Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
9 - 2

ASHAmembuka pintu kereta Perodua Myvi lalu menjenguk ke arah Hilman yang dudukdi seat pemandu. Segaris senyuman manis dilemparkan kepada bakal suaminya itu.Hilman membalas senyuman Asha.

            “Assalamualaikum,”sapa Asha.

            “Waalaikumusalam,”jawab Hilman.

            Ashamembolos masuk ke dalam perut kereta. Setelah itu, Hilman memandu keretameninggalkan bangunan KLIA.

            Ashamenoleh memandang Asha.

            “Awaknak bawa saya pergi ke mana?” tanya Asha ingin tahu.

            “Kesuatu tempat yang awak akan suka! Bukan setakat tu saja, saya ada aktiviti yangakan kita lakukan bersama sebentar saja lagi. Actually, saya buat aktiviti ni dengan anak-anak murid saya padapagi tadi. Tujuannya untuk menimbulkan suasana gembira di dalam pelajaran danmemahirkan motor pergerakan tangan mereka, di samping mengenalkan merekaterhadap dua puluh enam abjad.”

            Hilmantekun bercerita mengenai aktiviti yang dilakukan bersama muridnya diprasekolah.

            Ashamenjongketkan keningnya. Riak wajahnya tampak nakal.

            “Okey,kalau itu tujuan untuk anak-anak murid awak. Untuk saya pula, apakahtujuannya?” soal Asha.

            Hilmantergelak.

            “Awaknak tahu ke?” balas Hilman.

            “Mestilahnak!” balas Asha bak anak-anak kecil.

            Sekalilagi Hilman ketawa.

            “Awakdah macam anak-anak murid saya tau. Banyak soalan,” gurau Hilman.

            Ashatersengih.

            “Kalauuntuk anak murid saya, tujuannya untuk menimbulkan suasana gembira. Untuk awakpula ialah untuk membenihkan rasa cinta di hati awak untuk saya. Kedua, saya mahuawak mengenali siapa diri saya yang sebenar,” balas Hilman.

            WajahAsha merona merah. Dia tertunduk malu. Barulah dia menyedari bahawa Hilmanseorang lelaki yang romantik dan petah bermadah cinta. Setiap bait-bait katayang terluah dari bibir Hilman menggetarkan hatinya. Kali ini, dia benar-benarjatuh cinta kepada Hilman. Perasaan itu sudah tidak boleh diselindungkan lagi.Kebaikan lelaki itu telah berjaya menawan hati Asha.

            “Hilman,Fad menelefon saya tadi,” beritahu Asha.

            Hilmantersentak.

            “Apayang dia mahukan?” soal Hilman kelihatan tenang.

            “Bolehsaya tanya sesuatu pada awak?” balas Asha.

            “Tanyalah,”balas Hilman.

            Sudahtiba saatnya untuk Asha mengetahui punca sebenar mengapa Fadli dan Datin Zarynamat membenci Hilman. Dia punya hak untuk mengetahuinya.

            “Awakada apa-apa masalah dengan Fadli dan Datin Zaryn ke, Hilman?” balas Asha.

            Hilmanterkedu. Wajahnya berubah muram.

            Ashakeresahan. Rasa bersalah terhadap Fadli. Dia tidak patut membuka isu mengenaimereka berdua.

            “Err…kalau awak masih belum bersedia untuk beritahu, tak mengapa sebab saya faham.”Lekas Asha menyambung kata.

            Hilmanmengukir senyuman.

            “Awakberhak untuk tahu, Asha,” balas Hilman.

            Ashatekun menunggu cerita selanjutnya.

            “Sejakdaripada kecil, saya dibenci oleh ibu kandung saya, Asha. Ada sebab mengapamama tak pernah sukakan saya. Semasa saya berumur lima tahun, antibodi sayaamat lemah dan saya mudah terkena jangkitan kuman. Dalam seminggu, saya akankerap demam. Jika tidak dijaga dengan teliti, saya akan terkena penyakit sawan.Kerap jugalah saya kena warded. Oleh sebabsibuk menjaga saya di hospital, mama telah abaikan perniagaan butiknya.Akhirnya, bisnes mama gulung tikar. Sejak peristiwa itu, mama terus-terusanmenyalahkan saya. Bagi mama, saya perosak empayar yang pernah dia bina denganhasil titik peluhnya sendiri.”

            Hilmanmelepaskan keluhan tatkala memori lampau itu bertamu di ingatannya. Terdapatair yang bertakung di kolam matanya tetapi segera ditahan agar ia tidakmengalir. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang meratapi kesedihan hidup.

            Ashaterkedu bila mendengar kisah hidup Hilman. Senipis itu iman seorang hamba ALLAHdan kasih sayang ibu terhadap anaknya? Tidakkah Datin Zaryn menyedari bahawasetiap perkara yang berlaku di dunia ini merupakan suatu takdir yang telahditetapkan oleh ILLAHI? Semua manusia yang bernafas di muka bumi mempunyaibahagian masing-masing. ALLAH tidak akan menguji umat-NYA sekiranya merekatidak mampu menghadapi ujian yang diberikan. Subhanallah… dimanakah hilangnyakewarasan seorang ibu yang telah bersusah payah melahirkan zuriatnya? Kejamnyahati si ibu!

            “Hilman,saya amat bersimpati kepada awak. Saya…”

            “Usahlahberasa begitu, Asha. Saya dah lama redha,” celah Hilman tenang.

            “Hilman,saya rasa bersalah. Saya tidak patut buka isu tentang mereka berdua. Saya mohonmaaf.” Lekas Asha membalas.

            Hilmanmengukirkan senyuman manis.

            “Awaktidak perlu rasa begitu, Asha. Itu ujian yang harus saya lalui. Dalam Islam,kita tak boleh mengeluh terhadap dugaan yang ALLAH dah tetapkan kepada kita.Kita seharusnya tabah untuk menempuhi segala onak dan duri. Lagipula, ujianyang ALLAH berikan kepada kita merupakan pengukur tahap keimanan kita. ALLAHberikannya pada kita kerana tahu yang kita boleh melaluinya dengan penuhkesabaran.”

            Bohonglahjika hati Hilman tidak terluka dengan sikap mama terhadap dirinya. Tetapi diatidak mahu melayan perasaan itu. Khuatir sekiranya bertukar kepada rasa benci.Tidak wajar seorang anak membenci ibu kandungnya. Dia mahu menjadi seorang anakyang taat pada ibu dan bapa.

            “Awakterlalu baik hati, Hilman,” balas Asha.

            “Sayamemanglah baik. Kalau saya jahat, awal-awal lagi awak tolak lamaran saya.” Dalamsekelip mata, Hilman boleh bertukar perwatakannya menjadi seorang yang ceria.

            Ashaspontan tergelak.

            “Awakni kelakarlah, Hilman! Awak suka buat saya ketawa,” balas Asha.

            Hilmanikut tergelak.

            “Hidupkita haruslah happy,” balas Hilman.

            Ashamengangguk.

            “Asha,boleh ke kalau awak berjanji sesuatu dengan saya?”

            Hilmanlekas bersuara.

            Ashamengerutkan dahi.

            “Apakahjanjinya?” tanya Asha ingin tahu.

            “Mulaihari ini, kita akan berkongsi segala rahsia. Janganlah memendam seorang diri.Setiap permasalahan yang berlaku perlulah dibincang bersama-sama untuk mencarijalan penyelesaiannya. Andai kata jodoh kita tiada, anggaplah saya sebagaiseorang kawan. Tetapi jika ada jodoh, suami dan isteri seharusnya bekerjasamadi dalam segala urusan agar rumah tangga akan kekal harmoni dan bahagia.” Hilmanmenangih janji Asha.

            Ashamempamer senyuman.

            “HilmanAdrian, walau apa yang berlaku, kita tetap akan berdua sampai bila-bila. Itujanji saya pada awak!” balas Asha bersungguh-sungguh.

            Hilmanmenghela nafas lega. Tangan kiri diangkat lalu disuakan ke arah Asha. Empatjari dilipat. Hanya jari kelingking sahaja yang dibiarkan terbuka.

Asha terpinga-pinga bilamelihat tingkah Hilman.

            “Kenapa?”

            “Sayatengok student saya buat beginisetiap kali mereka berjanji dengan kawan-kawan mereka. Saya rasa macam best. Kita ikat janji kita dengan caraini nak ke?” balas Hilman lalu tersengih-sengih.

            Ashamenggeleng.

            “Awakni macam budak-budaklah,” sindir Asha.

            “Sayakan cikgu Prasekolah. Lima hari mengajar budak-budak enam tahun. Lama-lamaterjangkitlah dengan sikap mereka,” balas Hilman selamba.

            “Hisy!”balas Asha lalu menjeling manja kepada Hilman.

            Ashameletakkan jari telunjuk tangan kanannya di jari Hilman. Kemudian jari merekabertaut.

            “Janji!”

            “Janji!”

Previous: 9 - 1
Next: 9 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.