Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,865
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Restoran mamak di persimpangan Pusat Memandu Mutiara kian dipenuhi orang ramai. Air tangan Mamu Osman sangat digemari orang di situ. Menebar roti canai ialah kepakarannya sejak berusia belasan tahun. Dari Pulau Pinang, keluarganya berhijrah ke Selangor. Berbekalkan ilmu menebar roti canai, dia kini mewarisi perniagaan keluarganya. Daripada sebuah gerai kecil di tepi jalan, sekarang, perniagaannya sudah berkembang pesat. Jumlah cawangan Restoran Pakat Serbu dah ada lima. Tunggu bulan hadapan akan dibuka satu lagi cawangan di Ipoh, Perak.

 

Roti canai campur dengan kuah dhal dipesan Leo Arden.

 

“Leo betta.” Sapa Mamu Osman kepada Leo Arden lalu kedua-duanya berpelukan.

Akrab.

 

Mamu Osman selalu memanggil Leo dengan gelaran ‘betta’ dalam bahasa Urdu yang bermaksud anak. Leo banyak membantunya selama dia berjuang untuk mengembangkan satu-satunya warisan keluarganya.

 

Pelukan dilerai.

 

“Mamu Osman, teh tarik satu.” Pinta Leo tersenyum ligat.

 

“Bukan satu, dua angkat kasi mari. Eh, dei angkat dua teh tarik sini mari.” Jerit Mamu Osman mengarahkan pekerjanya untuk membancuh dua gelas teh tarik.

 

Kedua-duanya mengambil tempat di salah satu meja. Sebaik melabuhkan punggung di kerusi, mereka saling berpandangan. Mamu Osman faham dengan gaya lihat Leo.

 

Teh tarik sampai di meja.

 

Seteguk teh tarik sekadar membasah tekak.

 

Leo sekadar memaniskan rasa di hujung bibir. Gelas di letakkan kembali di atas meja.

 

Betta, wo larkhi bohut kobsurat hei….” Mamu Osman memulakan bicara. Katanya, ‘perempuan itu’ sungguh cantik.

 

“Wosh kahon gya?” Tanya Leo Arden. Mamu Osman mengangguk.

Keberadaan perempuan itu sudah ada di sini. Di kedai mamak. Matanya memandang ke kanan, ke kiri mencari sekujur tubuh yang dimaksudkan Mamu Osman.

 

Tiada.

 

Leo menjungkitkan bahunya sambil sedikit bukaan jemari tangan menghadap ke atas permukaan meja.

 

Hanya satu isyarat mengarahkan ke satu arah. Di belakang tabir, berhampiran dapur, ada sebuah bilik rahsia. Bilik rahsia milik mata-mata Leo Arden.

 

Mamu Osman ialah orang kepercayaan Leo Arden. Dia sanggup membantu Leo Arden untuk menjejaki Leane dan membalas dendam ke atas kematian Ejen Lee. Sebelum dendam kesumat dinyahkan, siasatan rapi perlu dilaksanakan. Dia perlu tahu siapa salah. Kalau hanya sekadar mendengar khabar angin, itu belum cukup kuat membuktikan kesalahan salah guna kuasa oleh Tuan Ghaz. Dia dan Leo percaya cepat atau lambat, kebenaran pasti akan terungkap. Cuma, perlu tunggu dan lihat saja.

 

Siapakah ‘larkhi’ yang dimaksudkan Mamu Osman?

 

Restoran Mamu Osman kian didatangi pelanggan. Ada yang ingin memesan roti canai, ada juga yang menjamah murtabak special yang dihidangkan bersama-sama keju dan sos black pepper. Tak kurang juga ada yang hanya memesan minuman. Harga bukanlah perkiraannya. Paling penting kesedapan dan kelazatan makanan. Itu yang dikejar oleh ramai orang. Kalau tak, tak akan ada orang yang sanggup travel jauh-jauh hanya semata-mata untuk merasai juadah yang istimewa di tempat itu. Ada orang Pulau Pinang sanggup pergi ke Melaka hanya untuk merasai asam pedas ikan pari. Ada orang Kuala Lumpur sanggup terbang ke Pulau Pinang hanya kerana ingin merasai makanan nasi kandar dengan kuah banjir. Semua kerana kehendak dan kemahuan. Apabila nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

 

Apabila berkehendak, antara sanggup atau tidak untuk mendapatkannya.

 

Sama seperti Leo Arden, apabila berkehendak untuk mencari ibu angkatnya Leane, maka apa yang perlu dia lakukan ialah berusaha bertanya dengan sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai ibu angkatnya itu. Dan membalas dendam itu ialah kehendak paling dia dahagakan. Strategi perlu disusun supaya kedua-dua cita-citanya tercapai.

 

Leo Arden sudah berdiri di hadapan pintu bilik rahsia. Diimbas bahagian kornea matanya pada kotak scan yang kukuh melekat di dinding rata.

 

Tertulis, ‘Kod Sah’ pada bahagian skrin kotak tersebut. Mesin pengimbas ini berfungsi untuk mengelakkan daripada dicerobohi oleh orang yang tak sepatutnya.

 

Hanya ada dua kornea yang boleh mengaktifkan pintu masuk keluar itu.

 

Pertama, Leo Arden dan kedua Mamu Osman.

 

Sebaik pintu ditolak, Leo Arden melangkah masuk.

 

“Ada apa kau nak jumpa aku?” Soal Leo Arden tiba-tiba tatkala melihat susuk tubuh perempuan di hadapannya.

 

Perempuan itu memakai baju kemeja tanpa lengan dengan skrit pendek atas lutut. Jaket jeans diikat pada pinggang. Rambutnya tidak disanggul seperti kebiasaan, kali ini dibiarkan sahaja, ikal mayang.

 

“Sabarlah sayang.” Balas Yola sambil memalingkan wajahnya ke arah susuk tubuh yang masih berdiri di belakangnya. “Sejak kejadiaan malam tu, aku jadi tak keruan untuk jumpa kau lagi dan lagi sehinggalah hari ni. I miss you sooo muchhh…” Yola meletupkan belon yang terhasil daripada gula-gula getah yang dikunyahnya. Dia cuba merangkul tubuh Leo tapi lelaki itu cuba mengelak. 


Auchhh…Kalau iya pun kau tak suka, jangan la kasar sangat sayang.” Kata Yola dengan nada manja.

 

“Aku tak rasa apa yang aku minta kau dah dapatkan dalam waktu pendek ni.” Telah Leo. Leo ada buat permintaan kepada Yola? Permintaan persisi apa?

 

“Kalau aku kata, aku dah dapat.” Kata Yola sambil menjongketkan keningnya. Sekali lagi belon gula-gula getah beraksi. Tuppp…meletup. Dikunyah lagi.

 

Point pertama, Leanne ialah…Puan Sri Mariam. Hahhh…Sebel!” Yola menghelakan nafas deras. “Okay, cukup kut.” Yola menggalas beg silangnya ingin beredar dari situ.

 

Keinginan Yola terbatal saat Leo meletakkan tangannya di pintu.

Langkahnya terhenti.

Anak mata menjeling seraut wajah tampan Leo. Kemudiaan, Yola menyilang kedua-dua lengannya.

 

“Puan Sri Mariam. Aku nak tahu tentang Puan Sri Mariam. Please.” Pinta Leo.

 

“Aku bagi kau point kedua, Puan Sri Mariam ialah ibu tiri Dr. Faliq S.N!” Tupppp…meletup lagi belon getah di mulutnya.

 

What?” Seakan tidak percaya akan kata-kata Yola.

Terkejut barangkali mendengar pertalian darah yang cukup asing.

“Ya. Ibu angkat kau, sekarang ni ialah mak tiri si Faliq tu. Kau boleh telan kata-kata aku ni. Antara kau percaya atau tak, telan aje la. Lagipun, aku tengok si Faliq tu not bad nak dibandingkan dengan….” Mata Yola memandang dari atas ke bawah susuk tubuh Leo. Mahu saja dia kata yang Leo tidak tampan. Ah, dia sedang menipu lidahnya. Masakan Leo tidak tampan, cuma lelaki ini egonya tinggi menggunung. Tak mudah ditundukkan perempuan.

 

“Yola, kau kena bantu aku. Aku tahu, malam tu aku berkasar sangat dengan kau, aku minta maaf…tapi…”Tak terhabis kata-kata Leo. Seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong.

 

“Kau dan aku ada tujuan yang sama. Ingat tu.” sambung Leo mengingatkan Yola tentang agenda penting yang perlu mengikat mereka berdua. Misi yang belum pernah disuarakan Leo kepada sesiapa pun.

 

Malam itu…kali pertama dia bongkarkan rahsia yang dia pendamkan selama ini.

 

Yola menangkap kornea mata Leo. Tajam pandangannya. “Selama ni pun aku buat kerja semua sendiri…aku tak pernah harapkan sesiapa. Lagi-lagi lelaki…sebab janji lelaki tak boleh pakai, hanya tahu gunakan perempuan untuk keseronokkan, ambil kesempatan. Kau nak aku siasat, aku dah siasat.” Luah Yola sedikit bongkak.

 

Leo menghampiri Yola rapat ke dinding. Kaki Yola terhenti saat dia benar-benar bersandar di dinding. Pandangan Leo memukau hatinya. Buat kali kedua dia dapat menghayati ketampanan wajah Leo secara dekat.

 

“ Debat dua minggu lagi. Aku akan pastikan, kau kalah!” Bisik Leo Arden.

 

Pantas tubuh Leo ditolak kuat.

 

“Aku nak kau tunaikan janji, jadikan aku pemenang untuk pertandingan debat dua minggu lagi. Dua point besar aku dah beri. Ingat Leo dalam dunia ni bukan semua benda kau boleh dapat percuma. Sekarang, giliran kau tepati janji.” Yola menguis-nguis hujung rambutnya. Berlagak sungguh dia dengan Leo. Sikapnya yang suka mendiskriminasikan lelaki membuatkan ‘jual beli’ ini semakin menyesakkan.

 

Leo mengambil tempat duduk di kerusi di hadapannya.

 

“Kenapa kau obses sangat nak menang?”Soalnya ingin tahu.

 

“Aku obses? Taklah. Seorang juara, akan kekal sebagai juara. Kejuaraan tu lagi bermakna kalau aku yang bawa balik piala tu. To be honest, I fight for precious item. If I win the game, I’ll win PSADC and the only target is your…father, Tuan Ghazali Mokhtar.” kata-kata diakhiri dengan tawa yang sinis. Sengaja ditekankan perkataan ‘father’. Yola tahu kerenggangan hubungan Leo Arden dan Tuan Ghazali Mokhtar. Dia sengaja mengapi-apikan. Ingin sahaja dia melihat reaksi wajah Leo Arden kini yang semakin memerah. Barangkali berang dengan kata-katanya.

 

“Tuan Ghaz bukan ayah aku. Dia tu penjaga aku. Ayah aku dah mati, mati dalam ‘Dead Debate’. Buang masa aku je bercakap dengan perempuan yang bajet bagus. Herghhh…” Lantas Leo bangkit dan beredar dari bilik tersebut.

 

Dia sudah tak tahan mendengar betapa bongkaknya seorang Yola.

 

‘Ayah’ seharusnya bersifat melindungi anaknya. Bukan menjadikan anak itu sebagai pemuas nafsu harta benda.

Transaksi dia sebagai ‘anak’ bukan atas nilai ‘ihsan’ tetapi atas nilai ‘wang dan kuasa’.

Leo Arden tahu, mandat yang diterima oleh Tuan Ghaz untuk menjadi penjaga kepada peninggalan pusaka keluarganya kini benar-benar seperti kesemuanya milik hakiki Tuan Ghaz. Dia tahu, ayah kandungnya sudah termakan dengan hasutan Tuan Ghaz. Wasiat peninggalan ayah kandungnya, tertera nama Tuan Ghaz sebagai penjaga sekiranya terjadi sebarang perkara tak diingini berlaku, maka dia secara automatik berada di bawah jagaan Tuan Ghaz. Ironinya, bukan Tuan Ghaz yang menjaganya setelah ajal menjemput ayahnya, Ejen Lee yang menggalas tanggungjawab sebagai ‘ayah’. Bukan sehari dua, tetapi dua tahun itu yang menggembirakan. Alih-alih, setelah itu malapetaka pula menjengah ke dalam hidup keluarga Lee.

 

Lee dan Leanne terpisah dek angkara dengki dan fitnah justeru Leo sungguh sedih mengenangkan peristiwa itu. Dia ingin bertemu dengan Leanne agar semua rasa bersalah yang bersarang di jiwanya tidak berlumut lagi.

 

Jika Yola tidak mahu bekerjasama buat apa dia masih kekal di sini. Leo angkat kaki. Tindakan itu mengejutkan Yola. Tak sangka kata-kata Yola tadi buat Leo putus harapan. Yola sengaja ingin menduga namun lain pula yang jadi. Yola segera mengejar Leo.


“Leo…tunggu.” Jerit Yola.

 

“Tak payah ikut aku, kau dan aku dah tak ada apa-apa urusan.” Bentak Leo.

 

“Aku cuma minta kejuaraan,…”

 

“Yola, kalau kau nak kejuaraan itu, kau main dengan jujur. Bukan dengan cara meminta-minta. Manusia tu mulia kerana akal. Kau kata kau hebat, tunjukkan kehebatan kau. Bila kau meminta-minta macam ni, aku anggap kau cuba letakkan maruah kau dekat kaki. Nak tengok atau nak pijak, dua-dua aku boleh bagi. Kita tengok, siapa yang menang nanti. Masa tu, siapa yang akan ikut cakap siapa.” Sepasang anak mata Leo menerkam seraut wajah mulus Yola.

 

“Jangan cakap tentang akal, kalau kau sendiri tak tahu hormat perempuan!” Yola memulangkan paku buah keras kembali. Dia marah dengan kejadian malam itu.

 

“Kemenangan tak pernah diwarisi oleh dua nama dan dead debate juga tak akan ditamatkan oleh dua orang. Kalau kau kalah, kau perlu patuh dengan arahan aku.” Sambung Yola lagi. Kali ini dia mahu Leo tahu dengan siapa sebenarnya lelaki ini sedang berurusan.

 

“Baiklah. Itu kalau aku kalah. Tapi bagaimana pula kalau aku menang dan kau yang kalah. Jangan lari daripada jadi orang suruhan aku pulak! Deal?” Leo gagah beradu pertaruhan.

 

Deal.” Yola sambut dengan hati yang membara.

 

Tergamam Yola, Leo meleraikan ikatan jaket jeans di pinggangnya, lalu jaket itu dikibas-kibas sebelum diletakkan menutupi tubuh Yola yang terdedah.

 

“Perempuan dan wanita, dua frasa yang sama tapi membawa maksud berbeza. Maruah seorang wanita itu tinggi, jangan kau sesekali merendah-rendahkannya.” Berbekas kata-kata Leo di cuping telinganya.

 

‘Ada beza ke antara perempuan dan wanita?’Soal hatinya. Yola masih mencari-cari jawapan bagi persoalannya itu.

 

Kedua-dua ejen muda ini sudah memasang janji. Yola tak akan mengalah dengan lelaki dan Leo pula tak akan mudah cair dengan kecantikan palsu perempuan seperti Yola.

 

Hampir 30 saat mereka membalas renungan tanpa berkelip. Sesiapa yang melihat sudah pasti menyangka mereka ialah pasangan yang sedang bercinta. Namun, hanya mereka saja yang tahu tentang apa yang mereka mahukan. Sesekali terimbas peristiwa pada malam Leo mengadakan siasatan berhubung kes keracunan makanan yang berlaku sehingga menyebabkan pertandingan debat ditangguhkan.

 

Apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu?

 

Malam itu… pita rakaman mengulang tayang peristiwa yang berlaku pada malam pertandingan yang disebatoj hebat.

 

Setelah Ejen Atid beredar keluar, suasana menjadi begitu dingin antara Yola dan Leo.

Leo menghampiri Yola lalu dia merentap lengan baju Yola.

 

Terpana.

 

Lengan kanan tercarik sehingga menampakkan lukisan tatu rama-rama berwarna kuning.

 

Perempuan bertatu yang tadi seperti takut-takut kini sudah menunjukkan belang.

 

Yola sudah menadahkan kedua-dua buku limanya. Dia menyerang Leo dengan tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan. Leo menempis pukulan lalu melakukan serangan dengan memulas lengan Yola, membelakangkan tubuhnyya ke dalam pelukan Leo.

 

Yola menjijak kaki Leo. Serta-merta dia terlepas daripada perangkap. Dia sedaya upaya cuba melarikan diri daripada Leo. Namun, Leo memaut pinggang Yola lalu kedua-duanya terjatuh di atas karpet.

 

Yola cuba meloloskan diri. Dia menendang Leo, lantas dia bangun pantas mencapai pinggan-pinggan yang tersisa makanan. Pinggan-pinggan itu dibaling satu persatu ke arah Leo. Serangan demi serangan berjaya Leo elak. Sasaran tidak mengena. Bijak Leo membaca gerak lawan. Bijak juga dia kerana memilih bilik tetamu itu, kedap bunyi. Jadi apa sahaja yang berlaku di dalam bilik itu tidak akan didengari oleh orang di luar.

 

Yola kemudian ingin membuka tombol pintu bilik tetapi tombol itu sudah terkunci dari luar. Berkali-kali dia cuba membuka pintu tersebut. Gagal. Pantas Leo menyerang Yola di pintu. Perempuan itu berjaya mengelak.

Yola berlari ke arah katil. Kali ini, Leo segera menyambar kaki Yola sehingga kedua-dua mereka menyembah lantai sekali lagi. Yola memberi tendangan hebat ke bahu Leo.

 

Pengangan kaki terlucut. Kini masing-masing memandang wajah dengan seribu lelah. Yola merangkak ke atas katil untuk menuju ke arah tingkap. Tetapi sekali lagi tingkap berkunci. Yola menyambar bantal dan menjadikannya sebagai perisai.

 

Why you?

Revenge! PSADC ruin my life.

“But, I won’t let it happen!” Balas Leo sambil menggenggam penumbuknya.

 

“Aku ada sebab yang sangat kuat untuk singkirkan kau dalam pertandingan. Adakah tindakan kau melawan aku ni tak boleh dianggap sebagai bukti.” Yola bertegas.

“Aku hanya bertindak bila serangan dibuat pihak kedua. Lawan atau kawan itu nombor dua. Kau mula serangan, ingat aku nak duduk diam?” Teriak Yola.


Yola membaling bantal ke muka Leo, setelah itu dia cepat-cepat ingin menuju ke dalam bilik air. Dia tahu, satu-satunya cara untuk dia loloskan diri ialah melalui jalan siling di bilik air. Belum sempat dia melangkah, Leo terus menerkam tubuhnya. Kedua-dua mereka terjatuh di atas katil. Leo mengunci leher Yola dengan lengannya.

Kekautan lelaki 3 kali ganda lebih kuat berbanding perempuan. Gerak-geri Yola terkunci.

 

“Lepaslah!”

“Aku tak akan lepaskan kau, selagi kau tak buat pengakuan yang kau dalang semua ni.” Jerit Leo dalam keadaan marah.

“Bila tengok keadaan sekarang ni, aku boleh dakwa kau sebab ambil kesempatan ke atas diri aku. Lepaskan aku.” Yola cuba meloloskan diri.

“Tiada dakwaan yang lebih hebat kalau aku serahkan rakaman ni kepada Tuan Ghaz, kau tak akan selamat.” Balas Leo sambil mengumpan pendrive yang kononnya berisi rakaman CCTV.

“Rakaman apa? Aku tak faham!” Yola cuba berpura-pura.

“Aku rasa lambang rama-rama itu esklusif untuk keluarga Dude Marciano. Kau ingat aku bodoh. Dulu kau hampir-hampir sebotaj pertandingan pedang dan sekarang kau dah rosakkan pertandingan debat ini. Cepat sungguh kau belajar. Mission accomplished! Tapi sayang aku dapat jejak kau...”

 

Kenangan ketika remaja, Leo cukup kenal raut wajah perempuan ini. Kenangan bermain pedang tak pernah hilang dari fikirannya kerana itulah satu-satunya kenangan yang dia ada bersama keluarga Ejen Lee dan kenangan itu telah dicemari dengan sebatoj yang tak masuk akal. Yola Sandra cuba menggantikan lawannya dan berlawan dengan Leo. Tak semena-mena mask yang dipakai Yola tercampak setelah hujung pedang Leo mencungkil jejaring topeng wajah lalu menampakkan identitinya yang sebenar. Semua mata tergamam ketika melihat kejadian itu. Ramai yang menyangka lawan Leo ialah seorang lelaki, alih-alih perempuan. Yola menanggalkan sarung tangan lalu mengutip mask atau topeng wajah dan berlari keluar daripada gelanggang. Setelah itu, Leo diisytiharkan sebagai pemenang kerana pihak lawan disqualified. Gara-gara Yola menggantikan abangnya yang tidak dapat bertanding ketika itu kerana cedera buku lali akibat terseliuh semasa menyertai ekspedisi mendaki gunung. Tidak dapat tidak, Dude Marciano, ayahnya mengarahkan Yola menggantikan posisi abangnya. Ayahnya tegas. Yola akur dan tidak sesekali berani membantah. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Pembatalan penyertaan itu memberi peluang kepada Leo menyandang gelaran pemenang. Pada ketika itu, seluruh dewan gamat, riuh-rendah bersorak kemenangan Leo.

 

Leo melihat ada perubahan wajah pada riak Yola.

Yola kelihatan sedih.

Leo bukanlah golongan yang suka menindas golongan hawa. Dia terus bangun dari katil. Ada air jernih keluar dari kolam mata Yola. Tatkala disebut keluarga Dude Marciano dia tiba-tiba seperti dipukau. Leo ingin meninggalkan Yola bersendirian. Nampaknya siasatan belum tamat.

“Aku mengaku…aku yang sebotaj pertandingan dulu dan hari ini.” Terpacul pengakuan daripada Ejen Yola.

 

“Dua kali. Kenapa?”

“TO STOP HIM AND HIS STUPID GAME, DEAD DEBATE!” keriau yola deras menusuk gegendang telinga Leo.

“Hah!” Terkejut.

Ejen Leo tergamam.

Misi mereka sama.

 

“Kenapa Yola?”

“Dude Marciano ialah ayah aku. Dia ialah salah seorang ejen merangkap ketua saintis di PSADC. Selepas kejayaan menghasilkan pelbagai alat canggih untuk kegunaan ejen-ejen di PSADC, ayah aku dan pasukannya telah merangka pelan untuk projek mega, Dream Debate. Debat ini pada mulanya adalah untuk melatih kemahiran komunikasi saja, tetapi Tuan Ghaz paksa ayah aku supaya dia ubah program itu kepada sebuah program baharu. Program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada PSADC dan poket Tuan Ghaz. Ayah aku tak mahu teruskan dengan pelan itu, apa yang ayah aku dapat? Dia dibunuh oleh kuncu-kuncu Tuan Ghaz. Aku ingat selepas itu, dah tak dengar ura-ura untuk meneruskan Dead Debate. Tapi aku salah, sebab Tuan Ghaz dah upah saintis lain untuk teruskan program ini. Dan saintis itu ialah Ejen Lee” Terang Yola dengan linangan air mata kegeraman.

 “Kau kata tadi, Dead Debate membawa keuntungan, macam mana?” Soal Leo lagi.

 

“Ya, keuntungan! Bilamana program itu dijadikan landasan untuk menghukum golongan yang sengaja difitnah. Kebanyakannya ialah golongan berada. Sebab golongan ini yang banyak fulus dan suka tikam belakang. Untuk dirasakan diri mereka sudah tiada jalan penyelesaian, jadi cara terakhir, Dead Debate yang diusulkan.”

 

“Setahu aku, PSADC hanya membenarkan Dream Debate. Aku tak pernah dengar pun tentang Dead Debate ni. Kau salah tafsir ni Yola.” Pancing Leo. Dia ingin mengorek dengan lebih banyak lagi rahsia yang Yola tahu.

 

“Kau tak tahu, ke kau pura-pura tak tahu?” Duga Yola. Perempuan ini sudah scan diri Leo. Tanpa perlu berselindung, dia pula menduga Leo. “…Ayah angkat kau dah kaut berbillion-billion dollar hasil daripada Dead Debate ni. Permainan ini dirahsiakan. Tak semua ejen di PSADC tahu tentang ini. Kalau yang tahu pun, belum tentu mereka akan buka mulut untuk cakap tentang perkara ini. Tak sayang mulut. Mati.”

 

“Lokasi permainan masih menjadi tanda tanya. Ada dua lokasi. Pertama ialah di dalam PSADC, manakala lokasi kedua masih belum ditemui. Aku dengar, lokasi kedua Dead Debate berada di luar PSADC. Ia dibina di kawasan ‘treasure hunt’. Aku sendiri tak tahu kenapa klu lokasi tu ialah ‘treasure hunt’? Hanya Tuan Ghaz tahu kenapa lokasi dead debate di buat di luar PSADC. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya Qarun yang kenal harta-hartanya. Mungkin di situ ada lombong emas. Tuan Ghaz kan penyamun. Opss…mungkin aku keterlaluan tapi itu fakta. Cuma setakat hari ni, aku masih tak tahu di mana treasure hunt tu.”

 

“Ejen Lee mati disebabkan Dead Debate. Kalau kau dipihak yang nak membalas dendam, aku rasa kita sama. Welcome to the club.”

 

“Hah! Jadi kau pun ada misi yang sama dengan aku?”

 

Leo mengangguk perlahan.

 

What a big surprise Leo. Tak sangka, anak nak tikam bapak.” Perli Yola. Leo sudah memasang wajah kelat.

 

“Dia bukan bapak aku!” tegas Leo lagi. Kali ini suara jantan bergema.

 

“Opsss…”

 

“Hmm…Ejen-ejen lain yang keracunan makanan tu pulak, helah apa yang kau guna?”

 

“Aku guna lalat. Sarcophagidae atau lalat daging. Kau akan tahu kekuatan Sarcophagidae bila kau kena virusnya. Sebenarnya, mereka keracunan makanan sebab bersentuhan dengan pen yang aku dah sangkutkan pada setiap poket blazer mereka. Pen itu yang ada virus. Jangan risau, makanan di cafe selamat. Yang tak selamatnya, tauke cafe tu.”

 

 

“Aku dah lepaskan beberapa ekor lalat di dapur tu. Esok lusa, orang lain akan cas dia sebab tak menjaga kebersihan cafe. Orang akan kata ejen-ejen keracunan makanan disebabkan masalah kebersihan di cafe.”

 

“Kenapa Yola? Kenapa kau sebotaj game ni?”

 

“Aku rasa kau tak cukup pekak lagi. Aku nak balas dendam.”

 

“Kalau nak balas dendam jangan libatkan orang lain. Orang lain yang buat salah, orang lain yang jadi mangsa.” Sergah Leo.

 

“Pertandingan ini sepatutnya berjalan hari ni. Kau tak sepatutnya ganggu. Pertauliahan ini sangat penting Yola. Kau dan aku sama-sama kejar pertauliahan ini. Pedulikan siapa menang, siapa kalah. Boleh?” Leo meminta persetujuan separa berbisik. Kini wajah dia semakin hampir dengan wajah Yola. Renungan mata Leo benar-benar memukau pandangan Yola. Mahu saja Yola mengalah tapi…

 

“Matlamat tak menghalalkan cara. Pemilik cafe tu kena jadi mangsa.” Yola berdalih.

 

“Selagi tiada pertauliahan, selagi itu pergerakan kira terbatas. Untuk tahu rahsia Tuan Ghaz, kau dan aku kena bekerjasama untuk jayakan misi ni. Untuk masuk ke makmal bawah tanah, hanya ejen yang bertauliah saja yang dibenarkan masuk.” Terang Leo sambil menunjukkan peta PSADC kepada Yola. Tanpa pertauliahan, peta ada pun tak berguna.

 

“Aik, anak bos pun tak pernah masuk ke makmal bawah tanah ni?” Perli Yola sambil menarik helaian kertas yang mempunyai kandungan peta PSADC.

 

“Tak. Banyak kod rahsia dan untuk akses masuk hanya mereka yang tahu kod rahsia tu. Dua tahun lepas aku pernah curi kod rahsia makmal bawah tanah tu, tapi suatu hari bila aku cuba ceroboh, kod tu dah tak berfungsi. Aku rasa Tuan Ghaz dapat hidu gerak-geri aku. Sebab tu dia tukar kod rahsia tu.” Jelas Leo Arden bersungguh-sungguh.

 

Tambah Leo Arden “Aku setuju bekerjasama dengan kau. Tapi kau kena tolong aku.”

 

“Tolong?” Yola menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. “Excuse me! Dalam hidup aku tak ada istilah tolong melainkan semuanya ada bayarannya. Kalau kau sudi bagi apa yang aku mahu, aku akan ‘tolong’ kau?” Yola meminta imbuhan. Gayanya seperti mahukan balasan.

 

“Kau nak apa?”

 

“Kau cakap dulu…” Arah Yola.

 

“Tolong cari dan siasat keberadaan Leanne.” Pintanya tanpa segan silu. Kisah perpisahan Ejen Lee dan Leanne menjadi sejarah yang hebat diperkatakan sejak dulu. Mereka bertemu dalam PSADC dan bercinta. Akhirnya, menikah namun, kisah yang sangat tragis berlaku, anak kandung mereka telah hilang. Jika anak mereka masih hidup, usianya sama dengan usia Leo Arden. Laura Leeyana. Gempar seluruh PSADC mendapat perkhabaran bayi yang dilahirkan Leanne hilang tanpa jejak. Kisah kehilangan bayi itu menjadi buah mulut warga PSADC seluruh dunia. Sekelip mata ramai yang mengenali Ejen Lee dan Leanne. Justeru tak susah untuk Yola kenal kewujudan Leanne kerana suatu masa dahulu kisah Leanne itu menjadi fenomena. Namun, setelah Ejen Lee mati, nama Leanne sudah semakin padam dari diperkatakan. Habis madu sepah dibuang.


“ Easy!” Balas Yola.

 

“Apa bayarannya?” Enggan melanjutkan perbualan, Leo mahu tahu imbuhan seperti apa yang Yola ingin tuntut.

 

“I give you two selection. First, let me enter the game and win it or…” Kata-kata Yola terhenti namun langkah demi langkah dia atur mendekati Leo. Leo hanya melihat permainan Yola. Sedikit pun hatinya tidak terusik. Seperti yang dia pernah katakan kepada Caprice, ‘perempuan’ dan ‘wanita’ dua terma berbeza. Dan dia tak akan memilih perempuan! Titik.

 

“ Let me enter your heart and hold it. I want to win that trophy or you’ll be mine ‘trophy’? Please choose it wisely because I’m not a loser. Today, tommorrow and forever.” Bisik Yola perlahan-lahan di cuping telinga Leo sambil merangkul leher Leo.

 

Leo Arden menggigit gigi geraham. Yola seakan-akan mempermainkan egonya. Dia bukan bahan ujian makmal. Dasar Yola memang seorang ‘perempuan’. Menjual dan mempertaruhkan jiwa demi kebendaan, status dan kekuasaan.

 

‘Aku tak hadap perempuan macam kau,’ bisik hatinya. Panas.

 

Leo Arden meleraikan ikatan tangan Yola kemudian dia menarik tangan Yola ke muka pintu. Tombol pintu dipulas. Yola terkejut dengan reaksi Leo.

 

“Urusan kita dah selesai. Ejen Yola boleh pulang sekarang!” Sedikit pun pandangan mata tidak merenung wajah Yola. Leo tunduk sedikit tanda hormat sambil tangan menghala ke jalan keluar. Laluan yang dia guna untuk masuk ke bilik kebal itu tadi. Laluan untuk dia disoal siasat bersama-sama Ejen Atid.

 

Yola keluar dengan perasaan yang hampa. Dia sedikit pun tidak merenung Caprice. Kelihatan seperti Yola menahan amarah dan air mata. Mungkin ini kali pertama dia diperlakukan seperti itu. Belum pernah ada lelaki yang menolak dirinya. Tetapi hari ini dia kecundang.

 

‘Hari ini kau tolak aku, esok akan aku pastikan kau milik aku, Leo Arden.’

 

Yola berdesir dalam hati. Baginya dulu, kini dan selamanya perasaan ‘sayang’ ada buat Leo Arden.

 

*Jom follow FB Gorjes Dandelion. Insya-Allah, saya akan update di situ. Buat masa ini masih di fasa permulaan. But insya-Allah in future, saya gembira untuk berkongsi cerpen dan bab-bab novel baharu. Terima kasih.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes