Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
19 - 2

HILMAN dan Asha bergilir salam denganDatuk Halim. Seulas senyuman manis tergaris di bibir mereka. Datuk Halim berasaamat gembira dengan kunjungan anak dan menantunya itu. Mujurlah Hilman dan Ashasudi makan malam bersama mereka. Pasangan suami dan isteri itu sudah beberapahari mendirikan rumah tangga. Tetapi mereka masih belum berkesempatan untukmeluangkan masa yang ada.

            “Papaapa khabar?” Ramah Asha menyoal.

            “Alhamdulillah,papa baik saja,” balas Datuk Halim. “Dalam perut kamu tu sudah ada ‘isi’ ke?”sakat Datuk Halim dengan melirik nakal memandang ke arah Hilman.

            “Papa!”Asha tertunduk malu.

            Hilmantercengang kerana tidak mampu memahami gurauan papa.

            “Isiapa, papa?” soal Hilman hairan.

            “Abang!Takkanlah abang tidak tahu? Papa menyakat kitalah!” Asha mencubit lenganHilman.

            Hilmanbisu sejenak. Lama-lama dia ketawa sendiri apabila mengerti.

            “Hmm…”Bunyi tepukan tangan bergema dari arah belakang. “Anak dan menantu paling jahataku berani memijakkan kaki ke rumah ini! Aku fikirkan kamu berdua sudah tidakmahu pulang lagi. Baru aku rasa hendak tenang bila tidak melihat muka budak takguna ini. Nak relax. Tetapi melihatmuka kau dan bini kau ni, hati aku sakit semula!”

            Cemuhandemi cemuhan dihadiahkan buat Hilman dan Asha.

            Ashatergamam. Inilah kali pertama dia menerima ‘tamparan’ sehebat itu daripadaDatin Zaryn. Begitu mudah ibu mentuanya itu berubah sikap. Dahulu sewaktubertunang dengan Fadli, dia ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh DatinZaryn. Namun sekelip mata sahaja rasa sayang di hati Datin Zaryn hilang. Hanyakerana dia menjadi isteri kepada Hilman, Datin Zaryn boleh menghukum merekasebegitu rupa. Hati seorang ibu itu sungguh kejam!

            “Zaryn,saya rasa lebih baik awak pergi masuk bilik. Kunci pintu. Jangan berani keluartunjuk muka selagi anak dan menantu kesayangan saya ni belum pulang!” KesabaranDatuk Halim semakin menipis dek tercabar dengan perbuatan isterinya yang kurangmatang itu.

            DatinZaryn menjongketkan sebelah keningnya ke atas.

            “Inibukan rumah awak seorang saja, bang. Ini rumah saya juga! Saya bebas kemana-mana yang saya suka! Apa hak awak nak halang saya?” herdik Datin Zaryndengan nada kasar.

            DatukHalim mendengus.

            “Siapakahpemilik rumah ini? Saya atau awak? Saya rasa awak dah lupa kut. Empunya namarumah ini adalah saya, bukan awak. Jadi saya berhak menyuruh awak lakukan apasaja yang saya suka!” Dia bukan berniat untuk mengungkit. Tetapi Datin Zarynyang memaksa dia menggunakan ayat itu.

            DatinZaryn mencekak pinggang.

            “Oh,jadi awak mahu mengungkit? Awak nak jatuhkan taraf saya disebabkan budak-budakni?” tengking Datin Zaryn.

            “Awakyang sepatutnya cermin diri awak terlebih dahulu, Zaryn!” Datuk Halim meninggikansuara.

            “Awak…”

            “Beredarsebelum saya naik angin, Zaryn!” celah Datuk Halim.

            DatinZaryn berlalu tanpa perasaan bersalah.

            “Hilman,Asha, papa mohon maaf di atas ketelanjuran kata mama. Papa ajak kamu ke siniuntuk makan malam bersama-sama. Tetapi…”

            “Tidakmengapa, papa. Asha sudah mengetahui keseluruhan cerita daripada Hilman. Ashaamat yakin yang suatu hari mama akan menyedari kesilapannya. Lambat atau cepat,biarlah masa yang menentukannya,” celah Asha.

Asha tidak mahu DatukHalim berasa tidak selesa dengan tindakan Datin Zaryn. Bukan senang mahumenitipkan kasih sayang di hati Datin Zaryn terhadap Hilman, memandangkan DatinZaryn terlalu membenci Hilman. Cuma keajaiban ALLAH itu sentiasa berpihakkepada kebenaran. Mungkin ALLAH akan membuka pintu hati Datin Zaryn untukmengasihi Hilman. Siapa tahu? ALLAH itu MAHA BERKUASA.

“Hilman sudah lama redha,papa,” sambung Hilman.

Datuk Halim berasa sebak.Hilman dan Asha sangat positif. Tidak meletakkan sebarang tanggapan negatifkepada sesiapa. Benarlah, ALLAH MAHA ADIL. DIA telah menjodohkan Hilman danAsha meskipun Asha pada awalnya ialah tunang kepada Fadli.

“Papa, Hilman lapar,”rengek Hilman tiba-tiba.

Datuk Halim tergelak.Begitu juga Asha.

“Jom!”

Tiga beranak itu mengayunlangkah menuju ke dapur.

Dari kejauhan, Fadlisedang memerhati mereka. Senyuman jahat tersungging di bibir. Asha, kemunculankau tepat pada masa! Bisik hati Fadli.

Previous: 19 - 1
Next: 19 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.