Home Novel Cinta Mr. Debater Miss Motivater
Mr. Debater Miss Motivater
Gorjes
20/11/2019 09:55:38
69,846
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Kereta Myvi dipakir di salah satu petak kuning yang tidak bertuan.

 

Kasih terkocoh-kocoh keluar dari kereta lalu dia terus memasuki balai polis. Amanda berlari-lari anak mengikuti Kasih dari belakang.

 

“Ibuuuuu…”

 

Satu teriakan mencuri tumpuan mata-mata pegawai polis di dalam balai itu. Kasih memeluk ibunya dengan tangan kiri merangkul bahu. Tidak serapat seperti kebiasaan. Gara-gara simen di tangan masih baru ‘renovate’, jadi terpaksa dia menjarakkan sedikit. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya. Amanda hanya menghadap dua beranak yang tengah berdrama.

 

Dilihat ibunya duduk di atas kerusi sambil melunjurkan salah satu kaki yang sudah pun berbalut. Mata Kasih beralih ke kaki ibunya yang sudah berbalut putih.

 

“Ibu pergi ke mana ni?” Soalnya lemah. Air matanya tak dapat ditahan. Mengalir, diseka. Mengalir lagi, kali ini Amanda menghulurkan tisu. Kasih menyambutnya.

 

“Ibu keluar daftarkan lesen Kasih.”

“Ya Allah. Ibu tangan Kasih ni pun belum sembuh lagi. Nanti-nanti pun Kasih boleh daftar lesen tu.” Luah Kasih.

 

“Ibu cuma nak ‘book’ je dulu. Lagipun ibu nak mudahkan Kasih. Kata orang tu tadi, mula-mula ni dengar cermah dulu. Nanti bila tangan tu dah sihat, terus je set tarikh untuk ambil ujian komputer. Lepas tu baru rancang kelas memandu dan seterusnya.” Jelas ibunya.

 

“Kasih tak minta pun ibu daftarkan. Tiba-tiba rasa macam tak nak ambil lesen. Biarlah Kasih naik skuter tu je sampai ke tua. Rela Kasih daripada tengok ibu macam ni.”Dengusnya lagi.

 

“Macam mana Mak Cik Sal boleh kena ragut ni? Cuba cerita.” Soal Amanda mencelah antara ketegangan dua beranak ini.

 

“Lepas daftar lesen tu, ibu singgah kedai serbaneka kejap. Keluar dari kedai terus ada lelaki samun beg ibu. Apalagi, ibu kejar la penyamun itu, sambil pekik ‘Tolong, tolong,…’ tiba-tiba tulang kaki ibu ni gamaknya oesteoporosis, terseliuh jatuh tersungkur. Nasib baik Allah hantarkan lelaki yang budiman tolong dapatkan balik beg ibu, kalau tidak tak tahu la nasib ibu, Kasih. ”

 

Kasih menyepitkan matanya. Ibunya ratu layar perak. Situasi serius pun masih lagi nak feeling, feeling drama. Nasib dapat ibu yang meminati seniman Tan Sri P. Ramlee, Tan Sri Jin Samsuddin. Hidup penuh memori lama. Kadang-kadang dia terpaksa menadah telinga mendengar radio di rumah berputar dengan alunan lagu zaman Bristish dan Jepun.

 

“Lelaki budiman? Ada macam SRK ke? Amboi, Mak Cik Sal, dramatik sungguh dah macam cerita drama jam tujuh.” Keterujaan Amanda dimatikan dengan jelingan tajam Kasih. Tak jadi dia nak sambung ketawa dan ‘korek’ dengan lebih dalam cerita Mak Cik Salmah.

 

“Erkkk…” Mak Salmah terpempan dengan isyarat wajah Amanda yang sudah kembali ‘normal’ daripada keterujaan tadi.

 

“Siapa tolong ibu?” Soal Kasih.

 

“La…mana pulak perginya lelaki budiman ibu tu? Dia bawa ibu pergi klinik dulu, ibu tak boleh nak jalan. Lepas tu baru datang ke sini buat laporan polis.”

 

“Kasih jangan kata ‘lelaki budiman’ tu bakal bapak tiri kau pulak! Aku dah cuak bila ibu kau fefeling cerita tadi. Simpang malaikat empat puluh empat tau.” Bisik Amanda diam-diam ke telinga Kasih.

 

“Ibu dah ucapkan terima kasih belum? Kalau belum, tinggalkan nota aje. Kasih ni risaukan ibu tau. Dah jom kita balik. Tak nak la lama-lama kat sini. Ini tangan ni baru lepas tambah simen, belum sihat lagi. Jom la balik.” Kasih sudah bangun untuk mengheret lengan ibunya.

 

“Ish, tunggu la sekejap, ibu belum tanya lagi nama lelaki budiman ibu tu. Ibu rasa macam cinta dah kembali berputik. Saat yang bahagia datang sekejap sajaaaa….” Nyanyi Mak Salmah terpotong gara-gara Kasih memberi isyarat ‘Stop’ dengan jari telunjuknya.

 

“Assalamualaikum.”  Suara garau menyapa dari arah belakang Kasih.

 

Lelaki Budiman Mak Salmah ada di belakang Kasih Amani. Kasih menyumpah-nyumpah dalam hatinya, jika lebih awal dia bawa ibunya beredar dari situ, tidaklah dia mempertemukan ibunya dengan bakal ‘bapak tirinya’. Kasih memejamkan matanya. Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan.

Mataya dibuka kembali.

 

“Siapa?” Kata Kasih separuh berbisik.

 

Myyy… gentlamen.” Suara oprah Mak Salmah kedengaran. Seraya dia meletakkan kedua-dua tangannya di pipi. Satu renungan memerangkap anak mata Mak Salmah untuk tak lepas memandang lelaki yang katanya telah mengembalikan bibik-bibik cinta lama.

 

‘Iyelah tu! Budiman ke? Zaman sekarang ni jangan mudah percayakan orang yang baru kenal, entah-entah penyamar. Buat baik sebab nak perangkap orang perempuan tak bersalah macam ibu ni. Cepat sangat lembut hati dengan kebaikan orang. Aku tak larat nak nasihat dah. Naik berbuih mulut ni. Okay, apa yang aku perlu buat sekarang? Nak kalih tak, tak kalih nanti dia anggap aku biadab pulak. Pusing terus senyum tau Kasih. Senyum dalam lakonan!’

 

Tubuhnya dikalih ke arah lelaki budiman yang telah selamatkan beg tangan ibunya seraya Kasih berkata, “ Terima kasih pak cikkk…” Bibirnya keras apabila bertentangan mata dengan lelaki itu.

 

Tersentak daripada bayangan lelaki budiman mengikut kelas dan kategori warga emas sama seperti usia ibunya tiba-tiba hilang. Tua, berjambang, usia 50-an dan kulit berkedut. Yang datang pula sebaliknya. Melampau sungguh imaginasi Kasih. Kalau Mak Salmah tahu, mesti Kasih diketuk-ketuk dengan sudip. Apa ingat Mak Salmah tak ada taste ke?

 

‘Kenapa aku jumpa dia lagi?’

 

‘Lelaki ini!’

 “Kasih, aku tak jangka taste ibu kau cengghini…!” Bisik Amanda di telinga Kasih sambil bibirnya dijuih ke atas dan tangan kanannya menunjukkan simbol ‘good’.

 

Tika ini…

 

Saat ini…

 

Dup, dap, dup, dap…

 

Dup, dap, dup, dap….

 

Di hadapannya kini, terlihat seorang lelaki memakai hoodie hitam dan berseluar jeans biru gelap sedang memegang dua cawan kopi. Hoodie menutupi separuh rambutnya kini dijatuhkan ke belakang. Hoodie hitam berlengan panjang itu disenteng ke paras siku. Jambul rambut tersikat rapi. Tinggi dan sasa. Alis matanya sungguh memukau pandangan, bibirnya merah jambu sepertinya dia tidak merokok dan ada warna kemerah-merahan pada kedua-dua pipinya saat dia terdedah di cahaya matahari.

 

Imbasan tragedi sebelum kemalangan berputar dimindanya.

 

‘Lelaki ini…’ Getus hatinya.

 

Kerlipan sepasang mata itu cukup dia kenal. Masih dirasai wanginya persis yang dihidunya. Baunya agak maskulin tetapi lembut dihujung pernafasan tatkala pewangi tersebut menusuk ke rongga hidungnya.

 

“Kalau cik nak belasah, saya sarankan sekarang.”

 

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia penyerang hendap yang telah menyelamatkan nyawanya. Dan kini, di hadapannya ialah orang yang sama membantu ibunya.

 

Lelaki itu juga terpempan memandangnya.

 

Seperti dejavu.

 

Terasa bagai ada melodi indah berlagu di sekelilingnya.

 

Lagu Dealova.

 

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu,

Karena langkah merapuh tanpa dirimu,

Oh, karena hati telah letih.

 

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh,

Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu,

Tanpamu sepinya waktu merantai hati,

Oh, bayanganmu seakan-akan,

 

Kau seperti nyanyian dalam hatiku  

Yang memanggil rinduku padamu

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada…

 

Melodi nyanyian Once Mekel itu hanya didengari oleh Kasih. 


Masa seakan terhenti.

 

Zeezzzkkkk…telefonnya bergetar. Waktu Asar dah masuk.

 

Wake up Kasih, wake up. Berangan!’ Simfoni hatinya bergema lagi.

 

Dia setkan peringatan solat ditelefon pintarnya kerana dia seorang yang tak suka memakai jam tangan. Jadi apabila sudah disetkan waktu azan, jadi mudahlah dia ‘diperingatkan’ tentang kewajipannya yang satu ini. Solatkan tiang agama, runtuhnya rumah bila tak bertiang. Sama juga dengan solat, runtuhnya agama bilamana solat tidak dijaga kerana solat mencegah seseorang muslim itu daripada melakukan kemungkaran. Satu peringatan yang cukup terkesan di hatinya dan sehingga kini dia jadikan itu sebagai kekuatan untuk dia beribadah. ‘Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan’. Deep!

 

Pertemuan kali kedua dan kini di sisinya ada ibu sebagai pemerhati dan Amanda sebagai saksi. Adakah mereka nampak betapa dia terkesima memandang tubuh jejaka dihadapannya ini.

 

Lelaki itu cepat-cepat mematikan renungan lalu menghulurkan cawan berisi kopi kepada Mak Salmah. Mak Salmah mengucapkan terima kasih atas keprihatinan lelaki di hadapannya itu.

 

Lelaki berhoodie kemudian menghulurkan cawan yang berbaki satu kepada Kasih.

“Pak cik beli tadi, Coffee?” Pelawanya. Sengaja ditekankan perkataan ‘pak cik’.

 

‘Ekek le…perli aku la tu!’

 

Kasih tidak menyambut pemberian kopi itu. “Terima kasih, saya tak minum kopi.” Balasnya bersahaja lantas membetulkan posisi kaca matanya.

 

Lalu kopi itu dihulurkan kepada Amanda. Apalagi, sahabatnya itu hantu kopi. Kalau sehari tak minum, alamatnya menggigil satu badan. Pengaruh kopi dalam hidupnya amat kuat. Entah-entah, bila diminta memilih antara Kasih dan kopi, Amanda pasti akan ‘mencuranginya’ kerana sudah semestinya kopi pilihan pertama.

 

“Untuk saya? Terima kasih.”

 

‘Eh, buat-buat tanya pulak. Aku pang kang baru tersedar dari dunia nyata. Nasib tangan kanan masih bersimen. Kalau tak, aku tangan-tangankan pelakon ekstra anak didik Mak Salmah seorang ni.’ Kasih berperang dengan kata-katanya khas buat Amanda.

 

“Inilah anak mak cik yang mak cik cerita tu, Kasih Amani. Panggil Kasih je. Dia baru lepas kemalangan beberapa minggu lepas itu yang tangannya bersimen.” Mak Salmah memperkenalkan diri anaknya.

 

Lelaki itu tak membalas.

 

“Terima kasih tolong bantu ibu saya. Ibu dah, jom balik!”Tanpa menoleh, atau memandang wajah lelaki itu, terpacul ucapan terima kasih. Di kala itu juga spontan Kasih mengajak ibunya untuk meninggalkan balai polis.

 

“Ada ucap macam tu. Maafkan anak mak cik ye, anak. Dia tak sihat sikit. Sejak-sejak masuk hospital akibat kemalangan hari itu, mak cik pun konfius kejap dengan sikap dia. Wayar salah suis agaknya” Gurau Mak Salmah cuba menampung ‘lompong’ yang Kasih cetuskan.

 

“Ibu!” Protes Kasih kepada Mak Salmah.

 

“Siapa nama anak ye? Dari tadi kita berbual, lupa mak cik nak tanya.”

 

“Saya Den.” Balasnya.

 

‘Alahai, wajah dah rupa Pan Asia, nama ‘Din’ je?’ Gumam Kasih dalam hati.

 

“Den, terima kasih tolong mak cik.”

 

“Sama-sama. Mak cik jangan risau. Lelaki itu dah ditahan polis. Nanti selebihnya pihak polis akan uruskan.”

 

“Tak sangka sanggup lelaki tak guna tu ragut mak cik yang dah tua ni. Mak cik bukannya orang kaya pun. Pakai biasa macam ni pun jadi target ye. Apalah dunia hari ni, semuanya jadi tunggang-langgang.”

 

“Semua peragut macam tu mak cik. Hati kering. Apa yang mereka tahu yang penting mereka dapat hasil. Kes-kes macam ni dah banyak kali berlaku dan saya nak minta mak cik lebih berhati-hati lagi selepas ni.”

 

“Kasih.”

 

“Kenapa Amanda?”

 

“Aku baru dapat call. Ada orang nak tempah baju, jadi macam mana ye sekarang?”

 

“Oh, kau tak boleh ejas masa ke dengan orang tu.”

 

“Tak boleh. Dia kata urgent. Aku seba salah la. Kau pun tahu kan keadaan butik kita. Mana sale nak masuk lagi kalau tempahan kali ni kita reject.”

 

“Aku faham. Tak apalah Amanda. Kau dah hantar aku kat sini pun dah sujud syukur dah aku. Kau balik butik ajelah.”

 

“Betul ni. Nanti aku tolong order Grab untuk hantar kau dan ibu kau balik rumah.”

Kasih mengangguk.

 

“Mak Cik Sal, Amanda minta maaf ye, Amanda tak dapat nak hantar Mak Cik Sal dan Kasih balik, ni nak kena balik butik. Nanti Amanda try panggilkan Grab atau teksi.”

 

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?” Suara Leo Arden mencelah.

 

Dua beranak ini saling berpandangan. Akhirnya Mak Salmah tersengih seperti kerang lepas bbq. Segar dan lazat untuk dijamah.

 

10 minit dah berlalu. Masing-masing tidak bersuara. Eh pun tidak, uh pun tidak. Yang ada eee… je! Kasih menjadi co-pilot di sebelah Kapten Din. Empuk sungguh kusyen kereta ni. Kasih hampir melelapkan matanya jika suasana sepi begini. Dia tak rehat-rehat lagi sejak dari hospital hinggalah menemui ibunya di balai polis. Akhirnya, mereka telah ditumpangkan oleh ‘Din’ lelaki budiman ibu Kasih.

 

Tak ingin ibunya menagih simpati lagi-lagi kepada orang yang baru dikenali. Cuma di saat tak tahu mana nak balik, meminta pada yang sudi. Saat ibunya berbudi bicara dengan lelaki ini, saat itu jugalah keputusan diambil untuk dia besetuju menghantar Kasih dan ibunya pulang ke rumah.

 

Terpaksalah dia yang mengalah duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Antara cedera kaki dan tangan, nampaknya kerusi co-pilot hari ini terpaksa diambil alih olehnya. Tak akan dia mahu berseang-senang seperti bos di bahagian kerusi penumpang di belakang pemandu. Susah juga nak jengket memanjat Triton kuning yang lebar, besar dan lebih tinggi sedikit berbanding kereta biasa.

 

Bicara dimulakan.

 

Seperti biasa, Mak Salmah mempunya curiosity yang tinggi, jadi untuk lebih mengenali Din dia pun memulakan perbualan. Diam saja pun dirasakannya sungguh tak sopan. Dah la ditumpangkan. Percuma tanpa satu sen pun dicas.

 

“Mak cik syukur sangat, ada orang sebaik Din sudi tumpangkan mak cik dan anak mak cik yang bersatus ‘OKU’ sementara ini.” Pembukaan yang manis. Semanis madu.

 

Pecah ketawa Leo Arden mendengar Mak Salmah menggelarkan diri mereka dua beranak ‘OKU sementara’. mana taknya, seorang bersimen tangan, seorang lagi berbalut buku lali. Kalau jalan balik ni, mesti ada yang salah faham hulur wang gara-gara ingatkan mereka ‘warga jalanan’.

 

“Benda kecil je ni. Hari ni hari mak cik, esok lusa mana kita tahu, hari saya pulak.”

 

“Oh, Din ni kerja apa?”

 

“Saya kerja…kerjaaa…kerja biasa je mak cik. Cikgu.”

 

“Uihhh…kerja cikgu bukan biasa-biasa ni!” Potong Mak Salmah.

 

Mak cik dengar zaman sekarang cabaran dia lain macam sikit. Budak-budak milenium, cikgu cakap satu, dia balas sepuluh. Cikgu mata pelajaran apa?”

 

“Mata pelajaran? Kereta dan motosikal. Haha…saya mengajar di sekolah memandu .”

 

‘Jadi cikgu sekolah memandu, boleh pakai Triton macam ni? Macam tak masuk akal je?’ Getus hati Kasih.

 

“La…mati-mati ingat cikgu subjek bahasa Inggeris yelah muka dah rupa orang putih. Cikgu pusat memandu mana ni?”

 

“Pusat Memandu Mutiara.”

 

“Mak cik baru lepas daftar anak mak cik untuk lesen kereta tadi. Tak silap pusat memandu tempat Din bekerja. Bagus la kalau macam tu. Mak cik tak salah jumpa orang. Kiranya, dah boleh booking dengan instruktor lain.”

 

“Anak mak cik tu umur berapa? Sekolah lagi ke?”

 

“Anak mak cik tu yang duduk sebelah Din sekarang.”

 

“Maaf. Saya ingat tadi, anak mak cik yang lain. Tak sangka pulak,…”

 

“Kasih ni je satu-satunya anak mak cik. Mana ada anak lain lagi. Tunggu anak menantu la pulak. Eh, eh…”

 

“Ibu…”

 

“Mungkin sekarang anak mak cik belum boleh memandu lagi. Bila dah sembuh nanti, boleh hubungi sekolah memandu tu semula untuk set tarikh. Nanti boleh terus belajar dengan saya. Tak ada masalah.” Leo Ardin memberikan saranan dan jaminan.

 

Lega hati Mak Salmah mendengar kata-kata Din. Semua seperti sekelip mata. Daripada insiden ragut, hinggalah rawatan ke klinik dan kini lelaki ini menumpangkan dua beranak ini pulang, jujurnya meletakkan Din sebagai lelaki yang budiman di mata Mak Salmah. Seperti perancangan Allah swt. Kenal tak sampai sehari dan kini Din terus menjadi penyelamat mereka berdua. Cuma ibu Kasih tidak tahu tentang kejadian di kedai Kak Mar tempoh hari. Lelaki yang sama telah menyelamatkan dirinya. Terhutang budi. Tapi Kasih lenyapkan frasa itu seketika sebab dia masih terus menganggap Din lelaki yang penuh muslihat.

 

Pacuan empat roda berhenti betul-betul di hadapan rumah Kasih dan Mak Salmah.

Din a.k.a lelaki budiman Mak Salmah dah berjaya menawan hati ibu Kasih. Sampai sahaja di kawasan rumah, Mak Salmah mempelawa Din untuk masuk ke rumah. Namun, Kasih berdehem kuat. Leo Arden perasan dengan tingkah laku wanita berwajah masam di hadapannya.

 

‘Din tak jadi singgah.’

Itu bicara yang dia intai dengar dari dekat.

Lelaki itu perlu menemui kawannya.

Kawan?

‘Kawan lelaki atau perempuan?

Ah, Kasih peduli apa kalau dia nak jumpa kawan perempuan sekalipun.

Yang kau tiba-tiba ambil tahu ni, kenapa pulak? Dah terpikat?! Oh, noooooo….Please la. Taste ibu tak semestinya taste aku. Yang penting ni, jaga tangan kau elok-elok.’Desir hati Kasih sambil memerhati tangannya yang kemas bersimen.

 

Kasih malas untuk mengambil tahu tentang lelaki itu. Baginya, Din tak ubah seperti orang asing yang menjengah di balik tirai kehidupan dia dan ibunya. Esok lusa pasti sudah hilang daripada ingatan mereka dua beranak. Orang asing tetap orang asing. Tak akan sama dengan orang yang kita kenali. Kehadiran Din seperti hujan di tengah hari. Selepas hujan pergi, panas mentari mengembalikan keindahan duniawi semula. Air-air jernih yang turun dari langit kini kering meresap ke bumi dek panas mentari yang bersinar terang. Saat dia menunggu untuk menjalani kehidupan seperti biasa, belum kunjung tiba, kerana simen belum bercerai daripada tangannya. Sebulankah? Atau dua bulan tempoh untuk dia mengembalikan senyumannya. Dia tidak pasti. Hanya satu, dia reda dengan ketentuan Ilahi. Si ibu kehilangan daya upaya sebelah kaki, si anak pula tangan masih bersimen rapi.

 

Dipimpin tangan Mak Salmah sehingga tubuh tua itu menghenyakkan punggung di atas sofa. Mak Salmah menghelakan nafas panjang.

“Ibu nak apa-apa ke?”

“Tak usahlah Kasih susahkan diri. Air segelas pun dah cukup.”

Kasih menyepetkan matanya. Apa? Ibunya kini sudah pandai berkias, berjenaka atau berhuhu dengannya. ‘Berhuhu’ tiada dalam kamus. Itu istilah antara Kasih dan Mak Salmah apabila ingin memaksudkan luahan tersirat yang menggembirakan diri mereka berdua. Kegembiraan tidak dijangka.

 

“Itu je? Kejap Kasih ambilkan.”

 

Fresh oren kurang manis satu.” Jerit Mak Salmah dari kejauhan.

 

“Air kosong ke fresh oren? Ah, bawa dua-dua jelah. Senang.” Kasih membawa dulang yang di atasnya terdapat dua gelas air. Sebelah kanan air oren manakala sebelah kiri air kosong.

 

Mak Salmah meneguk air senafas sehingga gelas menjadi kosong. Kasih memerhatikan tingkah laku ibunya dan sedia menyambut gelas kosong yang ada di tangan ibunya. Gelas bertukar tangan.

“Ibu nak apa-apa lagi tak?” Soal Kasih termangu-mangu.

 

“Sudah, sudah, mari duduk sini. Ada cerita ibu nak kongsi dengan Kasih.” Ajak Mak Salmah. Remote control kipas angin di halakan ke siling, lalu mode ketiga menjadi pilihan. Kuat dan deras angin mendinginkan tubuh yang bergetah, berpeluh-peluh.

 

“Cerita apa ibu?” Kasih bertanya. Dia kelihatan bingung. Ada lagi cerita yang belum dia ketahui. Selain cerita lesen, tangan yang baru disimen semula, dia rasa tiada lagi berita yang menjadi perbualan mereka dua beranak.

 

“Ibu join kelas zumba Auntie Siew Ling bulan depan.” Begitu ceria nadanya.

 

Terbeliak mata Kasih.

 

“Apa? Ibu join kelas zumba?” Teriak Kasih. Naik urat hijau di lehernya. Terkejut beruk dia jadinya. Bertubi-tubi dengan soalan mencengkam jiwa Mak Salmah, reaksinya masih tenang. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

 

“Pembetulan. Kita!” Jari telunjuk Mak Salmah menyentuh hidung mancung Kasih. Pejam mata serta-merta dia diperlakukan ibunya sebegitu.

 

Sengih Mak Salmah. Dia tahu anaknya bakal membebel tentang soal itu. Sikap itu memang terzahir daripada sikap seorang anak apabila dibesarkan oleh seorang ibu yang juga kuat membebel.

 

Rupa-rupanya cerita Mak Salmah pada malam itu sememangnya bukan saja-saja dia bercerita. Ada agenda tersembunyi. Akhirnya terjawab sudah semua teka-teki. Mak Salmah sudah mendaftarkan diri dia dan anaknya untuk menyertai kelas zumba di Gym NK Group.

 

Auntie Siew Ling yang beri cadangan. Katanya teman ibunya itu orang kuat di gym itu. Kan Auntie Siew Ling teman rapat Mak Salmah. Meskipun Mak Salmah berteman rapat dengan Siew Ling, namun keakraban itu tidak diwarisi kepada anak-anak mereka.

 

Betty dan Kasih bagai anjing dan kucing. Pantang berjumpa, mesti akan bergaduh mulut. Kasihlah yang akan mengalah. Bukan kerana takut dengan Betty tetapi dia malas untuk memanjangkan pergaduhan yang ternyata tidak mendatangkan kebaikan buat dirinya.

 

“Ibu tak bincang pun dengan Kasih. Baguslah seorang patah tangan, seorang lagi terseliuh kaki. Kita bukan berzumba, tapi ‘berzombie!’ Kenapa tak cancel je?” Sindir Kasih.

 

Ini bukan berita terkini yang sensasi tapi berita ini bikin panas hati. Tambah lagi masalah.

 

“Berapa yurannya?” Soal tiba-tiba.

 

Mak Salmah mengangkat jari telunjuk sambil tunduk menghadap ribanya.

 

“Oh, seratus seorang?” Telah Kasih.

 

Mak Salmah menggeleng-geleng takut.

 

“Kalau bukan seratus seorang. Habis tu berapa yurannya ibu?” Soal Kasih betul-betul. Dicapai air dalam gelas ibunya. Perlahan-lahan dia meneguk air ke dalam kerongkongnya.

 

“Seribu untuk dua orang selama enam bulan.” Bagaikan ada larva mengalir meletus ke luar mulut Kasih apabila Mak Salmah menjawab pertanyaan Kasih tadi.

 

Bursttttt…..

 

Dia tersembur air yang belum sempat mengalir lesu ke kerongkong. Habis basah wajah Mak Salmah dek terkena rembesan air ‘jampi’ anaknya.

 

What? Seribu ringgit!” Jerit Kasih. Gelas di letak di atas meja. Fokusnya beralih betul-betul menghadap ibunya. Kesal. Berang. Entahlah dia pun tak tahu.

 

“Apa ni. Sembur-sembur kat ibu pulak saliva dia ni. Ya, Allah aku jahit mulut budak ni nanti. Pergi ambik tisu ke kain cepat.” Arah Mak Salmah yang tengah bengap.

 

Okay, okay…Kasih ambil. Tapi bagi la Kasih cakap dulu. Ibu, bukan sikit tahu bu. Banyak tu. Mana ibu dapat duit tu?” Kasih terus terbangun mendapatkan tisu tatkala melihat Mak Salmah bertindak menggesel-geselkan wajahnya ke baju Kasih.

 

“Ibu…” Panggil Kasih.

 

Mak Salmah bangun lalu perlahan-lahan mula beredar dari situ. Dia jengket langkah demi langkah. Apabila wajahnya bertembung dengan Kasih, dia mengisyaratkan ‘mulut dizip’ seperti tidak mahu berdialog panjang lebar tentang soal wang yang digunakan untuk membayar yuran kelas Zumba. Langkah diatur seperti seekor arna yang tempang melompat pulang ke sarangnya. Tubuh Mak Salmah hilang dibalik tirai biliknya

 

Kasih menghenyakkan punggungnya ke kusyen. Dia seperti dapat mengagak dari mana Mak Salmah mendapatkan wang untuk menjelaskan yuran kelas zumba Auntie Siew Ling. Dia perlu berusaha membatalkan hasrat Mak Salmah untuk menyertai zumba itu. Jika tidak dia terpaksa berhadapan dengan Betty yang amat ‘menyukai’ dirinya sejak azali lagi.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Gorjes