“HILMAN, kamu selalu dengki pada abangkamu! Kamu busuk hati! Apa yang dia telah lakukan sehingga kamu tergamakmenyakiti hatinya?”
SeusaiHilman dan Asha tiba di ruang tamu, Datin Zaryn terus menerkam Hilman. Setelahitu, dia mula memakihamun Hilman dengan pelbagai ayat yang berbisa, yang bisamenjatuhkan maruah Hilman.
SungguhpunHilman dihina sebegitu rupa, tetapi dia tetap kelihatan tenang. Bibirnyaterkumat-kamit melafazkan zikrullah untuk mengubati hatinya. Dia tidak mahumenyimpan apa-apa dendam pada mama. Dia yakin, suatu hari nanti mama pasti akanberubah dan terbuka hati untuk menerimanya.
Fadlimemandang Hilman lalu tersenyum puas. Tidak sia-sia dia digelar anak emas mama.Walaupun dia sudah melakukan kesalahan, namun mama tetap membelanya. Diamengalihkan pandangan ke arah Asha. Api dendamnya membara-bara. Tubuh Ashaharus dicederakan agar kemarahannya dapat dilunaskan.
“Kenapakamu diam, Hilman? Jawablah soalan aku!” tengking Datin Zaryn.
DatukHalim, Encik Azman dan Puan Fariha yang terkejut mendengar riuh-rendah ituserta-merta ke ruang tamu.
“Apakahyang sudah berlaku?” tanya Datuk Halim ingin tahu. Silih ganti dia lihat isteridan anak-anaknya itu.
“Abangtanyalah anak kesayangan abang ni!” Datin Zaryn menjegil mata pada Hilman.
“Hilmantak bersalah, uncle, auntie! Dia seorang lelaki yang baik. Asha amat berterimakasih kepada Hilman kerana telah menyelamatkan Asha dari Fadli. Tanpa Hilman,entah apa yang akan menimpa diri Asha.” Asha sudah tidak mampu menahankesabaran apabila melihat Datin Zaryn terus menuduh Hilman. Fadli yang jahat,bukan Hilman!
Merekaterkedu apabila mendengar pengakuan Asha. Fadli mula gelisah. Jangankan papa,Encik Azman pun pasti akan marah jikalau mereka tahu tentang perkara sebenar.Maka, seeloknya dia cabut lari. Lantas, dia berjalan secara menjengket kebelakang lalu terkocoh-kocoh pergi meninggalkan banglo itu.
DatukHalim menghampiri Asha.
“Asha,mengapa bersedih ni? Apakah yang Fadli telah lakukan pada Asha?”
DatukHalim berasa sebak. Dia tidak pernah melihat sebening kesedihan bermukim diwajah cantik itu. Kini tergaris duka di wajah itu.
Ashamenarik nafas panjang. Dia memandang Datuk Halim. Mukanya kelihatan sugul.Tangisan berlinangan menuruni pipi.
“Uncle,Asha minta maaf. Asha dah tidak mampu nak teruskan pertunangan ini lagi. Ashaakui, Asha memang sayangkan dia. Mungkin Asha seorang saja yang rasa begitu.Dia sedikit pun tidak pernah hargai cinta Asha. Malah, dia selalu berfikirannegatif terhadap hubungan kami. Dia sakiti tubuh Asha, lukai perasaan Asha dancuba kongkong hidup Asha. Asha cuba untuk bersabar dengan sikap dia. Asha pujukdiri, dengan harapan bahawa dia akan berubah suatu hari nanti. Rupa-rupanya,Asha salah. Dia tidak pernah mengakui kesilapannya. Dan…”
Ashamerenung lesu wajah Hilman.
“BiarlahAllah saja Yang Maha Mengetahui.” Bersama linangan air mata, Asha pergi membawadiri dan kekecewaannya.
Hilmankaku. Kakinya bagaikan dipaku. Dia hanya memerhati susuk tubuh Asha sehinggahilang dari pandangan matanya. Tiba-tiba, pipinya ditampar Datin Zaryn. Hilmantergamam. Pijar rasa pipinya.
“Kamuyang hasut dia ke, Hilman? Mengakulah!” herdik Datin Zaryn kasar.
“Hilmantak…”
“Kamumemang anak yang tidak sedar diri, Hilman!” jerit Datin Zaryn seperti oranghilang akal, sambil memukul tubuh anaknya itu sepuas hati.
Hilmantertunduk. Memilih untuk membisu. Menahan tubuhnya menerima asakan mama.
“Istighfar,Zaryn. Ingat Allah. Bawa mengucap. Usah menyalahkan Hilman. Dia tidak tahuapa-apa.” Datuk Halim sedaya upaya menghalang perbuatan melulu isterinya itu.
“Diaitu anak tidak guna!” tukas Datin Zaryn.
DatukHalim mendengus.
“Habistu, Fadli saja yang berguna di mata awak ke, Zaryn? Sebut nama Fadli, dimanakahdia? Jika dia benar tak bersalah, mengapa dia melarikan diri? Bukankah dia anakemas awak? Pergilah cari dia!”
DatukHalim sudah hilang sabar. Datin Zaryn melampau! Mengapa dia terlalu membenciHilman? Hilman juga anak kandung mereka. Subhanallah…
DatinZaryn terkedu. Dia baru tersedar akan anaknya itu sudah tiada lagi di situ.Lantas, dia melata ke merata-rata tempat untuk mencari Fadli.
DatinHalim mengeluh. Dihampiri Hilman.
“Hilman,papa…”
“Takapa, papa. Hilman redha,” potong Hilman lalu mengukirkan senyuman.
DatukHalim terkelu. Hilman terlalu berlembut hati biarpun mamanya itu sudah terlalubanyak kali menanam lara di jiwanya. Dia bersyukur memiliki anak sebaik Hilman.Semoga pintu kasih sayang isterinya itu terbuka buat anak mereka itu suatu masakelak.