HILMAN menolak daun pintu kaca itu lalumembolos masuk ke dalam kedai emas Poh Kong itu. Asha hanya mengikut langkah Hilmandari arah belakang sambil meliarkan pandangan ke arah pelbagai jenis barangankemas yang dipamerkan di dalam rak berkaca itu. Wajah Asha tercengang. Matanyapula tidak berkedip-kedip.
“Hilman,kenapa kita datang ke sini? Awak nak belikan jongkong emas untuk saya ke? Wah,saya akan jadi orang kaya baru tidak lama lagi! Bolehlah saya shopping baju baru, kasut baru, rumahbaru, telefon bimbit baru dan serba-serbi baru.”
Ashaberpura-pura tenang di hadapan Hilman. Padahal hatinya itu sudah berdebar. Tiba-tibasahaja Himan membawanya ke situ. Apakah tujuan Hilman?
Hilmantergelak.
“Jomikut saya!” ajak Hilman lalu berjalan menuju ke arah seorang pekerja wanitaberbangsa Cina yang sudah berdiri sambil tersenyum memandang mereka.
Ashamembuntuti Hilman.
Tibadi sebuah rak kaca yang terpamer pelbagai jenis cincin, Hilman dan Ashamelabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan. Pekerja itu juga ikut duduk.Senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.
“Miss, mr, mau cari apa? Wa boleh kasi hargamanyak special,” soal pekerja itu.
“Padadua minggu yang lepas, saya ada tempah sebentuk cincin untuk digunakan semasahari pernikahan kami berdua. Ikut kata tauke kedai ini, cincin tersebut sudah siap.Jadi saya datang untuk ambil cincin itu,” beritahu Hilman.
Ashatercengang. Apakah cincin yang Hilman maksudkan? Dia langsung tidak tahu-menahutentang perkara itu. Mungkinkah ini kejutan yang Hilman ingin lakukankepadanya?
Pekerjaitu mengangguk.
“Wa baru ingat ma. Itu cincin sudah lamasiap! Lu tunggu sekejap. Wa pegi ambik,” balas pekerja itu.
Pekerjaitu bangun lalu beredar ke belakang. Beberapa minit kemudian, dia muncul semuladi hadapan. Terdapat sekotak baldu berwarna merah hati di tangannya. Dia dudukdi tempatnya. Kotak baldu itu diletakkan di atas meja lalu ditolak ke arahHilman dan Asha.
Hilmanmengambil kotak baldu itu. Dibuka. Sebentuk cincin emas berbatu satu berbelahdi bahagian tengah itu terletak cantik di tengah kotak itu. Hilman mengukirkansenyuman lebar. Berpuas hati dengan reka bentuk cincin itu. Menepati citarasadan permintaannya.
Ashatidak terkata apa-apa. Tergamam bila melihat cincin itu.
“Asha?”tegur Hilman.
Ashatersentak.
“Cincininilah cincin perkahwinan kita, Asha. Ditempah khas untuk awak,” beritahuHilman.
Ashaternganga. Patutlah Hilman beria-ia mahu ukuran saiz jarinya. Tanpa bertanya,terus diaserah ukuran itu kepada Hilman. Rupa-rupanya Hilman mempunyaiagendanya yang tersendiri. Okey, dia benar-benar terkejut kali ini. Hilmanterlalu ikhlas mahu memperisterikan dirinya. Asha berasa amat terharu.Bersyukur kerana ALLAH menemukan jodohnya dengan lelaki sebaik Hilman Adrian.
“I’m speechleas, Hilman. I don’t know how tosay, but I really appreciated what you have done. Thank you,” balas Ashasebak.
“Awaksuka ke?” soal Hilman.
Ashamengangguk laju.
“Suka!Suka! Suka!” balas Asha.
Hilmanmenghela nafas lega.
“Alhamdulillah!”balas Hilman.
Selesaimembuat pembayaran, Hilman dan Asha beredar meninggalkan kedai emas itu. Merekamenghabiskan masa dengan mencuci mata di pusat beli-belah itu.
“Hilman,saya baru teringat. Saya dah beritahu pada mama dan papa tentang hubungan kitani serta lamaran awak pada tempoh hari. Papa dan mama saya jemput awaksekeluarga untuk makan malam di rumah. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlahsampai ke lengan. Apa kata kalau awak merisik saya sekali?” cadang Ashaberia-ia.
Hilmantersenyum nakal.
“Memangitulah niat saya,” usik Hilman.
Ashatersengih.