Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
12 - 2

“HILMAN,saya mohon maaf kerana lambat! Terlalu banyak kerja di pejabattadi. Kebetulan, department kamiadakan mesyuarat tergempar tadi. Meetingbaru tamat sahaja. Kesian awak terpaksa tunggu saya.”

            Ashamerapatkan kedua-dua belah tangannya itu lalu digoyangkan.

            Hilmanmengukirkan senyuman.

            “Tidakmengapa. Saya pun baru sampai,” balas Hilman.

            Ashamenarik nafas lega bila mendengar jawapan Hilman.

            “So, where are we going?” soal Ashaingin tahu.

            Hilmanmenoleh ke arah Asha lalu mengenyit mata. Dia kembali memandang ke arahjalanraya. Tersungging segaris senyuman nakal di bibirnya.

            “Sayanak bawa awak ke suatu tempat,” balas Hilman.

            Ashatercengang.

            “Haa?Ke mana?” tanya Asha.

            “Awakakan tahu sebentar lagi,” balas Hilman selamba.

            Ashaberdecit.

            “Kitanak pergi mana sebenarnya? Janganlah permainkan saya!” bentak Asha.

            “Awakduduk diam-diam saja. Jangan banyak tanya,” balas Hilman.

            Ashamerenung tajam wajah Hilman. Kemudian mengecilkan bola matanya. MemandangHilman dengan rasa tidak puas hati.

            “Awaksuka buat kejutan pada saya! Beritahulah!” desak Asha.

            Hilmanmenjungkitkan sebelah keningnya ke atas.

            “Asha,sabar itu separuh daripada iman. Orang yang kuat sabar ni kebiasaannya akan perolehikesenangan di masa akan datang. Jadi, awak haruslah bersabar. Sekejap lagi awakakan tahu ke mana saya bawa awak, okey,” balas Hilman.

            Hilmantetap mahu berahsia dengan Asha.

            Ashamencemik.

            “Kalaubukan nama Hilman Adrian, memang tak sahlah tak berahsia dan penuh dengankejutan. Lama-kelamaan saya boleh pengsan dengan semua surprise awak tau. Awak tidak rasa kasihan kepada bakal isteri awakke, Hilman? Selalu sangat terkena penyakit terkejut,” bebel Asha.

            Diasengaja berkata begitu untuk meletakkan diri Hilman di dalam situasi bersalah.Mungkin Hilman akan berterus-terang bila dia menggunakan cara itu.

            Hilmantergelak.

            “Asha,saya sudah masak dengan alasan-alasan begini. Anak-anak murid saya pun gunabermacam-macam taktik untuk buat saya beritahu kejutan saya kepada mereka.Salah satunya adalah taktik awak ni. Maka awak tidak berjaya buat saya rasabersalah,” selar Hilman selamba.

            Ashaberdecit lalu memeluk tubuh.

            “Hilman,janganlah buat saya tertanya-tanya! Saya nak tahulah!”

            Hilmanmengukirkan senyuman penuh makna.

            “Do you really want to know where I want totake you?” balas Hilman.

            Ashamenoleh memandang Hilman lalu mengangguk laju.

            “Kitanak pergi…”

            Hilmanmengusap dagunya.

            “Pergike mana?” celah Asha tidak sabar.

            “Pergike hati awaklah,” balas Hilman lalu ketawa mengekeh.

            Ashamenjegil mata.

            “Hilman,seriuslah sikit! Awak ni suka bergurau dengan sayalah!” bebel Asha dengan mukatidak puas hati.

            Hilmantidak membalas. Dia masih menghamburkan tawa kerana geli hati dengan responAsha itu. Wajah bakal isterinya yang kemerah-merahan kerana menahan rasa marahitu amat comel. Inilah yang buat dia semakin menyayangi Asha!

Previous: 12 - 1
Next: 12 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.