Cinta seorang ibu itu menyejukkan.
Cinta seorang ayah itu mententeramkan.
“AWAKdah cuba telefon Fad ke, Zaryn? Saya marah sangat dengan dia! Saya nak dengarpenjelasan dia. Berani dia perlakukan anak dara orang sesuka hati dia! MujurlahAsha lekas putuskan tali pertunangan mereka. Jika tidak, sehingga bila-bilalahsaya rasa berdosa dan menyesal kerana telah mengahwinkan mereka!”
KalauAsha tidak membuka cerita sebenar. Mati-mati Datuk Halim percaya bahawa merekabahagia. Rupa-rupanya dia silap.
“Fadmesti ada sebab, bang! Ryn kenal dia. Mesti ada sesuatu yang Asha lakukan.Sehingga buat dia bertindak begitu. Anak saya tu baik! Dia bukan kaki pukul!”
DatinZaryn tidak mahu menerima kenyataan sebenar. Fadli sudah dianggap sepertimalaikat. Yakin benar dia bahawa Fadli tidak sesekali akan mengundangmalapetaka.
DatukHalim melepaskan tawa sinis.
“Sebabapa, Ryn? Cukuplah. Usah terus bela dia lagi! Kalau dia tidak bersalah, diatidak akan lari! Pengecut saja yang cuba elak dari berdepan dengan masalah yangdia cipta,” herdik Datuk Halim.
DatinZaryn mendengus.
“Abanglangsung tak nak beri peluang pada Fad kan? Dia bukan berniat untuk sembunyikandiri. Tolonglah faham anak kita!” tegas Datin Zaryn.
DatukHalim melemparkan senyum sinis pada Datin Zaryn. Terasa kelakar pula mendengarkata-kata isterinya itu. Tegar isterinya itu terus membela Fadli setelah apayang berlaku?
“Kalaubegitu, mengapa tiba-tiba saja dia ghaib?” Datuk Halim menyindir.
DatinZaryn terkedu.
DatukHalim bangun.
“Terussokong perbuatan anak awak tu, Zaryn! Lagi beri muka, lagi dipijak kepala awak.Esok lusa, besar kepala anak kesayangan awak tu!” Dia beredar meninggalkanDatin Zaryn.
DatinZaryn berdecit. Lantas terus cuba hubungi Fadli.
“Angkatlah,Fad!” bebel Datin Zaryn.
“HILMAN?”
TeguranDatuk Halim menyentakkan lamunan. Kelihatan Datuk Halim melabuhkan duduk diatas sofa berhadapan Hilman. Hilman memandang papa. Bibirnya digariskan dengansenyuman manis.
“Papanak ucapkan terima kasih pada kamu, Hilman,” ucap Datuk Halim.
“Untukapa?” Berkerut dahi Hilman. Hairan.
“Keranatelah selamatkan Asha dari terus dikasari Fadli. Alhamdulillah, papa banggadengan kamu. Kamu matang bila bertindak untuk sesuatu perkara. Papa jugabersyukur kerana Asha putuskan pertunangannya dengan Fadli. Itu yang seeloknya.Masih ramai lelaki di luar sana. Dia akan temui kebahagiaannya,” balas DatukHalim.
Hilmanmengukir senyuman.
“Hilmanhanya lakukan perkara yang Hilman rasa benar, papa.”
Bisuseketika.
“Papa,boleh Hilman katakan sesuatu?” Akhirnya Hilman bersuara setelah lama berdiam.