Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 12

Eijaz menarik lengan Afiyah. Langkah Afiyah terhenti.

"Let me go," Afiyah menarik lengannya.

"Are you okay?" soal Eijaz agak bimbang. Afiyah melangkah semula tanpa menjawab. Eijaz mengeluh perlahan sebelum mengekori langkah gadis itu semula. Langkahnya mula perlahan apabila melihat Afiyah berhenti di depan tasik.

"Fiyah," panggilnya sambil berdiri di belakang gadis itu.

"Tak adil," kata Afiyah dengan nada perlahan hampir tidak kedengaran. Eijaz hanya mendiamkan diri menunggu ayat seterusnya daripada gadis itu.

"Sangat tak adil," ulang Afiyah sambil sedaya upaya menahan air matanya. Eijaz mula menyentuh bahu gadis itu. Afiyah menggigit bibirnya kuat.

"Fiyah,"

"Saya…,tak akan maafkan perempuan itu Eij. Never!" kata Afiyah dengan dendam yang membara. Eijaz menyentuh pula ubun kepala gadis itu.

"Fiyah selagi kita bernafas dengan izin-NYA, selagi itu lah kita akan melakukan kesilapan. Bukan hanya Fiyah. Liya, Eij and everyone. All of us. Tak ada siapa pun yang akan terlepas," nasihatnya dengan nada lembut. Afiyah menolak perlahan tangan lelaki itu.

"Eij bukan nak bela sesiapa dalam hal ini. Eij sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Eij cuma tak nak tengok Fiyah macam ini," sambung Eijaz yang kini berdiri di hadapan gadis itu. Afiyah tersenyum sinis memandang lelaki itu.

"Why?" soalnya mula geram dengan lelaki itu.

"Sebab Fiyah is a good girl," jawab Eijaz dengan senyuman. Afiyah mendengus perlahan sebelum melangkah untuk berlalu.

Aku tak boleh lama dengan mamat ini. Tak pasal-pasal mamat ini pula yang lebam.

Eijaz hanya memandang langkah gadis itu. Dia melepaskan keluhan berat.

Apa yang Liya dah buat kat Fiyah agaknya?

*****

Suha terlopong mendengar cerita Afiyah.

"Tak sangka Liya sanggup buat macam itu dengan Fiyah. Mrs. Hazel tak bagi peluang untuk Fiyah betulkan semula?" soalnya agak simpati dengan gadis itu. Afiyah hanya menggeleng perlahan.

"Kalau Liya marahkan Fiyah, memang tak patut lah sampai nak musnahkan pula masa depan Fiyah. Liya memang dah melampau. Kalau Fiyah gagal subjek ini maknanya semester depan Fiyah kena ulang semula subjek ini," sambung Suha dengan perasaan tidak puas hati.

"So, Fiyah nak buat apa lepas ini?" tanya Suha pula apabila melihat gadis itu hanya membisu sedari tadi. Afiyah mengeluh perlahan mendengar soalan gadis itu.

"Suha rasa Fiyah perlu buat apa?" soalnya pula tanpa menjawab. Giliran Suha pula yang terdiam mendengar soalan gadis itu. Tanpa sedar dia turut mengeluh.

"Sorry, saya dah buat Suha tak selesa," ucap Afiyah dengan senyuman hambar. Dia hampir lupa yang Aliya juga kawan baik gadis itu. Suha agak terkedu mendengar kata maaf gadis itu. Dia hilang kata-kata untuk membalas.

"Jom, bas dah sampai," ajak Afiyah sambil menarik lengan Suha dengan lembut. Suha hanya menurut dengan perasaan berbaur.

*****

Datin Isnawiyah menghampiri Daffa yang sedang merenung telefon bimbit di tangannya.

"Mama nak Daf fikirkan semula. Mama tak nak Daf menyesal. Daf itu dah jadi anak derhaka," katanya sambil duduk berdepan dengan lelaki itu. Daffa mengeluh perlahan.

"Daf minta ampun ma. Halalkan makan minum Daf," ucapnya perlahan dengan perasaan bersalah. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi pada wanita itu. Datin Isnawiyah mendengus perlahan.

"Daf boleh buat apa yang Daf suka. Syaratnya Daf hanya kena ikut apa yang mama nak," katanya tidak mahu mengalah. Daffa menarik nafas perlahan sebelum berdiri.

"Nak ke mana pula itu? Daf memang sengaja nak sakitkan hati mama," marah Datin Isnawiyah.

"Suka hati mama lah nak cakap apa. Daf sentiasa berdoa supaya Allah lembutkan hati mama untuk terima keputusan Daf. Demi Allah Daf sayangkan mama. Tapi Daf juga tak nak kehilangan Fiyah. Maafkan Daf ma. Kali ini Daf tak mampu nak dengar cakap mama," balas Daffa dengan nada lembut sebelum berlalu.

"Jangan nak tunjuk alim sangat lah! Kalau dah derhaka dengan mama maknanya Allah tak akan kabulkan semua doa-doa Daf itu. Sia-sia aje Daf berdoa!" balas Datin Isnawiyah separuh menjerit. Daffa yang masih sempat mendengar jeritan wanita itu hanya mampu mengucap perlahan.

*****

Afiyah memandang tajam ke arah Aliya yang sedang tersenyum sinis membalas pandangannya.

"Kita dah sampai rumah. So, kau nak buat apa dengan aku? Nak bunuh aku? Silakan. Papa pun akan balik tak lama lagi. Biar papa nampak mayat aku dalam pelukan kau," kata Aliya sengaja mencabar Afiyah. Mak Isma yang mula risau pantas keluar berlalu ke rumah sebelah.

"Aku memang nak bunuh kau Aliya. Tapi aku kena tunggu papa dulu. Biar papa lihat macam mana aku akan kerat tubuh anak kesayangannya," balas Afiyah sambil menggenggam penumbuknya. Bila-bila masa sahaja tangannya itu boleh naik ke wajah gadis yang berdiri tidak jauh darinya itu. Aliya tergelak kecil.

"Kau tak takut papa mati terkejut? Dah lah selama ini kau tinggal dengan perempuan tak ada maruah itu. Nanti tak pasal-pasal kau jadi yatim piatu pula. Kau nak ke?" soalnya sinis sambil tergelak semula. Afiyah mengangkat tangannya ingin menampar Aliya namun sempat ditahan oleh Dahin yang berdiri memerhati sedari tadi. Mak Isma berlalu ke dapur semula mencari telefon bimbitnya. Dia perlu maklumkan kepada Datuk Hashim dengan segera. Afiyah menoleh memandang lelaki itu.

"Fiyah, jom keluar dari sini." Dahin menarik lengan Afiyah untuk beredar.

"Dahin! What are you doing?" marah Aliya. Dia berjalan menghampiri kedua-duanya. Dahin tidak jadi melangkah. Afiyah yang melihat Aliya semakin dekat mula meronta supaya lelaki itu melepaskan tangannya. Dahin pantas menarik gadis itu dalam pelukannya. Afiyah terkedu. Aliya berhenti melangkah.

"Dahin," katanya dengan nada perlahan.

"Liya please. Dahin tak nak gaduh dengan Liya. Just stop," pinta Dahin separuh merayu. Afiyah mula meronta semula. Dahin melepaskan pelukannya. Dia pantas menarik tangan Afiyah untuk beredar. Terkebil-kebil Aliya memandang langkah kedua-duanya.

*****

"Uncle jangan risau. Kejap lagi sejuk lah Fiyah itu. Nanti Dahin hantar pulang. Makcik Laila dan Pakcik Mahmud pun tak balik lagi. Boleh lah mereka temankan Dahin dan Fiyah," beritahu Dahin sambil memandang Afiyah yang sedang duduk di ruang tamu rumahnya.

"Apa-apa nanti beritahu uncle. Uncle nak masuk pula tengok Liya. Terima kasih Dahin. I trust you," balas Datuk Hashim sambil menepuk lembut bahu lelaki itu. Dia menoleh memandang semula wajah keruh Afiyah. Datuk Hashim mengeluh perlahan sebelum beredar.

Dahin melangkah semula masuk ke dalam rumah. Dia mengambil tempat berdepan dengan Afiyah. Jus oren yang dihidangkan oleh makcik Laila masih belum berkurang. Dahin menarik nafas perlahan.

"Awak memang tak faham bahasakan. Awak nak saya guna bahasa apa lagi supaya kepala otak awak itu faham?!" soal Afiyah dengan nada keras sambil memandang lelaki itu dengan perasaan geram.

"I'm sorry," ucap Dahin dengan perasaan bersalah.

"Sorry?!" balas Afiyah separuh menjerit. Dia meraup wajahnya. Kalau ikutkan hatinya yang berang dengan sikap lelaki itu, mahu saja dia menghumban lelaki itu dengan gelas yang ada di hadapannya saat itu. Biar berkecai sekali dengan wajahnya.

"Dahin tak bela sesiapa pun dalam hal ini. Dahin cuma tak nak hubungan antara Fiyah dan Liya semakin teruk. Lagipun uncle Shim risaukan Fiyah. He ...," Dahin tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Afiyah tiba-tiba tergelak kecil.

"Risau? Risau saya akan bunuh anak kesayangannya? Hei Dahin! Awak beritahu dengan Datuk Hashim, saya boleh aje kalau saya nak. Tapi saya masih waras. Saya tak gila lagi!" balas Afiyah dengan suara keras.

"Fiyah. " Dahin hilang kata-kata membalas gadis itu.

"Stop calling my name! Saya benci lah dengar awak sebut nama saya!" marah Afiyah. Dia pantas bangun dan bergegas keluar dari rumah. Dahin hanya memandang langkah gadis itu. Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat.



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.