Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,868
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“Kasih Amani,” terperanjat gadis molek ini tatkala nama dipanggil oleh Cikgu Kassim.

Wajah Cikgu Kassim tidak tumpah seperti harimau yang sedang lapar jika ada antara pelajarnya tidak menyiapkan kerja sekolah.


Cikgu Kassim berbadan gempal, rambutnya nipis sehingga menampakkan sebahagian kulit kepala, bertahi lalat besar di bawah bibirnya, berperwatakkan garang, berkumis dan bermisai tebal. Mana tidaknya pelajar-pelajarnya tidak takut dengannya. Cukup hanya mendengar derapan tapak kaki Cikgu Kassim berjalan melalui kawasan koridor, sudah pasti kelas yang bising akan tiba-tiba menjadi senyap. Itulah kehebatan Cikgu Kassim.

 

Semua pelajar manjadi takut apabila guru bermisai lebat itu mula membuka suara. Mata pelajaran Matematik Tambahan bukanlah mata pelajaran yang digemari oleh Kasih Amani. Gadis itu berjalan dengan muka takut-takut berani.

 

Kasih Amani sudah berada di hadapan meja Cikgu Kassim. Sebelah tangan kiri cikgu kelihatan rotan manakala sebelah kanan pula dipegangnya buku rampaian milik Kasih Amani. Masak aku, getus hati kecil anak kecil itu.

 

“Kenapa kamu tak siapkan kerja sekolah yang saya beri semalam?” Tanya Cikgu Kassim.

“Saya terlupa nak siapkan. Maafkan saya cikgu…” Kasih masih lagi tunduk. Tidak berani dia bertentang mata dengan lelaki gempal di hadapannya.

“Apa?!” Cikgu Kassim sedikit menjerit. “Terlupa? Muda-muda lagi dah jadi pelupa. Kamu mengira telur ayam ke semalam sampai kerja sekolah yang saya beri susah sangat nak siap.” 

Kedengaran ketawa oleh rakan-rakan lain memecah suasana. Sekejap kemudian bunyi ketawa itu terus hilang sebaik sahaja pandangan Cikgu Kassim memerangkap setiap wajah dalam kelas itu.

“Haiii…Kamu nak saya rotan kamu ke atau nak berdiri di luar kelas?” Pertanyaan Cikgu Kassim sambil kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.

“Kalau tak nak dua-dua, boleh?” Selamba pertanyaan itu terpacul keluar dari bibir mungil Kasih Amani. Sekali lagi bunyi ketawa membingitkan suasana kelas.

“Kelas!” Jerit Cikgu Kassim supaya kelas kembali serius. 

Tiada siapa yang boleh berjenaka ketika Cikgu Kassim sedang berwajah bengis ala singa kelaparan. Pantangnya satu. Jika soalannya diambil endah tak endah oleh pelajarnya pasti pelajar tersebut akan menerima habuan besar.

“Kamu permainkan saya ek?” Kening Cikgu Kassim berkerut tanda bakal ada ‘bom’ yang akan meletup selepas ini. 

“Nah, ambik buku ni berdiri di luar kelas. Siapkan. Selagi tak siap jangan harap kamu boleh balik.” 

Amaran keras Cikgu Kassim sambil menghempaskan buku rampaian Amani ke atas meja guru di hadapan kelas.

Para pelajar lain tidak berani bersuara. 

Semua hanya melihat dan memerhati gerak-geri Kasih Amani yang dihalau keluar kelas. Kasih Amani mengambil buku dan kembali ke tempat duduknya untuk mengambil pensil serta pemadam sejurus kemudian dia melangkah keluar kelas.

“Baiklah, semua buka bab empat. Hari ni cikgu nak ajar kamu Simultaneous Equations .” Arahan Cikgu Kassim sambil menyelak buku teks ke halaman yang sepatutnya.

Kasih Amani duduk di luar kelas sambil tekun menyiapkan kerja sekolahnya itu. Pelajar tingkatan 4 itu tidak menyukai mata pelajaran Matematik Tambahan. 

Bukan sebab dia tidak pandai mengira tetapi disebabkan guru yang mengajarnya tidak dapat mendatangkan minat kepada dirinya untuk mendalami subjek tersebut.

Sambil dia bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada buku, pensil dan pemadam dia dapat menangkap suara beberapa orang budak lelaki yang amat dikenalinya. 

Amani mengerling ke arah kanan. Apabila tekaannya tepat, pandangannya kepada salah seorang budak lelaki itu semakin tajam. Keningnya semakin mengerut, bibirnya mula diketap. Tangan yang laju mengira, menulis dan memadamkan saki-baki kesalahan sedari tadi telah menjadi kaku.

Ternyata betullah tekaannya, Armel Kashaf bersama koncu-koncunya Zaki dan Meon. Mereka musuh ketatnya. Armel Kashaf sengaja melalui koridor tempat Amani menyiapkan tugasannya.

“Haiii…Meon, kau nampak tak apa yang aku nampak?” Kashaf memulakan agenda.

“Aku nampak seekor katak sedang bersiar-siar kat tepi koridor. Hakhakhak…” Balas Meon.

“Tau tak pa. Katak ni special tau, dia pakai uniform sekolah. Katak ooo katak ... rajin betul kau belajar sampai ke lantai koridor. Hahaha…” Ejek Kashaf sambil ketawa.

Zaki menambah, “ Katak educated, biasa la bro… bukan kodok... Hahaha…” Ketawa Zaki memecah suasana di luar koridor.

“Woi, mamat sewel, suka hati aku la nak belajar kat dalam kelas ke, luar ke. Yang penting aku tak kacau korang. Blaaa la…” Marah Kasih.

“Alololo… Oppss…Sorry Katak…eh, silap… Kasih Amani.” Kashaf sengaja menaikkan amarah Amani.

Keadaan yang disangkakan tenang tidak menjadi tenang rupanya. Di suatu sudut Zaki membisikkan sesuatu kepada Meon sambil diperhatikan oleh Kashaf. Entah apa yang dirancangkan oleh Zaki. Zaki memang terkenal dengan otak yang gila-gila. Kalau bab-bab mengenakan orang, Zaki ialah master mindnya. 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes