“BEKAS tunang? Eh, bukankah mereka akanberkahwin tidak lama lagi, Hilman? Bila mereka putus? Apa puncanya?”
Bertubi-tubisoalan terluah daripada bibir Kak Leen. Dia amat terkejut bila mengetahuitentang pertunangan Asha dan Fadli yang terhenti di saat hari perkahwinanmereka semakin mendekat.
“Hilmanlahpuncanya, kak,” beritahu Hilman serba salah.
KakLeen tercengang.
“Apayang telah Hilman lakukan?” tanya Kak Leen ingin tahu.
Hilmanmengambil telefon bimbitnya di atas meja. Aplikasi picture dibuka. Satu gambar dipilih lalu ditunjukkan kepada KakLeen. Terbeliak mata Kak Leen tatkala melihat gambar itu. Dia segeraberistighfar panjang. Mujurlah ALLAH membuka pekung di dada Fadli.
“Hilmanberitahu perkara sebenar kepada Asha. Hilman tidak mahu Asha berasa menyesaldengan pilihannya. Oleh sebab itu, Asha mengambil keputusan untuk memutuskanhubungan mereka. Kak Leen, adakah Hilman bersalah dengan apa yang sudah berlakuni?” balas Hilman.
KakLeen mengukirkan senyuman.
“Atasdasar apakah Hilman berbuat begitu?” soal Kak Leen.
“Hilmanmengaku yang Hilman memang menaruh hati kepada Asha. Tetapi itu tidak berertiHilman berniat mahu memusnahkan hubungan mereka, kak. Hilman cuma mahu membantuAsha saja. Lebih baik bertindak sekarang sebelum menyesal di kemudian hari.Lagipula, Fadli seorang lelaki yang panas baran. Asha mungkin akan terdedahdengan ancaman bahaya,” balas Hilman.
Andaikata wanita lain berada di tempat Asha, Hilman juga akan melakukan perkara yangsama. Dia tidak suka melihat wanita dizalimi oleh manusia yang tidak berhatiperut. Kaum wanitalah yang telah menyumbang kepada perkembangan umat. Maka,mereka seharusnya diberikan layanan yang sewajarnya.
“Akaktahu. Hilman bertindak bukan atas dasar cinta atau cemburu tetapi kerana rasatanggungjawab. Akak bangga dengan Hilman. Benar tindakan Hilman tu,” puji KakLeen.
Hilmanhanya tersenyum.
“Apakata kalau Hilman pikat hati Asha? Akak rasa Hilman berupaya untuk melindungiAsha daripada kekejaman Fadli,” sambung Kak Leen beria-ia.
Ashaadalah gadis yang bertuah kerana telah memiliki hati lelaki seikhlas Hilman.
Hilmanmenarik nafas dalam-dalam. Dihembus keluar secara perlahan-lahan.
“Hilmaningin menyunting Asha sebagai seorang isteri, kak.” Hilman menyatakan hasratnyakepada Kak Leen.
“Akaksetuju!” Laju Kak Leen membalas.
“Akakdoakan agar hati Asha terbuka untuk menerima Hilman sebagai suami,” balasHilman.
“Doaakak akan sentiasa mengiringi Hilman,” balas Kak Leen.
“Terimakasih, kak,” ucap Hilman.
“Sama-sama.”
Olehkerana agak lama mereka berbual, lantas Kak Leen mengerling jam di dinding. KakLeen tiba-tiba menepuk dahi.
“YaALLAH, Hilman, sekarang sudah pukul 10.00 pagi. Budak-budak ni nak makan,”beritahu Kak Leen lalu terkocoh-kocoh bangun dan menerpa ke arah daun pintuyang memisahkan dewan makan dan kelas.
Hilmanjuga ikut bangun lalu menghampiri anak-anak muridnya.