Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,852
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

“Kasih.” Mak Salmah menepuk lembut bahu anaknya.

Sejak Kasih pulang dari hospital, dia hanya terperuk di dalam bilik sahaja. Kasih kesal kerana dia tidak dapat melakukan kerja-kerja melukis rekaan baju memandangkan tangan kanannya masih lagi bersimen. Pergerakannya terbatas. Pegang pensil dah macam robot. Berat memikul simen ditangannya menjadikan dia sukar untuk melukis. Dia terpaksa berputus harap seketika.

“Ya ibu.” Jawab Kasih.

“Kasih buat apa tu? Termenung jauh je ibu tengok” Tegur Mak Salmah lagi.

“Tak buat apa-apa pun. Kasih teringatkan butik. Dah lama tak tengok. Tiba-tiba rindu.” Segera dia mengemaskan meja yang bersepah dengan gumpalan kertas. Sisa-sisa habuk pemadam masih kelihatan di atas meja. Pensil yang digenggamnya kini dimasukan ke dalam bekas alat tulis.

“Tangan tu masih sakit lagi?” Suara Mak Salmah memecah kesunyian.

“Sakit tu alhamdulillah dah kurang sikit. Kan Kasih kuat!” Jawab Kasih lagi.

“Lepas ni tak payah naik skuter dah. Ibu nak Kasih ambil lesen kereta.”

“Ibu, Kasih tahu ibu tak suka Kasih bawa skuter tapi kejadian tempoh hari Kasih sebenarnya tak sempat tekan brek, itu yang terbabas. Kasih yang salah, skuter itu tak salah.”

 

“Tak, tak, tak… keputusan ibu muktamat. Salah bagi ibu kalau dah tahu anak kemalangan sebab naik skuter dan tak ambil tindakan. Ibu pulak dah tua-tua ini memang harapkan anak ibu. Kasih kena juga ambil lesen memandu. Kalau tidak sampai ketualah kamu jadikan Amanda itu pemandu tak bertauliah kamu. Ibu akan daftarkan Kasih nanti. Tugas Kasih ialah pergi belajar ja.”

 

Selama ini kalau nak pergi ke mana-mana, Mak Salmah pasti akan minta tolong Kak Mar hantar. Dulu Mak Salmah sanggup berjalan kaki dari rumah ke perhentian bas semata-mata nak pergi ke pekan. Bila dah pindah ke bandar, Mak Salmah bersyukur sangat berjumpa dengan Kak Mar. Daripada sekadar menjadi pelanggan di gerai Kak Mar, perhubungan itu bercambah menjadi sahabat.

 

Lesen memandu.

 

Dulu Amanda ada ajak dia untuk mengambil lesen kereta bersama-sama tapi masa itu dia bertangguh dengan alasan  wang itu lebih diperlukan untuk kegunakan pelajarannya. Duit yang dia ada pun cukup-cukup makan. Kalau ikutkan hati, dia mahu menyertai Amanda tetapi mengenangkan Mak Salmah saja yang bekerja, dia tangguhkan dulu. Upah menjahit ni gajinya tak tentu. Ada masa permintaan tinggi, ada masanya kurang pula permintaan dan kadang kala tiada langsung tempahan untuk menjahit baju.

Sejak ayah Kasih meninggal, Mak Salmah juga yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Seusia 7 tahun Kasih sudah bergelar anak yatim. Mak Salmah menjadi tempat dia bermanja. Dengan rezeki duit menjahit, Mak Salmah menyara kehidupan. Kasih bertekad untuk menyambung legasi jahitan ibunya. Dengan terwujudnya butik Orked, maka dia yakin bahawa legasi ibunya akan terus diperkukuh selepas ini.


Semasa semesta akhir di universiti, dia telah memulakan perniagaannya. Mengambil upah menjahit baju kurung rakan-rakan sekelas. Hasil duit tabungan di semester akhir, dia mampu untuk mengambil lesen motosikal dan membeli sebuah skuter. Dengan skuter itulah dia menempuh hari-harinya di atas jalan raya. Kalau tak ada skuter itu, habis ‘patah’ kakinya hendak ke mana-mana. Alamat kena naik grab atau teksi. Kalau nak berjimat, sudah tentu Myvi Amanda yang jadi mangsa.

 

Ketika dia memiliki lesen motosikal, mengenangkan tiada apa-apa keperluan untuk dia mengambil lesen kereta. Lagipun pada masa tu, duit tabungan yang disimpannya adalah untuk mengembangkan perniagaannya. Kalau digunakan, sudah tentu dia perlu menanbung lagi. Kerja menabung ini memakan masa. Silap-silap haribulan niat nak buka butik kecil itu mati di tengah jalan. Memiliki lesen motosikal pun dia sudah bersyukur.

Orait. Kasih ikut je kemahuan ibu selagi ibu tak menganaktirikan skuter Kasih, sudah la.” Malas untuk bergaduh. Dia terus bersetuju.

 

“Ibu, Kasih dah tak sabar nak pegang gunting, nak potong kain. Pegang mesin jahit. Buat baju kurung. Kasih rindu nak buat benda tu semua. Kalau tangan kanan ni masih bersimen, mesti lambat lagi la kasih boleh buat semua tu. Ibu, Kasih minta maaf ye.”

Perlahan-lahan tangan kirinya menggenggam erat tangan kanan ibunya. Dek kerana tangan kanan yang masih bersimen, dia gunakan anugerah tangan kirinya yang masih sihat.

“Kenapa pula nak minta maaf. Kasih tak buat salah pun. Bagi ibu yang penting Kasih sihat seperti selalu. Ibu selalu doakan agar anak ibu dapat pegang pensil, melukis semula. Pasal butik, Kasih jangan risau. Amanda yang urus.” Jelas Mak Salmah sambil mengutip gumpalan kertas.

 

“Bila dah jadi macam ni, Kasih tak boleh berbakti kat ibu. Ibu pulak yang jaga Kasih. Terbalik!”

Bila manusia diuji dengan sakit, sebenarnya ada perkara yang Allah SWT nak tegur. Ujian sakit ialah asbab Allah SWT hendak membersihkan dosa-dosa silam. Bila kita reda dengan ujian ini sudah pasti kita akan mendapat ganjaran yang paling besar di sisi Allah SWT. Kasih tak menolak, dia jadi seperti itu disebabkan mungkin semuanya berhikmah. Dia reda.

 

“Masa Kasih koma, Amanda tu yang bergilir-gilir dengan ibu jaga Kasih. Siang ibu jaga, malam pulak dia yang jaga. Ibu tak bagi dia tutup butik, walaupun dia bertegas nak tutup butik itu dalam beberapa hari sebab nak jaga kamu. Ibu nasihatkan dia, butik itulah satu-satunya punca kewangan yang dia ada.” Mak Salmah mengusap-usap rambut panjang anaknya. Sikat dicapainya, kemudian dia menyikat rambut anaknya tanpa dipinta Kasih. Aura keibuan terserlah dalam diri Mak Salmah. Walaupun dia sedikit mulut murai, namun apa yang dikatakannya, dinasihatnya, dikritiknya adalah demi kebaikan satu-satunya anak yang diamanahkan Sang Maha Pencipta kepada dia dan arwah suami.

 

“Amanda tu degil ibu. Kalau Kasih cakap mesti dia tak nak dengar. Nasihat orang tua, dia tak boleh nak lawan.” Kasih kini sudah bertocang satu.

 

Ketika kecil ibunya sering menghiasi rambutnya dengan hiasan klip rambut. Rindunya kenangan ketika kecil, rindu juga kenangan dia bersama-sama ayahnya. Ayahnya sering membelikan klip rambut kepadanya apabila keluar ke bandar untuk menghantar lukisan. Hadiah itu akan disimpan dalam sebuah bekas perhiasan rambut dan segala macam hiasan peribadi anak-anak perempuan oleh ibunya. Hadiah yang kecil kalau diberikan oleh orang yang istimewa pasti besar nilainya. Walaupun dia kini bertudung, klip rambut pemberian arwah ayahnya itu disimpannya  dalam kotak aksesori dan digunakan semasa dia berada di rumah sahaja.

Mak Salmah membuka bekas aksesori yang ada di atas meja solek. Sepit rambut ketika Kasih kecil disentuhnya. Hadiah terakhir daripada arwah suaminya. Kasih perasan perubahan sikap ibunya.

“Ibu.” Panggil Kasih lembut.

Mak Salmah segera menutup bekas aksesori itu. Dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bening di kelopak ditelan anak mata kembali. Mak Salmah tak mahu menangis di depan Kasih. Dia tak mahu Kasih pula sedih terkenangkan arwah.

“Kasih tahu tak, hari itu, ibu terserempak dengan anak pelanggan Kasih , Encik Noah Kashman. Amboi, helok sungguh peribadi dia. Bersopan-santun. Kacak pun boleh tahan. Macam model.”

Mak Salmah menukar topik. Sehari selepas Kasih dimasukkan ke dalam wad, lelaki itu, Noah Kashman datang melawat anaknya. Buah tangan sebakul buah-buahan serta jambangan bunga mawar putih. Mawar putih? Rancak Noah berbual-bual dengan Mak Salmah. Tiada yang pelik melainkan Mak Salmah merasakan seperti bersembang dengan anaknya. Datang pula Amanda mengkucar-kacirkan keadaan, Amanda marah. Katanya, mawar putih sesuai untuk majlis pengebumian dan dia tidak suka melihat tindakan Noah yang tidak sopan itu. Namun, Noah mempertahankan prinsipnya bahawa tujuan dia membawa bunga mawar putih adalah bererti kesucian, bersih dan dia mahu keluarga Kasih tidak salah dengan faham dengan kehadirannya pada hari ini adalah ikhlas untuk menjernihkan keadaan. Mak Salmah menceritakan hal tempoh hari kepada Kasih. Tak tahu nak sebelah siapa. Akhirnya, Kasih husnuzon, mawar putih itu sama seperti bendera putih. Teknik berdamai yang semanis kurma.

“Hahahah…ibu, ibu dia tu memang model.” Ketawa mahu tak mahu. “For your information, dia tu pelanggan kita. Dah jangan nak pasang angan-angan. Dia sikit pun tak pandang Kasih, buat apa Kasih nak terhegeh-hegeh kat dia. Lagipun ibu, kita kena sedar diri kita bu. Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Baus jugak kalau Amanda defence Kasih.” Sampai begitu tanggapan Kasih.

“Kasih masih tak boleh hadam, apa tujuan asal Encik Noah datang sebenarnya?” Soalnya ingin tahu.

“Kasih, ibu tak kata apa-apa pun. Dia datang melawat kamu. Tahu tak, bil-bil hospital semua dia yang tolong selesaikan.”

“Arrr…” Kali ini Kasih yang betul-betul terperanjat binti hairan.

“Encik Noah yang bayarkan? Ibu silap ni, tak mungkin dia yang bayarkan. Kasih kenal dia bu. I don’t believed it!” Jari telunjuk digoyangkan ke kanan, ke kiri tanda tidak percaya.

“Cuba husnuzon. Suka hatilah nak percaya ka tak mahu percaya. Tapi….ingat kata-kata Datuk Sri Siti Nurhaliza….Percayaaaaaaallllllaaaahhhhhh…..” Mak Salmah pula melagukan bait-bait lirik lagu Percayalah nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza dengan gaya sopran.

“Ibuuuuuu!!!!! Stop, stop, stop!” Jerit Kasih meminta supaya nyanyian ibunya dihentikan.

“Kasih ni sejak kemalangan, emosi tu memang 360 darjah berubah ek? Terjerit-jerit, terjerit-jerit. Pecah gegendang telinga ibu.” Sampuk Mak Salmah sedikit emosi apabila lagu nyanyiannya direject.

“Kasih ni kuat sentap pun, genetik tu turun daripada siapa? Alamak ibu, dua bulan setengah aje tinggal untuk event birthday party. Design kostum belum ada apa-apa keputusan daripada pihak ‘sana’. Matilah Kasih bu.” Tiba-tiba dia jadi kecut perut.

“Amanda dah uruskan. Dia dah selesaikan masalah itu. Dia pesan kat ibu jangan bagi kamu fikir sangat tentang butik itu. Kamu belum betul-betul pulih. Nanti kalau kamu dah sembuh, hah, tender baju pengantin anak Puan Sri Mariam, kamu ambil pulak!”

‘Ceh, aku dah agak dah! Mesti ada udang di sebalik mee.’

‘Encik Noah datang melawat aku? Pelik bin ajaib. Noah datang melawat aku! Mahu pulak dia datang melawat aku yang tengah koma? Okay, aku faham. Aku tengah koma kan, jadi elok sangat la dia datang. Dia tolong selesaikan bil hospital aku. Ini aku tak faham. Yang langgar kereta dia aku! Jadi aku la yang perlu bayar ganti rugi dia. Tapi mana aku nak dapat duit nak bayar kereta dia. Kereta BMW kut! Tak boleh jadi, aku mesti kena jumpa dia. Bayar semula bil hospital tu. Bab kereta dia mungkin aku akan bayar ansur-ansur. Aku create plan bayaran bulanan la macam plan telefon. RM145 panggilan percuma ke semua rangkaian, Internet tanpa had! Hahaha… tapi tak akan aku nak gadai butik tu kut! Tak boleh, tak boleh, tak boleh!’

Papppp….

“Ibu, sakit!” Kasih menjerit sakit akibat dihempuk dengan novel berketebalan 500 halaman.

“Mengelamun nak kahwin dengan anak raja ke? ” perli Mak Salmah.

‘Ish, ibu ni. Tak adanya anak raja nak tawan hati anak ibu ni. Kasih cuma hairan kenapa Encik Noah yang bayarkan bil hospital. Kasih rasa tak sedap hati la. Ingat nak bayar balik bil hospital tu. Lusa, ibu tak payah teman Kasih jumpa doktor. Lepas appointment di hospital, Kasih ingat nak keluar pergi butik. Boleh ya ibu.” Rayu Kasih. Naik ting-tong dia berada dalam rumah.

“Boleh. Tapi pastikan kamu kena berhati-hati. Nanti minta tolong Amanda ambil ye.” Syarat Mak Salmah.

“Okay ibu, Love you.” Kasih memeluk Mak Salmah seraya Mak Salmah memberi keizinan untuk dia pergi ke butik Orked. Mak Salmah membalas pelukan anaknya. Telefon di ruang tamu berdering. Mak Salmah berkejar ke ruang tamu untuk menjawab panggilan.

Tidak lama selepas babak ibu dan anak berlangsung, fikiran Kasih teringatkan Amanda.

Kasih mengeluarkan telefon pintarnya, lalu nombor telefon Amanda dicari. Butang ‘panggil’ disentuh. Beberapa minit kemudian, panggilan masuk ke peti simpanan suara. Kasih membuka aplikasi Whatsapp. Satu persatu perkataan ditaip. Lebih kurang 15 minit masa diambil. Kejung urat tangan kirinya. Dia ingin memaklumkan perihal appoinment di hospital lusa ini sekali gus nak Amanda mengambilnya di hospital.

Memang betul dugaan dan ujian itu memeritkan tetapi dia yakin setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Bukan dia yang cakap tetapi itu ialah ayat-ayat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6.

“Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan.

Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.”

Mak Salmah menyarankan bacaan surah Al-Insyirah bagi tiap-tiap kali selepas subuh dan Asar sebanyak 3 kali untuk memberikan kelapangan kepada jiwa dan kehidupan. Segala beban masalah yang ada, pasti akan terasa kecil dan paling. Amalan ini masih tak lekat-lekat dalam dirinya. Dia banyak dosa agaknya. Mungkin sebab itu sukar untuk dia mengamalkannya saranan ibunya.

Apabila diuji sebegini, dia kembali insaf dan akan berusaha untuk mengamalkan amalan ini.

Selesai menaip, butang ‘hantar’ disentuhnya.

Whatsapp double tick, kemudian berwarna biru.

Amanda dah baca dan sepanjang-panjang Whatsapp yang Kasih hantar, dia hanya membalas simbol tangan ‘okay’.

‘Itu je!’

Kasih mendengus deras.

“Amanda, siaplah kau lusa. Aku tuntut penjelasan tentang kad ini.” Ujar Kasih sambil mengetap bibir. Kad daripada Si Misteri I’m Yours dikipas-kipas. 1001 persoalan akan dia ungkapkan dan Amanda perlu sediakan jawapan.

 Taman bunga Puan Sri Mariam kebiasaannya menjadi lokasi wajib Noah bersenam. Dipandang ke pakir.

Kosong.

Keretanya masih dibengkel.

Tunggu queue.

Mood swing kembali.

Baru saja, dia ingin membatalkan niat untuk bersenam, abangnya pula menjengah ke taman.

“Noah, good morning.” Sapa Faliq dari belakang. Dia tunduk mengikat tali kasut sukannya.

Morning. Noah masuk dulu.” Jawab Noah acuh tak acuh.

How’s your ‘bff’?” Soal Faliq sekadar ingin menghidupkan suasana. ‘BFF’ ialah panggilan kereta BMW X5 Noah Kashman.

Langkah Noah terhenti. Dia memusingkan badannya melihat reaksi Faliq yang bersahaja. Noah mengambil tempat di salah sebuah bangku panjang di meja batu bersebelahan dengan kolam ikan.

Aktiviti regangan dimulakan. Dari kepala, tangan dan kemudian ke kaki. Faliq akan pastikan dia melakukan aktiviti regangan bagi memastikan otot, tendon dan ligamen tidak terkoyak bersedia untuk menerima signal bekerja lebih daripada biasa ketika aktiviti joging bermula. Apabila badan sudah panas, ini menunjukkan darah mudah mengalir dan anggota badan jadi lebih lembut untuk menerima rangsangan daripada sebarang aktiviti yang dibuat. Jika tidak, nanti, risiko untuk terseliuh dan tisu terkoyak adalah sangat tinggi.

The car… is more than BFF , it’s my ‘second wife’.” Balasnya malas.

“Hebat! Kereta jadi isteri kedua. So, tell me, how’s your ‘second wife’?”

“Bini kedua sakit terlantar di ‘hospital’. Tunggu giliran untuk dirawat.” Ujar Noah sambil mengherotkan mulutnya.

Faliq turut ketawa melihat reaksi Noah yang seperti mati bini.

Noah, just move on. Tak lama lagi kereta tu ‘sihat’ la. Bukannya tak ada duit nak baiki kereta tu. Kalau dah perlu tukar, tukar aje kereta tu.” Selesai masalah sebab bagi Noah Kashman dan Faliq Shazril Nazril duit bukan masalah. “Hah, Akademi apa cerita?” Soalan tambahan Faliq.

“Setakat ni, semua okay.” Noah ternyata tidak berminat. Dia kembali sendu.

Noah I’ve a good news and I need your help bro.” Ceria benar bunyinya. Wajh Noah sedikit berubah apabila mendengar perkataan ‘good news’. Dia mengandaikan abangnya ingin menuntut bela di atas penganiayaan yang diterimanya. Sudahlah dia menjadi mangsa keadaan, dia pula yang perlu meminta maaf. Peristiwa melawat Si Disleksia dan berjumpa Si Panda itu masih tidak dapat dilupakan. Mahu saja dia saman mereka berdua atas kecuaian dan penghinaan ke atas dirinya. Alih-alih perbuatannya itu telah dilarang oleh mamanya, Puan Sri Mariam. Mamanya mahu dia memadamkan peristiwa gelap itu. Menziarahi orang sakit ialah salah satu cara yang terbaik untuk membetulkan permasalahan. Tak salah untuk menjadi orang pertama meminta maaf kerana orang yang meminta maaf itu adalah lebih mulia berbanding memaafkan. Dia menuruti kemahuan mamanya untuk melawat Kasih di hospital. Mujur ada Puan Salmah, sejuk sikit hati dan pandangannya. Tidak seperti ketika dia memandang Si Panda tu.

What is that?”

I want you to be one of the sponsors in the ‘King and Queen Strawberry’ reality programme show. My research is a benchmark for this program. SGM Sdn Bhd, they are willing to help as many obese people as possible to make changes through this programme. And I want you to sponsor the grand prize by welcoming the winner to your academy.”

Lama Noah mendiamkan diri.

“Noah tak faham kenapa abang nak buat program macam ni? King and Queen  Strawberry??? Dengar nama pun Noah dah seram!” Bulu roma Noah tiba-tiba terpacak.

“Apa masalahnya?” Soal Faliq pelik.

“Yelah, yang part ‘King Strawberry’. Noah rasa macam tak patut je. Tak gentlaman langsung. Queen of…. Strawberry is delicious!” Noah membasahkan lidahnya ke bibir.

“ Jangan nak delicious sangat! Itulah yang rare. Strawberi tu jenama beras la.” Sampuk Faliq lagi. Tak tahan melihat adiknya apabila cuba membayangkan betapa wanita secantik strawberi yang merah lagi mengiurkan.

“Bagi I, buat program cabaran memasak lagi sesuai dengan kajian beras Strawberi tu. Lagipun perbelanjaan program memasak tak la besar sangat kalau nak dibandingkan dengan program transformasi berat badan ni. Risiko pun kurang. Jangan tak ada transformasi sudah la. Apa yang I tahu, nasi la penyebab kepada masalah kegemukan and now, you nak jadikan penanda aras nasi juga untuk menguruskan badan. I tak faham.” Noah geram dan dia cuba meluahkan kegeramannya.

Noah, as your concern, beras ialah makanan ruji orang Asia. Orang Malaysia akan makan beras. Bagi mereka, beras tak sama seperti gandum. Macam penduduk di Timur Tengah, makanan ruji mereka roti yang diperbuat daripada gandum. Abang cuba bantu betulkan pemahaman rakyat Malaysia tentang beras. Abang sayangkan Malaysia, sebab itu abang nak sangat program ini diadakan. Kita tak boleh pisahkan beras daripada orang Malaysia. Itu yang Noah kena faham.” Faliq cuba membuka minda adiknya yang cetek tentang pemahaman makan nasi.

 

“Sebenarnya beras tu tak salah. Cara pemakanan tu yang patut dipersalahkan. Program diet ni bukan sekadar bergantung pada piramid makanan saja. Kalau makan tapi tak bersenam, tak jadi juga. Tiga elemen utama, pemakanan seimbang, senaman yang konsisten dan ilmu pengetahuan yang mencukupi juga perlu ada dalam diri ini. Teknik dah ada tapi kenapa masih ada yang tak berjaya untuk turunkan berat badan? Answer me!” Kali ini Faliq benar-benar mahukan jawapan bernas daripada Noah.

 

“Mungkin mereka malas. Abang nak Noah ambil orang macam tu join Akademi Model?” Bentak Noah. Egonya sedikit teruji.

“Mereka bukan malas Noah tapi mereka malas, malas dengar cacian orang sekeliling. Kurangnya motivasi untuk berubah sebab tak ada supporter. Yang ada cuma haters.  Pendukung yang baik ialah mereka yag sudi tolong dan beri kata-kata semangat untuk golongan ini berubah. I’ll the first one bring out the slogan ‘Obesity Is A Disaster’. The leopard cannot change its spots. Mereka perlukan masa untuk reset semula minda sedar mereka tentang tabiat yang mereka selalu buat. We call it, ‘The Power of Imagination technique. And that is our purpose to make them live healthy.” Terang Faliq dengan panjang lebar.

 

Honestly, Noah masih tak yakin untuk melantik model daripada program realiti macam ni.” Faliq menepuk dahinya mendengar kata-kata Noah. Adiknya memang degil. Kalau bukan kerana dia sedang berdiet, sudah tentu Noah ditelannya.

 

“Tiga bulan tempoh yang singkat. Bila-bila masa je habit asal diorang boleh kembali. Masa itu, Noah tak nak jadi punca Akademi pulak kena tanggung kos penurunan berat badan diorang. Yelah, dah tandatangan kontrak bagai lepas tu berat badan naik mendadak. Isu sekarang ni, kalau abang nak jugak Noah sertai rancangan tu, Noah perlukan jaminan.”

Bukan mudah untuk yakinkan Noah Kashman. Almaklumlah, The BMW Series Man, segalanya mesti ada back-up plan. Noah sangat mengagung-agungkan kata-kata orang Barat. Dia sendiri telah dilahirkan dan membesar di Amerika Syarikat. Setelah usianya mencecah 14 tahun ibu dan papanya bercerai. Dia lebih memilih untuk tinggal dengan ibunya kerana di situ tersembunyi kebebasan yang mutlak. Namun apabila sikapnya semakin liar, papanya sendiri telah menuntut hak penjagaan anak. Akhirnya, hak penjagaan diperolehi papanya dan dia kembali ke Malaysia setelah papanya berkahwin sekali lagi dengan wanita yang digelar sebagai mama, Puan Sri Mariam.Masa itu dia berusia lima belas tahun. Sejak dari itu, Puan Sri Mariam ialah tempat dia untuk menumpang Kasih memandangkan papanya tidak benarkan dia untuk menemui ibu kandungnya sendirian. Melainkan apabila ditemani oleh papanya sendiri. Noah terlalu taksub dengan budaya Barat sehingga kehidupannya sukar untuk dipisahkan dengan budaya itu.

“Jaminan macam mana?”

What do I get if Academy joining this reality programme?”

“What do you want?”

Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan perancangan, John F. Kennedy. Mantan Presiden Amerika Syarikat.”

“Taksubnya!” Perli Faliq.

“I want 20 percent of your commission? Okaylah…10 percent. I think it's worth it.” Tegasnya.

“Nope. It’’s okay. I prefer the first one. 20 percent for my little BMW Series Man is no prob! But with conditions.” Giliran Faliq pula mengenakan syarat.

“Not for me! It’s for the Academy. A long-term planning.” Jelas Noah. Ternyata niatnya untuk meminta habuan disalah erti.

“Driving Grabs for 3 months. I challenge you!” Cabar Faliq.

“Hah!” Noah seperti biasa, tergamam.

“Pertandingan ini mempunyai dana berjumlah 30 billion dan rugi sangat kalau tak ambil peluang ini. Dengar cerita kalau Noah tak dengar cakap mama, mama nak tarik semula saham di Akademi Model. Kalau Noah dah ada back-up plan, abang rasa Noah boleh beli saham mama kalau mama ugut untuk tarik diri dari Akademi Model?” Faliq cuba memenangi penyertaan Noah demi program realitinya bersama-sama SGM sdn. Bhd.

Puan Sri Mariam yang keluarkan dana pengurusan Akademi Model dan kini tak akan Noah mahu dianggap menikam di belakang mamanya. Dia tidak seteruk itu. Tapi, andai kata Puan Sri Mariam akan terus mengugutnya, di mana dia boleh perolehi bantuan kewangan. Sudah tentu Akademi Modelnya akan gulung tikar. Grab! Itu memang mencabar aura kelakiannya. Lebihbaik dia menyandang gelaran King of Strawberry daripada menjadi Pemandu Grab. Naik Grab sahaja sudah cukup buat dia berbulu inikan pula memandu Grab. Hatinya berbelah bahagi. Faliq tetap menunggu jawapan Noah. Anak mata mereka saling bertembung.

“Noah setuju. Tapi bukan sebab idea abang untuk ugut mama bila mama nak tarik saham di Akademi Model.”

“Tapi sebenarnya sebab itu kan Noah setuju.” Faliq tersenyum herot.

“Okay, okay fine. Noah setuju sebab tu. Puas?” Pandangan tajam seraya ketawa faliq berdekah-dekah mengenangkan adiknya yang tak tetap pegangan, kononnya The BMW Series Man sangat!

“Apa dia syarat kedua?Tanya Noah tidak sabar-sabar untuk masuk ke dalam rumah meninggalkan abangnya di taman. Faliq mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar tracksuit Adidas.

“Please figure out this for me. Dah seminggu abang cuba gabungkan nombor-nombor ini. Tapi tak berjaya. Mr. BMW Series, can you solve it? ” Faliq menyerahkan sekeping kertas.

“Okay. Wowww…there are three numbers need to fill in the blank! I love numbering. Who is ….Yola Sandra?” Noah tersenyum nakal.

“Your future sister-in-law.” Balas Faliq dan dia cepat-cepat memulakan rutinnya, berjoging.

Malu.

 

 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes