Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
2 - 3

PUAN FARIHA menarik tubuh Asha ke dalampelukan. Raut wajah sugul anaknya itu amat melukakan hatinya. Asha tidak pernahbersikap begitu sebelum ini. Apakah yang telah dilakukan oleh Fadli? SetahuPuan Fariha, Asha terlalu mencintai Fadli. Anaknya itu sentiasa bersabar dengansemua kerenah Fadli. Dia mahu menyoal tetapi serba salah bila melihat situasiAsha.

            Ashateresak-esak merintih hiba di bahu mama. Benaknya masih membayangkan akaun yangdimiliki oleh Fadli di laman sosial itu. Cinta yang dipertahankan selama ini hanyasia-sia sahaja. Tergamak Fadli mempersiakan kepercayaannya.

            “Asha?”tegur Puan Fariha lalu meleraikan pelukan mereka.

            Ashamerenung sayu wajah mama.

            PuanFariha mengusap pipi anaknya.

            “Anakmanja mama ni okey ke?” tanya Puan Fariha sebak.

            Ashamengukirkan senyuman lemah. Perlahan kepalanya dianggukkan sebagai jawapan.

            “Ashadah tekad dengan keputusan Asha ke?” soal Puan Fariha. Dia perlu mendapatkanjawapan yang tepat sebelum bertemu dengan keluarga Fadli. Pertunangan danperkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat serius.

            “Fadlibukanlah jodoh Asha, mama,” jawab Asha perlahan.

            “Jujurdengan mama. Apa yang berlaku antara Asha dan Fadli? Mengapa tiba-tiba sajaAsha mengambil keputusan sedrastik ni? Mama risau. Mama tak suka anak mamabersedih sebegini rupa.”

            PuanFariha tidak senang duduk. Fadli pasti sudah mengambil tindakan di luar batasanterhadap diri Asha. Ingin dicincang Fadli hidup-hidup jika lelaki itu berada dihadapannya! Dari dahulu lagi dia tidak suka Asha bercinta dengan Fadli. Ashayang bersungguh-sungguh mahu bertunang dengan lelaki itu. Dia sebagai seorangibu terpaksa menuruti kemahuan si anak meskipun hatinya tidak berkenan.

            Ashamengeluh.

            “Biarlahhanya Asha seorang saja yang tahu, mama,” balas Asha.

            “Beritahulahmama. Tak salah kalau berkongsi rasa, Asha,” pujuk Puan Fariha.

            Ashamenggeleng.

            “Ashabelum bersedia untuk share denganmama,” balas Asha.

            “Asha,mama…”

            Ashamenyentuh tangan mama. Tangan itu digenggam erat. Dia merenung sayu wajah mama.

            “Tolonglahfaham, mama. Asha masih terkejut dengan kebenaran yang Asha terima ni. Asha perlukanmasa untuk tenangkan hati Asha. Kenyataan ni memeritkan jiwa Asha, mama,”rintih Asha.

            PuanFariha terdiam.

            Ashamelepaskan tangan mama lalu melangkah lesu menuju ke tangga.

Previous: 2 - 2
Next: 3 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.