang ke kiri.

Kasih menjenguk ke cermin kereta. Dia ternampak sebuah helikopter sedang terbang terawang-awangan di udara. Dilihat seseorang bersut hitam menuruni tangga helikopter dan menghampiri Lamborghini yang sedang dalam pemanduan Leo Arden.

 

Kereta di jalan raya dipintas laju.Tubuh Kasih sudah ditolak arus pemanduan Leo yang ganas. Leo ingin mengelakkan si pemakai sut hitam mendarat di atas kenderaannya. Leo tahu dia telah mengambil risiko dengan meningkatkan kelajuan Lamborghini Arus. Si pemakai sut hitam itu rupanya mendarat di atas sebuah kereta lain. Itu ialah kereta yang dipandu oleh pemandu Mercedes Benz putih sebentar tadi. Kali ini pemandu Mercedes Benz putih menggantikan keretanya dengan sebuah Porsche 911 berwarna biru gelap.

 

Kereta Porsche 911 kini menyamai pemanduan Lamborghini Arus. Si sut hitam memandang tajam cuba mencari helah. Kereta Porsche 911 menghimpit cermin tingkap sebelah tempat duduk Kasih. Kasih menjerit ketakutan. Dia tak pernah merasai situasi tegang sebegini. Leo cuba menjarakkan kenderaannya. Jauh daripada musuh.

Musuh?

Tak. Dia bukan musuh!

Dia Si Rama-rama Kuning.

Yola Sandra.

 

Tatu di lengan si sut hitam itu kelihatan. Kali ini dia yakin gerangan yang memakai sut hitam itu ialah rakan semuslihatnya. Dia nak dapatkan apa sebenarnya. Leo masih berteka-teki lagi.

 

‘Oh, ya.’ Dia sekilas pandang ke arah wanita yang duduk di sebelahnya. ‘Kasih? Yola mahu mendapatkan Kasih? Siapa dalang di sebalik risikan ini? Kenapa Yola tak pernah beritahu plan ni? Shit!’

 

Stereng kereta dipulas ke kanan. Kali ini Leo sengaja membalas himpitan Porsche 911. Porsche 911 tidak mahu mengalah, ditingkatkan kelajuan kereta persisi kelajuan Lamborghini Arus. Dikejar. Terus dia mendahului kenderaan Leo. Dari hadapan, jalan yang mereka lalui sudah sedikit tercorok. Kanan dan kiri ialah kawasan hutan. Hutan yang menggerunkan. Noah, sudah mengalirkan tangisan keanak-anakan. Kalau dia sudah menangis, Kasih juga menjerit.

 

“Encik Den, saya ni hanya ada ibu je. Kalau jadi apa-apa kat saya , Encik Den bagitahu ibu saya yang saya sayangkan dia.” Berderai tangisan Kasih lagi.


“Aku punnn…Kalau jadi apa-apa kat aku. Aku akan salahkan dua orang. Kau dan kau! Tell them to please plead for my death!” Noah sudah tak tertahan lagi, perutnya memulas, lalu dia memuntahkan segala-gala isi perut. “Uwekkk…” Noah sudah tidak bermaya. Dia longlai di tempat duduk belakang.

 

Leo menggeleng-gelengkan kepalannya. Leo meminta Kasih mengeluarkan sesuatu daripada bawah kerusi penumpangnya. Kasih meraba-raba bawah tempat duduknya. Dicapai sesuatu yang keras. Keras, berbucu, berbentuk ‘L’ hah! Pistol? Dihadapan, masih ada Porsche. Kali ini kereta itu berkedudukan melawan arus.

 

Ketar tangan Kasih menyerahkan sepucuk pistol kepada Leo. Sebelah tangan memegang stereng kereta manakala sebelah tangan lagi dia mengacukan pistol ke sasaran melalui cermin tingkapnya. Leo cuba fokus dua benda dalam satu perkara.

 

“Hei, lembik!” Panggil Leo kepada Noah.

“Apa?” Noah menjawab separa tak bermaya.

“ Kau tolong kawal stereng kereta ni. Aku nak naik ke atas bumbung.”

“Gila la! Aku kawal stereng ni?” Soalnya seakan-akan tak percaya.

“Cepat!” Tegas suara Leo. Serius seperti Komader Tentera memberikan arahan kepada pelatihnya.

 

Noah berusaha mengambil tempat Leo. Kerusi pemandu dilenturkan 180 darjah. Kali ini perlahan-lahan Leo melepaskan sentuhan di stereng. Kini Noah mengambil alih pemanduan Lamborghini Arus.

 

“Aku nak bila kita semakin hampir dengan musuh, kau pusing stereng 360 darjah sambil tekan pedal.” Arah Leo.

Are you insane? Kau kat atas tu, lepas tu nak aku buat kerja gila ni. Kalau kau mati…”

“Aku kata buat-buat la. Kalau tak kita semua akan mati. Kau nak yang mana, hah?” Sergah Leo.

 

Apa sebenarnya yang Leo sedang lakukan. Ditangannya dilihat jaket hitam berbatu hitam. Jaket itu kemudianny a disarungkan ke tubuhnya, lalu dia keluar daripada pintu belakang. Dia memanjat ke atas bumbung. Dia tahu, walau ada hentaman kuat sekalipun, kalau dia menyarungkan jaket itu, dia akan terselamat. Ciri-ciri keselamatan yang ada pada jaket itu dapat memastikan tubuhnya melekat di bumbung kenderaan Lamborghini Arus. Dia hanya perlu meniarap di atas bumbung kereta itu sambil mengacukan pistol bagi menembak sasarannya. Kali ini sasarannya ialah lelaki di sebelah Yola. Apabila Yola juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengarahkan supaya kenderaan Porsche itu dihidupkan. Anak jari telunjuk mengisyaratkan supaya kenderaan yang dipandu oleh lelaki Mercedes Benz putih itu menghidupkan enjin sekali gus menderaskan kelajuan. Apabila semakin dekat, dekat dan dekat, Leo Arden melepaskan tembakan kepada pemandu Porsche. Kereta Porsche hilang kawalan dari jauh. Sebelum kedua-dua kereta saling berlanggaran, Leo menjerit, “Now!” Sekuat hati. Noah mematuhi arahan Leo, stereng kereta dipusing 360 darjah dan ini menjadikan kenderaan Lamborghini berputar dan sempat mengelak daripada berlanggar oleh kenderaan Porsche 911.


Kasih menggenggam erat lengan Noah. Kali ini kedua-dua matanya dipejamkan. Noah merasakan seperti ada sentuhan daripada seseorang. Kali ini dia hanya mengeraskan lengannya. Mungkin kerana kondisi mereka sangat 'tenat'. Kasih seperti dalam ketakutan. Kereta berputar seperti dalam filem aksi. Kali ini mereka menjadi aktornya. Sungguh Noah tidak menyangka hari pertama dia bergelar pemandu Grab, dia juga menjadi seorang Racer.

Seumur hidup, dia belum pernah berada dalam keadaan seperti ini. Entah mengapa dia rasa tenang saat ini. Tenang melindungi seseorang yang 'menjengkilkannya'. Sempat lagi dia melihat wajah kasih yang sudah memejamkan mata. Mode slow terimbas di fikirannya. Sungguh masa itu benar-benar berhenti untuk dia mengamati moment mengalahkan filem aksi ini.

 

Sebaik sahaja kereta Porsche terbabas. Yola Sandra keluar daripada kenderaan tersebut. Kenderaan Lamborghini masih berputar. Noah mengawal geseran tayar dan lantai jalan dengan baik dan akhirnya kenderaan berjaya diberhentikan. Leo Arden mengucap panjang kerana rancangannya berjaya.

 

Setelah kenderaan Lamborghini berjaya diberhentikan, Leo turun dari bumbung kereta. Kasih hampir pengsan. Dia juga mengucap beribu-ribu kali. Noah pula sudah stabil. cepat-cepat kasih melepaskan lengan Noah. Dia meminta maaf kerana menyentuh lengan Noah tanpa sengaja. Noah menarik wajah kelat. Kasih sekali lagi rasa menyampah melihat reaksi Noah itu. Pintu kereta dibuka, Kasih keluar menghampiri Leo yang sudah berdiri menghadap musuhnya. Kasih setia di sisinya. Noah muncul di sebelah kiri Leo. Kini, Leo berhadapan kali ketiga dengan perempuan yang cuba menjatuhkannya. Perhitungan harus dibuat. Tiada kata putus. Yola terlebih dahulu mengkhianati perjanjian mereka. Mengapa dia inginkan Kasih? Adakah kerana Kasih memilik sesuatu yang berharga buat dia. Tapi apa yang Kasih miliki itu? Dia sudha tak keruan untuk menilik.

 

Kebarangkalian nasib mereka ditentukan oleh mereka juga. Masing-masing memandang ke arah satu sama lain seperti mereka tak pernah kenal dunia tidak pernah tidur. Sama seperti Leo dan Yola. Pertarungan ialah ‘jodoh’ mereka. Kalau hari ini dia perlu memilih untuk menyelamatkan nyawa salah seorang wanita di situ. Dia harus memilih Kasih dan mengorbankan Yola. 

Kejam sungguh pemilihannya kali ini. 

Dia terpaksa jika dia tiada pilihan lain.

 

Previous: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes